Siapa ada baca entry Cik Epal pasal sebutan OMG?? aaaa aku pun suka juga sebut omg omg tuh...hakikatnya adalah lebih baik jika kita sebut Ya Allah...zikir tu....erm kalau kita tengok terjemahan Al-Quran dalam versi bahasa Inggeris, dorang tak guna pun perkataan God...tapi guna Allah...try tengok link ni>> KLIK ME then try search god, Allah...nanti korang faham lerrr kenapa tidak digalakkan menyebut OMG =)
Tak faham??? oke meh aku terangkan...dalam terjemahan versi bahasa inggeris, God merujuk kepada tuhan selain Allah...sebab tu macam tak elok nak sebut² OMG nihhh...kalau Dia / He boleh la...itu memang merujuk kepada Allah...aaa ngerti???
Aku tak kata pun haram sebut omg...tak pernah keluar fakta tu oleh mana-mana pendakwah...tapi kalau boleh jangan lah jadikan amalan...setiap saat nak sebut omg...dah jadi macam habit...omg itu BUKAN zikir ye...tak dapat pahala pun kalau sebut...jadi apa salahnya kita amalkan yang TERBAIK daripada yang baik-baik~ zikir itu kan lebih baik...?? ^_^
InsyaAllah lepas amalkan zikir ni, kita tak sebut dah OMG...cuba tukar jadi OMA (oh My Allah)...kan ke lebih manis bunyinya?? takde lah orang kata kita ni TERlebih english education...hihi~
Aku tahu korang yang selalu sebut OMG tu mesti terpengaruh dengan tv...aku juga tidak terkecuali...tapi bila ditegur tak perlu lah sentap atau melenting...fikir je balik mesej yang cuba disampaikan...
Peace! v(^_^)
p/s:: aku dah tampal zikir harian ni kat workstation aku...korang macam mana?? [klik SINI untuk print zikir harian] ^_^
36 comments:
hmmm...sesekali terlepas juga OMG ni...
thnks Yana tuk perkongsian ni.... :)
jom ke APA KATA HATI pulak ;
KISAH TELUR
huhuhu....
selalu gak terlepas guna perkataan ni...terikut2 ngan orang kut..pas ni xmo guna da...
thanks for sharing this info... :)
tak sia2 memiliki seorang suami yang alim..
hahahahaha
ops..serius...kwn2 jgn sebut OMG lg ek
@ujang9897:: tu angkt bakul sendiri ke hape?? hoh! =.=
opssss....selalu jugak tersebut perkataan ni especially masa tengah terkejut, harap2 lepas ni tak terlepas lagi sebut perkataan ni
betul..berzikri baru dapat pahala...=)
memang betul tue....lagi satu kita lebih selesa kata HELLO dari ASSALAMUALAIKUM....walaupun sesama muslim
a,ah kan. suke sbut omg. hmm pas ni taknbak sebut dah. nak amlkan sebut YaAllah je
sebut OMG sekadar gurauan... :P
haha..ujang xleh blah btoi. nk jugekk die tuu :p
stuju2, nie sume pengaruh media masa lar nie..
in'Allah lpas nie xguna dh. heee ^_^
tq yana for sharing, mmg terikut2 pun org sebut2, awk nk sebut jgk.. :)
thanks for sharing this info ;)
sharing is caring.. thanks yana atas perkongsian Ilmu
bagush la yana ko pos mende ni.. skang orng.. temasuk aku gak kdg2 .. mulot nak ayat power .. omputih saje.. kan elok bezikir .. heeee nice info la
kak yana sllu tak jumpa blogger2 yg sllu taip OMAIGADD tu?hmm rara sgt lah tak suke.mcm lain je perkataan tu,bukankah dr ayat Oh my GOD. GOD juga merujuk kepasa tuhan kan.hmm tp tu pon nk buat main.ntah lah.
terpengaruh ngan cerita pisau cukur. Oh My Gucci.erk.better sebut Ya Allah
bagusnye bini org nih..;D
kalau sebut oh my Allah boleh tak..-.-'
yela kan budak2 skrg dah terikut2. nak2 rncangan kat tibi pn slalu dok sebut2. tu maharaja lawak tu slalu sebut. smpai da jd bahan lawak da..T_T
thank coz sharing,,,,
opocot pun bagus jugak kowt..tapi OMG nie dah terlekat dekat lidah..mamang susah nak buang haih kena praktis...
thanks infonya yeah!!
thanx dikk sharing info nie ..
kdgtu x perasan lah huhuhuh
Iye laa kdg2..terikut2 gak..laa....Bagus info nie..
betul tu. sy pom prnh je sebut OMG ni. sebut Ya ALLAH dpt phala=)
Sebolehnya taknak guna sebutan tu.
Jangan cepat terikut. Tu je..
tak pernah sebut OMG ni...
dulu slalu sebut OMG, tapi lepas kena tegur, jrg sgt sebut. kalau nak sebut pun, tahan je supaya tak trkeluar prkataan tu =P memuji Allah kn lebih baik ~
*psstt, brtuah ujang ada isteri solehah mcm kak yana ^^,
Gua plg anti org sebut omg dari.dulu lg babe.bajet oreng putieh la sengat.haha
Bagus yana.. dah lama jugak rasa nak tegur.. pasal makin ramai yg suka OMG nie..
btol tu , berzikir lebih indah;)
sokong 1000peratus.tapi kadang terlepas je OMG tuh.nak2 pulak bila shuib sepah selalu sebut.heeee
Sangat setuju kita gantikan exclaimation tu kepada Allah. Tapi mintak izin nak betulkan. Dalam terjemahan English, atau mana-mana terjemahan pun, penterjemah bukan tak guna God/Tuhan kerana God/Tuhan merujuk kepada selain Allah. There is no God except Allah bukan bermaksud Allah bukan God, tapi Allah is the only God. Penterjemah Quran tak menterjemah perkataan Allah adalah disebabkan perkataan-perkataan selain dari Ilah/Allah dalam bahasa arab seperti God dalam bahasa Inggeris dan Tuhan dalam bahasa Melayu tidak dapat menunjukkan keesaan Allah. God boleh digandakan menjadi Gods, boleh diperempuankan menjadi Goddess, boleh jugak digunakan untuk perkataan lain seperti Godfather etc. Begitu juga Tuhan adalah perkataan Melayu lama bermaksud tuan, dan berasal dari Tuha-an (Tua-an) bermaksud orang tua/terutama. Berbeza dengan Allah atau kata dasarnya Ilah, yang merupakan perkataan original yang diturunkan dari Allah sendiri, ia tidak boleh dimajmukkan dan ditukar sifatnya. Dan ia juga digunakan di dalam Bible Taurat sebagai Eloh-im. Sekian kelas bahasa dan agama Islam.
patut la mak bapak benci anak2 sebut OMG!
info yg amat berguna kpd mereka yg slalu terbabas menyebut OMG!
Lebih baik sebuh Ya Allah terus kan..bagi saya..saya x pernag semut OMG..Oh My God..atau tulis omGeeee..
nnt tiada beza dgn org islam dengan bukan islam.. pendapat peribadi sahaja...
terima kasih....i dah print dah zikir tu...terima kasih once again....
da lame tefikir pasal ni. now da terjawab. thx 4 info!
dulu penah cakap depan jbwood..pastu dia cakap tak suka husz ckp terus xckp smpai skrang..hehehe
Post a Comment