Showing posts with label Genting Highlands. Show all posts
Showing posts with label Genting Highlands. Show all posts

Feb 23, 2018

Weekend Well-Spent di Genting Highlands

Assalamualaikum...


Akhir bulan 1 hari tu, laki ajak pi Genting. Dia kena cover event Tournament Dota. Jangan tanya lah pasal event tu. Aku tak main game Dota so malas amek tahu. Yang aku faham dorang buat tournament kat Arena of Stars dan berlangsung selama 3 hari. Hadiah utama USD500k. Ribu ye bukan ratus. pfft!


Setiap media people (termasuk laki aku) organizer provide 1 bilik tiap sorang. Tu yang dia hangkut sekali anak bini. 3 hari 2 malam duk Genting sorang² nak buat apa? Baik angkut ramai², meriah sikit. kahh!


Nasib lah dapat anak bini kaki jalan. Sebut je nak tidur hotel or pi holiday semua hip hip hoorayyy!


Sanggup amek cuti hari Jumaat demi nak berjalan². Dalam otak aku nak pi outlet tu je. Tak pernah sampai lagi. Asyik tengok kawan² je pi. Takkan tengokkk jeee? kofkof *dasar perempuannnn*


Keluar rumah almost tengah hari. Malam sebelum tu aku sempat buat cupcakes red velvet. Teringin punya pasal. haha


Serius lah menjadi! And sumpah sedap. Sebab menjadi punya pasal gigih la aku roger kawan² terdekat untuk rasa sample RV aku. Lagipun 1 bancuhan dapat 20+ pcs. Siapa pulak nak makan banyak² tu?? Baik bagi orang sikit at least dapat lah review² bernas untuk aku improve mana² yang patut. Dah kata nak meniaga kannn. Takkan lah sekali buat terus jual? Mesti kena R&D dulu beb. Tenkiu gaisss sudi jadi 'lab rat'! ❤


Niat di hati nak masukkan menu baru dalam @daridapuryanamib . Review 'lab rat' semua kata sedapppp! Tapi rasa malasnya nak buat red velvet. Rasa leceh pulak. kahkah~  Maka terbuku je lah harapan aku nak keluarkan produk red velvet. Tunggu lepas bersalin la kot eh aku cuba buat lagi. Buat sampai jadi! Memang dah menjadi hari tu, cuma ada part nak kena improve lagi especially bab frosting tu. Doakan aku tau! πŸ˜˜


Lepas setel hantar sample² RV, pi lunch kat R&R Serdang. Makan nasi lemak sedap!


Suka betul ratah telur rebus hero sorang ni. Kaklong dia pandang telur pun tak suka πŸ˜’


Lepas lunch, sambung perjalanan pi Genting. hooraayy!


Singgah dulu outlet. Sebab check-in lambat lagi. Bilik tak siap lagi kata organizer. haa baiklahh. Kami buang masa dulu lah kat outlet ni. Ai is happyyyy!! Berjaya beli walking shoe baru. yeyy!


Dalam pukul 4pm gitu kot kitorang gerak pi hotel. First World je. huhu~ Sekali sampai lobi, bilik tetappp tak ready lagi. oh myy aku dah mula sakit pinggang rasa nak baringgg jee. adehh! Rasanya almost 6pm jugak kot baru boleh masuk bilik. Mujur lah toilet and surau kat lobi tu selesa yakmatt!


Lepas mandi manda, solat Maghrib, anak² ajak jalan². Aku pun teringin jugak nak tengok mall baru. Ayuh!


Memang lain gilaaaaa kawasan indoor. Eh mall sebelah tu. Indoor tak bukak lagi. Masih lagi under reno. Tapi mall sebelah tu masyaAllah besar namateyyy! Gambar atas ni lepas round seluruh mall. Penat habaq hang! Anak² aku suka lepak area sini tengok Sky Symphony πŸ‘‡


Ralit weh tengok lampu² ni. Anak² aku tu kalau boleh nak tidur kat mall tu tunggu lampu πŸ˜‚




DAY 2:

Lepas bangun, terus siap² pi breakfast kat Cafe Lobby. Nama cafe tu memang gitu. haha~  Aku tengok set breakfast dia harga mampu milik. 


