MELAKA 11 Okt. – Seorang pemandu bas memaklumkan dia ternampak satu objek hitam seperti menerpa di hadapannya sebelum merempuh bas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang sedang dipandunya.
Umar Yusop, 31, bagaimanapun terselamat dalam kemalangan ngeri yang meragut nyawa 12 orang itu berkata, selepas itu dia tidak sedar apa-apa lagi sehingga dimaklumkan bahawa objek itu adalah bas Ekspres Delima yang terbabas dan melambung dari laluan bertentangan.
“Ketika itu cuaca amat baik. Sebaik sahaja ternampak objek hitam itu, saya segera menekan brek sebelum ia terus merempuh bas yang saya pandu,” katanya.
Umar adalah antara lebih 40 penumpang yang cedera selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua buah bas, tiga buah kereta dan sebuah van di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara Selatan berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat dekat Rembau, petang semalam.
Nahas pada pukul 6.50 petang itu berlaku apabila sebuah bas Ekspres Delima yang dipercayai dipandu laju dari arah selatan gagal dikawal lalu terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya sebelum melambung ke laluan bertentangan.
Bas ekspres itu yang dalam perjalanan dari Melaka ke Kuala Lumpur kemudian melanggar sebuah van dan kereta sebelum menghempap dua buah kereta lain.
Ia kemudian bertembung dengan bas dipandu Umar yang ketika itu membawa 36 peserta yang menghadiri Perhimpunan Raksasa ahli Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) di Bukit Jalil.
Bagaimanapun, kesemua 36 penumpang itu dilaporkan selamat.
Mengimbas kembali detik kemalangan ngeri itu, Umar yang telah empat tahun memandu bas JKM berkata, pemanduannya berjalan lancar seperti biasa namun kemalangan itu berlaku begitu pantas.
“Ketika itu, saya memandu seperti biasa dan tidak berasa apa-apa yang pelik sehinggalah kemalangan itu berlaku dalam sekelip mata.
“Walaupun saya cedera di muka, patah tangan kanan dan tulang rusuk, saya bersyukur kerana terselamat dan semua penumpang saya juga tidak mengalami kecederaan,” katanya yang ditempatkan di Wad 1-3 Hospital Melaka di sini.
Sumber: Utusan
Jangan dikata perkara ni karut semata...zaman moden ke kuno ke, jin dan syaitan memang wujud sejak azali lagi...tak perlu pertikaikan apa yang dijelaskan oleh pemandu bas...orang yang dah biasa lalu kat highway tu juga ada menjelaskan perkara yang sama...tempat tu agak 'keras'.
Tak perlu komen atau komplen lebih²...perkara macam ni kita kena fikir positif...bersyukur sebab mende ni tak jadi dekat diri kita dan keluarga kita...bayangkan kita di tempat mereka?? Subhanallah...
Tak perlu menuding jari lagi...perkara ni dah tertulis dalam luh mahfuz...Cukup sekadar nasihat dan peringatan kepada pemandu-pemandu bas yang lain untuk mengambil pengajaran dari apa yang terjadi...mungkin management syarikat bas juga perlu alert...kena make sure pemandu-pemandu mereka cukup rehat dan tidak terlalu terdesak mengejar jadual masa yang begitu ketat....
InsyaAllah...
Al-Fatihah buat semua mangsa...
p/s: aku rasa ni merupakan kemalangan yang paling ngeri pernah aku saksikan kat negara sendiri...sangat ngeri...korang tengok je la gambar² mangsa...Subhanallah...mintak dijauhkan dari kematian macam ni..amin~ -__-'
p/s: bila masuk kereta je aku mesti akan baca 3 qul, ayat kursi & mengucap...amalkan ayat tu hari²...umpama pendinding tu...insyaAllah sepanjang perjalanan kita akan selamat...kita pun tak tahu kematian kita macam mana...jadi sentiasalah beringat dan berdoa...wallahu'alam~
36 comments:
hmm...perkara ni bukan perkara karut..bnyk kes2 kemalang disebabkan kehadiran makhluk halus ini..
tapi...kemalangan teruk ini pertama kali terjadi di kawasan tersebut..
takziah buat mangsa n keluarga mangsa
Al-fatihah....
jom ke APA KATA HATI pulak,
ALAHAI Z
ingat kan pakcik umar tu yg memandu delima...baru nak ckp camni "perasan tak klu kemalangan libatkan bas mesti driver terselamat, kenapa ek?" hehe. mntak dijauhkan.biarlah kita meninggal esok cara elok kan. mmg takut dgn bas ni. kadang diorang lagi kereta pada kereta. suka2 je potong kenderaan lain.
