Apr 30, 2012

Tempat Aku Cari Ilmu Pasal Breastfeeding



Rasanya majoriti mommies kat luar sana mesti dah jadi members group Kump. Ibu2 Menyusukan (KIM) kat facebook kan?? eh kalau belum join sila lah join sekarang ye...huhu~


Aku start join group KIM sejak peknen lagi...biras aku yang add aku dalam group KIM...awal² dulu aku jarang nak wusha group ni tau...tapi sejak dah ada anak and aku memang nekad nak fully BF anak aku sampai lah umur dia 2 tahun, hari² aku mengadap group KIM ni...haha~ kalau boleh setiap post dan komen² orang aku akan baca...kalau boleh lah kannn...ingat aku takda kerja lain ke nak buat asek nak ngadap fb je...nak visit kingdom aku laghik...grr~  (-_-")


So far dah macam² ilmu aku belajar...aku cuba amalkan sikit² apa yang mommies² dalam group KIM ajar..yang bestnya, kalau aku ada sebarang kemusykilan pasal BF aku post je kat wall KIM, mesti ada je mommies kat luar tu tolong reply dan bantu mengikut pengalaman dorang...nanti aku share lah ye apa benda lahhh yang aku dah amalkan tuh...hohoho~


eh tu je nak cerita..?? lalala  babai~!  *sambung baca post kat group KIM*  (^^,)






Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Apr 29, 2012

Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang PERTAMA!

pipi tembam sangat sampai mata jadi sepet bila senyum  (-__-")



29 April setiap tahun adalah anniversary aku dan dak encem...
hari ni anniversary yang pertama! ffuhh~
kejap je rasa dah setahun bergelar isteri..ngeh ngeh ngeh~
boleh baca kisah di hari pernikahan aku di SINI~
dalam masa setahun ni, kami dikurniakan pula dengan cahaya mata yang sangat comel~!
Aimy Zafirah...syukur Alhamdulillah...^__^


macam-macam dah kami lalui sepanjang setahun ni sebagai suami isteri...
macam-macam jugak yang kami belajar dalam hidup berpasangan...
sekarang dah bertiga...lagi banyak benda kami belajar...huhu~
semuanya perlukan kesabaran dan kekuatan mental~!


ya Allah, semoga hubungan kami kekal bahagia dan mendapat berkat dan rahmat dariMU hingga ke syurga...amin~!  (^^,)







p/s:: 1st time travel jauh-jauh dengan baby hari ni...angkut dia pi Segamat...ada kenduri kahwin...tak dan nak celebrate anniversary...err tak kisah lah..dapat bawak anak jalan-jalan pun dah cukup bahagia  (^__^)


 



Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Apr 27, 2012

Doa dan Zikir Untuk Menambah Susu Ibu


puteriku yang semakin bam bam~


1. Doa

"Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan. 

Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini , penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku"

Sambil membaca doa ini letakkan tangan pada payudara dan doa semoga Allah murahkan rezeki untuk menyempurnakan penyusuan susu ibu hingga 2 tahun.



 2. Zikir 

Zikir Ya Matin (70x) setiap malam & subuh...hembuskan pada air & dibuat minuman.



3. Surah Al-Hujurat & Al-Kauthar 

Surah ini menjadi amalan ibu sepanjang mengandung dan boleh diteruskan dengan niat semoga Allah memurahkan rezeki anak.



 4. Ayat dari Surah Al-Baqarah, ayat ke 60

Maksud ayat::  "Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: “Pukullah batu itu dengan tongkatmu”, (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): “Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi."



5. Solat sunat Dhuha 

Cuba untuk melakukan solat sunat Dhuha dan amalkan doa ini sebanyak 3 kali semasa sujud akhir

"Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikan itu adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh." 

Jika tidak berkesempatan untuk solat sunat, cukuplah sekadar berdoa dengan doa dhuha ini. Semoga para ibu berjaya menyusukan anak anugerah Allah dan semoga keluarga memahami dan memberi sokongan kepada usaha ibu kini.

Renungkan ayat 233, Surah Al - Baqarah ini::


“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara ma’ruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan karena anaknya dan seorang ayah karena anaknya, dan warispun berkewajiban demikian. Apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kamu kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan” (2:233)



Wallahu'alam...selamat mengamalkan doa dan zikir ni ye!  (^^,)


 



Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Apr 26, 2012

Buah Mangga Epal


Tak silap aku laaa nama buah ni mangga epal...korang pernah makan?? haaa aku dapat stok depan rumah jekk...makcik aku dah tanam baik punya pokok mangga epal depan rumah...hewhewhew~




Sekarang ni musim pokok ni berbuah...meriah je tengok buah² bergayut kat pokok tu...aku tak pasti macam mana nak tengok buah ni dah masak ke belum...adik aku cakap tak payah tunggu sampai seluruh buah tu berubah warna jadi merah...so aku just picit² je lah...kalau texture dia agak² lembut kira dah masak la tu...boleh la dipetik..kalau keras semacam aku assume masih mentah lah...and memang tepat pun assumption aku tuh  ^__^



~zoom out lagi~

Pokok ni ditanam di LUAR pagar rumah aku...tanah luar pagar rumah kita dikira BUKAN hak kita...betul?? tapi pendapat aku lah kalau orang luar nak petik buah kat pokok ni kena lah minta izin ye dak?? susah payah la tuan rumah menanam, menyiram, membelai pokok ni sampai berbuah, senang² je orang lain amek...nak harap majlis perbandaran tanam pokok mangga?? haramjadah kot!

So jangan lah jadi kurang sopan petik buah mangga orang tanpa minta izin...benda haram kalau jadi darah daging parah jadinya wooo...kalau mengidam sekali pun...effect kat anak nanti...haaaa~  jadi beringatlah ye...dan aku pasti, kalau kita minta izin, tuan rumah takkan cakap tak boleh punya...silap haribulan dia bagi beg plastik bagai untuk bungkus buah...huhuhu~  =)




ni rupa buah setelah dibuang kulit...lembut je kaler dia...rasanya?? mabelessssss~! manis...sedap bangattttt!! nyum nyum~!

Jemput makan! (^^,)


 



Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Apr 25, 2012

Makin Hari Makin Banyak Baby Minum Susu daaa..pffttt~

taraa~! ini stok fresh from oven...selama dua hari bekerja ni aku akan pam susu dalam 2-3 kali...sebab tengah sibuk..1st session = before lunch, 2nd session = after lunch, 3rd session = sebelum balik kerja...hasilnya?? depends! Alhamdulillah~  ^__^


Tadi pengasuh baby call bagitau stok susu dah habis...pehhh aku ni kat opis lagi...dak encem baru on the way nak amek aku...dia pergi service kereta tadi and lambat habis...adoii nak tunggu dia sampai opis aku memang lambat lah dengan jam lagi...nak balik ke Bangi pun jam jugak...waaaaa kesiannya Zafirah!!


Sebenarnya nak kata stok sikit, aku dah bagi cukup² dalam 12oz...semalam aku amek baby pukul 6pm+ pun still ada lebih 2oz susu...tapi tadi pengasuh aku call pukul 5.30pm...dia cakap stok susu dah habis...wallaaaa maksudnya Zafirah makin banyak lah minum susu sehari?? ffuhhh kena lebih gigih la aku mengepam susu lepas ni *chaiyok! chaiyok!*


oke dak encem dah sampai...BABY CAYANG!! WAIT FOR MAMA KAYYY!! jangan nangis mintak susu lagi okehhh!! ai mish u..ai lap u ketat²!! *tunggu anak aku dah besar dia boleh baca entry ni..lalala*  v(^___^)"


 



Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Wordless Wednesday #24 | Cucu Atok


Apakah persamaan gaya tidur antara Zafirah dan atoknya?? ^___^









p/s::  mak aku jeles bila cakap Zafirah cucu atok...ngeh³  =P

 



Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Apr 24, 2012

Sedihnya Berpisah Dengan Baby T___T


Hari ni dah mula masuk kerja...pertama kali berpisah dengan baby...walaupun 8 jam je...tapi macam 8 minggu!! waaaaaaaaaaaaaaaaaa~! T___T   gambar ni aku amek pagi tadi...masa hantar Zafirah ke rumah pengasuh dia...




oke sayang! mama balik awal hari ni...windu! windu! winduuuuuuuuuuuuuuuuuuu!! T___T


"ya Allah peliharalah anakku selama ia berada dalam jagaan pengasuhnya...semoga pengasuh itu dapat menjaga dan menyayangi anakku seperti mana ia menyayangi darah dagingnya sendiri...amin~"





p/s::  mengalir air mata teringat baby...kuat semangat mama yana!! gambate!!

