Sep 1, 2020

SOP Baru di Hotel Legoland Malaysia | Kingdom Theme Room

Entry berkaitan:
Melihat Hidupan Laut di Sealife Legoland
Gelapkan Kulit di Legoland Waterpark
Legoland Hotel (Adventure Theme)
Legoland Hotel (Pirate Theme)
Legoland Malaysia Theme Park (Part 1)
Legoland Malaysia Theme Park (Part 2)
Legoland Malaysia Theme Park (Part 3) | Star Wars Miniland
Legoland Malaysia Water Park
Harga Tiket Legoland
Lego Ninjago di Legoland
Built a Boat di Water Park Legoland!
The Lego Movie 4D, New Adventure!
Program Pendidikan English Mania di Legoland Malaysia



Assalamualaikum...


Masa pi Legoland hari tu, kitorang stay 2 hotel berbeza. Malam pertama di Pinetree Marina Resort (klik untuk baca entry), malam ke-2 baru kami stay di Hotel Legoland. Tak mampu lah nak stay sampai 2 malam kat hotel have have ni. lulz~

Dorang tengah buat promo sekarang. Buy 1 night, free 1 night. Refer website Legoland NOW! NOW! Atau booking kat Agoda pun boleh. Almost every weekend full house! Yelah tengah murah, mesti la ramai nak cuba rasa sendiri pengalaman tidur kat hotel have have. Pat pat siku lipat, siapa cepat dia dapat. gitchuu!


Ini kali ke-3 kitorang merasa bermalam kat hotel Legoland. Alhamdulillah rezeki anak².

Cuma sekarang ni beza sikit lah suasana dalam kawasan hotel. New norm kan. Banyak benda yang takde. Nak tau benda apa? Teruskan membaca sampai habis ok! πŸ˜


Lobby area. Memang masuk je entrance terus melopong 'WOWWWWW'! haa boleh bayang?


Musim pandemik ni macam biasa lah, banyak SOP yang perlu dipatuhi. Salah satunya, jaga jarak sosial antara families. Masa beratur tu, berdiri kat petak merah tu ye. Jangan sondol² orang depan. ehh!πŸ™Š


Check in time: 4pm
Check out time: 11am

Jujurnya, aku tak setuju dengan timing yang dorang bagi. Apooo kedekut sangat bagi check in pukul 4pm. Orang kalau dah booking hotel mahal, mesti la nak spend time lama² dalam bilik hotel tu. So aku suggest, kalau korang nak stay kat hotel Legoland, JANGAN masuk theme park hari korang check in. Tapi masuk theme park lepas check out. ok? 

Lepas main theme park, pi check in hotel mur mur. Area Nusajaya tu sesepah hotel mur mur. Sebab nak main Theme Park pulak tak cukup sehari. Nampak tak permainan dorang? grrr~


Lagi SOP baru kat sini, dah takde Lego bricks dorang lambakkan area lobby. Kalau korang tengok entry² aku yang lepas, penuh Lego bricks dorang lambakkan area lobi ni. Puas bebudak 'berenang' dalam Lego bricks tu. haa~


Kali ni, kalau nak main lego kat lobby, korang boleh REQUEST kat kaunter reception. Dorang akan bagi 2 bag lego bricks untuk anak² main di lobi atau bawa naik bilik. Tapi masa check out kena pulangkan balik lah lego bricks tu. Kalau tak pulangkan nanti dorang cas. Setiap kali Lego dipulangkan, dorang akan SANITIZE dulu, then baru bagi orang lain pula guna. That's why dorang tak lambakkan dah lego bricks kat lobi. Kalau nak main, kena request.

Bila dah dapat lego bricks tu, JANGAN kongsi dengan anak orang lain! Kalau orang lain nak main, suruh dorang request sendiri kat kaunter. No sharing dengan family lain ok! Musim pandemik ni kan kena la selfish sikit. Berjaga². huhu~


Masih di area lobby, dekat dengan lif nak naik bilik. Kawasan ni pun dulu penuh dengan Lego soft bricks saiz besar². Sekarang kosong sendu je kawasan ni.


Sama macam aku cakap atas tu, kalau nak Lego besar tu boleh request di kaunter.


Bilik di hotel legoland ni ada 3 Theme tau. Aku pernah merasa stay di bilik Adventure Theme dan Pirate Theme. Rezeki kali ni dapat merasa Kingdom Theme pulak! yay! Padahal saiz bilik, deko semua sama je. Beza gambar wallpaper dengan karpet je pun! kahh!


Hallway from entrance.


Air mineral (4 botol), 3 in 1, robe (adults and kids size), selipar (adult & kids size), kettle, laundry bag (dalam laci). Lengkap lah!


Bilik hotel Legoland terbahagi pada 2. Yang dalam gambar ni kids area: ada bunk bed (3 tilam). Bawah sekali tu boleh tarik so 3 budak boleh tidur sini. TV pun ada kat sini. Lego bricks tu memang setiap bilik ada disediakan. Yang request kat lobi tu lain, dalam bilik lain. haa banyakkkkk ye Lego anak² korang boleh main.

