Apr 25, 2012

Makin Hari Makin Banyak Baby Minum Susu daaa..pffttt~

taraa~! ini stok fresh from oven...selama dua hari bekerja ni aku akan pam susu dalam 2-3 kali...sebab tengah sibuk..1st session = before lunch, 2nd session = after lunch, 3rd session = sebelum balik kerja...hasilnya?? depends! Alhamdulillah~  ^__^


Tadi pengasuh baby call bagitau stok susu dah habis...pehhh aku ni kat opis lagi...dak encem baru on the way nak amek aku...dia pergi service kereta tadi and lambat habis...adoii nak tunggu dia sampai opis aku memang lambat lah dengan jam lagi...nak balik ke Bangi pun jam jugak...waaaaa kesiannya Zafirah!!


Sebenarnya nak kata stok sikit, aku dah bagi cukup² dalam 12oz...semalam aku amek baby pukul 6pm+ pun still ada lebih 2oz susu...tapi tadi pengasuh aku call pukul 5.30pm...dia cakap stok susu dah habis...wallaaaa maksudnya Zafirah makin banyak lah minum susu sehari?? ffuhhh kena lebih gigih la aku mengepam susu lepas ni *chaiyok! chaiyok!*


oke dak encem dah sampai...BABY CAYANG!! WAIT FOR MAMA KAYYY!! jangan nangis mintak susu lagi okehhh!! ai mish u..ai lap u ketat²!! *tunggu anak aku dah besar dia boleh baca entry ni..lalala*  v(^___^)"


 



Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

12 comments:

Munnafendy said...

hahahaha kelakar je =D

::MiszRotiKaya:: said...

awak gigih awakkk.. demi baby zafirah yg coomeelllll.. kaka xbg bby mnum susu tpung ke??

Cik Pulau said...

zafirah dah besar kan.. mesti la minum banyak...
nak taknak memang kena gigih la mengepam pasni.. hehehe.

pha is said...

bagus la.. makin sihat la tu.. hehehe

D Yatie said...

kui2..mak zafirah nih~~hehe...smkin membesar baby, semakin banyak la air yg dia minum..arissa ms b4 2 bulan dh boleh minum 4oz sekaligus...pfft~!

Liyana said...

dh x ckup stok susu tu.. hehe cayok2 mengepam :D

eima said...

kena amik supp + rajin kosongkan breast utk byk kan susu .... tgh² mlm jgn lupa bgn utk pam sbb time tu hormon prolaktin(betui ke ni, hormon susu la) byk terhasil.....

kayrul-shah said...

lepas nie kalau tak cukup susu terpaksa la cari booster tambahan.

macam kayrul jenis susu sikit terpaksa usaha macam2 antaranya

- minum susu dumix untuk ibu menyusu
- minum horlick
- minum air longan kering + kurma merah
- minum habatusauda
- paling penting minum air masak banyak2

selamat mencuba ye

nabilah_2908 said...

ha...Yana try search cara2 tambah susu badan... mana tahu membantu.. ;)

ha...kyrul shah pun dah share kan.. :)

Nadt said...

chaiyok! teruskan misi mengepam. ada masa ble wat power pumping. Insya-Allah lagi banyak (based on pengalaman orang lain la..i takde pengalaman lagi.huhu..)

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

wahh makin kuat menyusu...nnt makin bambam.nak lawat baby...bila yana free ek?

p/s:makan kurma dan badam serta air horlic pun bantu bykkan susu

Maslinda Saidin said...

susu ibu adalah susu yang terbaik dan tiada tandingannya. Susu yang baik selepas susu ibu adalah susu kambing. Berikan hak anak anda yang patut anda berikan. Alhamdulillah saya sendiri masih menyusukan anak saya setahun 6 bulan. Doakan yang terbaik untuk perjalanan penyusuan saya. Amin

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers



Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers