Jan 25, 2018

Melawat Borobudur Temple

Assalamualaikum...


Oke sambung balik cerita trip to Yogyakarta. Malas betul nak update sekarang ni. haihh~


Untuk hari kedua, kitorang plan untuk pi Borobudur. Bos belanja transport sebab malam tu ada company dinner. Kat sana sewa transport dorang kira by day basis, bukan per trip or per hour basis. So alang² memang nak sewa bas untuk company dinner yang hanya berlangsung for few hours, baiklah ajak sekali ramai² pi tempat lain. Tapi tak ramai pun join trip Borobudur ni. Sebab rata² dah ada plan sendiri. Lantak situ, janji aku dapat jugak pi the famous Borobudur yang bak kata orang, "Kalau pi Yogja, tak pi Borobudur baik takyah pi Yogja!" gituhh πŸ™„


My morning view.


Pemandangan dari bilik. Tu Mount Merapi kot?


Kat sana pukul 5.30am dah cerah. Macam kat Sabah gitu. So plan pukul 8am berkumpul kat lobi. Tapi Spore team malas² nak keluar awal. Kalau boleh dorang nak gerak pukul 9am gitu. Aku dah cakap perjalanan jauhhh, makan masa sejam lebih. Dengan ada anak² kecik, by noon (11am) dah panas terik, anak² mesti dah ngantuk and risau cranky. Siap argue dengan aku takde beza pun sejam tu. Eh macam² benda aku boleh buat dalam masa sejam! Tapi tu lah, bercakap dengan orang takde anak susah sikit nak paham bab MASA ni πŸ˜‘


Maka, almost 9am jugak lah baru gerak *ai is annoyed*


Zafran first time naik bas. Takut! lol~ Tu nak duk atas riba, nak berpeluk je. tah pape sangat perangai.


Masa dalam bas, supir suggest lepas singgah Borobudur, pi Mount Merapi sekali. Sebab dah dekat. Aku macam eh, takpe ke?? haha~  Yelahh biasa deal dengan supir² lain semua BERKIRA kot! Kalau itinerary asal kau cakap pi 1 tempat je, dorang akan follow yang tu. Nak tambah destinasi lain, kena bayar harga lain! Then bila supir ni suggest gitu dan SEMUA setuju, apa lagi, jomsss! Bila lagi nak sampai ye dak? Mount Merapi pun salah satu destinasi wajib pi bila sampai Yogja.


Selepas sejam setengah tak silap, sampai lah kami di Borobudur. yeyy! Eksaited!


Harga tiket masuk dalam RM100 per pax (dewasa), RM60 for kids. Korang boleh tengok website dorang pasal harga. Rate dalam usd kaoo. Aku bagi anggaran je tu.


Yang tak bestnya kat sini, sepanjang perjalanan dari parking sampai lah ke pintu masuk, korang akan dikerumuni peniaga². Tak kisah lah jual souvenir ke, jual makanan minuman ke. Dorang akan kerumun korang beramai² suruh beli barang dagangan dorang. Tahap ANNOYING punya kerumun oke! ya ampun stress aku. Dah la jauh nak kena menapak, kena pulak harung peniaga² ni. Eh aku nak kejar masa! Dah deal nak spend masa kat situ dalam sejam je! Sebab lepas tu nak pi Merapi pulak, malam dinner pulak. Tak sempat lah nak cuci mata belek² apa yang dorang jual. adehh.


Kitorang jalan laju² sambil say 'no', 'Terima kasih'. hermm~


Lepas beli tiket, kitorang deal balik pukul berapa kena tunggu kat exit/bas. Kat dalam confirm berpecah sebab ada yang nak naik sampai atas, ada yang nak round gitu² je.


Dekat dengan entrance.


