Jul 29, 2011

Mutiara Kata (Part 7) | Titipan Untuk Wanita

"Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki."




Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ.


Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang.


Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati.


Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan.


Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?


Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku karena itulah yang dituntut oleh Allah.


Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?


Tidak kunafikan sebagai wanita, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu karena ia semata-mata untukmu.


Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.


Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa.


Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.


Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku.


Di mana saja aku berada, akal sadarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.


Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana.


Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita yang lain, dilamar lelaki yang bakal memimpinku ke arah tujuan yang satu.


Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wassalam, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.


Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah.


Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu karena kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu.


Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.


Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi.


Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu.


Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.


Akan kukeringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.


Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu karena dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku karena-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.


Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, diakrabi oleh lelaki yang bukan muhrimnya, cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah.


Wahai wanita, ku ingatkan diriku dan dirimu, peliharalah diri dan jagalah kesucian.. semoga redha Allah akan sentiasa mengiringi dan memberkati perjalanan hidup ini.







Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Jul 28, 2011

Aksi Gay Dari Player Singapura~!!

** 2nd half time dorang jaringkan gol~




"omg! we scored!! yeyy come hug me!!"


"no! I'll kiss u!!"






OMG! OMG!! OMGEEEE!!!

apehal atas padang pun boleh horny?? ewwwwwww~

tapi lepas dorang dah cium mulot kan, maybe TERperasan dorang ni bakal masuk tv, trus mat salih celop tu apa nama dia Durex ke Duric bak kata abang Ben gitu kan, dia cover dengan kiss forehead cino tu je...apa tah nama cino tu...haha aku mana la tau nama-nama dorang...!! grrr~



Sebenarnya aku tak perasan pun aksi ni...bila tengok status IEB kat FB, aku try rewind balik channel ni tengok aksi time gol tu...haha mujur lah ai pakai Astro Max...boleh rewind-rewind, pause-pause senang nak snap aksi-aksi terlampau dalam siaran langsung macam ni...hahahaha~


Amacam??! stim tak?? stim takk????!!  MIAHAHAHAHAHA~  (^____^)"


oke nak tidur...nite! nite!  (^^,)











p/s::  ai still lap yu very strong Harimau Malaya!! next time cuba lagi oke!  ^__^





Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Tengok TV Pun Still Rasa Berdebar weiii~! grrr~

gambar sekadar hiasan...jerit smpi keluar anak tekak ye hubby cayang! ^__^


Serius weh sejuk tangan aku tengok bola...walaupun kat tv..haha
aku tak follow dak encem pi stadium..dia tak bagi..
ramai orang...sesak...bahaya katanya...
oke la aku tak kesah...
daripada aku kena raba free oleh jantan BUKAN mahram dengan sengaja atau tidak,
baik duduk rumah diam-diam...tengok kat tv lagi clear...kan? kan??  ^__^


Player Malaysia memang lawan habis-habisan...
player kita kuat...gagah!! TAK LEMBIK!! TAK TUA!!! kahkahkahkah~
pleaseeeee lah dapatkan 2 gol...pleaseeeeee!!


oke nak sambung nervous...bye! (^^,)



update::
Malaysia 1 - 1 Singapore






Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Jom Tukar Profile Pic. Facebook!!


Ni gambar profile pic FB aku sekarang...
amek dari FB IR...
dah dia bagi amek, aku amek la kan...hahaha~  ^__^


ku kira IR ni peminat game Angry Birds...
aku takde la minat mana pun...
tapi sebab gambar ni comel sangat!
well sesuai la dengan ai yang memang dah sedia comel..
*eh TERpuji diri sendiri...lalalalalala~*


Kat FB sekarang macam² jenis profile picture ada...
tapi semua bertemakan Harimau Malaya lah kan...
nampak kuningggggggg jeeee...kehkehkeh~
*bukan ke satu ketika dahulu warna kuning adalah ditakuti ramai?? oh tettttt~* =P


eh IR, mintak halal lah dengan entry ni ye...haha~
macam seronok lak sebarkan gambar comel tu *wink wink*  ^__^


HIDUP HARIMAU MALAYA!!!!!


p/s:: angry birds tak boleh mengaum kan?? abeh nak buat bunyi apa eaa?? (-__-")






Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Kek Lapis Sarawak


Yang paling femes pasal kek lapis Sarawak ni dah tentu lah Dayang kek lapis kan...atau nama sebenar beliau Dayang Salhah...rata² orang kat Malaysia ni kenal kek lapis Dayang je....betul takkkk??? hihihi~




Kali kedua aku jejakkan kaki ke kedai Dayang ni...


oke kat sini dorang sediakan sample bagi semua jenis kek lapis yang dijual....BUKAN SEMUA kek lapis kat sini sedap! aku lebih prefer kek yang moist...lembab² gitu...instead of kek yang kering...tercekik je makan kek kering² ni...lepas tu cepat muak...kalau ikut tekak aku laaa...lain orang lain seleranya...ye dak??  =)




Kalau taknak berlaku pembaziran, sila lah membeli dengan berhemah...kalau perlu rasa semua sample kek yang ada sampai muntah, haaa buat je lah...nak makan sample sampai kenyang pun boleh...takde siapa halang...=P


Kek-kek kat sini semua cantik²...semua nampak sedap...sebab tu kena rasa sample dulu baru beli...kalau tak memang menyesal babe!! aku pernah mengalaminya...beli ikut nafsu mata, bukan nafsu tekak...udahnya kering je kek² yang aku beli dalam peti ais kat rumah...takde sape nak makan...sebab tak sedap...hohoho~



salah satu kek lapis yang aku beli...yang ni aku bagi kat mak mertua...sangat sedap!! moist! ^__^


Aku beli 3 jenis kek je...selain perisa Blueberry kat atas ni, aku beli yang ada cheese...Dragon Cheese and Strawberry Cheese...serius shit sedap!! erm aku rasa majoriti orang Malaysia suka makan cheese kan?? hehe bagi aku apa² yang bersalutkan cheese memang sangat mabelessssss~!! ^__^


Harga kek yang saiz kecil (macam dalam gambar)  biasanya RM10...tapi kalau flavor cheese tu dalam RM15 tak silap...aku tak check sangat la harga...main bedal je...hahahaha~  =P



Lagi satu kedai kek lapis yang aku boleh suggest is Afifi kek lapis...sangat dekat dengan kedai Dayang tadi...depan waterfront je...kalau nak pergi kedai Dayang memang kena lalu kedai Afifi ni dulu...




Aku tak beli pun kek lapis kat sini...tapi ayah aku beli...eh silap...bos aku beli kat sini...haha malas nak backspace...lalalala~  kat sini juga ada sample untuk orang rasa...bos aku beli perisa cheese..sedap! licin mak aku makan sorang je...pfftttt~


Aku rasa kedai Afifi lagi murah dari Dayang...satu kek (saiz kecil) RM10...tapi beli 3 kek dapat FREE 1 kek lapis...haaa berbaloi kan?? kalau tahu dari awal mesti aku beli je kat sini...tak payah pergi Dayang...kat Dayang aku bayar sekali dengan Diana (kira satu resit) dalam RM200 baru dapat free 1 kek...ish tak berbaloi  =.=


Kesimpulannya, terpulang la selera masing² nak beli kek apa, kat mana...at least korang tahu la mana nak cari kek lapis Sarawak nanti kan...dari hotel HV tu aku jalan kaki je datang sini...penat! tapi best! ^__^


Lagi cerita pasal Kuching, klik PART 1, PART 2, PART 3~


okebye!

Jul 27, 2011

Lagi Tempat Makan Best Kat Kuching | My Village Barok Lodge


oke destinasi makan-makan seterusnya ialah My Village, Barok...kat seberang sungai je...kena naik bot 60 sen untuk seberang sungai...tapi biasanya orang luar akan bayar RM1...kira sedekah la lagi 40 sen tu  =)


 Restoren ni unik ala ala kampung...semua diperbuat daripada kayu...macam rumah pun ada rupanya...hihi~



