Jun 29, 2012

Dodoi Diri Sendiri (^^,)

 hisap ibu jari kiri...sambil tangan kanan nak pegang tangan kiri dia  (-__-")



"cakk mama!!!"



oke malas nak layan...sambung main² dengan tangan sendiri...huhu~



orang kata budak hisap jari ni senang nak jaga...Alhamdulillah so far memang senang nak jaga Zafirah...suka tengok dia hisap jari...sangat asyik dan tenangggggg hidup dia...kalau tak dapat jari tu haaaa melalak sampai jiran nombor 8 pun dengar suara dia...ngeee~  =P


Kajian juga menunjukkan bahawa bayi memang suka menghisap dan ia tidak dipengaruhi oleh penyusuan. Bayi yang suka menghisap jari atau tangan didapati lebih mudah tidur malam kerana ia dapat membuatkannya selesa.
Sesetengah bayi akan menghisap jari apabila mereka berasa penat, bosan atau perlukan belaian. Bayi 
anda bukannya lapar selepas menyusu. Kelakuannya itu adalah NORMAL.

Boleh baca lagi info pasal bayi hisap jari di SINI~


Mak aku cakap aku pun hisap jari jugak masa kecik² dulu...patut la aku rasa aku ni baikkkkk sangat...dengar kata, tak melawan cakap orang tua, sopan santun...lalalala~ *TERover lak puji diri sendiri..kah³*


korang...hisap jari dak masa baby²??  (^^,)












p/s:  jum vote kitorang nak pi London! klik ini > http://on.fb.me/LfxC6P dan ini > http://on.fb.me/M5hUw6





Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Jun 27, 2012

Ada ke Istilah Susu Cair untuk SUSU IBU???

tidur lena setelah kekenyangan :D


Kadang² nak tergelak pun ada...macam² istilah yang didengari dan disebarkan tanpa mendapatkan maklumat yang tepat. Hai..suka suki je manusia ni kan... Tanyalah pada yang pakar terlebih dahulu sebelum berikan nasihat pada orang lain. Berdosa tau, kalau disebabkan kamu, mummy tu terus stop breastfeeding. Walhal ramai dah taukan, breastfeeding ni perlukan sokongan mental dan emosi yang kuat daripada orang sekeliling...Takpe², harap² mummy sekarang lebih bijak untuk membuat pilihan serta bertindak mengikut akal fikiran serta rujukan yang tepat.


SUSU CAIR seperti ideal, carnation dan yang sewaktu dengannya memang ada kat luar tu. Tapi untuk susu ibu, tiada istilah susu cair sebenarnya. Pandai² je, nampak susu mummy tu cair, korang kata cair dan tak berkhasiat!!! Sekadar perkongsian je kepada mana² mummy yang belum tahu, warna susu ibu bergantung kepada peringkat susu tersebut. Pada setiap kali penyusuan, peringkat permulaan susu ibu adalah lebih cair kerana ianya mengandungi lebih banyak air berbanding lemak. Setelah bayi minum agak lama, barulah susu yang pekat akan dikeluarkan. Susu peringkat ini mengandungi lebih banyak lemak. Istilah yang biasa digunakan untuk peringkat susu ini adalah "fore-milk" - susu awalan (cair) dan "hind-milk" - susu akhiran (pekat). Oleh itu untuk memastikan bayi mendapat khasiat susu ibu sepenuhnya, pastikan bayi menghisap sehingga payudara kosong kesemuanya. Biasanya ini mengambil masa lebih kurang 15 -20 minit untuk setiap belah payudara.


Sudah lumrah manusia, sebelum makan, minum dulu kan. Macam tu jugak baby. Susu yang cair tu sebagai penghilang dahaga dan yang terakhir tulah sebagai makanan berat baby untuk kenyangkan dia. Allah kan Maha sempurna. Kenapa masih ada lagi manusia yang suka² nak pertikai ciptaan Allah yang Maha sempurna ni?? Ada saja alasan nak bagi susu formula. Lagi pulak, yang bikin ati panas tu, bila ada yang menjawab, "alah.... kita pun dulu2 minum susu tepung je...Tak mati pun....Pandai je aku ni...Tak bodo cam lembu pun..."


