Aug 5, 2013

Resipi: Puding Roti Dengan Sos Kastard (kukus)

Assalamualaikum....


Lagi 3 hari nak raya weiii!!! rasa sekejap je masa berlalu kan?? semoga amalan² kita sepanjang Ramadhan kali ni diberkati Allah...amin~


Puding roti ni aku buat dah lama...2 minggu lepas...tapi tak sempat nak update sebab banyak sangat benda lain nak diceritakan...hoho~   resipi kali ni korang boleh buat time open house gitu....nyum nyum! jom cekidaut bahan² yang diperlukan:


  •  4 keping roti Butterscotch...dipotong kecil²  (nak guna roti biasa pun boleh)
  • 1 tin susu cair
  • 2 biji telur
  • 4 sudu besar gula
  • 1 sudu besar butter (untuk sapu kat permukaan roti)



  •  nak guna butter gini pun boleh...guna planta pun boleh...   :)



  •  1 sudu kecil esen vanilla




Cara² membuatnya:


 1.  Masukkan telur, gula dan esen vanilla dalam bekas dan kacau hingga sekata...



 2.  Kemudian, masukkan susu cair dan kacau lagi hingga sekata....



 3.  Sapu butter pada roti dan susun dalam loyang atau apa² bekas tahan panas....


4.  Then, tuang bancuhan tadi ke atas susunan roti...balut elok² dengan aluminum foil....dan kukus atas api sederhana selama 20-25 minit....



5.  taraaa! ni hasil selepas dikukus! sejukkan dalam peti ais sebelum dihidangkan....




Seterusnya jom tengok bahan² untuk sos kastard pulak:


  • 1 cawan susu full cream / fresh milk
  • 2 camca besar air
  • 1 sudu besar gula halus
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1/2 sudu teh esen vanilla


Cara² membuatnya:

 1.  Masukkan semua bahan² tadi dalam bekas dan kacau sehingga tepung kastard mula sebati....



2.  Panaskan atas api sederhana dan teruskan kacau bancuhan sehingga semuanya sebati....masak sehingga mendidih...sejukkan dan boleh dihidang bersama puding roti tadi...


Sos kastard ni tak perlu sejukkan dalam fridge...tapi kalau nak sejukkan pun boleh....ikut tekak memasing~ :)


Selamat mencuba!! (^^,)



**********************************************************************************************

IKLAN:



CANTIK > SIHAT > KURUS = EPHYRA!


jom order laju²! harga kasih sayang untuk korang! ♥ ♥ ♥




 Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

14 comments:

Iela Fazielah said...

sedapnyer.. leh cuba nnt.. tq

Nurzakiah Hanum said...

senang dah sedap

Liyana said...

waa ni version lain. haruslah ku cuba :)

cik hani said...

Senang..xde oven blh kukus

Fazleyatul Aini said...

rajin kau nokk

aizamia3 said...

yang ni kite simpan dulu.. sebab cheesekut tak buat2 lagi.. hehehe.. ;)

myraVea said...

Sedapnyeee! Hehe tengok ape sume terliur bulan2 puasa ni. Huhu.

Boleh cuba ni. Thanks sis. ♥

dalila said...

hurm...sedapnye...lapar plak rase..

norshahirah nordin said...

Kak.mohon share.lovely sgt sdp ni.

mai said...

salam...kite nak amek resepi ni erk...nak try....thanx share....heeeee....

MARIA AWI said...

resepi dan step yg senang nak folo..
tq for the resepi...nak cuba sbb hubby suka makan..


Set Bersalin/Berpantang Shaklee Khas Dari Pengedar Shaklee Terbaik

Azuha idris said...

yes, cukup murah...akan cuba hari ini ...anyway tq ctliyana...

MakSue said...

Mesti cuba ni

Miz Eija said...

mmg sedap... eija blm pnh cuba yg kukus... pnh buat yg bakar je... buleh cuba resepi sis yana pulak la nanti

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015