same macam arwah kawan gua yang meninggal di tempat yang sama masa thun 2004
yela ni org melaka pon nk habaq gak area situ mmg keras dan x elok sket
lebih2 lagi excident tuh waktu maghrib
huh seram plak
:nabilah_2908:
yup..ai pn penah eksiden sbb ayh ternmpk lembu melintas..padahal mana ada lembu pn time tu..adeh~
:JULYA:
selalunya driver mmg slmt..maybe dia boleh bajet kut impak tu mcm mana so dia leh ready awl²..ye lah dia yg drive..dia lg tau..huhu~
:Mr feckry:
innalillah =)
:Lya Colours:
tau xpe..kesian dorg tu
takziah pada keluarga yang terlibat...kes eksiden tu tak boleh nak komen lebih2...benda dah jadik...yang kita bleh buat, ambik pengajarannya ek..
bagus betul ko nak drive baca semua tu...tapi jangan lupa satu benda...pakai tali pinggang keledar...ingatlah orang yang tersayang...ecewah~~~
Gorengbaek - Aku rasa sangat...
SGT LME TAKSINGGAH BLOH YANA...BZ SGT.TU BRU TAU YANA DAH TUNANG...BTW COBGRATE..
XCDENT TU MMG NGERI...SEDIH TGK ,MAYAT BGELIMPANGAN...ARAP2 KTE SUME DIJAUHKAN DR SUME TU...AMIN..
memang ngeri smpai MDT tak berani nak tengok dgn biji mata luas2..huhu!
bln 12 ni dahla rombongan naik bus..adoiiiii
salam...
takziah buat kuarga mangsa,amy x sanggup nak tengok..terlalu menyayat hati..
Takziah kepada keluarga mangsa..
Byk gak blogger cite pasal ni..
Td dpt emel pun pasal tragedi 10.10.10..
X snggup nak tgk gmbr2 tu..
:Along Tapa:
seat belt pon aku pakai..riso kena saman satu + kete aku xde airbag daaa...huhu~
ko pon kena amlkn ayt² tu wpn bwk moto je ke..hehe =)
:ct odah :
thanks odah..=)
:makdara TERdiva :
make sure sis duduk sebaris dgn driver..mak sy slalu pesan cemtu bila nk nek bas sbb driver akn kontrol bas tu supaya dia x tercedera...=)
:Amy Syaquena :
salam
sedih dan ngeri kn..
:d_tieah:
isu ni mmg hangatttt..smpi tutop jln tu truk sgt eksidennye...hehh
walauapa kita kena ambil iktibar supaya sentiasa berhati2 di jalan raya jgn ler bawak macam org gila
alfatihah n takziah untuk keluarga mangsa..aku memang tak sanggup nak tgk..sedih :(
berhati-hati dan berhemah ketika memandu.. insya ALLAH....
:POSH76:
btol btol..xperlu selfish..sume org nk cpt smpi rmh..=)
:six.september =_= :
kesian dorang kn..xsangke jd camni..
:dotblogspotdotkom :
yup...insyaAllah =)
Nasib baik laa pemandu bas JKM tuh selamat. Iye laa kat highway tuh bukan bleh agak apa yg ada kat depan kita...kan..
Salam Takziah buat keluarga mangsa..
ambik award kat sini
member ai salah sorg mgsa..
betoi jugak tuh. jgn pikir bende tu karut . org yg alami. die yang dpt rase. huhuhu~
Al-fatihah buat mangsa2 .
bgus sis amalkan naik kereta bace2 dulu sume. bwk kete leklok ye sis! huuuu~
yang sudah pergi ia pergi
yang kita jangan sampai pekara pekara kurafat mejejaskenidupan kita
nice info..thk i like u n3
objek itu adalah bas Ekspres Delima yang terbabas dan melambung dari laluan bertentangan <-- ni objek hitam tu kan?
setuju. ni la eksiden yg paling teruk, sebab aku stuck kat area situ dekat sejam
:Rinna:
tu lah..sume yg dlm bas tu selamat..alhamdulillah la =)
:dotblogspotdotkom:
thanks pacek.. =)
:Anonymous:
takziah buat membe u
:ribena.illina:
sis pn penah eksiden maaa..huhu kena beringat je skrg ni =)
:b.r.u.t.a.l.s.o.l.o:
yup..just amek iktibar je..thanks bro =)
:Mr Noble:
aah..tu lah maksud pemandu tu..tp kwsn tu mmg 'keras' pon..huhu~
gila kan stuck dlm jem..haish..-__-'
Post a Comment