Jul 9, 2010

10 Perkara Yang Kami Perlukan Dari Ibu Bapa

Setelah usha² blog sis Red pasal cara dia memahami kehendak anak² semua, terlintas pula idea aku nak menulis pasal keperluan anak² ni....tapi aku idak la tiru dia sebab aku mana ada anak lagi...ish³~

Aku search kat google je macam ala ala parenting tips gitu...tehee~

Mungkin tips² yang ada ni aku akan semadikan dalam minda aku so that bila aku ada anak sok, aku akan amalkan tips² ni sebab aku nak anak² aku anggap aku ni macam 'the best thing that ever happened in their life!'....aaa gitu la bunyik omputih nye...huhuhu~

Pehtu aku lebih suka jika anak² aku sok bercerita semua masalah mereka kat aku...kiranya aku nak jadi good listener untuk dorang...tak perlu terlalu protokol as long as dorang rasa secure dan selesa bila bersama aku...macam best friend gitu kannn~

Sebab kalau kita terlalu strict dengan anak² mesti dorang akan cari kawan² untuk bercerita masalah...letih wooo nak simpan dalam hati...tp tak best la anak² lebih percaya kawan² daripada parents *ni kes aku la nih...T__T*

oke mungkin cukup setakat itu je mukadimah, berbalik pada tajuk asal.....



Apakah 10 perkara yang diperlukan oleh anak² yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit! Sila take note pada bakal² ibu dan bapa di luar sana... ^_^






1.  Kasih Sayang

Ini sudah pasti!! Apa yang lebih penting bagi anak-anak ialah mendapatkan kasih sayang anda. Ketika anak-anak disayangi, mereka dapat mengukuhkan lagi harga diri, kepercayaan pada diri dan  kebolehan untuk mengasihi orang lain.



2.   Masa/Perhatian

Anak-anak memerlukan perhatian dan minat anda. Mereka memerlukan banyak masa yang berkualiti dengan anda. Jangan berkira untuk meluangkan sedikit masa dengan anak² anda setiap hari.

Solution aku untuk ini, aku cari pasangan yang bekerja dengan kerajaan....hahaha kalau kerja private hari² banyak kerja la, outstation la...hehh tak best tak best! -_-



3.   Dorongan

Pastikan anak² tahu bahawa anda sentiasa bangga dengan mereka. Kalau boleh selalulah melafazkan kata² dorongan atau kata² motivasi supaya anak² tahu yang anda memang bangga dengan setiap pencapaian mereka.



4.  Kestabilan

Sebuah keluarga yang stabil menjadi landasan di mana anak-anak membina sisa hidup mereka. Mereka perlu tahu tempat mereka di dalam keluarga yang boleh mereka percayai dan yang akan ada untuk mereka.

Mungkin maksud ayat ni kestabilan ekonomi dan keharmonian keluarga...kalau parents asyik gado je tak best jugak kan...



5.  Peluang

Anak-anak memerlukan peluang untuk explore benda² baru sehingga mereka dapat mengetahui apa yang mereka nikmati dan apa yang mereka kuasai. Mereka juga memerlukan peluang untuk berkembang dalam kepentingan mereka. Hal ini berkaitan dengan pendidikan, aktiviti, makanan, dan teman-teman. Perkara ini tidak harus memerlukan wang banyak.

Aku juga tak suka parents yang terlalu mengongkong...tak salah nak halang aktiviti anak tu tapi kena bagi sebab yang bagus la...Jangan asyik sebut, "mak tahu la kenapa tak boleh, mak makan garam dulu..."  err zaman sekarang garam lagi sedap...miahaha~ memang tak menahan jawapan anak solehah macam aku nih...ngee~  ^_^

Anak² ni tengah nak belajar kenal dunia, mana la dorang nak tahu keburukan yang akan jadi kalau aktiviti mereka terlalu bebas...jelaskan dengan baik kebaikan dan keburukan kehidupan yang bakal anak² lalui...



6.  Disiplin

Anak-anak perlu mempelajari segala sesuatu tentang kehidupan termasuk perilaku yang tepat, bagaimana bergaul dengan orang lain, bagaimana menyelesaikan masalah dan bagaimana untuk mencapai impian mereka. Disiplin tidak harus dielakkan atau ditahan. Sebaliknya, harus konsisten dan positif.