Sekarang anak dah tiga rasa sempit pulak ruang ni. Dulu rasa macam luas sangat bilik Legoland ni. Belum lagi adik baby duk sepahkan Lego atas lantai bilik. Kat Legoland pun boleh terpijak Lego! (apak dorang lah tu asyik terpijak Lego. adan uke!). Tu maknanya anak 3 je dah cukup! hahahaha~


Ruang lagi satu, katil King size. Ada sliding door as pembahagi dua ruang tidur ni tau.


Sofa, study table, tv, fridge, hair dryer, semua ada dalam ni. Tepi tu lah sliding door yang aku maksudkan.


Toilet. Laffff sangat toilet dia. 4-5 towels (tak ingat), toiletries, sabun semua lengkap! Sabun mandi kat hotel ni tak wangi sangat. Maybe kids friendly? dunno.


Dalam safe box tu ada mainan Lego tau. Korang kena jawab soalan teka teki gitu (soalan ada atas study table). Jawapan² tu lah combination number untuk buka box tu. Dulu dapat keychain. Sekarang dorang bagi Lego kekecik tu 2 pack (tengok Youtube aku kalau nak tau rupa mainan tu).


Ni pulak restoren dalam hotel. Kitorang dinner and breakfast kat sini. Lepas masuk Sealife rasa lapar pulak. Pukul 6.30pm gitu terus ajak tok laki makan. haha~


Lagi SOP baru, dah takde buffet, baik dinner dan breakfast. Semua food dah fixed ikut menu ni. Tak silap aku dorang akan bertukar menu seminggu 3x. Then rotate balik. Hari kitorang sampai tu, macam gini lah menu nya. Main course ada 2 pilihan (chicken chop atau kuey teow). Appetizer and dessert tak boleh pilih. Kira macam set lah ni.


Time dinner, dorang akan bentangkan alas kertas macam ni atas meja dan sediakan set krayon untuk bebudak mewarna. Best ke best sangat?? Tak payah susah² bagi gajet, dorang ngadap coloring ni je dah boleh duk diam. Kecuali adik baby. Dia memang tak boleh duk diam, bagi la apa pun πŸ˜‘


1) Mushroom soup & garlic bread - sedap gilehh!

2) Kuey teow goreng - sedap tapi tak pedas. Kids and babies boleh makan. Dorang ada bagi cili potong and cili jeruk. Kalau nak pedas, campur je cili.

3) Chicken Maryland - Sedapppp nak arwah! Tolong la order kalau korang dinner kat sini ok!

4) Ice cream cake. Asalnya dapat brownies, tapi staff tu cakap kek ais krim lagi sedap dan tak muak. haha kitorang ok ajee. Kek sedap! Memang tak muak pun. Tapi perut memasing dah kenyang sangat masa ni tak larat nak habis kan. adehh~


Hotel Rules: Tak boleh tapau food yang tak habis atau saja² nak tapau. So kalau tak habis memang sayang lahh sangat. hurmm~  If nak makan kat bilik, kena order ROOM service. Bukan kita sendiri tapau dari cafe.


Aku rasa kebanyakan hotel apply rules yang sama untuk F&B.


Ada lagi SOP baru. Keesokan harinya, kitorang breakfast pukul 9am. Kena inform receptionist siap² pukul berapa nak breakfast masa korang check in tu tau. Sebab dorang limitkan berapa families je boleh dine in untuk satu² masa. Setiap family diberi masa 30-40 minit untuk makan. Tak boleh la nak sembang² sambil makan. Nanti orang menunggu nak duduk. huhu~


Sementara tunggu pukul 9am tu, kitorang lepak dulu kat lobi. Dalam tu penuh orang. Betul lah dorang cakap full house, especially public holidays/weekend.


Menu breakfast. Sama juga akan bertukar 3x seminggu. NO BUFFET! Dorang akan hidang semua menu² ni atas meja. If tak cukup boleh mintak tambah. Aku suka cara gini sebab elak pembaziran. Confirm banyak jimat bahagian F&B hotel. Boleh la bagi diskaun lagi. Tiberrr! πŸ˜


Our breakfast. Anak² aku bukan jenis pemakan. So banyak ni je dah cukup kenyang bagi kami. Bayangkan kalau buffet, tak ke membazirrr.


Air dorang akan bagi air jus (epal) dan coklat mint. Hot drinks upon request. Macam biasa la ada coffee or tea. Teh tarik pun ada tak silap. Ingat ingat lupa dah. hihi~


Ok tu je new norm dan SOP baru yang ada di hotel Legoland - buat masa ni. Jangan lupa usha website dorang untuk update latest promo.

Selain buy 1 night, free 1 night tu, boleh juga beli combo 5 ticket theme park, FREE 1 night stay at Legoland Hotel. Baloi kan? Rugi tau tak grab promo dorang. Go to their website now! NOWWW!


Also please subscribe and like my Youtube channel:
https://youtu.be/KsUm35PRaBc




Terima kasih sudi membaca!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015