Jan 1, 2012

2 Helai ni Je Lah Yang Muat Dipakai =.=

Entry pertama untuk tahun 2012 yaww!
kita nak cerita pasal baju...hihi~
biasa kalau attend kenduri kahwin atau majlis-majlis formal
mesti kita akan pakai baju yang bersesuaian dengan tema majlis bukan?
kalau kenduri kahwin molek lah pakai baju kurung/kebaya/jubah etc etc...
takkan pakai seluar jeans + t-shirt je kot?? ishhh tak sesuai...
walaupun orang sekarang jenis tak kisah...
tambah-tambah ibu mengandung...
macam diberi kelonggaran dalam mengikut tema sesuatu majlis...
tapi aku sangat tak selesa kalau pakai baju biasa-biasa je attend kenduri...entah la..
mungkin dah dididik dari kecik untuk berpakaian yang sesuai mengikut majlis...
kalau takde baju yang sesuai, aku sanggup pergi kedai cari baju baru...wakaka~


So, since umo baby dalam perut semakin meningkat...
saiz perut pun semakin bertambah...
makanya aku menghadapi satu masalah besar
di mana segala baju-baju kurung aku dah ketatttttttt!! dem!!  =.=
ada 2 helai je lah baju yang sesuai
yang aku boleh pakai untuk ke kenduri-kenduri dan majlis-majlis formal...iskisk~



1) Jubah ala ala Punjabi...yang dipakai dengan seluar tuh...



ekceli jubah ni adik aku punya...
dia beli masa raya puasa hari tu...
ni lah kelebihan bila ada adik yang gemok...lalalala~
memudahkan urusan meminjam baju di kala 'kesesakan'   =P






2)  Jubah denim



hadiah dari kazen aku masa beliau melawat Mekah awal tahun lepas...
aku dah rasmikan masa raya puasa hari tu...
sepatutnya jubah ni saiznya memang sangat besar...
tapi masih nampak ketara jugak prot boyot tuh...adeyy~  =.=




2 baju ni memang khas untuk attend kenduri dan majlis formal je..haha~
lagipun jubah denim tu macam agak panas...
tak boleh pakai sebarangan sebab akan mengundang peluh bergelen-gelen  (-_-")
nak beli jubah-jubah lain rasa rugi pulak...
ye lah aku ni lagi 2 bulan je pun nak bersalin...

"alaa beli jubah boleh pakai sampai lepas bersalin..."

erm..baju kurung yang sedia ada pun jarang aku nak pakai...apa lagi jubah...
so takmo la bazir-bazir kan...=)
selagi boleh pinjam baju-baju adik aku
memang aku pinjam baju dia je...
err ni dikira jimat ke kedekut eh?? kikiki~  =P
oke bai~!






Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

19 comments:

nia marlissa said...

ibu mengandung memang diberi kelonggaran . lagipon kalu beli baju lain membazir rasanya sebab after bersalin x pkai dah bju mengandung tu


happy new year kak yana

amal said...

hehe sama la kita. banyak baju dah tak muat. dok ulang pakai baju yang sama je

Si BuDaK KaChAk said...

abistu camne pulak bagi laki yg berperut boroi???hehehe

NUR AMINA said...

Akak masih simpan 2 jubah yang selalu pakai waktu mengandung dulu2...sayang nak bagi kat orang, baju mengandung lain kalau kira ada la lebih dari 20 pasang dah sedekah kat ibu2 muda...hehe kilang dah tutup

Gen2Merah said...

itu kalau org pempuan.. kalau org lelaki tak perlu nak ikut majlis, pakai je apa yang ada depan mata.. ekekeke (",)

Rozuan Ismail said...

jubah je la yng sesuai pakai waktu mengandung.tapi tgk fesyen sekarang.jeans pon boleh

mamashikin said...

itu la, klu pregnant mslh utama ialah baju..kalau sy tak suka pakai jubah atau maxi..sy lebih selesa berseluar dan pakai blouse shj..tp yg plg masalah ialah baju kerja..huhu..yg ni mmg susah nak mix n match kan..

aimie amalina said...

hehehe
ni cabran bile poyot dh mule beso lag ye
hehehehe

laskar pelangi said...

ewah! heeee=) semoga baby sihat2 jer;) ngeee~

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

baju mengandung pki jap je..tak perlu beli byk2 la kot.akak tak beli baju pengandung pun dulu, cuma tempah jubah je sbb akak suka pki jubah.tp bila sebulan nak bersalin semua tak muat.haha.terpaksa pki blouse je la masa tu.


psst: baju yg atas tu mmg cun, warna yg ceria

mas saari said...

kena beli baju baru tu!

Mr feckry said...

Selamat tahun baru. Semoga tahun 2012 Allah menambahkan rahmat , murahkan rezeki dan menjadikan lu sebagai hamba yang paling Allah sayang...

Cik Bhulat said...

bagus tu..berjimat demia masa depan anak nanti.hehehe..

salam tahun baru.moga kita sentiasa diberkatinya di hari mendatang =]

efa said...

berjimat cermat ok la tu hehe

Cik Pulau said...

samalah dgn akak kat umah..
skang ni proses dia menyedekahkan baju2nya kepada adiknya yg sorang ni ha..
hahaha..
semua dah tak muat..lalala~

diana said...

akak masa ngandung dulu banyak beli baju mengandung..
ingatkan boleh pakai bila ngandung lain kali..
tapi hampa je sampai sekarang tak ngandung2 pun..

Hazman said...

takpe.... request je kat ujang beli sehelai dua yang baru...hehehehe

nabilah_2908 said...

hehehe...ok la..bukan kedekut..manfaatkan apa yg ada... :)

Finaz Jaafar said...

alahai akak memang jenis kurus so lepas beranak nanti konpem la tak stay macam sekarang badan tu..konpem slim balik..cuma kakak kita kata org dah beranak ni tang punggung tu la..mesti besar sikit dari sebelumnya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015