 



Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Apr 23, 2012

Sedihnya Bila Susu Dah Rosak =(




Sekarang ni memang aku fully breasfeed (BF) anak aku...syukur Alhamdulillah atas rezeki susu yang Allah beri...bukan senang rupanya nak menyusukan anak...mental kena kuat!


Aku selalu baca blog-blog dan tengok FB kawan-kawan yang bercerita pasal stok susu yang dorang simpan...kadang-kadang rasa moral down bila compare stok susu yang aku dapat dengan kawan-kawan lain...sebab orang lain dapat bergelen-gelen susu...siap ada yang beli chiller bagai semata-mata nak simpan stok susu anak...aku?? erm..boleh laaa~


Tapi, aku ada baca kat satu blog ni yang membuatkan aku rasa bersemangat nak teruskan pump susu dan berusaha untuk teruskan BF anak aku selama yang mungkin...ayatnya lebih kurang macam ni, "kita jangan compare siapa yang lebih banyak susu, tapi kita compare siapa yang lebih LAMA menyusukan anak.."  (sumber)  ada betulnya hujah dia tu...*senyum*   =)


Setiap 2 jam aku akan pump susu...kadang-kadang hasil lumayan, dapat lah 4oz sekali pump (untuk dua-dua belah)...paling kurang aku dapat dalam 1oz (dua-dua belah)....tak kisah lah berapa oz pun aku dapat...aku masih bersyukur....cousin aku pun pernah cakap, susu kita keluar ikut keperluan baby...macam sekarang Zafirah umur 2 bulan minum dalam 2 oz susu je...dan dia akan minum susu setiap 2-3 jam sekali...so kalau ikutkan stok susu yang aku dapat memang mencukupi untuk Zafirah  *senyum lagi*  =)


Baru-baru ni peti ais mak aku macam buat hal pulak...oh aku masih duduk kat rumah mak aku...sebab pengasuh Zafirah nanti datang rumah untuk jaga baby time aku kerja...upah orang yang dan kenal dan boleh dipercayai untuk jaga Zafirah since dia masih baby...dah besar sikit nanti baru boleh hantar nursery...hurm oke peti ais mak aku ni dah lama...tiba-tiba pulak sekarang ni yang bahagian freezer tu macam tak berapa nak freezer sangat...so far belum ada lagi susu yang rosak...yang aku tahu, kalau susu rosak ni dia bau basi...bau masam atau texure dia semacam...macam ada ketul-ketul ke, berubah warna ke...erm


Pernah jugak stok susu aku terpaksa dibuang sebab maid harian yang mak aku upah lupa nak masukkan balik stok susu dalam freezer lepas dia bersihkan freezer tu...dalam 2 oz terbuang macam tu je...mungkin korang rasa 2 oz tu ciput...sikit...tapi bagi aku 2 oz tu sangat banyak! sebab Zafirah memang minum 2oz susu...rasa sedih sangat bila tengok susu yang aku dah pump terbuang macam tu je...T__T


Hari ni aku sampai menangis sebab sedih sangat terkenang susu-susu yang susah payah aku pump macam nak rosak...pagi-pagi dak encem bagitau susu yang 3 hari lepas tak beku...masih cair...SEDIH!! memang susu tu tak rosak lagi...tapi aku jadi moral down sangat nak pump susu banyak-banyak...rasa marah pun ada...tapi nak marah siapa?? peti ais?? hurmm~  mesti korang akan cakap, "beli la peti ais baru.."  kalau harga peti ais tu macam harga eskrim Tropicana memang dah lama aku mintak mak aku beli peti ais baru (-_-")


Alhamdulillah dak encem sangat memahami situasi aku...dia cuba tenangkan aku...

"semua ni dugaan Allah yana...sabarlah..."

terima kasih sayang...tapi ai masih sedih  T___T











p/s::  takde selera nak makan  T_______T


 



Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Apr 22, 2012

Hobi Baby ialah Menyonyot =.=




Biasa simptom hisap jari ni bila dia nak menyusu...
tapi sekarang macam dah jadi hobi dia duk nyonyot jari..hoho cute gila~!
paling cute bila dia cuba sumbat semua jari dia tuh masuk dalam mulut...
beriya dia menganga...haha~  ^__^
mak aku sampai belikan puting nak bagi baby nyonyot...
tapi kadang-kadang je dia nak hisap puting...
biasanya dia lebih suka hisap jari dia je...
tu jadi malas nak pakaikan sarung tangan dia...
tapi kalau tak pakai sarung tangan dia pi cakar muka dia...
tak pun tiba-tiba dia terjolok mata..
adeyy bahaya...bahaya...
kena selalu tengok je dia kalau nak bukak sarung tangan tuh...  =)













p/s::  blogspot dah berwajah baru daaa...kekok jugak la nak meng'update', nak publish komen segala..haihh kena rajin godek-godek untuk belajar...

