Feb 28, 2011

Batu Belah Batu Betangkup, Aku Kempunan Red Velvet Cupcakes!!!



Sekarang ni hobi mak aku ialah membuat Red Velvet cupcakes...dah dua minggu berturut² dia baking red velvet...aku?? tolong m.a.k.a.n je...lalalalalala~  =P 


Tapi last weekend aku busy dengan photo-shoot pre wedding sampai tak sempat nak melantak red velvet dengan lahapnya...dapat telan 2-3 biji je...macam biasa la mak aku ni kalau masak something mesti nak kasi 8 kotak kat adik aku...anak rantau lah katakannnnnnnnnnnnnnnnn...bluwekkkkk~  *nada dengki di situ*  =_=


Untuk sedara mara terdekat pun mak aku bagi jugak...CAKE dan cupcake...hah!! dua² ado!! hahaha~   sebab ada orang order cake tu yang dia testing buat kek pulak....^_^


Sebelum keluar semalam dalam pukul 9.30am macam tu, aku perasan ada dua bekas besar berisi red velvet cupcakes fresh from the oven...Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiii bila aku balik je rumah malam tadi tengok dah kosong peti ais!!! huwaaaaaaaaaaaaaaa~  *nangis*  T______________________T


Pagi ni takde mood gila vavi...rasa nak cari batu belah batu bertangkup...sob sob~  *lap lap hingus*   Tengok adik aku upload gambar kek kat facebook, terus hantar komen tacing kat dia...





Fine!! tunggu aja weekend akan datang...eh sebelum kahwin ni lah nak manja² dengan mak....dah kahwin sok aku kena masak untuk laki aku...ofkos bagi mak sikit nanti...kikiki~  *PANGGGGG!*   =P


oit Lya!! ko pun reti buat red velvet kannn?? pos la kat aku sketttttt!! kita kan geng!! *ecece tetibe ngaku geng* lalalalala~  v(^_^)



Sebarang tempahan Red Velvet sila hantarkan emel ke::


ctliyanaDMIB@gmail.com



Rahsia Kurus YanaMIB




Aku breakfast nasi lemak sebulan sekali je...percaya tak?? hohoho~


Bukan diet...takde maknanya aku nak diet...haha...tapi sebab kesukaran dan kemalasan untuk berhentikan kereta dan berjalan menuju ke gerai menjual nasi lemak yang ramai pembeli...siap kena beratur lagi...eh ai malas nak tunggu...nak cepat!!  =_=


Dah la aku ni jenis liat nak bangun pagi...sampai opis memang on time...tapi hari ni macam teringin betul nak nasi lemak...so masuk opis lambat 15 minit...lalalalala~  salahkan nasi lemak! =P


Baru ku perasan, akak yang jual nasi lemak tu pakai Blackberry derrr~   wallaaaaa...nak berniaga nasi lemak jugak lah  =P


Korang breakfast apa tadi?? (^^,)















p/s::  kaki rasa lenguh...letih woiii photo-shoot sakan semalam...grrr~   sekarang baru faham perasaan model...masih nak bercita² jadi model lagi??? abaikan je lah~  (-_-")    tunggu Ain upload gambar baru aku publish kat blog ye...tungguuuuuuuuuuuuuuuu~


Feb 27, 2011

Jum Beli Rumah!!



Aku suka berangan...korang suka tak?? rugi weii kalau tak berangan...kehkehkeh~


erm since aku bakal berkahwin tak lama lagi, aku cuma angan-angankan pasal rumah je...huhu~   aku nak minta pendapat uols pasal 3 statement kat bawah ni...jangan malu² luahkan hujah² uols k...




Statement 1::


"mula² beli rumah ni tak payah beli rumah idaman...beli rumah biasa² je...sekadar tempat berteduh untuk lepas kahwin...dah ada duit lebih nanti baru beli rumah lain yang betul² puas hati...atau dalam kata lain, rumah kedua nanti baru beli rumah idaman...yang pertama ni beli yang biasa² je~"





Statement 2:"


"mula-mula kahwin ni duduk je rumah sewa dulu...lepas kahwin usaha la kumpul duit, beli rumah idaman terus! lagipun kau muda lagi..banyak masa nak simpan duit "





Statement 3::


"rumah pertama ni kita beli je mana² yang mampu...kebiasaannya memang orang akan fikir nak beli rumah lain...tapi lepas kahwin banyak kut komitmen...entah² rumah ni jugak la kita akan duduk sampai ke tua...duit yang ada cuma mampu renovate² je rumah tu bagi cantik.."




