Jun 16, 2011

Status Aurat Dengan Mahram Sementara



Aku rasa ramai yang tak tahu atau confuse dengan konsep menutup aurat dengan mahram sementara...menutup aurat itu sendiri adalah WAJIB bagi setiap wanita...tiada khilaf di situ...tapi bila dengan mahram sementara, ada khilaf yang menyatakan tidak wajib menutup aurat dan tidak batal air sembahyang dan juga sebaliknya...


Puas aku buat research kat laman web JAKIM, JAIS dan sebagainya bagi menjawab kemusykilan dalam kepala aku...aku sendiri pun kurang pasti sebelum ni...tapi aku sarung je tudung setiap kali ziarah keluarga dak encem...even dengan abang ipar aku pun aku bertudung sebab yang aku tahu aurat aku dengan abang/adik ipar sama dengan ajnabi atau lelaki lain...=)






ASAS AURAT::

Pada asasnya aurat seseorang wanita dengan mahramnya adalah antara pusat dan lutut. Walau pun begitu wanita dituntut agar menutup mana-mana bahagian tubuh badan yang boleh menaikkan syahwat lelaki walaupun mahram sendiri.

Perkara ini dilakukan bagi menjaga adab dan tatsusila wanita terutama dalam menjaga kehormatan agar perkara-perkara sumbang yang tidak diingini tidak akan berlaku.

Syarak telah menggariskan golongan yang dianggap sebagai mahram kepada seseorang wanita iaitu:

1.Suami

2.Ayah, termasuk datuk belah ibu dan bapa

3.Ayah mertua

4.Anak-anak lelaki termasuk cucu sama ada dari anak lelaki atau perempuan

5. Anak-anak suami
- Dalam perkara ini islam mengharuskan isteri bergaul dengan anak suami kerana wanita tersebut telah dianggap dan berperanan sebagai ibu kepada anak-anak suaminya.

6. Saudara lelaki kandung atau seibu atau sebapa

7. Anak saudara lelaki kerana mereka ini tidak boleh dinikahi selama-lamanya

8. Anak saudara dari saudara perempuan

9. Sesama wanita sama ada kaitan keturunan atau seagama

10. Hamba sahaya

11. Pelayan yang tidak ada nafsu syahwat

12. Anak-anak kecil yang belum mempunyai syahwat terhadap wanita.
- Walau pun begitu, bagi kanak-kanak yang telah mempunyai syahwat tetapi belum baligh, wanita dilarang menampakkan aurat terhadap mereka.


Al-quran dengan jelas menerangkan perkara ini dalam surah An-Nur ayat 31 yang bermaksud :

" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat
pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan, dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka, dan bertaubatlah kamu sekalian kepada allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. "


Imam Syafie berpendapat perhiasan yang dimaksudkan dalam ayat diatas terbahagi kepada dua makna iaitu:

1. Perhiasan yang bersifat semulajadi seperti muka,pipi,mulut,mata,bibir,hidung,kaki,betis,peha dan lain-lain anggota.

2. Perhiasan seperti pakaian,alat-alat solek,cincin,rantai leher, gelang kaki dan sebagainya.


Oleh itu, umat islam digalakkan mengawal diri agar tidak melanggar batasan-batasan yang telah digariskan oleh islam terutamanya dalam soal perhiasan dan berpakaian.

Bagi wanita yang bersuami, dengan terlaksanakan kewajipan ini, akan dapat membantu suami yang mana dosa seorang isteri yang membuka aurat akan ditanggung oleh suami.



Sumber::  JAIS




Sekarang dah jelas kan??? kalau ada kemusykilan pasal ayat Al-Quran tu korang boleh rujuk SINI untuk penjelasan...atau pergi je website JAKIM, bahagian maklumbalas, boleh ajukan soalan kat sana...malu bertanya sesat jalan...betul?? =)


Jadi hari raya nanti, atau bila² balik kampung suami, jagalah aurat kita ye...kalau ada pakcik² yang tegur kenapa pakai tudung dalam rumah sedangkan hubungan mereka dengan aku adalah mahram sementara, aku boleh kasi ayat Quran tu kat mereka...nak argue dengan orang² tua kena ada bukti, FAKTA...jangan main bangkang je...ye dak?? wallahu'alam~


Sama-sama kita beramal ke arah yang lebih baik...peringatan untuk diri sendiri juga ni  ^_^


22 comments:

Liyana said...

amin, same2 la kite berubah kan :)

Mak Jemah said...

dah praktik sejak berumahtangga 10 thn yg lepas..tengs for the info...

* lama benor x jengok umah dia...hehehe..

Azwa Mohamad said...

thanx for the info!!! lepas ni kalau nak argue ngan pakcik2 kena bawak bukti la...

Azwa Mohamad said...

thanx for the info!!! lepas ni kalau nak argue ngan pakcik2 kena bawak bukti la...

LALABIELA said...

thanks 4 da info.. kadang2 ada yang tidur dengan ayah walaupun dah baligh(perempuan), pakai seksi2 masa tdur..

Ibu Muda 30series said...

betul tu yana...tapi bila akak kahwin ngan org nismilan kan, akak perasan dorang ada budaya bersalaman (masa raya) antara sepupu laki pompuan...macam bukan aurat...mosykil gak tu

bila tanya husband...dia kata mmg terbiasa dari kecik...huhu

kalau kat kelantan ada juga akak nampak tok nenek yg dh tua2 bersalam dgn bukan muhrim, tapi dorang lapik tangan dgn tudung.

yanamib said...

@aku ibu muda:: hehe psl tu sy pn kdg2 terlajak gak slm dgn sepupu sepapat laki..tp bila teringt cpt² insap..ngee~ rsnya klu salam berlapik oke lg kut..x batal air smbhyang kan? err kena ty blk ustaz psl tu =)

SUHAIDA said...

TENKIU YANA!

Isteri Encek Bard said...

terima kasih yana atas info yang diberi...

Unknown said...

betul tu. dgn abg ipar pn tak boleh. auratttttt

Unknown said...

amin.moga2 kita teruskan perubahan ini

efa said...

thanks akak yana sb share info ni :) sama2 kita berubah hehe insyallah amin

Ujang9897 said...

ramai tak tau dan buat2 tak tau..=)

emarieys said...

entri yg bermanfaat sekali..terima kasih yana

Aliesha Kirana said...

aah, sama2 kita menjaga aurat. smoga terselamat di akhirat nnti..aminnn.. ^__^

ILA HonEyBuNNy said...

okeh..

akan d applykan bila dah kawin..itu la...kanda pernah cakap...kalau dgn abg dia pun..dia surh pakai tudg nanti kalau da kwin even diorg datang rumah..ehheh

cimöt said...

hmmmmmm..betol2..ramai yg tak tahu pasal ni..so,marilah sama2 jaga ye..

nabilah_2908 said...

hmmm..faham dah.... :)

patut la sy tgk makcik2 sy....bila berkumpul ramai2...tudung sntiasa terlekat kt kepala...

bila org lelaki takde kt rumah baru buka....bila ada..cepat2 sarung tundung...

tertanya2 juga tntg ni...skrg dh tau dh.. :)

Ct Arina said...

oh, paham dah ^_^

eyqaaman said...

thanks atas entry ni kak. mmg dah lama musykil pasal hal ni and today akak explain semuanya. hope dapat jadi guide untuk semua! :)

CikPuanWanda said...

thnks for the info...

putribongsu said...

hi yana, lama xdtg sini...info yg best. tenkiu for sharing ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015