Oct 30, 2010

Dugaan Alam PerTunanGan

Kata orang.. alam pertunangan ini banyak dugaannya dan ini sering membuatkan ramai yang tertanya-tanya.. apakah dan bagaimanakah bentuk dugaan-dugaan yang mungkin / terpaksa dilalui itu?

Selama ni kita ingat dugaan tu datang dari pihak ketiga.. iaitu sama ada orang lain yang tiba-tiba muncul menganggu perhubungan pertunangan, ataupun dugaan daripada pihak keluarga seperti ibu, bapa, atuk, nenek atau sedara-mara yang mungkin tidak berpuas hati dengan ikatan pertunangan seseorang tu.

Tapi hakikatnya, ujian dan dugaan terbesar yang wujud di alam pertunangan bukanlah berpunca daripada orang atau pihak lain. tetapi, dugaan yang terbesar biasanya adalah berpunca dari dalam diri kita sendiri.

Antara dugaan yang terbesar sewaktu di alam pertunangan adalah dugaan melawan hawa nafsu yang semakin melonjok-lonjak. Maklumlah, orang kata, apabila sudah bertunang ini, sebelah kaki dah melangkah ke alam rumahtangga. Namun begitu.. apa yang perlu kita faham, ikatan pertunangan tidak lagi menghalalkan apa-apa pun antara lelaki dan perempuan.

Sudah bertunang, tidak bermaksud anda sudah boleh berdua-duaan di tempat yang sunyi.
Sudah bertunang juga tidak bermaksud anda sudah boleh bertepuk tampar , bercium - ciuman atau pun berpeluk-pelukan di khalayak ramai.

Ramai pasangan bertunang yang terkeliru tentang hal ini. Pada pendapat mereka, "Alah.. kan dah tunang.. apa salahnya?".

Ops!.. anda sudah silap.. ia sememangnya sesuatu yang salah..

Tujuan saya memberitahu anda hal ini adalah kerana ingin menyedarkan anda, bahawa, dugaan alam pertunangan itu sebenarnya bukan sahaja datang dari luar, tetapi ia juga boleh datang dari dalam diri anda sendiri.

Jadi.. bersiap-sedialah.. sama ada dari segi kekuatan iman mahupun kekuatan kewangan.. kalau kuat kewangan.. insyallah tempoh pertunangan itu dapat dipendekkan.. sekaligus dapat mengurangkan dugaan-dugaan tersebut.

Ye lah.. duit semua dah cukup.. buat apa nak tangguh-tangguh lagi yer tak?? kahwin je terus.. habis cerita! Insyallah tenang sedikit hati yang sedang bergelora itu..

Jadi... jaga iman anda dan jagalah ikatan pertunangan anda. Jangan tension-tension dan banyakkan berdoa memohon Allah permudahkan segala urusan dan perjalanan hidup anda untuk menuju gerbang perkahwinan.




Sumber:: Maskahwin.com




Peringatan untuk aku juga  *wink*


Bakal abang ipar aku cakap, "prektis je gadoh sekarang..nanti dah kawen tau la camne nak handle bila gado gado..."  lebih kurang gitu la ayat dia...ngehehehe~  aku suka gado dengan dak encem...baru thrill beb!  Hari² nak romantik, bosan! lalalalala~   v(^_^)






Kalau nak tengok aku kawen cepat, sila tolong jana kewangan aku...klik SINI  

*walaweyyy dah pandai biznes sekarang..wewwiittt~ =P*




15 comments:

Anonymous said...

kene cepat kawen,kurangkan dugaan tunang ni..
hehe..
wah..
dah bisnes skang...
beshnyee..
jom bisnes roti impit lak..
tgk blog lionteen..hehe

Unknown said...

btul tu apa yg dperkatakn.. prtunangan bukan lesen utk mlbhi dr apa yg spatutnya.. tp pelik, ada juga segelintir ibubapa skang yg biarkn anaknya di usung2 ke sana sini apabila dh brtunang.. tepuk dada, tanya iman..

Fazleyatul Aini said...

haha baik punya cara carik bisnes ek

Duniakuabstrak said...

cet ayat2 kat atas tu aku dah syak bukan kau yang tulis..kalau tulisan kau mesti sengal2..betul jangkaan aku..hahaha

ieda said...

kalau takut dugaan melampau , jgn tunang lama2 .. org dulu2 cakap dik .. alam bertunang lebih besar dugaan dari kawin ..

kalau dah jadi suami isteri nak gaduh2 besar kena fikirkan anak2 dan kalau nak buat keputusan kena fikir masak2 .. tapi bila hanya bertunang .. kalau marah terus ikut hati nak putus sbb pikir " alahh baru tunang .. aik buat keputusan skrg .. kalau dah jadi suami susah nak fikir lagi .. kena redha ... "
haaaa tulah ayat lazim kita dgr kan ???

Fitrah Adnan said...

sis kalau nak kawin t jgn lupe jmput tau..hahahaha...semoga ikatan anda berdua kekal slamanya..aminnn

Along Tapa said...

haaha...memula tadi aku cam tak caya lak kan...apa lobang tetiba ko taip nada serius giler...takde ciri2 comel(wpun kurang dari aku)...rupanya cedok da...

Gorengbaek - Tips untuk awek...supaya saham tak jatuh...

Hangit habis dah - Korang perasan tak??

Sara Mysara said...

nk kawen dh...
hehehe,,
tahniah2,,
nntie lehlaaa msukkn pic,,

miss lolly a.k.a luvfareda said...

cepatlah kawen :)))

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

kakak sgt chantekk. semoga kekal abadi bersama si dia ok:)

take care dear sis.

Pencacai Alim said...

masa bertunangla byk dugaanye..

Mr feckry said...

gua setuju dengan lu

JULYA said...

aah
cpt kawen
biar pasni kite plak kawen
*boleh?*

Tieah Madian said...

Semoga pertunangan berakhir ke jinjang pelamin k..
Dugaan pertunangan ni ko je yg rs, aku blm lg..
Haha..
Tak nak komen! :)

Anonymous said...

dh klik, kahwin cepat!!! hahaha* dah ade anak pun*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015