 RM12 per set. Ke RM20? Tak ingat dah. hahaha~  Dah naik Genting tu kau jangan la compare harga dengan kedai makcik Senah depan rumah kauuu. Kalau kedekut nak berbelanja kat atas tu bawak lah bekal siap². Perut memasing ye dak? πŸ˜


Lepas breakfast, naik bilik untuk bersiap. Tadi tu mandi pun belum. kahkah!


Baru tau ada bilik iron kat sini. Selama ni kalau datang sini stay 1 malam je, memang bawak iron sesiap. Kali ni macam tak larat nya nak packing bag. Asal ada baju sudah lahh. Mana yang boleh guna hotel punya, memang aku tak bawak dari rumah. huhu~  Gigih la menapak dari bilik pi iron. Takde la jauh sangat, and seronok jugak jalan ulang alik pi bilik iron ni. Kurang lah rasa boring duk bilik yang sempit dan takde pemandangan indah tu. 3 hari weii duk sini. pfft~


We're ready! Papa dah kena buat kerja. Tak boleh join jalan². So gigih la aku jalan tiga beranak round mall yang super besar tu. Eh idak la aku round semua tempat. Malam sebelum tu kan dah round, so aku dah aim area mana aku nak bawak dorang melepak. giteww~


Ni kat level 4. Ada mini arcade sini. Harga token mahal namatey!! Memang kena beli MINIMUM 5 token oke! 2 kali aku beli token. Lebur RM40 kat sini je. dem! Eh jangan tengok hargaaaa. Lihat lah kebahagiaan anak² mu. kahkah *nangis tepi bucu katil*


Restoren pun banyak atas ni so senang lah bebila lapar boleh singgah makan dulu, lepastu sambung main.


NAN HADO!!


Zafran tu sikit pun taknak bagi kerjasama time aku nak makan. Dia ajak keluar balik dari restoren sebab nak lepak arcade. Dia suka tengok game kat situ. grrrr


Last² aku tapau Pizza Hut. Sementara tunggu pizza siap bagi dorang naik dinasour.


Staff tu kata boleh naik 2 orang. Memula Zafran takut, pastu tengok kaklong happy dia pun teringin. Tapi aku tengok macam tak selesa je naik 2 orang! dah la kena guna 2 token naik ni. 10 minit je kot πŸ˜’


ye ye demimu anakkkkk.


Sebelum balik hotel layan lagi Sky Symphony. Eh sebelum tu dah 2-3 kali jugak duk ulang² tengok Sky Symphony. Tiap 30 minit dia bukak. Anak² aku ketagih pulak tengok lampu² ni. Layan je lah. Free show, bukan kena bayar apa pun. haha~


Memang dah bagitau siap² jadual show lampu² tu. Kerja aku tengok jam je lah nak make sure tak terlepas. lol~


Habis je show laju² aku jalan balik hotel. hahaha~  Lapar pun ye sebenarnya. Dah pukul 3pm+ masa ni.


Lepas makan tidur! nice! nice! Zafran ni konsisten sikit waktu tidur dia. Tengah hari/petang memang dia wajib tidur. Kalau aku tak suruh pun dia sendiri surrender nak tidur. Beza dengan kaklong sanggup tahan mata sampai tengah malam. Malam pun dia boleh berjaga sampai pukul 2 pagi! pfft!


Dalam pukul 6pm gitu papa pun balik dari work. Lepas Maghrib anak² ajak jalan² mall lagi. Nak tengok lampu lagi!!! omg! Mama nak kena pasang set sky symphony kat rumah ke macam mana ni?😝


Terserempak pulak dengan dik Yuyu. Dia datang bercuti dengan family mertua. Dah nama pun bloggers kann haruslah bergambar. Kira rare lah jauh² tu boleh terserempak. Jodoh kuat barangkali πŸ˜


Dinner kat Wendy's, Level 4 sebab ada gelongsor best ni dalam restoren. Anak² aku gila slides. takde la dorang berlari sana sini.


Dah puas jalan, dinner, balik hotel to rest.





DAY 3:

Hari ke-3 kitorang tak breakfast kat cafe. Makan roti je dalam bilik. Almost tengah hari baru keluar. Zafirah sibuk nak naik cable car.


His second time on cable car! yeyy! First time dulu naik yang lama, kaler merah tu. Boleh refer entry Genting #Day 2. Masa tu dia baby lagi tak faham erti gayat. Kali ni dia macam dah reti nak gayat². hahaha~  geram je tengok.


