Oct 6, 2020

Last Day at Phuket (Disember 2019)

Assalamualaikum...


Sihat ke korang? Dah nak habis tahun 2020 baru nak habiskan entry Phuket. Aku dah draft lama dah. Tapi tak habis² menaip. Aneh ye πŸ˜‚


So ni kisah hari terakhir di Phuket (Disember 2019). Plan nak habiskan duit baht. Beli kopi arabus banyak² penuhkan beg. Zafran tu belum mandi lagi. Bangun lambat, malas pulak nak mandikan dia. Lepas breakfast baru mandi. Tu pun sebab dia sibuk nak kencing πŸ™„


Gini la menu breakfast yang halal selama 3 hari duk Phuket. Alhamdulillah.


Round pantai dulu. Bukan jauh pun dari hotel. Walaupun waktu pagi, panas lit lit uii.


Main lompat² pulak tepi pantai tu. lol~


Setiap kali membeli di 7E Phuket, dorang akan bagi sticker macam ni. Boleh convert jadi CASH juga! Maksudnya 1 sticker tu nilai dia 1 baht. Ada sticker yang nilai 3 baht. So bila campur², boleh la shopping lebih banyakkkk lagi!! Aku suka! Aku suka! hahaha~


Hasil rembatan sepanjang 3 hari di Phuket. Semua ni HALAL! Takde dijual di Malaysia. Arabus tu je aku tengok ada jual kat Max Value.


Datang Phuket 1 beg, balik KL, beg beranak. haha~  Dalam entry SINI aku ada cerita macam mana aku simpan extra luggage.


If korang datang Phuket or Thailand, tolong la beli burger ni. Sedapppp!!! Panaskan dalam microwave jeee.


Sementara tunggu transport sampai bawa pi epot, lepak lobi dulu.


Perjalanan pi airport dalam sejam jugak. Sempat la hero tu mentido kejap dalam van.


Macam biasa, akan balut luggage. Sebab luggage aku jenis kain, bukan jenis kulit turtle yang keras tahan lasak tu. Kang koyak naya je.


Walaupun penuh air aku letak dalam beg, berat tak sampai 20kg pun. yay!


Kat boarding gate. Anak orang Perancis kot ni. Ramah kemain. Anak aku tu pulak pemalu. Dia buat tak tau je budak tu duk agah² dia. Sabar je lah.



Thanks for the sweet memories Phuket. Mungkin taknak datang dah. Kecuali orang belanja lagi. bahahaha!



Flight balik ada tv pulak depan seat. Seronok dia layan kartun.


Alhamdulillah, selamat sampai KLIA. Aku solat Maghrib dulu then baru balik. Ketua keluarga pick up. ngee~


Sebelum pi Phuket memang aku dah kosongkan fridge. So balik dari Phuket, tinggal susun je segala air yang aku dah beli. Sebbaik muat ye. hahahaha! Oh ni bukan aku punya sorang. Ada juga kiriman kawan². Aku tak open order pun. Siapa yang kirim tu aku belikan je. Kalau open order tak muat dow luggage. Kena bawak kotak pulak kang. Leceh! πŸ˜œ

Ok tu je kisah company trip ke Phuket. Tahun ni entah ada ke tidak company trip. Bos pun aku tak jumpa lagi sepanjang tahun ni. Dia terkandas kat Singapore sana. Nak balik sini pun susah sebab wife and anak² dia orang Singapore. Dia je orang Malaysia. Kalau balik, nak kena kuarantin lagi. hurm.

Cepat la hilang virus Covid-19 ni. 





Terima kasih sudi membaca!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015