Aduhai...lemah betul la dengar ni.. Ni bukan masalah boleh bawak mati ke atau isu bodoh. Sekarang ni isunya kita nak berikan yang TERBAIK untuk anak² kita. Betul tak?? Terpulang pada kita untuk membuat pilihan. SUSU IBU adalah yang terbaik dan sempurna untuk anak kita. Allah yang ciptakan, tak layak nak dibandingkan dengan ciptaan manusia yang terbatas. Terpulanglah... kepada setiap individu untuk menilai dan membuat pilihan. Anda yg menentukannya...

"Selamat menyusu. Semoga berjaya!!! "


Sumber::  My Breastfeeding Journey,
diedit ikut keselesaan penulis




Lagi satu aku pernah dengar orang cakap, kalau anak tu banyak minum maksudnya susu kita cair...hahaha memang tergelak besar aku baca statement ahkak tu...Zafirah dah 4 bulan lebih...time office hour dia minum 20oz...(aku tahu time office hour je lah kan sebab sediakan stock ke babysitter...bila dah balik rumah bagi direct feed je...so tak tahu total sehari dia minum berapa oz...rasanya mau 30oz kot...ngee~)


Ada setengah budak baya Zafirah minum tak sampai 20oz pun...so nak kata susu aku cair ke?? ngehehe~  padahal anak aku ikut genetik mama dia...makannnnn je keje *tapi yang buncitnya papa...hahaha~*  ciptaan Allah sememang nya sempurna...Maha Sempurna...! siapa kita untuk menilai?? =)


Tiada anggapan seperti "susu ibu yang lemah." 
Badan anda akan menggabungkan bahan-bahan yang tepat 
yang perlu untuk memenuhi keperluan bayi anda.













p/s:  jum vote kitorang nak pi London! klik ini > http://on.fb.me/LfxC6P dan ini > http://on.fb.me/M5hUw6





Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Jun 26, 2012

Mainan Feveret Saya Hilang =(


korang tau kan mainan ni? bila kita tarik tali tu akan keluar muzik yang mendodoikan...huhu~  aku kecik² dulu pun suka main menatang ni...layan kot...ngee~  sekarang ku turunkan minat itu ke anak aku...bila dia hangin, meragam tiba², hadapkan je muzik ni kat dia...terus dia diam...seronokkkkk dia nengok burung tu gerak²

"cute macam muka ai laaa...pipi tembammmmm.."


tapi sekarang ni tak jumpa pulak mainan tu...mana hilang tak tahu lah...*abeh dah rumah bersepah padan lah muka kan*  tskkkk~  mak aku tau ni kompem bebel...dah dia yang belikan mainan tu untuk cucu dia...haha  tak sengaja la makkkk...nanti yana cari balik ye...haihh~  =.=


korang kecik² dulu mesti ada mainan ni kan?? apa mainan feveret korang masa kecik² dulu??  (^^,)








p/s:  jum vote kitorang nak pi London! klik ini > http://on.fb.me/LfxC6P dan ini > http://on.fb.me/M5hUw6





Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Jun 25, 2012

Macam Mana Nak Rancang Keluarga??



Bukan menghalang atau menolak rezeki tetapi perancangan yang baik akan menentukan kebahagiaan keluarga. Anak-anak yang dilahirkan juga pastinya berkualiti jika dididik dengan sempurna. Perancang keluarga adalah kaedah terbaik untuk menjarakkan kehamilan dan kelahiran bagi menjamin kesihatan ibu dan anak ke arah keluarga bahagia.

Kaedah perancang keluarga melalui beberapa cara. Antaranya ialah:

1. Penyusuan susu ibu antara 4 hingga 6 bulan pertama. Ibu yang menyusu badan sepenuhnya tidak akan datang haid selama tempoh tersebut. Ini merupakan kaedah penyusuan dan menjarakkan kelahiran secara tradisi.

2. Suntikan iaitu sejenis hormon.

3. Pil perancang.

4. Komdom lazimnya disarankan oleh pakar perbidanan dan sakit puan. Jika digunakan dengan elok, 90 hingga 95% adalah selamat.

5. Alat dalam rahim (IUCD) sesuai untuk merancang dalam tempoh tiga empat tahun. Kaedah ini tidak akan menjejaskan hubungan kelamin namun tempoh haid lebih panjang dari biasa.

6. Pembedahan yang melibatkan saluran telur khusus untuk wanita.

7. Melakukan hubungan seks di waktu selamat atau sensitif tarikh kesuburan isteri. Pastikan pusingan haid isteri adalah tetap. Telur akan keluar sekali iaitu hari ke 12 hingga hari ke 14. Lazimnya haid sekitar 5 hingga 7 hari makan pada hari ke 14, telur akan turun dan inilah tarikh wanita subur.