Deco dalam kedai sangat simple...agak panas kepada sesiapa yang dah biasa ber-air cond...sebab restoren ni guna kipas angin dinding tu...halusssss je rasa anginnya...ngehhh~  =.=



 dan inilah santapan kami...makan untuk dua orang...kitorang order set pakej A tak silap...ikan bawal sweet sour (sebab ikan siakap dah habis), tom yam, sayur midin (wajib order), udang masak cili (tapi rasa macam masak kicap) dan nasi putih....kalau datang sini, aku nasihatkan JANGAN order tom yam...tak sedap!! hahaha jujur tak ayat aku?? serius tak sedap!! masam nau! grrrr~ 




see tom yam tu macam tak berusik pun...hehh~  membazir je kan....oh aku memang suka minum teh o suam...setiap kali waktu makan mesti order sampai 2 gelas air...haha pelik jugak sebab selama ni tak pernah order sampai 2 gelas air...phewww~   total makanan kami semuanya RM42...erm oke la...tak kisah sangat sebab boleh claim dengan company...kehkehkeh~  =P




Actually makanan yang agak unik kat sini, kira a must try food is ayam dalam buluh...time ni aku tak perasan pasal ayam tu...dah order baru membe aku cakap...haha~  ayam tu dimasak dalam buluh, and ada sup sekali...sup tu pun masak dalam buluh sekali dengan ayam...err tak silap aku laaaa...main petik je statement tuh...wakakakakakaka~   eh tapi kalau datang sini, korang wajib try tau ayam tu...hihi~  v(^__^)



tuan blog yang comel bersama kek lapisnya...eh! =P


erm meh aku bagi exact location lah pasal restoren ni...bila turun je dari bot...jalan straight sampai jumpa satu food court...aaa restoren ni betul² belakang food court tu...ngerti?? errr kena pergi sana baru faham daaaaa...hohoho~  (-_-")


Entry di Kuching aku buat sekadar berkongsi untuk sesiapa yang merancang mahu bercuti di sana...zaman sekarang kalau nak pergi mana² mesti search kat gugel dulu amek info pasal tempat tu kan?? hehe hope entry² aku dapat membantu percutian uols...coz sharing is s.e.x.y~!! ^___^


Lagi entry pasal Kuching klik SINI dan SINI~


okebai~!









p/s::  masih busy kaler-kaler drawing...--'





Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Jul 26, 2011

Mewarna Drawing Tidak Semudah yang Disangkakan~


Hari ni aku sangat² busy...
dari petang semalam duk kaler-kaler drawing...
bukan nak bagi drawing tu nampak cantik derr...
tapi nak highlight kan mana² yang penting untuk bos check dan endorsed nanti...


Ada 200 keping drawing semuanya...saiz A1...
buat sama² dengan Diana...pffttt~
letih jari jemari ai....
dak encem shayangggg...malam ni u tolong picit tangan ai ye...
eh tengkuk pun lenguh jugak laaaa...*wink wink*  ^__^


oke nak sambung buat kerja...
babai~!









p/s::  Nabilah, u windu kat ai tak??? ngeee~  (^___^)"

Jul 25, 2011

Makan Besar @Kuching~ nyum..nyum~


Kalau pergi Kuching, tak sah la tak singgah tempat makan ni...Topspot atau Taman Kereta...kenapa namanya taman kereta?? sebab dari level G sampai level 4 tak silap, semuanya tempat parking...bahagian roof baru ada tempat makan...aaa tu lah yang kawan aku explain...tak tahu la kalau dia temberang aku...huhuhu~  =P






Tempat ni macam foodcourt..kira banyak gerai lah...tapi semuanya seafoodddddd!!! yummieeee~!!  kitorang pilih gerai nombor 25, Bukit Mata..sebab before ni pernah makan kat sini jugak dan diyakini halal...gerai lain macam kurang pasti...hihi~



 

Ini namanya UMAI...salah satu specialities kalau datang sini mesti nak cuba makan umai ye kawan²...hehe...umai ni dibuat dari ikan...mentah je...tapi dicampur dengan asam and sedikit cili..so rasanya macam masam² pedas gitu...erm oke lah...tekak aku tak berapa berkenan dengan rasanya...harga pula macam dalam bil tu...RM18...gilo! aku rasa orang ni kencing je nih...haishh...so korang kalau datang sini hati² sebelum order ye...nasib lah duit makan boleh claim dengan company...huhuhuhu~  =P