Ketiga² statement ni aku ambil dari kawan² aku sendiri... yang nombor 3 tu hujah dari dak encem sendiri..hehe~    Bagi aku, untuk beli rumah, depends pada kewangan masing²....satu lagi kena fikir long term sebab kita tak tahu apa akan jadi pada kita masa depan kan....


Memang rumah tu satu aset...habis kalau tak mampu takkan nak paksa diri beli rumah kan?? tu dikira makan diri...biar bijak menguruskan kewangan....


Korang pulak macam mana?? nak beli rumah sebelum kahwin atau selepas kahwin?? ^_^



Feb 26, 2011

Segmen Senyum Tak Nampak Gigi

Tag dari Lya Colours...


Untuk mengetahui syarat dengan lebih jelas sila klik gambar pihak penganjur di bawah...*wink*


~picit gambar ini~



Tajuk contest pun "senyum tak nampak GIGI", jadi dengan bersusah payah aku selongkar folder² dalam pc sebab majoriti gambar² aku mesti mau nampak gigi!! grrr~   apa guna ada gigi taring kalau tak ditayangkan dengan bangganya...lalalalala~ =P


dan akhirnya


~~~~~~

~~~~~~

~~~~~~

~~~~~~


~picit gambar untuk zoom dengan bergaya~



Adakah gambar ini mampu menjadi juara senyum?? itu yang kita tak tahu~  =P



Tarikh tutup jatuh pada 27/2/2011


5 orang blogger yang suka senyum tak nampak gigi::


1)  CinoiLavigne

2)  efa

3)  Hana Hani

4)  specky gurlz

5)  IEB



Good Luck!! \(^_^)/



Feb 25, 2011

Tema Pre-Wedding yang Klasik dan Anggun~

Weekend ni aku and dak encem dah planning nak buat photo-shoot untuk pre-wedding...cuma masalah sekarang ni kitorang dalam dilema nak buat tema macam mana...adeh~ (-_-")


Dalam otak aku sekarang ada gambaran tema melayu klasik...ala ala 60-an atau 80-an...hinsfff  aku sedar diri la muka ai ni muka kampung je...so ai ikut tema yang bersesuaian dengan wajah ai yang ala ala primadona tu lah kannnnnn~  *lempanggggggggggggg*   =P




Scene 1

Aku sangat-sangat kagum dengan hasil seni encik Amri Daud dengan slogan beliau, "Kahwin Cara Kami~"   sangat kreatif dan berseni!! *jatuh cinta*  ^_^





:: kat mana eh ada tempat kereta² buruk macam ni?? ::



Korang boleh add facebook Amri Daud atau terjah blog batalion budak kamera untuk tengok lebih banyak lagi hasil seni beliau...serius cantik...







Scene 2

Aku suka scene macam ni sebab ala ala romantik....wuii aku memang gila dengan jejaka yang reti main gitar...sebab dak encem reti main gitar la aku sanggup kahwin dengan dia!! kah kah kah~  =P 






Agak-agak kat KL ni ada ke tempat macam ni?? hehh~  =__=








Scene 3

Aku sangat tertarik dengan props yang tidak melampau...simple yet elegant...serta unik!! lagipun tak susah nak cari tempat macam ni...pergi je stesen KTM Kuala Lumpur tu...sah-sah bangunan kat situ semua old school je kan...hehehe~  ^_^









oh diingatkan, kami TIDAK mengeluarkan sebarang modal untuk buat photo-shoot pre-wedding ni...semua props yang kami guna dari segi pakaian sampai lah ke photographer, ambil yang dah sedia ada je....jimat babe!!  *wink*


Korang rasa which one is better?? Scene 1, Scene 2 atau Scene 3??  semua best??!!! *pitam!*  >_<    Aku memang TAK suka jenis gambar yang edit melampau...nampak sangat palsu! =__=


Kalau korang ada pendapat lain boleh la share kat sini....miss lolly suggest buat tema kayangan...aku duduk atas buaian sambil pegang belon warna warni...tapi!! kat mana aku nak cari buaian?? broga hills??? belum sampai atas mekap dah cair!! eh depan rumah aku pun ada buaian...





~ bayangkan aku duduk situ sambil pegang belon warna warni....grrr ~




AH melalut!! aku macam berminat dengan Scene 3 tu...siapa sokong??!!  v(^^,)



Aku dah Post Hadiah Korang wehhh!



Mula-mula sekali aku nak minta maaf banyak² sebab lama gila ambil masa untuk post hadiah...eh janganlah serik join GA atau contest ai ye *wink wink*


Aku baru post hadiah² tu semalam...well ekceli dak encem yang tolong postkan...dia kan PA aku...lalalalala~  =P


Jadi kepada para pemenang,














nantikan hadiah dari saya muncul di hadapan pintu rumah anda...ai guna post biasa je...so maybe next week kut baru sampai...ehehh~



Tahniah dan terima kasih semua yang menyokong!! yeayy~  ^_^




Tazkirah Hari Ini (Part 8)



Jangan engkau percaya melihat kegagahan seorang lelaki...
Tetapi jika mereka teguh memegang amanah dan menahan tangannya daripada menganiayai sesamanya, itulah lelaki yang sebenarnya


-Khalifah Umar al-Khattab




Feb 24, 2011

Tips Mengecilkan Perut



1.Bangun pagi-pagi

2.Berdiri tegak. Tundukkan kepala, pandang ke perut

3.Bongkok kan badan

4.Buka baju

5.Lalu tampar perut berulang-ulang, sambil cakap :

"Buat Malu.. Buat Malu.. Buat Malu...!!"
copy dari CST Production




Sesuai diamalkan setiap pagi, sebelum mengambil sarapan roti tampal...lalalala~    v(^_^)



Feb 23, 2011

TERbeli Juga Tiket Air Asia...weehuuu~



Korang tahu tak Air Asia tengah ada promosi sekarang?? tahu takkkk???? grrr~   [klik SINI]


Saja gatal² tangan godek² web Air Asia tadi...lepas tu seronok pulak tengok harga yang dipaparkan...perghhhh~   berbaloi-baloi ai tell yu!! Niat di hati nak tengok je, sekali TERbeli daaa~  huhuhu~ dua tiket flight ke Kota Kinabalu...







 ~gambar sekadar propaganda~



Kenapa KK je?? sebab dak encem tu tak pernah lagi naik kapal terbang....pergi jauh² kang mau sawan dia atas flight tu...siapa nak tanggungjawab?? aku?? pengsannnnnnnnnn~  @_@


Aku pilih tarikh bulan Januari tahun depan...nak kata pergi honeymoon macam dah basi sebab aku kahwin bulan April tahun ni...dak encem kata lepas kahwin honeymoon kat rumah je...lalalalala~   ahhhhh...semua tu tak penting...yang penting aku lah orang pertama yang naik kapal terbang dengan dak encem  *suwit tak ai cakap macam tu....hahahaha~*   ^_^


Membe aku si Diana tu pun beli tiket yang sama jugak!! tarikh je lain²...dia pergi awal bulan, aku pergi tengah bulan...hehe~   korang taknak beli ke?? limited stock tu...baik terjah web Air Asia cepat...!!! weeeee~  \(^_^)/


Surat Untuk Bos...grrrr~



TAJUK: MEMOHON KENAIKAN GAJI

Ke hadapan Mr. V yang diingati,

merujuk kepada perkara di atas, saya YanaMIB ingin memohon kenaikan gaji bersempena ulangtahun saya bekerja di syarikat ini selama setahun.


2. Gaji asal saya adalah sebanyak RM**** pada ketika ini. Saya ingin memohon jasa baik tuan menaikkan gaji saya memandangkan saya merasakan di atas kelulusan saya dan semangat kerja yang tinggi, saya layak untuk menerima gaji yang lebih banyak bermula bulan hadapan.

3. Diharap tuan dapat meluluskan permohonan saya. segala jasa baik tuan amat saya hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang merayu,
YanaMIB




Masalahnya sekarang.......


macam mana aku nak deliver surat ni ke bos???


grrrr~  nak pass macam tu je ke...mesti kena ada mukadimah apa² sebelum bagi surat kan?? tapi nak cakap apa?? isk

"Mr A, ai ada something nak request...ai hope yu can understand and pertimbangkan apa yang ai cakap nanti k..."


macam tu ke??

mesti kena tunggu mood bos oke dulu kan....?? atau

terjah je bilik bos, tutup pintu, then terus bagi surat...

then suruh dia baca depan kita ke macam mana??
 

adoyaiii~   =__='


Korang ada apa-apa nasihat untuk aku tak?? plissss help me!!





p/s:: Thanks Yam tolong karang surat untuk aku (^^,)

Feb 22, 2011

Segmen IQ Anda~

~picit gambar ini~



Aku takde mood nak update blog..boleh?? haha...so untuk tidak mengabaikan blog kesayangan, kita join contest....yeayyy!  contest kali ni anjuran cik efa...Cuma perlu jawab 3 soalan yang diberi....1 soalan, 1 hadiah....menarik bukan??  ^_^




soalan 1:

Nombor apakah yang boleh mewakili A dan B di dalam kotak dibawah?



*******************************************
Jawapan::
A = 9
B = 2
*******************************************



soalan 2 :

yang mana satu ganjil?

a) Clarinet
b) Saxophone
c) Bassoon
d) Oboe
e) Dram


*******************************************
Jawapan:: e) Dram
*******************************************





soalan 3 :

Huruf apa yang sesuai di petak kosong? ( perkataan Inggeris )


*******************************************
AlmOst
*******************************************




perghhh memang mencabar IQ sungguh...haha...padahal tiru jawapan...kahkahkah  =P


Dan kini, aku tag 2 orang blogger yang juga mempunyai IQ yang tinggi...^_^


1)  dak encem

2)  tieah



Good Luck!!  \(^_^)/






p/s:: tekan ctrl+A untuk melihat jawapan  ^_^


Feb 21, 2011

TAHNIAH DIK!!!!



Adik aku berjaya memenangi jawatan MPP untuk fakulti Sains di UIA...sekarang ni musim pilihanraya MPP kat semua universiti kan? dak encem tu busy jaga pilihanraya sampai tak sempat nak online...kehkehkeh~



oke ni je gambar yang adik aku upload kat facebook...lepas tu suka suki suruh aku edit gambar dia jadi macam YB...grrr~   tak reti la!! =__=



Walaupun beliau menang tanpa bertanding...which aku tak tahu macam mana boleh jadi macam tu....hahahaha~   janji dia menang oke...kau ado?? lalalala~



"adik nak fight untuk jawatan VP (vice presiden) pulak..."  kata adikku~


"gila pangkat apa baru menang MPP terus nak target VP?? ish³"  jelas kakaknya yang comel..lalalala~


"alaaa...dah alang² ada jawatan, apa salahnya aim yang paling tinggi terus..."   balas adikku~




erm oke fine! logik juga hujah beliau...hehh~   semoga berjaya conquere jawatan VP tu ye...ai support yu dari rumah je lah....yeahooo~  v(^^,)



err dia claim hadiah kat aku...apa aku nak bagi??? pemadam??? grrrr~  (-_-")
























p/s::  sekarang kena panggil adik aku YB Aminah...bluwerkkk~ =P


Red Velvet Cupcakes Buatan Sendiri

~harap maaf... kualiti gambar kureng memuaskan... tak nampak kemerahan kek ni  =_=~



Terima kasih makkkkkkkk!!!!! sebab tolong buatkan Red Velvet untuk Yana!! lepas ni tak payah susah² order kat orang lain...order kat mak sendiri je....kehkehkeh~  *bertuah punya anak!*  =P


Sampai TIGA adunan mak aku buat...pfftt~   licin wuiiii....yang tak berapa nak jadi sangat pun licin orang makan....hahaha...nampak sangat semua tak pernah merasa Red Velvet  (-_-")


Dalam masa 2 hari mak aku siapkan berkotak-kotak Red Velvet...perghh~   2-3 kotak sebagai hadiah untuk adik aku yang telah memenangi jawatan MPP untuk UIA...congratz sista!!  2 kotak untuk kazen-kazen aku kat SMAP Labu dan beberapa tupperware untuk sedara-sedara yang lain termasuk lah dak encem...weeeee~  ^_^


Ada lagi sedara yang tak sempat nak merasa Red Velvet mak aku...so weekend ni dia nak buat lagi...yeayyyy!!!  \(^_^)/


Ada sesiapa nak order Red Velvet mak aku??? minimum order 25 biji....RM2.50 sebiji...ikut harga pasaran lah kan...hihi...mak aku tengah rajin nak buat tu....baik order cepat!! sila send emel kat ai ye>>  ctliyanaDMIB@gmail.com


















P/S::  oke tak yana promosi ni mak??? weehuuu~  (^^,)



Feb 20, 2011

I Love Myself & My Blog Contest

~sila picit gambar ini~



Hari minggu adalah hari contest...weehuu~   kali ni anjuran cik kupu-kupu kecil atau lebih femes dengan nama Yuyu Zulaikha...kami tak pernah berjumpa, tapi dak encem pernah la jumpa si comel Yuyu ni masa gathering blogger kat Times Square...dia cakap budak Yuyu ni comel lote orangnya  *caya tak dak encem cakap macam tu?? bahahaha~*  =P