Kitorang stop kat outlet. Again! haha~  Nak cari kasut Zafirah sebenarnya. Masa hari baru sampai tu hujan lebat tak puas jalan² dalam outlet. Kali ni datang panas terik pulak. Macam jalan kat key-el je wakk. Aku tak faham yang duk beria pakai sweater bagai tu. Mesti nyesal sebab tak sejuk langsung. huhu


Sebab panas kan boleh la posing² ecece~  Erm tak jumpa pun kasut yang menarik untuk Zafirah. Kat mata papa dia lahh tak menarik. Anak papa kan. Papa je rajin nak meng-fashion kan anak dara dia πŸ˜


Dah boring berjalan outlet, patah balik hotel. Papa kata ada work sikit kena buat kat Arena of Star tu. hah pi lahh. Kitorang berguling² je atas katil hotel. Kat rumah jangan harap lah aku nak releks macam ni weii. So marilah enjoyyyyy! πŸ˜œ


Dalam lepas Asar jugak lah baru laki setel kerja, then balik.


Over pulak berjaket Zafirah tu. Panas oii πŸ˜‚


Singgah restoren Ratha kejap. Mak kirim pes kari. Katanya kedai ni memang femes dengan kari dia. Aku dah rasa, memang sedap lah. Cuma aku kureng sikit kari² ni. haha~  Ada la 20 pek mak kirim. Untuk kawan² sekali katanya. Baiklah!


Setel beli pes kari, terus balik. Takde singgah memana dah. 


Gitu lah kisah weekend di Genting. First time lah aku lum sum kan cerita holiday dalam 1 entry. haha~


Terima kasih sudi baca sampai habisss. Jumpa lagi next entry *ecehh!* πŸ˜˜





Terima kasih sudi membaca!

Dec 8, 2016

Trip to Genting Highland #Day 2

Assalamualaikum...


oke sambungan entry genting...mahap lah delay sampai 2 hari....dapat MC 2 hari....anak beranak tak sihat...duk rumah memang tak dan nak update blog...anak kacauuuu....huhu~


Alkisahnya di hari ke-2...kitorang terus check-out je...since aku tak beli pakej breakfast, so makan je bekal roti...aku bawak sesiap Gardenia and Nutella...makan dalam bilik je...haha~   hidung berair lagi pagi tu...tapi takde la terbersin² macam waktu malam....cuma berair and tak sedap badan je...


Check-out time pukul 11am....try call receptionist untuk lewatkan sikit waktu check-out tapi tak dapat call pulak! adehh~  fine! check-out je lah tepat kul 11am...bukan makna kau keluar bilik pukul 11am tau! tapi kau drop kunci kat kaunter / mesin kul 11am! gitu lah yang aku paham T&C hotel...huhu~


Lepas drop kunci kat kaunter, letak luggage semua dalam kereta...pastu cari kedai makan....mana cukup makan roti je kannnn....dah la cuaca sejuk....lagi cepat laparrrr...😁


makan untuk dua orang...sorang nasi lemak rendang daging, sorang nasi lemak ayam...total damage RM45+!!!! πŸ˜±


Jangan 'convert' kata dak encem...kita ikut 'currency' Genting, bukan 'currency' KL! bahaha~  lebiu papa! kenyanggggg kami makan...Alhamdulillah...


Bila perut memasing dah kenyang, kitorang terus cari kaunter kabel car...rasanya seumur hidup aku tak pernah kot naik cable car Genting ni....rasa nya lahhh...sebab takde dalam memori kepala aku pun! hahaha~  jom lah naik...saja bagi anak² seronok...eh mama pun seronokkkk! πŸ˜


jauh jugak menapak nak ke cable car...sampai tertido dak Zafran....cuaca sejuk pulak tu kan...lagi syok dia tidur...kaklong tu memang susah nak tidur bila berjalan²...dia takmo terlepas benda² best! haha~


 yeyy dah sampai....


kitorang beli tiket 2 hala x 3! babies je FOC...toddler kena bayar ye...full amount lak tu...sekali sekala kannn...ngee~


Zafirah nak cable car kaler merah...so kitorang tunggu car kaler merah datang baru naik....mujur tak ramai sangat orang...boleh la nak pilih² warna kegemaran pulak kannnn....pastu kang kejap² bertukar pulak nak kaler oren lah, pink lah...ehh cakap bebetul nak kaler apa??? kang main naik je kang bising lak dia tak ikut kaler pilihan...grrr~


akhirnya naik cable car kaler pink! haha~  kemain senyum lebau! takmo gayat² haaa~


