Dec 15, 2017

Company Trip 2017: Yogyakarta, Indonesia

Assalamualaikum...


Alhamdulillah, pejam celik rasa kejap je dah penghujung tahun 2017 kan? Acara yang paling dinanti² sempena akhir tahun, "COMPANY TRIP"! Memang every year company aku ada buat trip dengan staff. Ada sekali je aku tak dapat join, tahun 2015 dulu. Sebab tengah pantang Zafran. Dorang pi Bali. Ek elehh Bali je takde apa *sedapkan hati๐Ÿ˜*


Tahun ni, bos ajak pi Yogyakarta pulak. weeee! 2-3 bulan sebelum fly baru beli tiket sebab nak confirmkan tarikh trip tu susah nau nau. Schedule bos-bos tight gitu. Nak cari tarikh yang dorang free tu memang tak boleh confirmkan awal. Yelahh kalau confirm awal boleh la beli tiket time Matta Fair ke time tengah promo ke. Selalu dah confirm mesti harga tiket mahal. Memang la company sponsor, tapi sponsor staff ONLY! Spouse and kids sendirian berhad. Petak kepala mama membayar tiket memasing. Eh anak aku dua² dah ada seat sendiri ye. Umur memasing dah lebih 2 tahun kan ๐Ÿค•  Ada je staff yang tak bawak kids. Tapi setakat ni tak pernah lagi aku pi holiday tak bawak anak². Rindu kot! Tak tenteram aku nak berjalan kalau takde anak depan mata *overly-attached mom!✌*


 2 hari sebelum fly dah start packing bag. Ada 4 kepala aku nak fikir kena la pack awal. Elakkan tertinggal barang (walaupun tetap ada yang tertinggal tapi minor lah boleh beli kat sana...kiki). Lagipun fly waktu pagi, pukul 9.40am gitu. Paling lewat pukul 7am gitu dah kena keluar rumah. Dah packing awal takde kelam kabut sangat pepagi tu kan. Anak² aku kalau ajak berjalan memang senang sangat bangun pagi. Tambah kau cakap naik aeroplane lagi bersemangat dorang bersiap awal pagi tu.๐Ÿ˜


 Sampai airport jam 8am gitu. Ada masalah sikit dengan teksi yang kitorang booking. Last² amek Uber. Tengah beratur nak check-in luggage dah ada announcement final call untuk ke Yogja. Marathon lah kami pi boarding gate. Eh mujur tak jauh sangat. Tapi mengah jugak lah sebab berlari². huhu~


 Ehem first time declare pregnancy. Tak sure airlines lain kena declare jugak ke idak. Dulu pi London naik MAS tengah peknen 4 bulan takde pun declare². Mungkin perut pun kecik lagi tak nampak macam peknen. huhu~  Kali ni pun tak nampak sangat perut, tapi declare je lah ๐Ÿ˜


 Seat kitorang agak berterabur and berpecah. Mujur check-in ramai² dengan opismet lain. So boleh tukar² sesama dorang je. Seat anak² aku kat row 27 tu. Seat aku row 26, sebelah aku anak² opismet aku. Laki aku pulak dapat seat row 30 tu. lol~   Nak pilih² seat lain kena bayar, bazir pulak rasa. Baiklah tukar² je.


Kot lah ada yang wondering boleh eh tukar² seat?? BOLEH wakk! asalkan suka sama suka. Bukan paksaan gitu. Takde siapa nak marah. Kalau ada order meals nanti bagi je boarding pass kat stewardess masa dorang nak distribute meals tu, dorang akan bagi meals bukan ikut mana seat kita, tapi ikut boarding pass. Paham?


 Kebetulan masa nak ke boarding gate jumpa pulak sepupu mak aku, Udo Tina. Dia otw nak pi India. huhu~


 Happy face! Zafirah tu sibuk nak duk tepi tingkap jugak. Aku warning awal² jangan mengada nak nangis². Mama cubit! *mamagarang*. Sebab masa pi Kundasang dulu dia nangis time take-off. Gayat punya pasal. Dulu laki duk sekali 1 row boleh la nak tolong pujuk. Ni aku sensorang jaga dorang dua beradik kang aku pulak stress dengar dia nangis. Takut mood adik pun join kelaut sekali bila tengok kaklong nangis. No no! Kena warning awal². hahaha~


Pukul 10am++ gitu dorang hidang meals. Lepas makan memasing mentido termasuk lah aku. Penat oi. Kang sampai Yogja dah terus berjalan. So kena rehat cukup².


Tepat 2 jam 30 minit sampai lah kami di bumi Yogyakarta. Alhamdulillah.