 



Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Apr 20, 2012

Petua Untuk Isteri Sentiasa Dara

percubaan pertama pakai shawl ala hana tajima...tolonglah puji comel...=P


1. Selepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah 1 kali, Ayatul Qursi 1 kali, dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.

2. Tiup dalam air dan minum.

3. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga.


Makna Surah Al-Waqiah ayat 35-38: (56.35)

"Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, 56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), (56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya, (56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan. Khabarkan kepada kaum ibu dan isteri-isteri semoga ada manafaatnya."

Sumber: emel



Wallahu'alam...^__^






Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Apr 19, 2012

Solution Bila Screen Lappy Rosak~


Kita sambungkan aja ke PC atau TV...muahaha~
tak mampu nyah nak beli lappy baru...
lagipun ramai yang komen tak berbaloi repair skrin 
sebab akan rosak balik...
kiranya proses baikpulih tu tak permanent lah...iskisk~
oh kalau nak tahu skirn aku rosak macam mana and apa komen kawan-kawan yang pakar komputerisme nih...boleh baca entry SINI~


Dah lama jugak tak melawat kingdom aku kat Castleville tuh...ngahaha~
hari ni sesi melawat kingdom kawan-kawan akan bermula!
eh kalau ada nak mintak apa-apa tag je nama ai...nanti ai klik...ngeh ngeh ngeh~
ok bai~!^__^







Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Apr 17, 2012

Babygurl Dah Sunat~! ^__^


Tadi pergi bawa baby Zafirah sunat kat Az-Zahrah...tengok la muka dia tuh...kesian je aku tengok...tak berani aku tengok doktor tu sunat anak aku...ngeri kot...ngee~  alhamdulillah baby nangis kejap je...

Lepas sunat, cucuk Hepatitis B (dos 2) pulak... masa sebulan hari tu cucuk untuk Hepatitis B (dos 1)...time cucuk dia melalak bukan main kuat...sedih aku tengok dia nangis..sobsob~



umur 2 bulan = 5.1 kg...perghhhh sebulan naik sekilo! ^___^


Lega rasa dah selesai urusan baby...especially sunat tuh...kat Az-Zahrah kos sunat RM39...cucuk Hepatitis B (dos 2) RM90...BAPAK MAHAL~!! masa cucuk 1 bulan hari tu murah je..adeyy...takpelah...demi baby...tak kisah la melabur lebih sikit  ^__^





















p/s::  Patutnya hari ni dah start kerja...tapi kena extend cuti lagi seminggu sebab orang nak jaga baby Zafirah boleh start kerja 24hb (Selasa)...harap-harap dia dapat jaga anak aku macam dia jaga darah daging dia sendiri...risau betul nak bagi orang jaga anak sendiri...haihhh~  =.=





Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Apr 15, 2012

Hadiah Breastfeed Contest

Baru-baru ni aku ada join breastfeed contest kat FB dan baby Zafirah dapat nombor 3...syukur Alhamdulillah...dak encem macam frust sikit sebab dia bajet dapat nombor satu sebab masa awal-awal dulu memang kitorang leading dengan 1k++ like...bila tengok dah leading kitorang macam jarang dah nak usha pesaing-pesaing terdekat and teruskan promote gambar baby...sekaliiiiii...haaaaa kan tak dapat juara...hewhewhew...


