Actually birthday Zafran 26 Oktober. Tapi jatuh hari Khamis. Memang dah plan nak buat party besar² an macam kaklong dia dulu. Boleh baca di "Sekitar Majlis Harijadi Zafirah"
Well aku buat birthday party anak bukan tetiap tahun pun. Biasa celebrate kecik² samada dengan family aku atau kitorang 4 beranak je. Bukan murah ye kos nak buat majlis besar²an. huhu~ Tapi sekali sekala nak merasa oke lahh. Lagipun Zafirah dulu umur 2 tahun jugak buat birthday party. So adik pun kena la merasa ber-party di umur 2 tahun. Kang kata double standard pulekk.
Aku amek masa 3 jam ye untuk siapkan invitation card ni! pfft! Amatur kekdahnya. Ni semua edit guna photoscape je wakkk. Gambar² semua amek dari Pinterest, copy paste masuk photoscape. Tapi IDEA untuk hasilkan kad macam ni ffuhhh! Mohon korang jangan pandang rendah dengan designer² oke! Ada sebab dorang cas servis mahal. Dan jangan sesuka hati mintak design free. Nak kencing kat public toilet pun kena cas wakk
Sehari sebelum majlis, aku mintak teacher celebrate kat sekolah. Saja bagi dia merasa celebrate birthday dengan kawan² sekolah TANPA mama papa. hehe~ Ikut plan nak celebrate betul² 26hb tu. Tapi teacher kata tak sempat sebab bebudak still exam hari tu. So postponed 27hb. Kemain dua hari berturut² celebrate birthday Aku oke je since dah order kek and goodies untuk tadika. So proceed je lah bebila pun.
Aku sediakan kek (brownies tower) and door gift (roti sosej) je. Agar² tu teacher punya initiatif. Ala celebrate gitu² je. Nyanyi lagu happy birthday, pastu makan kek. Setel!
Nangis pulak dia Ingat kan gangster sangat
Dapat makan brownies, happy
Keesokan harinya tu, seperti yang dirancang, celebrate kat rumah pulak. weeeee!
SEMUA decorations aku buat sendiri! Semua amek kat Pinterest je. Print, potong, tampal! Memacam idea ada dalam Pinterest tu. Rambang mata. Rasa nak print semua benda tapi bila fikir kudrat tak banyak, terpaksa la pilih yang penting² je. Yelahh kitorang laki bini je yang buat kerja. Parents aku kat London. Pagi nak kenduri tu baru dorang sampai Malaysia. kahkah~
Bcoz normal goodies bag are too mainstream. Aku memang nekad taknak bagi JAJAN! Idea ni pun dapat dari Pinterest. bahaha~ Goodies ni semua balut sendiri, selotep sendiri. Ada 100 goodies semuanya!
Kek lego tempah khas dari Break_n_Fast. Idea untuk kek punnn amek dari Pinterest.
Dah ready nak nyanyi lagu happy birthday. Kekanak semua berkumpul reramai. yeyy!
Mama yang happy lebih
Sesi potong kek. Kaklong punnnn nak potong jugakkk.
Bebudak duk pungut topping fondant tu . Mujur Zafran tak heran dengan topping tu. Dia lagi suka makan benda lain.
wokay habis potong kek, moh la kita makan. Eh kek ni aku order coklat moist. Laku kerassssss! Aku sendiri tak sempat nak merasa. lol~ Busy layan tetamu weii. Nak makan pun tak sempat
Tetamu terawal sampai. Thank you yaya cumi.
Opismet + mak minyak. Tq bagi hadiah minyak!
Idola ramai bloggers mak mak, Aty Fared. Tq babe sudi datang dari jauhhhh
Teacher² Zafran. Tq sudi datang
Geng gojes, dari kiri: Zila, Kayrul and Pijah. Thank you korang
Kak Sumijelly dengan hero² nya. tq for coming kak walaupun tak layan akak sangat. ahahaha ampun!
