Aug 5, 2010

Kisah Professor dan Pengayuh Sampan

Alkisah dikisahkan sebuah kisah............................

dimana watak Professor =MERAH
            watak pengayuh sampan = BIRU





Satu hari seorang professor ingin menyeberang sungai dengan sebuah sampan yang dikayuh oleh seorang pengayuh sampan. Di tengah-tengah sungai, professor bertanya:

"Kau pandai menulis dan membaca?"


"Tidak. Saya buta huruf." Jawab si pengayuh sampan.


"Kalau begitu, kamu sudah hilang separuh daripada kehidupan kamu. Orang yang tidak pandai menulis dan membaca seolah-olah hilang separuh keupayaan untuk hidup."






Tidak lama selepas itu, professor bertanya lagi:

"Kamu ada membuat simpanan wang di bank?"


"Tidak. Pendapatan saya hanya cukup-cukup makan saja. Macammana nak simpan duit."


"Kalau begitu, kamu hilang lagi separuh daripada kehidupan kamu. Mana mungkin orang yang tiada wang boleh hidup dengan selesa pada masa tua nanti."



Sampan terus bergerak. Sampai di tengah sungai. Tiba-tiba sampan itu bocor. Air masuk dengan banyaknya dan sampan hampir mahu tenggelam.

Si pengayuh sampan bertanya kepada professor:

"Tuan, apakah tuan pandai berenang?"


"Errerrr, saya tidak tahu laaa." Jawab professor dalam keadaan panik.


"Kalau begitu, tuan akan kehilangan seluruh hidup tuan!"


*fadan muka professor tuh..angkuh, sombong, riak sangattt..ceh ceh~*




Apa pengajaran dari cerita ini ?:

Tuhan tidak mencipta manusia itu bodoh. Sebaliknya, Tuhan mencipta manusia dengan kebijaksanaan yang berbeza. Setiap kita mesti mengenal di mana kebijaksaan itu dan meningkatkannya ke tahap maksimum. Jangan rasa hina diri sebaliknya binalah keyakinan diri. Allah ciptakan setiap manusia untuk berjaya.




Diciplak Dari: pakarhowto









P/S::  kalau dah buat entry copy paste cenggini maknanya aku takde idea nak update apa....... hahahahaharapmaklong!


33 comments:

JULYA said...

tape.janji blog terupdate.hehe.betul.prefer jadi pengayuh sampan yg miskin dr jd prof yg pandai tapi takde budi bahse.suke pndang rendah org lain.benci betul dgn org mcm tu mcm die jeh yg boleh idup dlm dunia ni.yg miskin2 yg tak berapa nak pandai tak boleh idup kat dunia

d_tieah said...

huhu..
menarik..

Hamzah Ian said...

lor.. copy dari mane ni??

Hamzah Ian said...

lor.. copy dari mane ni??

Hamzah Ian said...

lor.. copy dari mane ni??

y@n@ M!B said...

:JULYA:
huhu sabo sabo..kita jgn jd mcm professor tuh =)

y@n@ M!B said...

:d_tieah:
tenkiu =)

y@n@ M!B said...

:Hamzah Ian :
boleh klik kat 'diciplak dari......' ada letak link asal kt c2 =)

Mr Noble said...

ha'a betul jugak tu. masing2 ada kelebihan masing2. pastu tak baik pandang rendah kat org

gundam00 said...

cian la...mati proff tu...rugi da 1 dunia kehilangan sorang prof...tp pape pn sp suro dia tnye yg bukan2....klu nak tlg pengayuh tu xpe la gak...k blog aku de tips br...jengah2 la di http://zharif.iblogger.org/

syirakhalid said...

tak penah dengar citer ni..best gak..hehe

y@n@ M!B said...

:Mr Noble:
yup..sume pn darah merah gak =)

meo188 said...

erm, bagus cite nie. buat sy trasa nk ussaha lg bia ade kekurangan...

msng2 ade kelebihan tersendiri :D

y@n@ M!B said...

:gundam00:
kerana mulot bdn binasa..gitu la..huhu..cara panyampaian dia xbetol =)

y@n@ M!B said...

:syirakhalid:
sy pon 1st time baca kisah ni..hehe~

y@n@ M!B said...

:meo188:
yup..janji kita usaha je..kelebihan meo terer lukis komik..^_^

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

baik punya n3 .... teruskan

Amy Syaquena said...

jalan cerita yang simple tapi padat.. i like it...

Mr feckry said...

gua sangat setuju

y@n@ M!B said...

:b.r.u.t.a.l.s.o.l.o:
thanks...insyaAllah =)

y@n@ M!B said...

:Amy Syaquena :
i like it too =)

y@n@ M!B said...

:Mr feckry :
bagus! =)

sugar2 kapas strawberry said...

jgn pandang rendah pada org lain.sbb dia pon ad kelebihan dia

syahira ariff said...

pernah gak takde idea nk buat entri
=D
takpela asalkan update
huhuhuhu

moral of da story, tak boleh takabur dgn ilmu kita walau stinggi mana pun kita blajar

IntanBerlian said...

huhu cerita yg cm laak tp ada pengajarannya..heeee

y@n@ M!B said...

:sugar2 kapas strawberry:
yezzerr~ tepat skali..=)

y@n@ M!B said...

:syahira ariff:
yup janji update..hehe~

cukup sekadar bersyukur dgn apa yg ada =)

y@n@ M!B said...

:IntanBerlian:
klu skema sgt nnt org boring lak nk baca ^_^

lionteen said...

haha...

kite kat bumi Allah ni xley nk angkuh2....
btui x?

Along Tapa said...

ehem ehem..pembukaan entri tu ahmpir-hampir jek cam trademark aku ek..hehe...

susahkan kalo takde idea...mula la menjajor carik idea..kalo boleh macam nak tulis pasal ketakde ideaan tu jek..ek?

Blog nostalgia budak Muor - Kegembiraan waktu tidur...

y@n@ M!B said...

:lionteen :
btui btui btui =)

y@n@ M!B said...

:Along Tapa:
ek??aku xpasan lak..hehe~

ikutkn hati nk je tls, 'aku xde idea nk tulis ape...full setop!'

tp cam klaka lak..haha~ =p

POSH76 said...

cutela kura2 tu...moral of the story simpan uang bnyk2 hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015