Semalam aku dapat sms dari seseorang yang ku kenali *nama terpaksa dirahsiakan bagi tidak mengguris hati sesiapa * mesejnya berbunyi begini::
"untuk beberapa hari akan datang, jangan ambil minuman dari mana-mana produk dari syarikat pepsi seperti Pepsi, Tropicana Juice, Slice, 7-Up, Coca Cola dan lain-lain kerana ada pekerja dari syarikat itu telah menambah darahnya yang tercemar dengan HIV. Keluar berita dalam NTV7. Tolong sebarkan kepada orang yang anda sayangi."
Kenapa aku cakap tak betul?? oke sila teruskan membaca~
Mengikut logik::
- Pepsi dan Coca Cola adalah dua syarikat yang berbeza...macam tu jugak dengan Tropicana dan 7-Up (betulkan kalau salah). So agak pelik takkan semua kilang produk-produk tu ada pekerja yang menghidap HIV??
- Kenapa kat NTV7 je keluar berita pasal ni?? kalau banyak syarikat yang terlibat mesti semua media masa dan media cetak akan sebarkan berita pasal ni...ye dak??
Mengikut FAKTA sains::
- Virus HIV TIDAK merebak dengan cara ini. HIV hanya akan merebak melalui seks, kongsi jarum dengan pesakit HIV atau bila darah pesakit HIV tu masuk dalam darah kita.
- Lagipun dalam air berkarbonat ada banyak faktor yang membuatkan sel darah rosak. So kalau takde sel darah, macam mana virus tu nak membiak??
Sebenarnya masa mula-mula dapat sms ni aku pun pi forwardkan kat a few orang lah...haha~
tak baca betul-betul punya pasal...kan dah jadi SPAM mesej je..ngehh~
yang fakta sains tu adik aku yang bagitau...
nasiblah ada adik study sains...dapat lah bagi hujah bernas sikit...huhu~
so kalau sesiapa yang dah dapat sms macam ni sila lah abaikan je ye...
semua ni taktik untuk sabotaj je...
oh aku tidak dibayar pun oleh mana-mana syarikat minuman yang terlibat...
motif aku cuma nak bagitau, sebelum sebarkan sesuatu rumors atau tuduhan,
better selidik dulu...collect bukti sebanyak mungkin untuk support tuduhan tersebut...
dan jangan mudah percaya dengan rumors-rumors macam ni...oke??
peace! v(^__^)
Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!
26 comments:
terima kasih atas perkongsian
a'ah lah yana.masa mula2 dpt email ni dah agak dah mesti email berantai.mana leh virus HIV membiak dari berkongsi air.even kita minum air bekas pesakit yg ada HIV pon kita tak dijangkiti lah.
haha..masa memula bc tu pun pelik gak.. tp ignore je..
Aku pun baru post pasal ni jugak.. Semalam dapat.. Hahaha..
saspen jugak kan
hah aku ada dengar berita kat radio pasal ni tadi. dorang dah nafikan. yang nak buat fitnah tu tak mengagak btol. takde keje lain agaknya
akak pun dapat jugak msg tu mak bagi lagi. Tapi memang confuse tapi biarkan jelah..
mmg kena baca betul2...tak leh main spread ajer bahaya
yes betol! virus HIV akan merebak melalui seks,jarum. die takkan merebak melalui makanan..
Tu la pasal....NTV 7 boleh saman saper yang jadi dalang penyebar sms fitnah nie... dan seperti biasa orang kita cepat je percaya tanpa usul periksa..... itulah pentingnya health education.....hehehehe (boleh jadi modal borak time ko nak buat check up nanti)
akak pun ada terbaca jugak last week! tapi tak nak sebarkan sebab tak percaya pun!
lagi pun kat FB memang banyak rumors camni..
akak mmg palingggg tak suka sebar2 msej gini, tak kira la sms/email atau apa2 je lah. unless yg dh rasa betul2 sahih tu
ada juga 2 3 blog sebarkan tentang ni...
sy pun setuju..ada unsur2 sabotaj..tak logik pun yer gak..apa pekerja yg kerja di syarikat2 pengeluar air ni berpakat ke nak masukkan darah dia dalam air..? haih..macam-macam...
ada dpt jugak sms tu..
Yg penting, kita jangan mudah terpedaya, apapun selidik dulu kan :)
setuju dik
kena ada fakta yg sahih
baru boleh percaya
skrg nie macam2 hal dlm email dan tenet nie huhuh naik takut lak
thanks share sis!
nie sape yg dengki sgt ngn air berkabonat nie?? haaha :P
betol. kadang yang fakta dah bertukar jadi auta skng. confuse!
tau takpe.sah2 HIV xleh merebak dgn cara cm tu.but hati2 jelah. =)
fuh...sib baik...igtkan betul tadi
sbg langkah berjaga2...why dont we just take it as if berita tu btol.
1st..minuman tu mmg memudaratkan pun in the 1st place...
2nd..mmg btol ader bahan dlm minuman tu boleh merosakkan sel darah. tapi harus diingat, virus HIV TIDAK BOLEH DIMUSNAHKAN walaupun dengan cara apa sekalipun.
just think logically...kalau la air bekarbonat bleh memusnahkan virus hiv....kaya la tokei coke + pepsi tu....
<-- budak sains jugak!
*peace*
aik bila masa lak entry ni ckp air berkarbonat boleh musnahkan virus HIV?? ni budak sains x bc betul2 nih..haha~ lalala~
laaa kisah
kaloi tak pernah plak terima msg gini
hahah ni care dyorang nk jatuhkan syrikat lain kowt
Salam yana..sht?
tau tak sis meneguk seteguk pepsi dan lepas 3 minit tu terbaca pesanan tu.gigil gak rasa badan terus rasa tak sihat..hahah tindakan refleks yg amat baik kan?
bila baca 2 kali..terus abaikan.nyampah pula rasa mereka sebar2kan benda camnil.takda kerja ke?huhu
yuhuuuu ~ thanks yana
Post a Comment