Jalan depan sikit nampak gajah pulak. Ada anak² opismet aku suka naik gajah. Udah aku pun sekali terjebak bawak anak² naik gajah πŸ˜


FYI


Tunjuk gambar ni kat adik aku terus kena sound, "animal TORTURE!! patut kena boikot!" LOL aku pun tak teringat pasal animal torture tu. sobsob  Maafkan kami cik gajah. Aku nak bagi anak² experienced naik gajah. Zafran tu memula takut, pastu papa paksa gak naik. lol~  Mujur dia tak meraung nak terjun dari gajah πŸ˜‚


Panas lit lit time ni uii. Tapi gagah kan jugak lah jalan. Zafran tu time ni lah 'patah kaki' nak berdukungggggg je. Mujur ada mak ayah, bergilir² dukung. Eh papa dengan atok dia je gilir² dukung. kiki~


Mak ayah aku takmo naik atas. Tinggi oii. Dah la ramai gilaa manusia dengan panas lagi pfft! Tapi bila fikir², bila lagi nak datang sini? Dah sampai sekali ni rasanya takde lah aku sesaja nak datang Yogja lagi. Baik bercuti negara lain pulak. hahaha~


Soooo gagahkan jugak panjat tanggaaaa. Parents aku melepak je kat bawah tu amek² gambar. πŸ’ͺ


haaa gini lah kecuraman tangga nak naik puncak Borobudur tuuu. Ramai umat ya ampunnn! Berhimpit². Masa ni hari Ahad, orang sana pun cuti kekdahnya. Nasib lah kan. πŸ€•


We made it! yahooo! πŸ‘


ouh korang jangan tak tahu, Zafran tu siap berselawat keliling Borobudur tu. Bak kata adik aku mujur dia tak nyanyi labbaikallah😝


Worth the effort! πŸ˜  Ketiak basah takde hal, yang penting gambar lawaaaaa😜


Zafirah tu dah penat + ngantuk. Zafran jugak sempoi posing leklok. Mama letak jugak dalam blog gambar ni. πŸ˜


Konon² nak pose ootd, tapi jadi 'kayu' pulak. duhh!


Apak korang ni memang tangan spastik sikit kan bila amek gambar πŸ˜’


Ternyata tempat ni BUKAN untuk kids πŸ˜‚


Tak lama pun duk atas Borobudur tu. Err takde apa pun atas tu. Kau bergambar semata. kahh! Dah puas bergambar, berehat, jom lah balik!


Perjalanan nak pi ke parking tu punya lah jauhhhh! Jalan keluar tak sama dengan jalan masuk. Kena lalu pasar. Sempat lah intai² baju² yang dijual. Sempat jugak beli 2 pasang untuk anak². Dalam RM10-15 sepasang. Kartun cute tu beli. kiki~  Beli jugak fridge magnet untuk aku sebagai kenangan. Seketul RM10. Eh dorang letak harga tinggi asalnya. Pandai lah korang tawar menawar. Kitorang dengar orang local sana mintak harga gitu, kitorang follow lahh. muahaha~  Walaupun FM dia kualiti tak berapa sangat. Herm anggap je lah sedekah. Kesian pun ada tengok dorang meniaga tu.


erm aku pun tak pasti apa motif robot ni kat sini. Nak posing dengan robot kena BAYAR oke! Standard lah kat sana kan semua benda pun berbayar. So amek gambar dari jauh je. kikiki~


Sampai bas, mak aku cakap dia pun ada beli baju untuk anak² aku. Biasa lah kan demimu cucuuu. Mujur tak sama design dengan yang aku beli. haha~  Bertambah lah baju anak². Mama is happyyy!


k tu je nak cerita pasal Borobudur. Next, kitorang pi Mount Merapi pulak. Tunggu aku edit gambar dulu eh. huhu~


tata!




Terima kasih sudi membaca!

Jan 17, 2018

Brownies Sedap Bandar Baru Bangi

Assalamualaikum...


Hi korang. Lama jugak daku menyepi. Takde idea nak mengarang kekdahnya. Padahal banyak gila benda nak dicerita. haha~


Oke hari ni saja nak share pasal bisnes baru aku. Kemain dah ada bisnes sekarang. kahkah~  Mana yang follow page aku tahu lah pasal bisnes baru aku ni. Takde gah sangat pun. Bisnes jual brownies je wakkk. Tu pun lepas join kelas online dengan cikgu Nana, terus rasa confident nak meniaga brownies. 


Seumur hidup aku memang tak pernah buat brownies tau! Makan pernah lah. Bila cikgu Nana kata dia ada buat kelas, laju je join! Eh tapi memang baloi lah join. Sebab aku suka sangat beli brownies dia. By the way cikgu Nana duk Kemaman ye. So kalau beli brownies dari dia kena pos lah. Tahun 2018 ni apa nak heran orang pos brownies. πŸ˜œ  So, now dah tahu buat sendiri, bebila teringin brownies boleh terus bancuh dan bakar. Senang je rupanya. haha! 