 Budak jakun tengok aeroplane dari jarak dekat. Biasa tengok dah terbang kat langit sana. kikiki~


Dari airport, company dah booking siap² transport ke hotel. Kitorang stay di The 101 Tugu Yogyakarta Hotel. Dekat dengan Malioboro Street. Lupa sangat snap gambar hotel. Penat sangat kekdahnya. Korang google je la eh. hihi~  Hari kitorang sampai tu jalan macet (jem) ya hamattt! Kalau tengok google map patutnya perjalanan dari airport ke hotel dalam 30 minit gitu je. Tapi sebab jem teruk hari tu, sejam jugak lah masa nak sampai hotel. Habis lari itinerary aku. pfft!


Sampai hotel dalam pukul 1pm gitu, terus check-in. Alhamdulillah ada bilik yang dah tersedia. Termasuk lah bilik parents aku. Kitorang solat Zuhur semua, pastu terus keluar. Dalam pukul 3pm jugak baru setel check-in + solat. Supir pun dah sampai. Kesian dia kena tunggu agak lama sebab dalam plan asal pukul 1pm tu patut dah keluar berjalan. Mana nak jangka jem teruk gitu. huhu~


Next entry aku cerita mana kitorang pi untuk hari first tu. InsyaAllah. Stay tuned! ๐Ÿ˜˜




Terima kasih sudi membaca!

Dec 7, 2017

Anugerah Cemerlang Buat Aimy Zafirah

Assalamualaikum...


Alhamdulillah, pejam celik dah 2 tahun Zafirah duk tadika. Ye aku start hantar Zafirah masuk tadika seawal 4 tahun. Sebab dia boring duk taska yang tak belajar apa². Harap yuran je mahal tapi aktiviti kurang menarik. Dan aku perasan dia sangat suka belajar. Kalau boleh hari² nak belajar benda baru. Depends lah kan ada orang prefer hantar anak masuk tadika 5/6 tahun. Sendiri faham kemampuan anak masing² ye dak?


 Salah satu sebab aku pilih ABIM, tadika ni banyak terapkan ilmu² Islam dalam pelajaran harian. Nak nangis tengok prestasi anak macam ni. Nak harap aku ajar sendiri semua ni, Allahu. Bukan kata aku tak reti surah² ni (tapi doa² tu bukan semua aku tau pun), tapi aku memang tak reti mengajar. lol~


Zafran pun aku hantar ABIM sebab start tahun ni dorang terima budak seawal 2 tahun. Syukur sangat. Dah la dekat dengan rumah, yuran pun mampu milik sangat. Takde la mencekik macam most taska area Bangi ni. Heh siapa duk Bangi faham laa range yuran taska area sini. Dah macam yuran masuk U oke! pfft! Dan aku boleh nampak betapa drastik nya perkembangan anak² sejak join ABIM. Basic doa, cara solat, even zikir harian pun dorang tau. Memang owner ada cakap, dia tak janji anak² yang masuk tadika dia akan cemerlang dalam akademik, tapi dia boleh janji anak² akan faham basic agama terutama bab solat dan mengaji selepas tamat sekolah. Syabas owner! Ai loike the way you think. Islam first! ๐Ÿ˜˜


ABIM cawangan Bangi ni salah satu tadika yang amalkan sistem exam. Setahun ada 2 kali exam kaoo! Exam pertengahan tahun dan akhir tahun. Seawal umur dia 4 tahun dah kenal apa itu exam. Tapi aku tak pernah la nak push² dia belajar. Kecik lagi takyah la bagi stress. Apa dia belajar kat sekolah pun aku tak tahu sebab takde satu pun buku² latihan yang dia bawak balik. SEMUA simpan kat sekolah, latihan² semua siapkan waktu sekolah. Kat rumah aku ajar gitu² je lah, ajar membaca (BI & BM), ajar menulis, mengeja, ulangkaji qiraati. Mengira je aku tak reti lagi nak ajar. Aku ni bukan lah sejenis mak yang penyabar. hahaha~ ๐Ÿ™„


Alhamdulillah, buat kali kedua, Zafirah terima anugerah pelajar cemerlang, 5 tahun.๐Ÿ˜ huii mak mana lahh tak happy? Walaupun baru tadika.


 Dua tahun berturut² dapat tempat ke-3. Memang minat nombor tiga ke camne ni?๐Ÿ˜  Beza tang cita-cita je. Tahun ni nak jadi Bomba pulak. Sebab bomba suka tolong orang katanya. ecece Kat rumah nape tak tolong mama buat house chores?๐Ÿ˜


Macam tahun² sebelum ni jugak, ABIM ada buat majlis ihtifal (konvokesyen). Lagi sekali aku kena join, dah anak dapat anugerah kan takkan takmo pi? Walaupun ada hal lain hari tu, eh hal anak lagi penting! Hal lain boleh postponed kemudian๐Ÿ˜


 Tahun ni seat limited pulak. Sorang pelajar boleh bawak 2 orang tetamu (parents) je. So kalau ada adik beradik lain either tak boleh masuk or kena duk kat tangga atau duk atas riba. Last year takde pulak macam ni herm.