Tapi bagi aku oke je dapat nombor 3...hadiah masih lumayan....yang membezakan hadiah nombor 1,2 dan 3 is jenama hadiah tu... nombor satu dapat jenama Avent...jenama yang terbaik lah bagi aku...nombor 2 jenama apa tah..nombor 3 dapat jenama Jingle Jungle...=)




ni lah hadiah yang aku dapat...semalam baru dapat hadiah-hadiah ni...ada cooler bag (jingle jungle), breast pump (unimom), ice pack (3 pcs), storage bottle (10 pcs)...lumayan kan??? aku tengok kat kedai barang-barang ni agak mahal jugak harganya especially breast pump and cooler bag tuh...rasa banyak dah jimat duit aku lepas dapat hadiah ni...syukurrrrr~  ^___^


Terima kasih ye E-mumshop and especially adik aku lah yang men'join'kan baby Zafirah dalam contest tu...hihi sekarang ni ramai pulak orang send request suruh aku join 'photo contest' kat FB...haha tunggu lah mood rajin nak ber'contest' baru ai join ye...nak jadi juara pulak lepas ni...lalalalalala~  =P







Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Apr 11, 2012

Dapatkan Keintiman Dengan Otot Lantai Pelvik Anda~!



 lokasi Pelvic Floor Muscle (PFM)


Kesinambungan daripada entry sebelum ni...hikhik maaf lah lambat cerita..berukband buat hal..grrr~ okeh rasanya ramai tak tahu apa itu otot lantai pelvik atau pelvic floor muscle (PFM)...pada hari Khamis lepas aku ada attend event anjuran Biofinity...



Lokasi majlis di GTower Hotel, Kuala Lumpur...bermula jam 9.30 pagi dengan registration dan refreshment and majlis dengan rasminya bermula jam 10 pagi...


Event ni menjelaskan dengan lebih detail tentang pelvic floor muscle (PFM) dan memberi kesedaran kepada para wanita mengenai penjagaan PFM since ramai wanita di luar sana mengambil mudah dengan masalah PFM ni...korang pun mesti tak tahu pasal kewujudan PFM dalam badan korang dan betapa pentingnya kita sebagai seorang w.a.n.i.t.a untuk menjaga PFM kita...kan?? hihi takpe takpe...teruskan membaca..aku akan jelaskan pasal PFM ni nanti  =)




Antara blogger yang hadir, kak Ina, Puanbee, kak Lily Putih, kak Yanmie, kak Emlia..aa tu je yang aku tahu..kikiki ^__^




Kami dibahagikan kepada kumpulan...aku dalam kumpulan F yang diberi nama JOY GLORY! rawwrrr~  aku ni first time tahu pasal Kegel Device ni...so agak teruja bila buka kotak tu...huhu~




Wakil daripada Biofinity (M) Sdn Bhd, Ms. Lee Xiao Qin selaku Market Development Executive menjelaskan dengan lebih terperinci mengenai produk Vibrant Kegel Device...alat peranti ini khas untuk wanita yang sudah berkahwin, yang sudah mempunyai anak khususnya...tetapi tidak disarankan kepada anak dara ye...hihi~


Jelas Ms Lee, ramai wanita tidak tahu cara kemutan yang berkesan bagi membuat senaman otot lantai pelvik (PFM)... jadi Vibrant Kegel Device ni memudahkan dan membantu kita untuk membuat kemutan yang tepat bagi membuat senaman otot lantai pelvik (PFM)....kalau sebut 'kemut' semua orang faham kan?? tapi bila suruh kemut, adakah betul cara kemutan tu?? adakah yang dikemut tu otot dasar pelvik atau punggung?? haaaaa  =)


Kenapa kita perlu buat senaman otot dasar pelvik (PFM)???

1)  untuk dapatkan kekuatan pengecutan vagina
2)  menguatkan otot cerut pundi kencing
3)  membantu memperbaiki kualiti kehidupan seksual bersama suami
4)  menambah baik postur badan
5)  mencantikkan tona otot abdomen
6)  mengembalikan bentuk badan ideal


Semua sifat di atas memang perkara yang diimpikan setiap wanita yang sudah berkahwin...betul?? jadi sedarlah dan ambillah tahu mengenai kesihatan otot dasar pelvik (PFM) anda!! (^^,)




Wakil dari HUKM, Pn. Suhaila dari bahagia fisioterapi turut hadir untuk menjelaskan betapa pentingnya senaman otot lantai pelvik (PFM)...dia turut berkongsi pengalaman bersama pesakitnya yang mempunyai masalah kerap kencing...biasanya orang tua-tua yang ada masalah kerap kencing kan?? itu sebenarnya otot lantai pelvik mereka lemah! begitu juga dengan masalah berat badan berlebihan bila umur semakin meningkat...biasa orang cakap, "standard la lepas bersalin memang la gemuk.."  "anak makin ramai so makin gemuk.." erm itu adalah tanggapan yang SALAH ye awek awek di luar sana! dan paling mengecewakan bila kepuasan bersama suami makin berkurangan...hurmm semua tu terjadi bila otot lantai pelvik kita lemah...=(