Ini ialah sayur MIDAN...eh ke MIDIN?? hahaha~  hanya boleh didapati di Sarawak ye kawan²....sayur ni macam pucuk paku...tapi lebih lembut...aku kureng minat...membe aku si Diana tuh gila makan sayur nih...setiap kali time makan mesti dia cari sayur ni....especially yang goreng dengan belacan..macam rasa kangkung belacan je katanya...haha yelah tu~  ^__^




Sotong goreng tepung...lain kan rupanya...? macam takde tepung je...sedap! cuma takde cili sos kat sini...so kurang sedap  (-_-")



ketam nipah...tak silap la tu nama dia...hihi  masak cili...oh sangat sedap...isinya pejal...pehhh sampai terbawak² dalam mimpi tahu?? grrr~




udang masak butter...pun sedap! tapi tak larat nak makan banyak...muak! =)




haaaa yang ni satu lagi food yang unik...ayam goreng nestume...haha pernah dengar tak??? wallaweyyy aku pun 1st time rasa and dengar ayam goreng nestume nih...means ayam tu digoreng dengan nestume laaa...memang ada bau nestume pun kat ayam tu...oh tekak aku tak boleh terima rasa ayam ni...haha macam pelik sangat la...tapi membe aku, Mary, berselera je aku tengok dia makan..errr~  ^__^



 total bill RM69.90...6 lauk semuanya...tapi tak termasuk air...sebab air kat gerai lain, so bil pun lain lah...oke la harga macam ni...nak kata murah, aku rasa makan kat Tanjung Lumpur lagi murah...ngee~  ^__^



 perghhh kekenyangan sampai prot pun buncit...hahaha selekeh!! =.=




Mary, Diana and me~


Thanks Mary tolong bawakkan kitorang pergi makan kat sini!! oh Mary ni orang Kuching...kawan kolej aku dulu...dah dua kali datang Kuching sendiri², mesti roger dia...hehe bukan senang nak jumpa orang jauh kan  =)


Bila aku cerita kat dak encem kat Kuching takde ayam goreng terus dia buat muka...hahahaha seafood lagi sedap lah~!! grrr~










p/s::  bayangkan masa bulan puasa update pasal makanan...pehhh menggugat iman je kan  =P

Macam Tak Berbaloi je Bayar Mahal²..hurmm~


Assalamualaikum dan selamat hari Isnin..hihi  aku rasa minggu ni nak story pasal Kuching je...aci tak?? ngeee~  oke mukadimah pasal Kuching TERbuat entry tak happy...haishh...actually sebagai rujukan bagi kamu kamu yang hendak ke Kuching nanti...=)


Aku stay 2 malam kat sana...company aku sewa hotel kat Harbour View...betul² tengah² town Kuching and sangat dekat dengan Waterfront...jalan kaki tak sampai 5 minit je nak ke Waterfront tu...





Cuma aku kurang berpuas hati lah dengan hotel ni sebenarnya...1st time pergi hotel yang NOT INCLUDED breakfast...ni bukan bajet hotel derr...even bajet hotel pun ada free breakfast...kitorang dapat bilik standard je....RM180 per night!! bilik kecikkkkkkkk!! grrr~   tapi company aku minta masukkan breakfast, so kena tambah RM20...total jadi RM200 per night...(-___-)





Tengok lah ruang antara TV dengan katil tu...muat² orang lalu je...hurmm~  paling aku menyampah tang toilet lah...hishh aku ni memang pantang la toilet yang takde paip nih...geli tahu?? tapi kalau dah 2 malam menapak kat sini takkan tak berak² kan...sembelit woiii..T__T





Shower macam ni la yang aku maksudkan...melekat kat dinding...nak tahu aku cebok macam mana?? aku guna gelas kecik yang memang selalu dorang letak dalam toilet tu...alahaiii sedih je nak cebok guna gelas kecik tahu??? T___T





Masa baca memo ni aku dah macam, "apehal kau nak psiko² gini??"  and aku memang campak je tuala yang dah guna merata²...minta dorang tukar baru...kitorang bayar mahal kan...haruslah harapkan service yang baik...! banyak songeh pulak merungut guna detergent banyak²...cehhh~  =.=


Bagi aku kalau nak selesa better stay kat Four Points...tapi jauh dari town lah...kalau nak dalam town, stay kat Majestreet Riverside..sebab bos aku stay kat Hotel Majistreet and dia sangat berpuas hati dengan keadaan bilik dan suasana dalam hotel tu  =)