Ada dua kategori untuk contest ni...aku pilih kategori b >> I LOVE MY BLOG Contest...yeayy~  \(^_^)/

 








oh saya sangat cinta dan sayang dengan blog saya...ini merupakan template yang ke berapa pun aku tak ingat...hahaha..cepat bosan la dengan template yang sama  (^^,)


Entry pertamaku ialah pada 13/5/2009 [klik sini]...serius rasa nak menyorok bawah meja bila baca balik apa yang aku tulis O_o'





menarik tak aku print screen full page blog ni?? kehkehkeh~   terima kasih kepada pakcik Zuar atas tutorial beliau [klik SINI]~






Aku start aktif blogging dalam pertengahan tahun lepas dan TERlebih aktif sejak dak encem pun dah jadi gila blog...hehe...hari² borak pasal blog...bosan?? oh tidak sama sekali..seronok babe!! ^_^


Aku suka cerita benda² umum...means tak terikat dengan satu genre...ecece~   tapi motif blog ni adalah untuk menceritakan kisah² hidup aku...macam diari...tapi secara luaran sahaja...bila rasa-rasa bosan, nak rujuk balik apa yang aku dah buat untuk sepanjang tahun, rujuk je blog...semua ada dalam ni  ^_^






Pergi mana² mesti nak tengok blog...kalau bukan dari IPad atau lappy, dari henpon pun jadi lah...sehari tak jenguk blog rasa tak lengkap la hidup...hoho~   kalau tak jumpa dak encem seminggu pun ai tak kisah...tapi jangan lah blog....wuiii rasa sebak je hati nih...nak meroyan pun ado!!  T__T    *takyah risau perasaan dak encem tu...dua kali lima je dengan ai oke...eh lebih dasat kut dia sayang blog dia!! grrr~ *


Aku ni blogger part time je...jadi, masa agak singkat untuk terjah setiap kunjungan rakan²....apa lagi untuk tinggalkan komen....kalau aku lambat terjah dan lambat tinggalkan komen dan tidak follow kamu-kamu kembali harap jangan sentap dan marah...ku harap kamu-kamu faham status kebizian saya  *wink wink*  ^_^






oke itu sahaja yang dapat ku fikirkan sekarang...takde la pendek mana pun kan entry ni Yuyu?? hekhek...beliau tak bagi buat entry pendek²....tapi aku tak tahu nak riak apa dah...lalalalalala~  =P



3 orang mangsa tag::

2) atie
3) qyqa



Tarikh tutup ialah pada 28 Februari dan boleh bertukar pada bila-bila masa ikut sukahati penganjur lah kan...huhuhu~


Good luck to all contestant!! \(^_^)/



Feb 19, 2011

TOTE BOUTIQUE'S GIVEAWAY


~sila picit gambar ini~



Masa blogwalking TERjumpa giveaway ni...saja nak join sebab suka tengok hadiah tu..comel ouh!! (^^,)


Tempoh penyertaan adalah dari 10/2/2011 - 28/2/2011~


4 pemenang bertuah akan memenangi::
1 passport sleeve,  
1 coin Purse &  
RM30 Tote boutique voucher

(setiap pemenang)


wow menarik bukan?? 

pemenang akan dipilih menggunakan random.org...


Jum ramai-ramai join!! yeayy~  \(^_^)/





Feb 18, 2011

Churp Churp Gila?!!


Sejak minggu lepas aku perasan benda ni...biasa churp churp akan hantar emel menyuruh kita buat assignment...alaaa tolong promosi iklan je....Setiap assignment yang aku dapat memang aku terus buat....


Tapi diorang keep sending aku email yang menyatakan dorang tak terima pun lagi reply dari aku...grrr~





Bila check kat Dashboard, aku tengok takde pun assignment yang tertinggal...scheduled tweets tu la letaknya assignment² yang dorang bagi ye....


Korang ada tak alami benda ni?? ke aku sorang je ting tong...adeh~    =__=


Kepada yang belum register Churp Churp, boleh register dengan segera [klik SINI]~  Tak rugi pun weh....duit cepat je naik... sejukkkkkkkkkkkkk hati ai tengok duit...$$ lalalalalala~  =P


Oh benda ni tak kacau pun status Glitterati Nuffnang..don't worry, be happy...aku pun tak reti sangat pasal churp churp...belajar la pelan-pelan...nak seribu daya, taknak seribu dalih! 


Aku dah lapa...nak makan....papai~ v(^^,)"


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015