😍😍


Masa turun Zafran mentido sepanjang perjalanan....boleh tahan lama perjalanan naik cable car (one-way)....dalam 20 minit kot....sampai habis lah perasaan gayat...sebab duk tunggu bila nak sampai niiiiii....bahahaha~   tapi worth it laa bayar harga gitu dengan masa yang kitorang spend dalam cable car tu kan....korang kena tryyyy....at least sekali seumur hidup! haha~


Jangan tanya nape tak naik cable car transparent yang baru tu....TAK BUKAK LAGI oii!! kalau dah bukak memang lama dah naik...πŸ™„


Sampai je bawah, kitorang jenjalan kejap dalam mall tu....erm takde apa pun...tu tak amek gambar tu...kahkah~  dalam 10 minit je kot lepak mall bawah tu...beli air mineral sebab harga air kat belah bawah ni murah sikit dari atas puncak...paham?? ngee~


on the way naik atas, baru lahhh dak Zafran bangun tidur! haa kemain lama mentido dalam pelukan papa...selesa nau ye?? πŸ˜


Then, terjah bahagian arcade pulak...acah² main je...free! lol~


beria sangat dia punya acah² πŸ˜


kepada yang tertanya² tu...ni haa outdoor theme park yang under renovation tu...apa pun tak naik lagi! kahkah~


Lama jugak lepak arcade...almost sejam jugak...sebab menunggu kawan dak encem...dia nak belanja makan...dari hari sebelum lagi dia nak belanja makan tapi masa dia ajak kitorang baru lepas makan! haha~  tu yang postponed sampai day-2...eh rezeki jangan ditolak...'currency' Genting kan lain machiam sikit rate dia....so bila orang nak belanja tu mari lah tadah perut luas²...bahaha~


dia belanja lunch kat Lobby Cafe...memang kat area lobi hotel First World pun cafe ni....specialties is kari kepala ikan! ohmaii menariknya! tapi dak encem tak makan seafood...sayang la nak order sebab semangkuk kari tu boleh makan untuk 2-3 orang...besar wooo...krem pulak perut aku kalau nak belasah sorang...huu~  takmo tamak²...anggap je takde rezeki nak merasa kari kepala ikan Genting Highlands...huhu~


So kitorang order lauk biasa² je lahh...nasi campur sini jual secara set...maksudnya nasi and 3 jenis lauk...harga dalam RM18+ gitu....kalau kau amek 2 lauk pun harga sama....baik kau amek je 3 lauk...haa paham? yang kari kepala ikan tu semangkuk RM45 gitu....wohoaa! air pulak aku amek kopi panas, dak encem amek air tin and sebotol mineral....air je almost RM10 kot sebotol..tak perasan lak....


ni lahh rupa set nasi campur tu...yang ada udang tu aku punya...hihi~  eh tak banyak pun sebenarnya portion dia...licin je aku makan....bahaha~


Total damage = unknown...sebab orang belanja kannn....lupa lak nak stalk cashier masa kawan tu bayar....hahaha~   tenkiu sudi belanja kitorang lunch...semoga makin murah rezeki ko sekeluarga...amin..


Perut dah kenyang, moh la balik ke pangkal jalan...


anak² dah pandai layan mama selfie! muahaha~


saja berenti jap amek gambar fefeeling model sendu...mujur laki mood baik nak melayan...lepas kitorang habis amek gambar ada lak kereta lain berenti...elehh tiru la tu πŸ˜


baru separuh jalan dah lena anak teruna hensem ai tuuu...holohh holohh....jangan sakit tengkuk udahh...puas dah ejas² siap letak bantal tepi tu, tetappp jugak terlentok...haha~


Before asar dah sampai rumah...mama papa pulak mentido...anak² duk main πŸ˜‘


Sekian saja cerita trip kami to Genting...saja jenjalan amek angin sejuk je...takde amek pakej naik ride apa², masuk snow world ke...takde! tunggu semuanya dah siap reno especially outdoor tuuuu...haa memang nak datang lagi...by that time Zafirah pun dah besar panjang berbaloi sikit nak angkut masuk theme park...hihi


kbai~












IKLAN:


Jom cuba!








Terima kasih sudi membaca!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015