Sebuah hadith yang diriwayatkan bahawa
seorang lelaki pergi ke rumah Amirul mukminin
Umar al-Khattab untuk mengadu kepadanya perihal isterinya.
Maka dia berhenti di hadapan pintu rumah
Umar al-Khattab menunggu beliau keluar.
Ketika itu lelaki tersebut terdengar isteri
Umar al-Khattab meleteri beliau dan
Umar hanya berdiam sahaja.
Melihat yang demikian pulanglah lelaki tersebut
ke rumahnya sambil berkata sendiri:
“jikalaulah begitulah tindakan Umar terhadap isterinya
sedangkan umum mengetahui sikap Umar
yang garang dan tegas, maka siapalah aku ini.”
Akan tetapi Umar ternampak lelaki ini melewati
hadapan rumahnya dan lantas memanggil
lelaki tersebut bertanyakan gerangan apakah dia mencarinya.
Berkata lelaki tersebut:
“wahai Amirul mukminin aku datang ke rumahmu
untuk mengadu perihal isteriku yang suka meleteriku,
akan tetapi aku terdengar isterimu juga meleterimu,
sedangkan engkau seorang amirul mukminin."
Maka Umar al-Khattab memjawab:
“wahai saudaraku, aku berdiam ketika isteriku meleteriku
kerana isteriku telah menunaikan segala haknya ke atasku,
dialah yang memasakkan untukku, membuat roti untukku,
membasuh segala bajuku dan menyusukan kesemua anak-anakku,
sedangkkan kesemua itu bukanlah perkara yang wajib dilakukannya.
Apabila aku ingat kembali kesemuanya itu aku tidak memarahinya kerana meleteriku."
Berkata lelaki itu:
“begitu jugalah perihal isteriku”.
Jawab Umar:
“ingatlah segala jasanya padamu,
sesungguhnya keadaan itu hanyalah sementara”.
(Khalid Abdul Rahman al-cAk.1997.178)
Please para suami...don't be harsh on your wife...tugas yang wajib bagi isteri ada dua je, melayan suami dan berhias untuk suami...so jangan lah pertikaikan segala apa yang isteri² kita dah buat...itu tak kena, ini tak kena, paling sadis, compare masakan isteri dengan masakan mak dia...apakah?? even Rasulullah pun tolong isterinya buat kerja² rumah tahu??
And para isteri...sila lah ikhlas bila buat sesuatu untuk suami...keberkatan itu penting bagi mengukuhkan lagi rumahtangga...tips untuk bagi suami semakin sayang, baca surah al-Imran ayat 31 setiap kali kita bancuh air atau memasak untuk suami::
(31) Katakanlah: Jika memang kamu cinta kepada Allah, maka turutkanlah aku, niscaya cinta pula Allah kepada kamu dan akan diampuniNya dosa-dosa kamu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi penyanyang.
Kalau ada yang salah tolong betulkan....
Selamat beramal! v(^^,)
13 comments:
subhanallah... hari ni dah muhasabah diri skit.. terima kasih.. =)
yana...sy slalu ikut blog awk tp sy jadi silent follower aje sb sy xde blog...hehe..sgt suka tazkirah2 yg awt publish..minta izin utk copy n share dkt fb yea...=)
@anon:: thanks bc blog sy..hihi~ klu topik tazkirah² ni dialu-alukan utk copy..tekan ctrl+c k =)
tertunggu tazkirah jumaat from yana.. thanks yana 4 sharing
baru tahu tugas wajib seorang isteri cuma tu jer, thanx kak Yana sebab share info ni... semoga menjadi pedoman bila saya dewasa kelak :)
like~
nk share....
harini tazkirah pjg sikit ye ustazah hehe..;)
nice sharing!
betul tu, saling memahami adlah lah lebih baik :) dak encem cmtu kan kak. hehe
muhasabah diri di waktu pagi..
thankz for sharing heheh..nice one~..bagus sebab mengingatkan
alhamdulillah... tazkirah jumaat... :)
nice one! ^_^
alhamdulilah, panduan yg berguna dlm kehidupan seharian
Post a Comment