Lepas ni kalau korang nak pergi Kuching, sila buat survey pasal hotel dengan teliti ye...jangan sibuk cari yang murah, tapi bila banyak sangat hidden charge rasa tak berbaloi jugak kan?? oke tu je nak cerita...bye! (^^,)

Jul 22, 2011

Tazkirah Hari Ini (Part 15) #Peringatan Buat Wanita


Dari Ali bin Abi Talib r.a.: Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiga golongan dari umatku akan mengisi neraka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah:"

a. Orang yang gemuk tapi kurus
b. Orang yang berpakaian tetapi telanjang
c. Orang yang alim tapi jahil

* Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat.
* Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.
* Orang yang alim tapi jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.







p/s::  hari ni balik KL~!! yeayyy!! flight pukul 5pm...windu dengan dak encem!! eh dia nakal tak sepanjang ketiadaan aku?? meh report meh...ngeee~  ^_^


Jul 21, 2011

Pabila Mukaku Ditenyeh-tenyeh~

Cerita ni agak dah basi...hehe memang saja nak publish hari ni since aku pun bukan ada kat KL sekarang...sibuk kerja kat Kuching, tak dan nak online²...ini juga merupakan entry autopublish ye kawan²...^_^




oke Ahad lepas, aku dengan rela hatinya menadah mukaku untuk ditenyeh² oleh kak Fareha...lokasi pertenyehan adalah di Taman Botani, Putrajaya...serius lembut akak ni tenyeh mekap...setengah orang bila mekap kasar...rushing...nak siap cepat...tak best! akak ni sabar menenyeh muka aku yang tak berapa nak licin ni...ingat senang ke nak sorokkan segala parut kat muka ni kasi nampak wah wah wesss??! susah tahu??





Setelah 2 jam kak Fareha mengeluarkan kudrat menenyeh muka aku baru lah siap sepenuhnya! barulah TERsorok segala jenis parut, jerawat kat muka ni haaaa...time ni je lah boleh feeling² artis beb!! muahahahaha~  =P





taraaaa! nilah hasil sentuhan kak Fareha....dia kata nak mekap tebal² kasi nampak jelas dalam kamera...tapi setebal² dia pun idak la sampai macam opera cina beb! lagipun dia guna warna yang ikut tone kulit aku yang agak tinted nih...so takde la nampak plastik sangat kan...huhuhuhu~





oh kak Fareha ni sangat comel tahu?? ada lesung pipit...more, aku suka gilak dengar dia membebel...suara dia rock yaww!! auwww~  kak Fareha sudah berkahwin dan ada seorang cahaya mata...tapi rupa macam anak dara je kan?? ngee~  (^___^)"





Ini adik beliau, Pyka Rahmat merangkap jurugambar kak Fareha...dia ikut je mana akak dia pergi...bagus²...! oh adik Pyka ni baru lepas SPM...sudah berpunya...nama pakwe dia encek Uchie...lalalala~  ^_^





Gambar laki bini wajib ada yaww~! time ni masing² dah lapar sebab tak lunch...start mekap pukul 2pm, habis dah pukul 4pm...pheww~


Lepas mekap terus singgah rumah mak mertua aku...udahnya semua pelik apehal aku ni buang tebiat duk mekap tebal²...pi rumah mak mertua je ponnn...bahahahahaha~  bila dah explain baru dorang paham and sume famili mertua aku minat dengan mekap yang Kak Fareha tepek nih...adik ipar aku pulak minat tang hidung...nampak mancung gilaaaa katanya...huhu~





Kalau korang berminat untuk mengambil khidmat mekap kak Fareha sila lah contact beliau ye...beliau sangat friendly ai tell yu! aku yang tak reti nak berborak ni pun dia boleh layan...hihi~  =)


Aku berani suggest kak Fareha kat kawan² aku sebab cara sentuhan dia sama dengan PersonaFizaBridal...sentuhan yang lembut dan tidak tergesa² dan paling penting...lembut!! kau nak tenyeh muka orang agak² la sental kuat² kan...ngeee~  =)


ok tu je nak cerita...bai~!!







p/s::  tak sabar tunggu esok...adeh~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015