8. Kaedah azal atau pemancutan air mani di luar rahim namun kaedah ini mengalami peratusan kegagalan yang tinggi.



Siapakah yang patut merancang keluarga?

Tanggungjawab untuk merancang keluarga terletak pada suami dan isteri dan mestilah mendapat persetujuan bersama. Namun begitu, ibu-ibu yang disenaraikan di bawah juga perlu merancang keluarga iaitu:

  • Keguguran tiga kali berturut-turut
  • Turun darah semasa hamil
  • Tumpah darah semasa kelahiran
  • Lekat uri
  • Kelahiran secara pembedahan
  • Kurang darah semasa hamil
  • Darah tinggi
  • Diabetis
  • Penyakit jantung
  • Penyakit buah pinggang



Maklumat perancangan keluarga juga boleh didapati di Klinik Kerajaan, Klinik Swasta, Klinik Desa, Klinik Bergerak, Farmasi dan Klinik Perancang Keluarga (LPPKN).








p/s:  jum vote kitorang nak pi London! klik ini > http://on.fb.me/LfxC6P dan ini > http://on.fb.me/M5hUw6





Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Jun 24, 2012

Wadihana Islamic Steakhouse, Bandar Baru Bangi

22 June lepas (Jumaat) ialah birthday ayah aku...birthday yang ke 51 tahun...wahh muda lagi tau...ngeh ngeh ngeh~  kalau birthday parents, aku tak tahu la nak beli hadiah apa...so kita belanja makan aje lah ye...^__^



Lokasi pilihan mak aku ialah Islamic Steakhouse...deret Pappa Rich kat Bangi tuh...=)


Kebetulan birthday ayah aku sama tarikh dengan adik dia (pakcik aku) and one of my cousin... tapi masa ni pakcik aku nan ado...yang ado cousin aku tu je sebab dia study kat matrik UIA....dekat nak pi amek dia...famili dia semua duk Teluk Intan...jauh...siannnnn cousin aku tuh tak dapat celebrate birthday dengan famili kikiki~  =P


First time aku datang sini...penuh jugak la orang makan kat sini....kalau ramai orang dah tentu lah sedap kan...hihi  so meh aku cerita apa yang kitorang order ye  *wink wink*



Lemonade untuk kazenku, cik Sarah


Shirley Lemonade untuk aku...rasa dia macam sirap + soda...sedap!


Monin Lemonade untuk mak and adik aku...rasa macam sirap bandung + soda...huhu~  sedap!


Birthday boy (ayah aku ler tew) order teh o panas je...jarang nak tengok ayah aku order air sejuk tau...jaga tulang kot...huhuhu~


Untuk makanan pulak kitorang order:::



Seafood Soup...dalam roti ada sup...gitewww...mabelessss! ^__^


Mushroom Soup...comes with the bread...tapi roti tu agak keras daaaa...salah bakar kot...mushroom tu dorang blend sekali dengan soup...rasa dia exactly sama dengan mushroom soup kat IKEA...sedap! =)


err apa tah nama food ni...Nachos with cheese kot...sedap! tapi a bit muak lah~


Sizzling Chicken Chop...biasa-biasa je rasa dia


Grilled Chicken Chop...


Spaghetti Carbonara...korang tengok kat atas tu dorang letak telur...at the end kan korang akan rasa muak tahap dewa....nak belasah food lain pun tak larat sebab tekak dah rasa sebuuuuu je...  =.=


dessert..ice cream..yeyy!! (^^,)


Service kat sini pun oke...puas hati...walaupun ramai orang tapi staff takde pulak buat muka tension, muka penat...senyummmmm je...baguih baguih...ai loike! huhu  aku tak ingat harga setiap food yang kitorang order...yang aku tahu total kena bayar je...RM149.50...aku bayar yang 50sen tu jek...lain-lain mak aku bayarkan...muahaha  terima kasih mak!! u r ze bezz!  v(^__^)"


Happy Birthday to my beloved beloved daddy...and also to my uncle and my cousin yang celebrate birthday pada tarikh yang sama...love all of you ketat-ketat...hug and kisses from the cutest girl in the world *mmuuaaahhhhh!!*  eh lupa nak snap gambar besday boy and besday girl...haha v(^___^)












p/s:  jum vote kitorang nak pi London! klik ini > http://on.fb.me/LfxC6P dan ini > http://on.fb.me/M5hUw6





Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Jun 23, 2012

Betapa Tingginya Khasiat Susu Ibu...Alhamdulillah~

4 bulan sudah tegap berdiri  =)



Lokasi:: Mines Shopping Mall


amoi: "brape bulan dah ni??"

aku:  "4 bulan.."

amoi:  "oo anak saya baru 3 bulan...sudah keras and tegap ye badan dia..u bagi dia minum susu apa??"

aku:  "susu badan je..."

amoi:  "oooo u bagi susu badan semata² aa??"

aku:  "aah...100% susu badan..."

amoi:  "ooo oke oke"



Mana² mommies yang fully bf anak mesti ada perasaan bangga bila orang tanya kita bagi anak minum susu apa kan?? hehe  syukur Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah bagi...lagi 2 bulan je Zafirah boleh makan solid food...chaiyok! chaiyok mama yana!! ^____^








p/s:  jum vote kitorang nak pi London! klik ini > http://on.fb.me/LfxC6P dan ini > http://on.fb.me/M5hUw6






Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Jun 22, 2012

Bila Saya Mula Meniarap~



memang habitnya menghisap jari..huhu




 memang semua benda dia nak masuk dalam mulut  (-__-")


 muka rimas...abeh dah awak tu comel sangat...haruslah mama and papa tak berhenti snapping²...hohoho~


mula merengek...dengan lelehan air liur...hahaha~






p/s::  Zafirah dah makin sihat...cuma ada kahak sikit...doc cakap baby besar² gini memang normal ada kahak...bila dia dah besar kahak tu hilang sendiri...hurmm hopefully lah kan kahak tu akan hilang...kesian tengok dia bernafas macam orang lelah je  =.=

p/s:  jum vote kitorang nak pi London! klik ini > http://on.fb.me/LfxC6P dan ini > http://on.fb.me/M5hUw6





Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Jun 21, 2012

Penatnyaaaaaa Ikut Mama Shopping~


ni masa pergi Mines tempoh hari...
Zafirah tak suka duduk dalam stroller sekarang...
pergi mana² nak berdukung je...
maybe bila berdukung tu pemandangan dia lebih luas!
berpusing² kepala dia nak tengok orang, tengok lampu, tengok barang² dalam mall...
paling tak tahan bila dia duk belek² baju, tudung aku...
siap muncung² mulut, juling² mata...
lepas tu nak ngappppp masuk dalam mulut...haha *cute*


ekceli aku tak perasan pun dia tidur time ni...
sebab biasanya kalau dia sengetkan badan dia macam ni dia tengah hisap jari dia...
tiba² dak encem tegur, "ehhh dia tidur la yanaaaa..."
padan laaaaa aku rasa makin berattttttt je anak aku ni...
dah tidur rupanya...hoho~
terus aku suruh dak encem snap gambar...
comel kut dia tidur dengan muka penyek gitu...
rasa nak penyek²kan lagi pipi montel dia tu tau! hahaha~


"tak berat ke wei ko kendong anak ko hulu hilir??"

kalau dah hari² aku dukung dia, lama² jadi biasa dah...
setakat berat 5 kilo tu...small the matter...wakakaka~
well itu juga rahsia ai selim melim...lalalala~  *riak di situ*  =P
kbai~!










p/s:  jum vote kitorang nak pi London! klik ini > http://on.fb.me/LfxC6P dan ini > http://on.fb.me/M5hUw6





Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Jun 20, 2012

Pengalaman Cabut Gigi Geraham Bongsu

dah nama pun blogger tegar haruslah gambar gigi pun nak amek..kau ado?? kahkahkah~


Semalam aku MC...sakit gigi punya pasal..iskisk~
dari hari Sabtu sebenarnya gigi ni sakit...
tapi baru semalam gagahkan jugak diri pi jumpa dentist...
dentist cakap gigi geraham bongsu ku memang dah infected...
tak boleh diselamatkan lagi...kasi cabotttttt!!
*cuba bayangkan situasi mengerikan macam dalam cerekarama (-_-")*


Menggigil kot badan time dentist mencungkil, mengorek gigi ni...
yelah geraham bongsu kan jauhhh ke dalam mulut...
yang aku cabut ni gigi belah kiri, belah atas..ffuhh~
serius seksa aku tengok dentist tu nak cabut gigi aku...
nasib baik ada bius...
rasa nak terkoyak mulut ni sebab dia pi tarik besar²...
rasa sakit mulut mengatasi sakit gigi yang nak dicabut tu  =.=


