Jul 22, 2014

Drama Seludup | Ujibakat Terbuka dengan Hadiah RM15,000 Menanti Pemenang!!!

Assalamualaikum....



SELUDUP....sebuah drama aksi arahan Jehan Miskin...Jehan telah mengambil masa selama sembilan bulan untuk membuat kajian mengenai penyeludupan haram yang berlaku di negara ini.


 "Sebenarnya idea mahu menghasilkan drama ini selepas saya membaca akhbar banyak kes mengenai isu pemerdagangan haram tidak kira apa jua benda yang diperdagangkan. Jadi saya mula memahami hal-hal penyeludupan dan kebanyakan informasi semuanya datang daripada Internet selain membaca sebuah buku mengenai perdagangan haram berjudul Elicit." - Jehan


So aku boleh simpulkan, drama Seludup ni based on true story...ohsem!! aku suka cerita² macam ni daripada cerita² dongeng dan rekaan semata....hihi~  err taste memasing kan? :)



Antara pelakon yang akan terlibat dalam Seludup termasuklah Tiz Zaqyah, Syafie Naswip, Raja Ilya, Namron serta Jehan sendiri....Penggambaran akan bermula pada Julai depan di Melaka dan ia bakal disiarkan sekitar September ini menerusi saluran Astro Prima (105) dan Astro Maya HD (135). - Kredit MSTAR


ehem ehem...GOOD NEWS untuk korang yang ada bakat berlakon, yang tahap karisma tinggi, yang asyik bercakap sorang² depan cermin.....meh sini aku nak share platform yang sesuai dengan korang yang ada kriteria seperti yang disebut di atas...  ^_^


Caranya senang sangat! kacang putih gitu....

1) LIKE facebook Seludup

2) simply rekod video korang berlakon, then upload kat facebook Seludup tadi...

3) bila video korang dah diapproved dan dipost ke timeline page Seludup, VIRAL kan...promote suruh kawan², kenalan, sedara mara LIKE video korang tu....

4) kumpul sebanyak mungkin LIKE untuk video korang...lagi banyak LIKE, lagi besar peluang untuk menang RM15k...! pehhh~

5) Pengadilan Ujibakat Drama Seludup ialah 50% juri dan 50% lagi adalah like di Facebook Seludup..keputusan adalah muktamad!!


senang bukan??


Ehhhh ada lagiiiii...pemenang nanti bukan takat dapat duit semata okeh! korang juga berpeluang berlakon dalam drama ni together-gether dengan Tiz Zaqyah...!!! helloooo....tak teringin ke nak berlakon dengan Tiz?? dia shomel kottt...ngee~


"nak cakap apa dalam video tu nanti??"

don't worry...skrip disediakan....tengok bawah ni....



Skrip berbeza untuk lelaki dan perempuan....aku tak faham kenapa skrip perempuan panjang sangat??? lotih acik menghafal....sejak² urat putus payah betul nak hafal² skrip ni...eh??hahaha~


Bawah ni aku tunjuk contoh salah satu video ujibakat yang ada dalam Galeri...



hebat cik ni hafal skrip...hihi~


"ko tak ujibakat ke yana??"

ofkos laa ada! tak vangga la jadi cucu retis kalau tak reti berlakon kannn....KAHKAHKAH~  tapi serius....aku dah join pun ujibakat....pi la like video aku kat Galeri Ujibakat....lolz~  tak malu promote video sendiri....hahaha~  :p


More info korang klik je link bawah ni k:

Youtube
Facebook
Instagram



p/s: kot ada readers aku menang RM15k tu....jangan la dilupakan iols...ecece~  :p

 Terima kasih sudi membaca!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015