Sebelum start ada nyanyian Asmaul Husna, negaraku dan lagu rasmi ABIM. Tak pernah tahu selama ni ABIM ada lagu rasmi. lol~


 Sekali lagi mama dapat saksikan anak mama naik pentas. You make me so proud kaklong!!!


 Penat rehearsal untuk SENYUM. yee rehearsal bagai sebab last year dia tak senyum. Mungkin first time terkejut gitu. Tahun ni saja la rehearsal. yo-oo je. Sampai hari kejadian masam jugak! Rasa nak tolong picit je pipi tu suruh senyum๐Ÿ˜‘


Proud mama! Thank you so much to all teachers yang banyak beri tunjuk ajar. Sebab kan teachers lah anak saya jadi pandai. Saya tolong ulangkaji gitu² je. hihi~


Tinggal setahun je lagi dia duk tadika. Pastu masuk darjah 1 pulak. wuwu how times flies. Buat lah sehabis baik kaklong ye. Mama akan tetap support. Doa mama semoga kaklong membesar menjadi anak solehah yang menyenangkan hati mama papa dan orang² sekeliling kaklong, serta berjaya dunia dan akhirat. Lebiu to the moon and back! ๐Ÿ’•๐Ÿ’•






Terima kasih sudi membaca!

Dec 5, 2017

Bercuti Dalam KL | Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur

Assalamualaikum...


Aku ni kalau boleh tiap bulan nak pi bercuti. Bukan nak perasan orang have have pun tapi saja bonding times with kiddos. Sebab bagi aku, bila bercuti tu aku lebih banyak luangkan masa dengan anak² compared bila duk rumah. Kat rumah ada je kerja aku nak buat (house chores yang TAKKAN pernah habis). Walaupun cuba untuk abaikan, tapi mata ni asal terjeling bakul baju belum berlipat, belum basuh, sinki ada pinggan belum cuci, ada kotoran atas lantai, tangan ni otomatik nak bekerja. Dah tu, hari cuti je aku boleh buat segala maknek house chores tu. Hari bekerja tak larat lah nak pulun buat semua. Tak perlu lah aku elaborate schedule harian aku kan. Common sense je ni. hihi~


Kebetulan jugak bulan 10 hari tu parents aku nak pi UK. Ayah aku ada conference, alang² tu bercuti lah sekali. Of course mak aku ikut sebab UK kannn. Dekat sangat dah dengan adik aku. Memang dorang dah siap plan nak bercuti ke 'tanah ais' sekali. Aku mampu tatap je lah gambar² dorang. Bilangan ahli dalam keluarga pun makin bertambah ni, kena pandai² bajet kewangan keluarga. Tapi aku tak suka nak sekat² sangat belanja, jimat takpe tapi sampai menyekat especially bab makan and bercuti ai is takkk setujuuu. haha~  Dah tahu keinginan untuk berbelanja tu tinggi, usaha pun kena lah tinggi jugak ye dak? mana ada duit turun dari langit? ๐Ÿ˜œ


Disebabkan parents aku bakal bercuti lamaaa, aku pun saja la nak bercuti jugak. Sunyi pulak rumah mak aku takde. Lagipun aku memang takde plan nak ke mana² bulan 10 tu, saja la aku survey² hotel murah², yang penting ada swimming pool. Zafirah dah banyak kali berzikir nak mandi swimming pool. huhu~


Then kawan aku bagitau Traveloka ada buat promo! Up to RM80 diskaun (t&c applied)! wohoaa!


 Masukkan code 'DEEPSTAY' and wallahh enjoy your holiday dengan harga terlajakkk murahhh! Baloi wehh. ๐Ÿ˜  (promo ni takde dah sekarang. hihi)


 Aku bayar harga RM135 tu tau. Bukan free ye. haha Ramai confuse tengok list ni ๐Ÿ˜


Lepas hantar parents aku pi KLIA (pukul 9am), kitorang balik rumah untuk setelkan packing, then terus gerak pi KL. err almost tengah hari jugak lah baru keluar rumah, dalam kul 11am gitu kot. haha~


Ingat nak stop lunch ikan bakar Bellamy belakang Istana tu, sekali tengok ramainya orang. Aku mintak laki tapaukan je nanti makan kat hotel sebab bebudak mentido masa ni. Kesian pulak nak kejut. Sekali dia kata lauk banyak habis. Tinggal yang bakar² tu je ๐Ÿ˜‘


Entah kenapa otak jem pulak masa ni tak boleh fikir kat mana lagi tempat makan best (laki prefer nasi campur) dalam KL. Last² terus pi hotel je. Paling koman pi je lah Sunway Putra seberang hotel tu. Jalan kaki je. huhu~


Sampai hotel pukul 2.30pm tak silap. Boleh terus check-in, yeyy!