Hari ni gusi still bleeding...berdenyut² je rasa...
nurse suruh kumur² dengan air garam untuk kecutkan gusi...
tapi pagi tadi tak sempat nak kumur²...
tunggu balik kerja nanti lah baru buat...


seriously, aku rasa agak lega bila gigi tu dah dicabut...
lama dah aku tahan sakit, ngilu...
gigi berlubang memang ngilu...kan??
bagi aku geraham bongsu bukan ada function apa pun...
dah la susah nak menggosok...
sebab jauh ke dalam kan...
doc ajar guna berus yang kecik je untuk berus bahagian paling dalam tu...


erm buat masa ni aku tak boleh makan makanan pejal...
kena makan bubur, sup² je...adeyy~
tapi aku banyakkan minum susu...
yelah mana kenyang takat makan bubur je...
prot dinasour lah katakan...muahahaha~  =P


korang...ada pengalaman cabut gigi dak time dah besar² ni??  =)









p/s:  jum vote kitorang nak pi London! klik ini > http://on.fb.me/LfxC6P dan ini > http://on.fb.me/M5hUw6






Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Jun 18, 2012

Jum Tolong Kitorang Nak Menang Pi London~!! yeyyy~!!

~klik gambar~


Sebelum ni aku pernah promote pasal voting², 'liking²' gambar dak encem and si bam bam nih...tapi sebab ada masalah teknikal so CNi kena delete balik gambar lama, and dorang upload gambar baru...SOOOOO kitorang kena cari balik 'LIKE' baru!! arghhh!!


eh jangan la buat² tak paham...KLIK GAMBAR ATAS NI, DAN KLIK LIKE!! wahhh paksarela ni tau! ahhhh nak pi London punya pasal...memang kena makesure sume readers² atau sesiapa yang dah tersesat masuk blog ni pi LIKE gambar atas ni oke?!! muahahaha~  (^^,)


klik > http://on.fb.me/LfxC6P and LIKE

klik > http://on.fb.me/LfxC6P and LIKE

klik > http://on.fb.me/LfxC6P and LIKE

klik > http://on.fb.me/LfxC6P and LIKE

klik > http://on.fb.me/LfxC6P and LIKE


haaa tak susah pun kannnn?? klik > http://on.fb.me/LfxC6P and LIKE jew~ ngeh³

jasamu dikenang~!! *ecewahh~*


kbai~! v(^___^)"







p/s::  sakit gigi la pulak! aduyaiii~ T__T





Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Jun 17, 2012

Baru 4 Bulan dah Kena Makan Ubat =(


Aduiii sian anak aku batuk + selsema...
korang semua pun aware kan cuaca sekarang macam mana??
panas + jerebu...
kita yang dewasa ni pun tak tahan,
apa lagi baby baby macam Zafirah...


Merah-merah muka Zafirah bila batuk...
tidur pun asyik tak lena...
hidung tersumbat...
sedih tengok dia sakit...=(
kalau lah sakit tu boleh di transfer...
memang nak suruh transfer kat aku jek...iskisk~


Ubat ni ubat pertama yang Zafirah makan...
kalau boleh aku nak elakkan Zafirah dari makan ubat..
dia baby lagi...
lagipun dia fully bf...
aku yakin susu ibu dapat menyihatkan dia...
cuma dalam situasi ni mungkin nutrien susu ibu tak mencukupi..
nak taknak kena bagi ubat jugak...
tapi aku tak ikut dos yang doc sarankan...
patut kena bagi 3 kali sehari (after bf)
tapi aku bagi 1-2 kali je sehari...huhu~


Anak mama ni kuat! mesti cepat sihat!
risau betul tengok dia batuk-batuk, bersin-bersin...adeyy~
doakan Zafirah ye korang! (^^,)
korang pun, sila minum air masak banyak-banyak...
takmo sakit-sakit tau  =)






p/s:  jum vote kitorang nak pi London! klik > http://on.fb.me/LfxC6P





Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Jun 16, 2012

Family Gathering | Waris Manang & Pulasan


Family gathering kat Jelebu...family belah ayah aku...tuan rumah ni dah lama bertungkus lumus cari salasilah keluarga kami...Manang dan Pulasan are my great great grandmother..dorang ni adik beradik...dari Indonesia kot...hehh aku tak ingat sangat la sejarah dorang ni...hahaha~  =P



tentatif program



barisan ahli panel waris Manang dan Pulasan *wink wink*...