Dengan melakukan senaman kemutan, kita boleh elakkan perkara-perkara yang aku sebutkan tadi...dan Kegel Device membantu kita membuat senaman kemutan dengan betul dan berkesan...kalau nak bersenam dan mendapatkan hasil yang maksimum, mestilah senaman tu dilakukan secara konsisten...betul?? jadi dalam sehari cuba amalkan 3 kali...pagi, tengah hari dan malam...mudah bukan?? =)




Ada juga testimoni daripada 2 orang pengguna Vibrant Kegel Device...yang belah kanan ni umur dah agak lanjut..tapi body maintain je...kulit pun glowy je...daripada apa yang dijelaskan beliau, selepas guna alat Kegel ni kehidupan dia lebih bertenga!  orang kata nak jaga suami ni senang je...cuma 3 perkara diperlukan...

1)  jaga pakaiannya
2)  jaga makan dia
3)  jaga permintaan seksnya


lengkap 3 perkara kat atas ni insyaAllah takde lah laki korang cari bini lain...kui kui kui...dan daripada testimoni pengguna Kegel mereka jelaskan kehidupan bersama suami dan keluarga lebih mesra selepas menggunakan Kegel Device ni...amazing kan??  ^__^




Habis je talk dan segala teori-teori tu, kami dibawa ke gym...Puan. Suhaila nak tunjukkan senaman yang sesuai untuk menjaga otot lantai pelvik...




Macam-macam pergerakan yang Pn. Suhaila ajar...semuanya untuk kami faham cara kemutan yang tepat dan berkesan dalam membuat senaman kemutan nih...




Lepas habis bersenam, kami dijamu dengan hidangan yang lazat! yummieeee~  memang seronok tengok makanan...tapi aku dapat merasa sikit je sebab dak encem sampai cepat time ni...aku pun memang nak balik cepat...rindu kat baby Zafirah...sian baby kena tinggal dengan nenek dia kat rumah...huhuhu~  =P

Siapa berminat untuk beli device ini sila layari Biofinity (M) sdn bhd 

Akan datang aku akan ceritakan pengalaman aku pulak gunakan Vibrant Kegel Device...(^^,)







Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Apr 7, 2012

Proses Mencukur Jambul


Masa ni lepas aqiqah tempoh hari...waktu malam...bila semua orang dah balik...huhu...makcik aku yang tolong cukurkan...makcik aku ni kira dah biasa cukur rambut baby...anak dia 5 orang...semua dia cukur sendiri...hebat kan?? ^__^




Plan asal nak cukur masa Zafirah tidur...tapi dia taknak tidur pulak...so redah je laaaa teruskan mencukur..kena selalu pujuk-pujuk dia bagi dia diam...lasak anak aku nih...nasib comel..hoho~




aaa masa ni dia dah mula meragam...dapat cukur 'jambul' je...kekeke~  aku pun tak paham apesal orang namakan cukur jambul...padahal satu kepala tu kita cukur...patutnya dinamakan cukur rambut lah kan?? wakaka tiba-tiba nak berhujah pasal cukur-cukur..lalala~  =P




tapi misi mencukur masih diteruskan...yelah takkan nak biar je rambut botak separuh kan??hahaha~  bila dia dah mula rimas duduk macam ni aku kena susukan dia pulak...so sementara dia menyusu makcik aku habiskan cukur rambut yang belah belakang pulak...ngilu kut tengok baby kena cukur...ada la luka sikit..normal lah luka-luka tuh...sikit je...takde rasa sakit pon...hikhik~


Aku ada dengar jugak kan orang cakap kalau anak perempuan better orang perempuan yang cukurkan...kalau anak lelaki orang laki yang cukurkan rambut...sebab apa aku tak ingat...hihi  So lepas bertungkus lumus mengharungi segala cabaran mencukur rambut baby Zafirah...


AKHIRNYA~!!


















Inilah rupa baby Zafirah versi B.O.T.A.K~!! yeyyy~!




masyaAllah...booooooolatttnyaaaaaa mukaaaa!!
hari-hari aku picit-picit pipi anak aku hokay!! muahaha~  =P



sebelum dan selepas botak...
lepas botak nampak muka lebih bulat! pfffttt~
tapi tetap comel...auw auww~  ^___^






Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!