Dec 5, 2011

Mesej ni TAK BETUL~!! Jadi Jangan Sebarkan~!!!



Semalam aku dapat sms dari seseorang yang ku kenali *nama terpaksa dirahsiakan bagi tidak mengguris hati sesiapa *  mesejnya berbunyi begini::


"untuk beberapa hari akan datang, jangan ambil minuman dari mana-mana produk dari syarikat pepsi seperti Pepsi, Tropicana Juice, Slice, 7-Up, Coca Cola dan lain-lain kerana ada pekerja dari syarikat itu telah menambah darahnya yang tercemar dengan HIV. Keluar berita dalam NTV7. Tolong sebarkan kepada orang yang anda sayangi."



Kenapa aku cakap tak betul?? oke sila teruskan membaca~


Mengikut logik::

-  Pepsi dan Coca Cola adalah dua syarikat yang berbeza...macam tu jugak dengan Tropicana dan 7-Up (betulkan kalau salah). So agak pelik takkan semua kilang produk-produk tu ada pekerja yang menghidap HIV??

-  Kenapa kat NTV7 je keluar berita pasal ni?? kalau banyak syarikat yang terlibat mesti semua media masa dan media cetak akan sebarkan berita pasal ni...ye dak??



Mengikut FAKTA sains::

-  Virus HIV TIDAK merebak dengan cara ini. HIV hanya akan merebak melalui seks, kongsi jarum dengan pesakit HIV atau bila darah pesakit HIV tu masuk dalam darah kita.

-  Lagipun dalam air berkarbonat ada banyak faktor yang membuatkan sel darah rosak. So kalau takde sel darah, macam mana virus tu nak membiak??




Sebenarnya masa mula-mula dapat sms ni aku pun pi forwardkan kat a few orang lah...haha~
tak baca betul-betul punya pasal...kan dah jadi SPAM mesej je..ngehh~
yang fakta sains tu adik aku yang bagitau...
nasiblah ada adik study sains...dapat lah bagi hujah bernas sikit...huhu~
so kalau sesiapa yang dah dapat sms macam ni sila lah abaikan je ye...
semua ni taktik untuk sabotaj je...
oh aku tidak dibayar pun oleh mana-mana syarikat minuman yang terlibat...
motif aku cuma nak bagitau, sebelum sebarkan sesuatu rumors atau tuduhan,
better selidik dulu...collect bukti sebanyak mungkin untuk support tuduhan tersebut...
dan jangan mudah percaya dengan rumors-rumors macam ni...oke??


peace! v(^__^)







Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

26 comments:

Anum said...

terima kasih atas perkongsian

NanieZara said...

a'ah lah yana.masa mula2 dpt email ni dah agak dah mesti email berantai.mana leh virus HIV membiak dari berkongsi air.even kita minum air bekas pesakit yg ada HIV pon kita tak dijangkiti lah.

MizzTina said...

haha..masa memula bc tu pun pelik gak.. tp ignore je..

Tieah Madian said...

Aku pun baru post pasal ni jugak.. Semalam dapat.. Hahaha..

emarieys said...

saspen jugak kan

Fazleyatul Aini said...

hah aku ada dengar berita kat radio pasal ni tadi. dorang dah nafikan. yang nak buat fitnah tu tak mengagak btol. takde keje lain agaknya

Hudalatip said...

akak pun dapat jugak msg tu mak bagi lagi. Tapi memang confuse tapi biarkan jelah..

Unknown said...

mmg kena baca betul2...tak leh main spread ajer bahaya

Unknown said...

yes betol! virus HIV akan merebak melalui seks,jarum. die takkan merebak melalui makanan..

Unknown said...

Tu la pasal....NTV 7 boleh saman saper yang jadi dalang penyebar sms fitnah nie... dan seperti biasa orang kita cepat je percaya tanpa usul periksa..... itulah pentingnya health education.....hehehehe (boleh jadi modal borak time ko nak buat check up nanti)

mas saari said...

akak pun ada terbaca jugak last week! tapi tak nak sebarkan sebab tak percaya pun!

lagi pun kat FB memang banyak rumors camni..

Ibu Muda 30series said...

akak mmg palingggg tak suka sebar2 msej gini, tak kira la sms/email atau apa2 je lah. unless yg dh rasa betul2 sahih tu

nabilah_2908 said...

ada juga 2 3 blog sebarkan tentang ni...

sy pun setuju..ada unsur2 sabotaj..tak logik pun yer gak..apa pekerja yg kerja di syarikat2 pengeluar air ni berpakat ke nak masukkan darah dia dalam air..? haih..macam-macam...

MAY said...

ada dpt jugak sms tu..

Myra Jay said...

Yg penting, kita jangan mudah terpedaya, apapun selidik dulu kan :)

kurus said...

setuju dik
kena ada fakta yg sahih
baru boleh percaya
skrg nie macam2 hal dlm email dan tenet nie huhuh naik takut lak

Unknown said...

thanks share sis!

Fariehan Ibrahim said...

nie sape yg dengki sgt ngn air berkabonat nie?? haaha :P

LittleGurl said...

betol. kadang yang fakta dah bertukar jadi auta skng. confuse!

safurara said...

tau takpe.sah2 HIV xleh merebak dgn cara cm tu.but hati2 jelah. =)

intan morsalin said...

fuh...sib baik...igtkan betul tadi

Anonymous said...

sbg langkah berjaga2...why dont we just take it as if berita tu btol.

1st..minuman tu mmg memudaratkan pun in the 1st place...

2nd..mmg btol ader bahan dlm minuman tu boleh merosakkan sel darah. tapi harus diingat, virus HIV TIDAK BOLEH DIMUSNAHKAN walaupun dengan cara apa sekalipun.

just think logically...kalau la air bekarbonat bleh memusnahkan virus hiv....kaya la tokei coke + pepsi tu....

<-- budak sains jugak!

*peace*

yanamib said...

aik bila masa lak entry ni ckp air berkarbonat boleh musnahkan virus HIV?? ni budak sains x bc betul2 nih..haha~ lalala~

nurkaloi said...

laaa kisah
kaloi tak pernah plak terima msg gini
hahah ni care dyorang nk jatuhkan syrikat lain kowt

Lydia Miza said...

Salam yana..sht?

tau tak sis meneguk seteguk pepsi dan lepas 3 minit tu terbaca pesanan tu.gigil gak rasa badan terus rasa tak sihat..hahah tindakan refleks yg amat baik kan?


bila baca 2 kali..terus abaikan.nyampah pula rasa mereka sebar2kan benda camnil.takda kerja ke?huhu

Nurul Ashikin said...

yuhuuuu ~ thanks yana

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015