Istiwa utama (istiwa a'dzam) adalah satu keadaan di mana matahari akan berada tepat di titik zenith (ghayah) ketika istiwa.
Peristiwa ini akan berlaku dua kali dalam setahun, apabila nilai sudut istiwa matahari (mel syams) bersamaan dengan nilai latitud tempatan. Fenomena ini berlaku bagi negeri-negeri yang nilai latitudnya kurang daripada nilai sudut istiwa maksimum matahari sebanyak 23.5°.
Berdasarkan keadaan ini, matahari akan mengalami istiwa utama dengan Kaabah dua kali dalam setahun. Fenomena ini boleh dimanfaatkan untuk menyemak dan menentukan arah kiblat dari tempat-tempat lain di muka bumi.
Fenomena istimewa matahari di atas KAABAH dan ini merupakan peluang bagi kita untuk menyemak arah kiblat yang betul.
Matahari akan berada betul betul di atas kaabah pada 2 tarikh tersebut
1) 28 hb Mei Jam 5.16 Petang
2) 16 hb Julai Jam 5.28 petang
Dalam setahun hanya 2 kali kedudukan matahari terletak di tengah-tengah Kaabah, yang boleh dijadikan panduan untuk menentukan kiblat umat Islam ketika bersolat.
Credit to::
1) Pembuat video (Mohd Taufiq) http://www.youtube.com/watch?v=YlSyfX_jmIM&feature=player_embedded , uploaded by marlboro79
2) http://zikrihusaini.com/cara-untuk-mencari-arah-kiblat-sembahyang-tanpa-menggunakan-kompas-dan-ketika-darurat/
3) http://iidyll.blogspot.com/2011/05/istiwa-utama-matahari-di-kaabah-mari.html
4) www.falak-online.net
p/s:: Esok hari Istiwa Utama...jum check arah kiblat yang sebenar! =)
15 comments:
bagus ni...!
mesti ramai yg tak tahu., time skolah rendah je blajar arah kiblat,.pastu tak egt dah,.=p
entry yang baik, bagus utk dikongsi bersama
aku baru tau tentang istiwa utama ni. ish kalau ko x share kat sini xde la aku tau. huhu. thanx yana
info yg bagus time kasih
wahhh tatao pun.... esokla!!! mase befday shaye!!!;D
thanks my dearie sis!!
thanks for d info ni yana..=)
melopong baca n3 ni...sebelum ni tak pernah tau.. ;)
alamak! slh letak la patut kul doplas..-.-'
16 julai??
esok la kan?
seyes wa pun tak tau
kene tgu siap2 depan umah sok...
alaaaaaaa.... da terlepas nak check... huh... rugi2...
aku pernah buat gune matahari.. tapi salah. haha
Post a Comment