Tapi percayalah, resipi cikgu Nana TAK SAMA langsung dengan mana² resipi yang aku tengok kat Youtube or tv. Lagipun, bila join kelas, aku belajar sekali segala maknek tips and tricks untuk bagi brownies tu bertambah ummpph! Kat Youtube mana cerita tricks² semua tu. Bahan² pun ada banyakkkk jenis yang dijual kat kedai bakery. Newbie macam aku ni mana tau jenama apa yang lebih sedap?? gituu


Untuk readers yang baru tahu bisnes baru aku ni, sudi² lah support and follow my new instagram πŸ‘‡


Klik gambar untuk follow!


Bawah ni pulak list harga brownies yang dijual SETAKAT ni:


Untuk toppings semua ni terpulang lah korang nak apa sebenarnya. Buat masa ni aku pernah buat toppings:
πŸ‘‰ Peanut butter
πŸ‘‰ Nutella/caramel drizzle
πŸ‘‰ Almond nibs


Aku baru start meniaga bulan 11 tahun lepas. Baru 3 bulan. Tu tak banyak choice lagi. Tapi aku akan sentiasa improve deco from time to time. Bab rasa memang takde masalah, SEDAP! Bab deco tu je aku lemah sikit. Mungkin kena join kelas deco pulak kot. hehe~


 Ni feveret aku! Selain plain. haha~ Toppings lain aku tak kenan. Yang plain aku suka makan dengan eskrim vanilla. Sedap wooo! Kalah Pizza Hut punyaaa πŸ˜  Tapi laki aku tak kenan topping cheese sebab rasa more to cake. Yelahh cheese tu buatkan brownies tu moist sangat. Lantak situ. Aku tetap suka! hahaha~


Selain jual dalam box (8"), aku ada jugak jual dalam bentuk mini pack. Biasa student suka order mini pack ni. Yelahh nak makan sorang, takkan beli sekotak pulak kan? Kat hostel susah pulak tu nak simpan stok makanan banyak². Setakat ni student Uniten and UKM yang selalu order brownies mini pack.


Nak letak toppings pun bolehhh! Kalau macam ni harga RM12.50. Minimum order 2 pack.


Aku guna PURE butter dan bahan² premium untuk semua brownies aku. Butter tu kadang guna jenama SCS, kadang La Belle. Korang boleh check kat kedai bakery berapa harga bahan² yang aku guna. Kalau korang nak guna coklat yang lebih mahal macam Callebaut coklat pun boleh. Harga kita discuss kemudian😁


Apa² pun yang membuatkan brownies aku sedap ialah sebab aku buat penuh kasih sayang. bahaha  Kasi can laa puji brownies sendiri. Eh bukan aku sorang puji, boleh kata semua customer aku cakap sedap! Tak percaya pi tengok @yanamib.cuisine, ada aku letak sekali feedback customers dalam tu.


Ouh aku enjoy sangat dengan bisnes baru aku ni. Hari² bancuh brownies pun aku oke. Penat, tapi happy! Buat masa ni juga aku hanya fokus buat brownies je. Dan aku mampu terima order MAX 2 kotak je sehari (weekdays), dan 3 kotak (weekend). Tengah memboyot ni tak larat sangat duk dapur lama². Aku suka makan kek² sebab tu aku berani jual. Aku takkan jual benda yang aku tak suka buat/makan. Tak feel. haha~  In future insyaAllah akan bertambah lagi produk² lain. Follow rapat² @yanamib.cuisine . Update semua kat situ. Blog ni bebila rajin je aku update. haha~


Meh la order sekotak korang rasa sendiri. Kalau sedap war-warkan, kalau tak sedap/need improvement korang roger je aku direct. Aku oke je nak terima kritikan. Yelahh tekak kita lain², aku kata sedap, tak semestinya semua orang pun akan cakap sedap. kan?


Thank you korang sudi support aku. Doakan aku boleh pergi jauh dengan bisnes baking ni kayy! Laff u guys so strong! πŸ˜˜πŸ˜˜








p/s: Buat masa ni aku tak berani pos brownies. Sejak new year hari tu ada 2 orang customer aku bermasalah dengan kurier. Mungkin penangan sale tahun lepas tak reda lagi. Mungkin juga depends pada lokasi. Nak selamat aku prefer COD sahaja. Sorry korang! πŸ™



Terima kasih sudi membaca!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015