Dec 2, 2014

Nantikan "SELUDUP" Disember ini di Astro Prima & Maya HD!!

Assalamualaikum..



Dulu aku pernah cerita pasal drama aksi Seludup...tak ingat?? takpe takpe...kita refresh balik..huhu~  Selama ni duk tengok FB and IG dorang je...tengok sesi² penggambaran...tengok Tiz Zaqyah shooting...terus rasa macam 'ohemgeee cepat lah siap drama niii...tak sabar nak tengok!!'  gitew~ haha~



Now, tak lama lagi memang akan disiarkan di kaca TV!!! yeyy!


Astro Malaysia dan Mastermind Group Sdn Bhd. bersama barisan pelakon drama siri SELUDUP...


Astro sentiasa prihatin dengan kehendak penonton yang dahagakan hiburan berkualiti tinggi pada setiap masa dan ‘SELUDUP’ mempunyai kesemua formula yang kami anggap sesuai dan menarik untuk tatapan peminat setia drama tempatan. Saya percaya naskhah terbaru Jehan ini bakal diminati ramai dan mesej yang ditampilkan juga akan berjaya disampaikan dengan baik kepada masyarakat Malaysia” kata Cik Farah Zainul, Pengurus Saluran Astro Prima di tayangan perdana drama tersebut di TGV One Utama, Kuala Lumpur.


Jom berkenalan dengan mereka yang terlibat dengan drama siri SELUDUP ni...boleh kata majoritinya aku kenal! dah selalu keluar TV...so kita boleh tau tahap lakonan dorang macam mana untuk siri ni...^_^


Aizat Amdan, komposer OST Seludup! omg! aizat punya lagu semua sedap² okeh!!


Jehan Miskin, Penerbit Eksekutif Mastermind Group Sdn. Bhd. dan Pengarah drama siri SELUDUP yang juga memainkan watak Din....multitalented sangat dia ni...wheww~


Menurut Jehan, “SELUDUP berniat bukan sahaja untuk menghiburkan tetapi juga memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang gejala penyeludupan khususnya rokok seludup serta kesan negatifnya terhadap individu, keluarga dan masyarakat. Banyak sungguh cabaran yang saya hadapi untuk menghasilkan drama ini namun berkat kesungguhan kesemua pelakon dan krew produksi, kami berjaya melakukannya. Saya percaya drama ini akan membuka lembaran baru dalam industri drama televisyen negara. Saya berharap rakyat Malaysia akan menonton drama SELUDUP ini dan terus menyokong karya-karya tempatan yang bermutu tinggi”.


Namron memainkan watak Tam


Pekin Ibrahim memainkan watak Amran


Raja Ilya memainkan watak Rina


Syafie Naswip memainkan watak Jai


And last but not least...watak yang aku minat! hahaha~


Tiz Zaqyah memainkan watak Yasmin...


Jangan lupa saksikan SELUDUP setiap Khamis jam 9:30PM bermula 4 December 2014 di Astro Prima (Channel 105) dan saluran Maya HD pada setiap Sabtu jam 6.00 petang bermula 6 Disember 2014.


Untuk maklumat lanjut mengenai ‘Seludup’, sila layari laman FB Seludup di www.facebook.com/seludup...



Tentang Astro Malaysia Holdings Bhd Astro Malaysia Holdings Bhd
Merupakan peneraju kumpulan media bersepadu di Malaysia dan Asia Tenggara yang beroperasi dengan 4 perniagaan utama; TV berbayar, Radio, Penerbitan dan Media Digital. Dengan pelanggan kediaman berjumlah 4.2 juta atau penembusan kita-kira 60% daripada televisyen kediaman di Malaysia, Astro menawarkan 182 saluran TV, termasuk 48 saluran HD, yang disediakan melalui satelit TV Direct-To-Home, IPTV dan OTT.

Astro menyediakan perkhidmatan HD, 3D, PVR, VOD dan IPTV melalui Astro B.yond dan Astro On-The-Go. Memenuhi komitmen untuk merapatkan jurang digital untuk semua rakyat Malaysia, Astro memperkenalkan NJOI sebagai perkhidmatan TV satelit DTH permulaan dan merupakan TV satelit tanpa langganan pertama di negara ini, dengan 23 saluran TV dan 20 saluran radio. Astro Radio yang meliputi stesen radio dengan rangkaian stesen dalam bahasa-bahasa utama merupakan stesen yang mencatatkan pendengar paling ramai, mencecah sekitar 12.6 juta pendengar setiap minggu di Malaysia dan boleh didengari melalui saluran terrestrial dan digital. Bahagian digitalnya merangkumi penerbitan digital, aplikasi dan platform serta penerbitan majalah hiburan dan gaya hidup tempatan.

Astro telah menerima Anugerah Emas bagi kategori Media dan Hiburan di Putra Brand Awards Malaysia untuk 5 tahun berturut-turut dari tahun 2010 ke 2014, termasuk Anugerah ‘Brand of the Year’ pada tahun 2012 dan ‘Brand Icon’ pada tahun 2013. Projek Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang dianjurkan oleh Astro telah menerima tiga pengiktirafan Stevie Awards dari Anugerah Perniagaan Antarabangsa (IBAs) 2013. Anugerah-anugerah ini merupakan pengiktirafan terhadap usaha Astro yang melambangkan inovasi, kualiti serta tanggungjawab sosial korporat yang kukuh.


Mengenai Mastermind Group Sdn Bhd.
Mastermind Group Sdn Bhd adalah pusat sehenti untuk penerbitan kandungan berkualiti tinggi bagi penonton tempatan dan antarabangsa. Portfolio perkhidmatannya merangkumi pengkonsepan kreatif ke penghasilan kandungan, produksi dan pasca-produksi untuk pelbagai klien bebas. Sejak 2009, Mastermind Group telah mencipta kandungan layar untuk barisan klien yang mengagumkan termasuklah Heinz, McDonalds, Kidzania, Canon, Tabung Haji, Berjaya Corporation, Korea Tourism Organization, 8TV, Asian Food Channel, Astro Malaysia, CNBC, AXN. Syarikat ini diketuai oleh seorang ikon serba boleh industri televisyen, Jehan Miskin.

Untuk maklumat lanjut mengenai Mastermind Group, layari www.mastermindgroup.com.my.

Bagi pihak Mastermind Group Sdn Bhd – Untuk pertanyaan media, sila hubungi Amy Lisa | PR Associate | Geometry Global | 6019-289 5125| amy.lisa@geometry.com


 Terima kasih sudi membaca!

4 comments:

lalink7 said...

mcm best je cite ni..hmmm..bleh tgk nnt.. =)

Diana Rashid said...

tajuk dan pelakon nya macam kurang menarik..hahahah...Yang best Tizz je kot...:p

aizamia3 said...

Suka tengok Pekin.. ;)

MissNadia said...

Suka pekin.. Baru tengok dia berlakon dalam cerita SABAR.. Best, mmg sabar betul :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015