Feb 18, 2012

Assalamualaikum Dunia~!


Tanggal 14 Februari 2012, 21 Rabiulawal 1433 Hijrah, jam 10.45 malam,
lahirlah insan paling comel di dunia! seberat 3.1 kilo...wahhh   ^__^
even tak dapat bersalin masa maulidur rasul,
tapi dapat sama bulan dengan nabi pun dah memadai  =)
tarikh 21 Rabiulawal tu sama dengan tarikh lahir abang ipar dia, Zabid9897 *wink wink*
semoga akan dapat sedikit sebanyak sifat-sifat nabi dalam personaliti anak aku nanti...amin~


Aku bersalin dengan cara operation (czer),
kenapa? yang tu aku cerita next entry...panjang lebar punya entry...
macam karangan spm...juling lah mata korang baca nanti..muahaha   =P
entry ni aku bagi korang cuci mata je lah gambar-gambar anak aku...hihi~



umur 2 hari...muka kekenyangan lepas menyusu  ^__^

Sekarang aku masih berpantang kat rumah mak aku, kat Bangi...
payah jugak jaga baby ni kan...haha *baru kau tahu!*
sejak bersalin memang kami laki bini tak pernah cukup dan puas tidur...
tapi bagi aku itu satu pengalaman yang sangat nikmat!
walaupun letih, sakit pinggang, lengan segala,
tapi aku puas bila anak aku sihat hasil breasfeed yang aku bagi...syukur ya Allah~



umur 3 hari...tidur macam orang tua  (-__-")

Tadi nurse dari klinik kesihatan, Bangi datang...
dia kata baby macam nak mula kuning...
tapi aku tak pergi check lagi kat doktor..
hari ni semua klinik penuh aa..tak kuasa nak tunggu lama-lama tengah-tengah pantang ni~
so aku ingat nak pergi next week je lah...heee~



umur 4 hari...papa cakap mama suka buat muka macam ni masa mengandungkan saya...tapi saya rasa comel je bila buat muka gini...hikss  =P


okeh tu je aku nak cerita hari ni...
aku tahu korang windu nak baca bebelan aku kan kannnnn? wakaka~
memang tak sempat weii nak online...
setiap jam anak aku duk melekat nak susu jekkk...hoho~
so next time bila TERonline aku update entry baru pulak...
upload gambar terkini anak aku...
haaa lepas ni korang duk tengok gambar baby je lah kat blog ni yekk...haha~


oh aku dapat baby girl...
nama belum boleh diumum kan ye...
tunggu hari ke 7 baru umum...22 haribulan...
err Rabu depan lah kan...heee~
okebai~!  (^___^)






Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Feb 14, 2012

Valentine's Day itu HARAM!!



Katakan TIDAK pada hari valentine atau hari kekasih 14 febuari!! ada 3 sebab kenapa kita jangan sambut hari valentine::

1. Jika anda sambutnya bermakna anda memperingati paderi Kristian bernama Pedro St. Valentino. Dia aktif menyebarkan agama Kristian pada zaman pemerintahan Rom yang pada masa itu diperintah Claudius II. Raja Rom ini telah memenjarakan orang Kristian kerana mereka mengamalkan agama yang bertentangan dengan agama kuno Romawi. Oleh kerana Valentine salah seorang penyebar agama Kristian, dia ditangkap dan diseksa di dalam penjara. Namun sepanjang di dalam penjara pun, Valentine tetap sebarkan agama Kristian kepada banduan - banduan. Raja Rom mengetahui kegiatan Valentine dan memerintah Valentine dihukum bunuh pada 14 Februari.

2. St. Valentine dibunuh kerana mengahwinkan ramai pemuda secara rahsia sedangkan undang-undang Rom pada ketika itu menghalang pemuda - pemudanya berkahwin dan berkeluarga. Mereka dikerahkan untuk menjadi tentera sahaja. Perbuatan ini mendatangkan kemarahan Raja Rom dan ditangkap dan dijatuhkan hukuman gantung pada 14 Februari 269 Masihi.

3. Ia dirayakan sempena kejatuhan Islam di Cordova, Sepanyol. St. Valentine merupakan orang yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Dengan jasanya itu, Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 adalah tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim. Bayangkan kalau kita meraikan hari ini, sudah tentu ia menandakan kita sendiri merayakan kejatuhan agama Islam itu.


Tetapi masih ada org Islam kita yang berdegil dan sambut hari valentine..hehh~

Sumber:: emel dari Wanita Hari Ini
















p/s::  Tahun lepas aku buat entry kempen "Kami Tak Sambut Hari Valentine's Day" anjuran Sunah Muhamad...  =)

p/s::  celebrate birthday takpe...tapi BUKAN valentine ye  =)






Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Feb 13, 2012

Jum Tolong Blogger Pejal Predley!! =P


Aku kena paksa buat entry ni...lagipun asben ai yang suruh...isteri wajib dengar cakap somi...walau hakikatnya aku tak ikhlas pun nak tolong blogger sorang nih...muahahaha  *keji*  blogger malang yang dimaksudkan ialah pakcik Faizal Fredley... aku nak minta kerjasama semua blogger yang baca entry ni untuk menyokong beliau memenangi Macbook...


Cara-caranya :

*******************

-mula-mula like entry ni MacBook Air Gadget Impian Faizal Fredley *button like ada belah atas sekali bahagian kanan*

-pastu tweet entry MacBook Air Gadget Impian Faizal Fredley

-google +1 entry MacBook Air Gadget Impian Faizal Fredley

-in shared MacBook Air Gadget Impian Faizal Fredley

-komen entry  MacBook Air Gadget Impian Faizal Fredley tidak kurang dari 7 patah perkataan


*******************


Kalau korang tak rajin buat semua kat atas tu, buat salah satu pun dah ok...ramai-ramai komen entri di blog DenaiHati untuk memberi sokongan kepada pakcik Faizal Fredley.

Komen la kata-kata semangat atau apa² sahaja..nak maki dia kat situ pun boleh..hahaha..tapi yang pasti lebih 7 patah perkataan ok~! v(^___^)"

Orang berjaya kita ucapkan taniah...orang gagal kita beri sokongan...gud luck pejal! =P


Sekian...Peace (~_^)v
















p/s::  aku tunggu char kuey teow malee dari ko! muahaha~






Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...