Besfren forever! Geng gaduh masa sekolah. hahaha~ Minah ni bukan nak bagitau boleh datang. Dalam group wasap senyap seribu bahasa. Tup tup muka dia muncul depan rumah aku. Mujur tak tersedak brownies tq for coming beb! Appreciate sangat!
The unsung hero! Orang kuat belakang tabir yang banyak tolong menjayakan majlis ni. Tolong gorengkan mihun for 50 pax, tolong buat air teh o, tolong goreng telur, tolong goreng keropok ikan, tolong basuh pinggan mangkuk, periuk belanga kat dapur! Eh dia sampai² je terus masuk dapur oke pastu tak keluar² sampai lah habis majlis! Acikkkkkkkk!! Muchas gracias!! Lebiu to the moon and back!
Geng bangians, tapi dia paling lambat sampai. haha~ tq for coming Anis
Opismet Azfar. Eh wife dorang! Masuk air semua ni walaupun pangkat akak². haha~ Dah selalu sangat jumpa, havoc! Thanks for coming korang. Jumpa lagi family day minggu depan
Lagi geng gaduh masa sekolah. Tetamu paling last. Mujur makanan ada lagi time ni. hahaha~ Tq korang!
Ada lagi tetamu lain yang takde dalam gambar. Especially gambar family and jejirans. hehe~ Segan ah nak bergambar dengan jiran camni. Sebab jiran² aku semua pangkat abang kakak
Parents aku tengah jet lag terpaksa gak bangun sebab ramai orang datang rumah takkan nak tidur? Dah la bilik dorang tingkat bawah je. kihkih~ Paling last datang pakcik aku (adik mak), dulu dia duk Kelantan, now dah kena transfer kerja mahkamah area sini, so dia duk Shah Alam sana.
Parents aku tengah jet lag terpaksa gak bangun sebab ramai orang datang rumah takkan nak tidur? Dah la bilik dorang tingkat bawah je. kihkih~ Paling last datang pakcik aku (adik mak), dulu dia duk Kelantan, now dah kena transfer kerja mahkamah area sini, so dia duk Shah Alam sana.
Lepas Maghrib parents aku sambung mentido balik. hahaha~ Tinggal la aku melayan family pakcik aku. Dorang lah tolong perabih balance² food yang ada. Ngam² je wehh. Licin semuanya! Alhamdulillah~
Sesi paling ditunggu²! Kaklong tu yang eksaited lebih sebenarnya. Zafran bukan faham lagi benda² ni. Dia tak eksaited sangat pun. Yang dia tau berebut mainan dengan kaklong je. hahahaha~
Terima kasih sangat pada semua yang sudi datang. Yang bagi hadiah, yang bagi duit, yang sponsor makanan. Semoga Allah limpahkan segala rahmat dalam hidup kalian sekeluarga dan semoga semakin murah rezeki korang sekeluarga. Ampun maaf sekiranya ada terkurang mana². Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan kelemahan itu dari diri kami sendiri.
Doakan Muhammad Aisy Zafran membesar menjadi anak yang soleh, patuh setiap perintah Allah dan berjaya di dunia dan akhirat.
Nanti aku share total damage eh. Dengan goodies sekali. Stay tuned!
Terima kasih sudi membaca!
9 comments:
meriahnyaaaaaaaaaaaaaaa
Tahniah
Happy 2nd birthday Zafran
Semoga zafran jadi hero mama ngan papa ye,anak soleh dan bijak.
tahniah zafran... smg membesar menjadi anak yg soleh...
akak.. nape blurkan gmbar 2 org kanak2 tu... heran saya... hihi
Hahahaha....
Janjji anak2 akk kenyang. .. majuk gak sbb x di layan..tu balik.awal...kah3
X la....gurau je
Http://sumijelly.com
seronok nyerrr...meriah!!
weee.. kejap je kan masa.. 2 tahun dah zafran
Getting A Loan Is Easy But Financing It Is Hard. There Are Consequences If You Miss The Payment
idola lah sangat.. ceeahh... sedap kek kau... teringat lak tetibe..
Gbr dua budak tu blur sbb parents dorg tak bagi publish muka anak publicly π
Post a Comment