kaum ibu yang ada anak kecik duk diam² dalam rumah...termasuk lah haku!! mak aku tumpang sekaki sebab duk luar rumah panas! muahaha~ dah macam nursery rumah orang ni riuh dengan kanak² ribena dan baby-baby  ^__^


Aku harap akan ada lagi gathering macam ni...sebab masa ni dak encem takde...so tak dapat nak berkenalan sangat dengan sedara-sedara jauh ni...nenek aku bagi idea baekkk punya...dia cakap,

"alaaa kita mintak je keluarga belah sana (Manang) kahwin dengan keluarga belah sini (Pulasan)..nanti otomatik jadi rapat dua-dua keluarga...aa adek kan ada...suruh je adek kahwin dengan anak tuan rumah ni...senangggggg!"
*adek = adik aku ler tuh..ngeh³*


Adek aku tau statement nenek aku ni mau meroyan dia...walaupun ada logiknya idea nenek aku...ngehehehe~  *kannnnnnnnnnnnnnnnnnn~*  =P


eh...awak nak ke kahwin dengan adek akak?? *waaaa tiba² bahasakan diri 'akak'..kahkahkah~*


Ada tak readers aku tersesat tergolong dalam waris moyang aku nih?? heee~








p/s::  jum tolong kitorang nak pi London..klik >  http://on.fb.me/LfxC6P





Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Jun 15, 2012

Photoshoot @Taman Tasik, Taiping



photoshoot lah sangat kan...macam lebih pada photo-gedik je...wakaka~
masa ni baru lepas pi kenduri kahwin member...
aku ajak dak encem tidur semalam kat Taiping...
tapi dia taknak...Taiping boring katanya...grrrr~
so terpaksa la dia melayan aku nak jalan² makan angin,
snaping², posing² kat Taman Tasik...
banyak je tempat best kat Taiping ni...
macam Bukit Larut, Bermes Pool *err tu je yang aku tau...kah³*
tapi sebab bawak baby, macam tak sedap pulak nak angkut masuk hutan tu...
"beringat sebelum kena", pesan orang tua-tua  =)


dak encem ada jugak ajak masuk zoo...
tapi aku macam malas...sebab parking jauhhhhh!!
lagipun Zafirah baby lagi...
dia bukan paham apa pun nak tengok haiwan² dalam zoo tuh...
kang mak pak dia yang eksaited lebey!
camwhore toksah cakap la...abeh semua haiwan² nak diposingkan jugak...wakaka~  =P
aku prefer tunggu Zafirah dah besar sikit,
macam dah setahun ke, baru nak bawak dia masuk zoo...
and segala tempat yang ada haiwan²...ngeee~
tapi Universal Studio kat Singapore tu aku nak pergi jugak walaupun anak masih baby!
biarlah orang cakap rugi ke hape...
anak aku dah besar sok datang je la lagi USS tu...
tak susah pon...kannnnnnnnnnnn??? *tiba² lari topik*  (^^,)
kbai~!










p/s::  busy gila minggu ni...adeyy~ *pemsann!!*

p/s::  jum tolong kitorang nak pi London..klik >  http://on.fb.me/LfxC6P






Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Jun 12, 2012

Lunch @IKEA

Semalam punya cerita...tak sempat nak update semalam...meeting sepanjang hari...pagi meeting kat PJ Trade Centre...dekat sangat dengan IKEA....rugi la kalau tak pi...alang-alang gitewww..ngeh³   =P



Manager menu of the day...nasi goreng + chicken wing + arca...not bad!



mushroom soup...nice! mushroom tu dorang blend sekali dengan soup  =)



meatball, 10pcs...eh yang ni kongsi dua orang tau...haha  masing² memang tengah kebulur time ni...sebab pagi tu tak sempat breakfast...so amek brunch je...(^^,)


Lepas makan, balik opis...dalam 30 minit je duk opis...pehtu keluar balik pi meeting kat Sentul pulak...grrr~


Hari ni ada meeting lagi...esok bos ajak pi Melaka...tapi aku pi tanya balik, "kena pergi ke??"  haha menolak ajakan bos in a polite way...kannnn?? kekeke~  nasib bos kata tak pergi pun takpe...wawawa~




p/s::  dak encem cayang...ai pi IKEA untuk lunch je hokay...takde soping soping pon...tak sempat! =)

p/s::  jum like gambar dak encem..klik > http://on.fb.me/LfxC6P

p/s::  hari ni staff baru masuk kerja...so jadi cikgu jap...turunkan segala ilmu kat budak nih...hinssff hinssfff~





Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015