Weekend hari tu dak encem bawak aku makan kat sini...katanya ni cafe HIPSTER...sekarang ni kan memang trend hipster² ni...aku pulak memang suka try something new...tambah lak bab makan...huii nafsu raksasa memang pantang dengar orang ajak pi makan...lompat bintang terus! :p
Kitorang pi dalam pukul 5pm gitu...hi-tea merangkap dinner...haha melepak sekali dengan few kengkawan bloggers hipster *ecehh*...kepala dia Lan Careno...aku jadi teramek tahu pasal cafe² hipster ni dari dia laaa...dia selalu update dia punya projek hipster tu kat fb...hihi
Lokasi cafe ni bebetul sebelah MRR2...sebelum naik fly over nak masuk DUKE tu, korang buat U-turn kat bawah fly over tu...cafe ni belah kiri...bersebelahan je dengan restoren Bamboo...eh orang Ampang and Keramat mesti familiar dengan tempat ni kan?? ada sorang kawan aku duk Jalan Memanda, dia cakap dia memang regular customer Gaffe Coffee...tapi aku lupa nak roger dia masa datang hari tu...haha next time la wehh kita lepakings...insyaAllah :)
First impression aku masa datang sini is, 'besarnyaaaaa cafe diaaaaa...' (♥_♥)
cekidaut!
ruang makan yang luas dan sangat selesa...ada bahagian outdoor, ada jugak bahagian yang berhawa dingin...aku bawak anak² kecik mesti la pilih kawasan yang berhawa dingin...dah la musim panas sekarang...duk rumah pun on air-cond 24jam...pfft!
Selain ruang makan yang luas, kawasan parking pun luasssssss!! lupa nak snap gambar parking...korang boleh tengok blog dak encem eh...ngee
live band bermula jam 9pm
Ouh disebabkan cafe ni berkonsepkan HIPSTER, makanya memang kau akan rasa satu kelainan bila makan kat sini...dengan binaan bangunan diperbuat daripada kontena, dicantum² sehingga jadi satu ruang yang luas...interior dalam kedai pun unik sangat...:)
oke habis cerita pasal bangunan cafe ni...kita cerita pasal menu pulak eh eh...jaga² air lioq jangan meleleh :p
the menu...rambang mata nak pilih...haha rasa macam nak try semuaaaaa! tiba² lak rasa lapar lepas tengok menu...omg! >_<
nasib baik staff friendly...dia la tolong kitorang order and suggest food mana yang sedap...agak banyak jugak menu yang kitorang order...makan share²...so setiap orang boleh rasa each menu yang di order...nyummm! ^_^
Dah bersedia nak tengok menu² yang kitorang order???
Anda pastiii???!!! :p
oke kita mulakan dengan MINUMAN dulu
:)
The SLOPPY FAMILY...aucchh! mengancam gila deko! pfft! dari kiri: Jar Jar Beans (coffee), Dequeen-A Poppy (Strawberry) dan Sloppy Trooper (Peanut butter)....RM15 setiap satu...
err tak sure apa namanya...siapa tah order...huhu :p
Selain dari air yang kat atas ni, kitorang order jugak chocolate blended and ais kosong...musim² panas minum air manis kencing manis tak hilang dahaga...kena jugak basuh tekak dengan air kosong...gitu :)
Now jom cekidaut menu² makanan pulak...
Ni lah masanya untuk korang cover henpon atau keyboard dengan plastik dikhuatiri terkena tempias air lior yang meleleh...ngeeeeeeeeeeee
pelbagai jenis pizza
Spaghetti carbonara
Aglio Olio
Steaks dan Chicken Chop
Cheesy Bolognaise Fries...tak puas aku makan ni hari tu...haha :p
Garlic Bread...dihidang sekali dengan kupang...unik garlic bread dia...garlic tu dia potong kasar so masa kunyah tu terasa ko mengunyah serpihan garlic...pfft!
kawasan depan kedai ada bas and kereta antik ni...dalam bas tu ada jual pelbagai barangan antik...kalau berminat mai datang sini tengok sendiri haaa... :)
Anak² blogger...holohh holohhh ♥
holohh holohh tembamnya makpak anak dua niiiii :p
Overall kami sangat² puas hati dengan food and service kat sini...mengenyangkan...rasa nak tambah lagi tapi segan...ehh! >_< lepas ni nak datang bawak mak ayah, adik beradik, sepupu sepapat, sahabt handai makan kat sini...yeyy!
Sedikit info mengenai The Garage KL:
- The GARAGE KL ini dibuat daripada 15 kontena .
- Kedai-kedai Garage KL terdiri daripada butik-butik yang menawarkan pelbagai pakaian dan aksesori untuk sukan permotoran, garaj dan kedai gunting rambut .
- Tingkat bawah galeri kereta,, kedai potong rambut, ruang pameran & tandas.
- Tingkat 1 ruang makan,cafe,gerai,kedai & butik.
- Tingkat 2 Pejabat, kedai & butik. surau
Jom lepak The Garage KL!!
Address :
Gaffe & Co
Gaffe & Co
Jalan Hillview
Tmn Sri Ukay
Ampang
Kuala Lumpur
Waktu Operasi :
Weekday : 12 tengahari - 1 pagi
Weekend : 9 pagi - 2 pagi
Facebook : The Garage KL
Instagram : @thegaragekl
Facebook : GAFFE & CO
Instagram : @gaffecoffee
9 comments:
Memang menggoda makanan disitu Yana..
Mahu tak terliur akak menengoknya..
Puas mengelap airliur ni :)
Baru buka ke Yana..
Rasa nak terjah juga ..
Bawa adi beradik, sepupu sepapat, rakan taulan hahhaha
besarnyee yee
bestnya tgk gambar makanan tu'
ahkak skang jarang sgt dpt makan kat luar tempat2 camni esp
selalu makan luar pun sarapan pg jela sis...hehehehe
cabonara ituuuuuu~ kene cariiiii!
Air dia tu mengoda betul
Waahh. Cantik betul indoor dia, makanan pun nampak sedap. Memang hipster betul.
Jemput baca: http://nurulzayani.blogspot.com/
banyaknya kontena tu?? menarik2..
sedapnya tgk roti garlic tadi...balik nak try buat la..nak makan mcm harga mahal sikit..setahun sekali boleh la..
wah sedapnya. tak pernah lagi masuk cafe cafe hipster ni.
Post a Comment