 Anak² pun dah bangun tidur, dah recharge energy kemain lah happy memasing. Terlompat², terjerit² ๐Ÿ˜’



 Bilik yang besar dan cozyyyy! ๐Ÿ˜


Lepas solat, kitorang keluar cari makan. Yelah tak lunch lagi kan? Sakit dah kepala aku masuk angin. Laki aku takmo pi Sunway Mall. Tanya reception if ada food court area hotel, dia kata ada. Sebelah hotel tu, jalan kaki je. Macam food court situ, tapi peniaga semua indon lah kan so dah tentu masakan pun indon style. haha~  Jadilah kan janji kenyang dah laki nak sangat nasi campur ๐Ÿ™„


Lepas lunch, masuk bilik tukar baju mandi pulak yeahoo! Zafirah tu tak habis² berzikir nak swimming, nak swimming eh stress pulak dengar. Ajak balik kang baru tau ๐Ÿ˜’


Berendam sampai kecut. Heaven sebab pool tak ramai orang. Yelahh bukan musim cuti pun. kikiki~  Aku cakap kat laki bagi je dorang berendam puas². Takyah ajak naik selagi dorang takmo naik. gituu~  Tapi aku tak larat nak berendam lama². Berair hidung. Laki aku pun sama. Dah tu siapa nak jaga dorang kalau kitorang tak join berendam? ๐Ÿ˜‘


Dalam pukul 6pm kot ajak jugak naik. Mandi manda. Lepas solat Maghrib pi dinner kat Sunway Putra Mall. Syok jugak jalan malam² dengan anak² tetengah KL. hihi~


View waktu malam dari lif hotel.


Aku request nak makan Nando's. Kebetulan boleh redeem chilli reward half chicken tak silap. Ouh aku memang makan Nando's guna tangan. Tu pun lepas tengok pak arab makan pakai tangan. Nikmat tak terkata! hahaha~  Zafirah tak makan. Eh dia makan roti sosej Auntie Annie. Anak dara tu bagi roti memang laju dia makan. Kalau nasi² ni haihh aku boleh migrain tengok dia makan. Sebutir² amek masuk mulut, cukup 10 butir terus cakap dah kenyang ๐Ÿค•


Anak teruna sorang ni pulak makan main². 1 masuk mulut, 10 jatuh atas lantai. grrr~  Tapi dia memang gila jagung. Sebab masa ngandungkan dia apak dia duk ngidam jagung tahap kronik. Kalau tak dapat tu memang kemurungan lahh. Now berebut² makan jagung anak beranak. Aku perhatiiii jeeee๐Ÿ˜


Lepas makan, singgah Jaya Grocer kot depan Nando's tu. Beli stok roti and megi untuk makan esok pagi. Aku tak amek pakej dengan breakfast sebab bilik aku sewa tu untuk 2 pax je. So breakfast pun untuk 2 pax. Zafirah dah 5 tahun kena cas RM15 kot untuk breakfast. eh rugi lahh dia bukan makan banyak pun bazir je. So kitorang decide beli je roti² kat kedai untuk breakfast dalam bilik.


Morning view bandar KL. Eh orang KL mana bangun pagi kan? hahahaha~  Elok aku nak sambung mentido anak² aku bangun. Serentak pulak tu bangun. ๐Ÿ˜‘


Dorang bangun je sibuk nak roti lah, nak air lah. Eh terpaksa lah kitorang bangun sekali. haihh~  Tapi oke laa sesambil makan, santai² tengok tv, guling² atas katil. kiki~  Zafirah ajak swimming lagi, tapi kitorang takmo. Aku malas dah nak basah² kan baju. Laki pulak tetibe sakit kaki. Hak alaa macam la buat akrobatik bagai, berendam je pun๐Ÿ™„


Dia tengok kaklong ikat rambut, dia pun sibuk nak ikat rambut. Dalam bilik je laa aku bagi ikat. Nak keluar bukak balik. Dah la orang ramai confuse jantina dia, nak suruh ikat rambut, lagi laa orang confuse๐Ÿ˜‚


Dalam pukul 12pm kitorang siap² untuk check-out. Terus pi IKEA pulak. Lunch kat sana pastu cuci mata. Time ni lah aku beli door gift birthday Zafran tu rasanya.


Then balik, setelkan laundry and iron baju. Back to normal life๐Ÿ’ช


k tu je nak cerita. Tapi kan booking hotel thru Traveloka memang banyak jimat lah. Tambah² time ada promo gini. ffuhh~  Tiap bulan holiday pun takpoo ๐Ÿ˜




Terima kasih sudi membaca!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015