Feb 14, 2011

KEMPEN: Kami TAK Sambut Hari Valentine~

ENTRI MELEKAT SEHINGGA 14 FEBRUARI, SILA SCROLL KE BAWAH UNTUK ENTRI-ENTRI TERBARU. TERIMA KASIH~





Kempen yang dianjurkan oleh Sunah Mohammad...dia tak suruh pun aku buat...tapi aku nak jugak sebarkan kempen ni...ala ala surat berantai...tapi yang ni baekkk punyerrr...weehuu~   aku copy paste je dari blog beliau...dah kata surat berantai kan...haruslah copy paste.... ^_^


Sebab apa aku menyokong kempen beliau yang menyeru semua umat Islam di seluruh dunia yang makin alpa supaya TIDAK menyambut valentine's day?? sila baca sejarah valentine's day~





Salah satu versi terkuat menyatakan asal usul sejarah Valentine’s Day bermula di sekitar tahun 270M, di zaman pemerintahan Maharaja Rom iaitu Maharaja Claudius II yang zalim. Rom ketika itu terlibat di dalam beberapa peperangan yang berdarah dalam usaha untuk meluaskan empayarnya.

Claudius menghadapi kesukaran untuk mendapatkan tentera. Pada pandangan beliau sebab utama pemuda-pemuda Rom tidak berminat menjadi tentera ialah kerana mereka sukar meninggalkan kekasih dan keluarga mereka. Untuk mengatasi masalah ini, Claudius telah mengharamkan semua perkahwinan dan pertunangan di kalangan masyarakat Rom.

Saint Valentine merupakan salah seorang paderi Rom ketika itu. Beliau bersama seorang paderi lain bernama Saint Marius secara rahsia telah membantu mengahwinkan pasangan-pasangan yang ingin berkahwin. Akibatnya beliau telah ditangkap, dipenjara, dan dijatuhkan hukuman bunuh pada tanggal 14 Februari tahun 270 M. Beliau dianggap ‘syahid’ oleh para penganut Kristian ketika itu.

Sebelum dijatuhkan hukuman bunuh, ramai golongan muda menziarahi Saint Valentine semasa beliau di dalam penjara sebagai tanda sokongan dan simpati. Salah seorang yang kerap mengunjungi beliau ialah anak gadis kepada seorang pengawal penjara yang akhirnya membibitkan perasaan kasih sayang di antara mereka.

Pada hari Saint Valentine dijatuhkan hukuman bunuh, beliau telah meninggalkan sekeping nota kepada gadis tersebut dengan menulis ucapan terima kasih dan diakhiri dengan perkataan "Love from your Valentine". Menurut sejarah, nota inilah yang memulakan budaya Valentine’s Day. [Sumber dari SINI]


Disebabkan itu, Hari Valentine H.A.R.A.M disambut oleh masyarakat beragama Islam, ok? Bak kata Areliff kat blog dia...


Lagipun, hari-hari adalah hari untuk berkasih sayang kan? Takkan satu hari je kot~ Hee... Jadi, kamu-kamu yang Muslim, saya ajak joinlah kempen ni~ terutamanya blogger, sebarkan kempen ni dengan menempek banner kempen di dalam entry, buatlah pengisian apa yang patut ya~ just nak letak banner kempen pun takpe~ saya tak kisah~ yang penting kita menyampaikan kepada saudara seagama, mungkin ramai lagi yang tak tahu kan? :) Nak tag kawan-kawan? Dialu-alukan~ :) Saya akan buat entry ni sebagai sticky post~ Hingga 14 Februari 2011. Sebelum tu, saya nak tag semua yang baca dan TERbaca tu! :D




SAY NO TO VALENTINE'S DAY!! 

YEAYYYY~  \(^_^)/







p/s::  Masih tak dapat blogwalking...ini juga entry auto publish...harap maklum! c-ya soon geng! ^_^


27 comments:

Finaz Jaafar said...

huh,,,tu la..psl smbut valentine ni da lme da kata haram tp owg cm wt tak kisah

atie said...

tak kuasa nak layan hari tak penting mcm ni~

asybedazzle said...

sokong kempen ni 100% :)

niesz said...

jom kempen rmai2..no valentine's day!

qyqa said...

sokong!!!!!

Sunah Mohammad said...

tengs akak yang comel! :))

d_tieah said...

Tadi tengok kempen camni jugak kat blog2 lain..
Aku rasa nak autopublish entry ni tepat jam 12 tengahmalam 14 Februari..
Hahaha..

Latest entry : Lagi Sambungan 5 Masalah Cinta Terhangat

AMMAR YASIR said...

Khutbah jumaat tadi baru je sebut pasal ni... Ammar sokong kempen ni

diana said...

sokong!!:)

YanaMIB said...

yup..siapa yg pi solat jumaat tadi memang tahu lah topik khutbah pasal apa kan...*dak encem yg cite* ^_^

jum ramai² publish kempen ni kat blog!! yeayyy!!! \(^_^)/

Anati Soki said...

setuju!!! say no to valentine!!!!!!

ieda said...

sokong 200% kempen nie ..
entah per2 ..

alexa yussida said...

kadang2 kita tak sedar haram halal sst bnda bila terlalu mngikut nafsu n tahu nak seronok ja..harap2 ramai yg sahut kempem cm gini:)

Lya Colours said...

ya say NO !!

kak aidah said...

Salam Yana,
akak setuju sangat kalau tak disambut. Untuk menghargai dan mengucapkan tanda kasih pada org yg disyg tak semestinya perlu disambut beria2. Yang penting keikhlasan kita

aLieF si Muncung ManiS said...

yah!!! say no to balentine day..

ENTRY BARU ALIEF-->suka hati korang la nak kutuk blog alief.alief tak kisah pun...alief nak repot kat ben ashaari dab bangku kosong..siap la korang..."

Fitrihadi.com said...

NOOOOOO!!!!!

sissyira said...

assalam

boitkoot3...


Jom Baca dan Komen--senarai nama pemenang 1st contest bila saya mati by sissyira

mR.sYaH said...

bagus!! sokongang padu!!

MIZZ SUE said...

YEAH!! SOKONG

Isteri Yang Comel said...

sokongan penuh...

nelly said...

memang kita tak boleh sambut pun ..

✿ y.a.n.i.e budak G.E.B.U ✿ said...

sokong sangat2.....

Hanis Azla said...

betullah, setiap hari, hari kasih sayang.. tak perlu ada hari tertentu untuk merainya..

Fida Faizal said...

salam. betul2. hari2 pun hari kekasih kan. semoga ada kesedaran bagi setiap jiwa..
*bila valent day, bear2 semua murah2. niat membeli je. bukan menyambut. tak salah kan :)

E.d.Y said...

bukan hari ni je hari sayang menyayang...sepatutnya setiap hari adalah hari berkasih sayang..so mari ramai2 boikot..huhu...

mari merayakan HARI KEKASIH ALLAH esok...:)

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

salam maulidur rasul kak yana:)!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015