Aku tak setuju parents yang suka pukul anak...I mean pukul anak depan orang ramai..kalau kat rumah aku tak kesah la nak libas ke, goreng ke anak tu...wakaka~  tapi toksah la tunjuk garang depan khalayak ramai ko nak tengking², pukul² anak ko...bikin moral down je tau tak..hehh~ kalau kita ikhlas didik anak kita takkannye anak tu berani nak kurang ajar dengan kita.....



7.  Tawa yang baik

Rata-rata, anak-anak tertawa 200 kali sehari, sementara orang dewasa hanya tertawa 15-18 kali sehari. Tertawa itu baik untuk kesihatan  mental dan fizikal anak. Sentiasa ada suasana gembira ketika bersama. Menceritakan kisah² lucu atau buat lawak. Gelaklah sampai nak terkeluar anak tekak *oke yang ayat last tu aku pandai² ubah...wink²*




8.  Peha anda

Ini tempat terbaik di seluruh dunia untuk sebuah buku, cerita atau perbualan yang baik dan itu sudah betul-betul di hadapan anda ini sepanjang masa.

Dalam Islam kita digalakkan solat berjemaah bersama keluarga. Jadi lepas solat tu bagi tazkirah sikit..psiko sikit kasi leleh² air mata...huhu~  kalau anak tu boleh sujud di kaki kita memang Alhamdulillah...maksudnya kita di jalan yang betul dalam membentuk anak²...



9.  Ruang untuk membuat kesalahan

Biasalah budak baru belajar. Itulah yang membuat mereka begitu menyenangkan dan sangat memerlukan kesabaran anda. Berikan mereka ruang untuk mencuba, mengeksplorasi dan melakukan kesalahan.


Aku selalu cakap benda ni kat ayah aku...tapi jawapan dia mesti, "you are my daughter. I don't want you to make any big mistake that soon you will regret"  whoooahhh....terharu siottt...ayah aku memang pakar psikology anak anak dia...hakhakhak~ =p



10.  Pelukan dan ciuman, xoxo

Sebanyak mungkin dan sekerap mungkin!

Oh aku akan sentiasa peluk cium anak² aku sampai dorang nak muntah tengok mulut aku duk muncong² gitu...wahahaha~ 





Sebenarnya bagi aku, kalau parents tu mendidik berlandaskan Al-Quran dan Sunnah insyaAllah anak² mereka tidak susah dibentuk....Semua ajaran bermula dari rumah, BUKAN dari sekolah! harap maklong ye pada parents² yang workaholic yang suka nak marah² cikgu tak pandai ajar anak dorang tuh....hehh~

Sekian saja tips dari aku yang kununnya dah tak sabar nak jadi MAMA! weehheeehheeuuww~ ^_^






26 comments:

Fazleyatul Aini said...

sis red??

syirakhalid said...

wah, dia dah tak sabar nak jadi mama la~ hehehe

syahira ariff said...

sis,petanda tak lama dah tu bakal menamatkan zaman bujang
keh keh keh

yanamib said...

:Lya Colours :
redmummy.com tu..kak red=sis red...same je kut..hehe~

yanamib said...

:syirakhalid:
shhh malu ai..ngee~

yanamib said...

:syahira ariff:
wahaha..ehem ehem..amin =p

Mr feckry said...

gua sokong lu..semua tu penting

baby_meo said...

wah, syoknye kalau dpt ibu yang cool, sporting, loving & caring mcm cik yana....

cik yana, ambillah meo sebagai anak angkat....

pleaase.... :D

yanamib said...

:Mr feckry:
yeah tenkiu! =)

yanamib said...

:baby_meo:
hahaha...meo ni bapak baby nih...ngee~

JULYA said...

bagus tips ni...kadang2 anak2 tu melawan pun bukan sebab dorang nak.tapi cara mak ayah yg suka2 ati nak tuduh anak2 buat benda yg dia tak buat.

suhaisweet said...

Visiting here friend, cool blog n n3..nice..Very special brought for u.. Check it out!

BENA said...

tak saba nk jd mama?
kre ala2 nak bau nasi minyak dah niii
hahahha~

betoi2..zra pon xske di kongkong sgt2..huuuu

Unknown said...

setuju dgn anak ni kene buat kawan2 tp there's a limit zaman dah berubah kene psiko sikit takleh nak marah buta ajer hehe

miss lolly a.k.a luvfareda said...

bace part peha anda. mmg pelik mulanya.

bila bace ayat die, owww paham :P

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

kamu akan menjadi ibu yang baik suatu hari nanti.... harapnye la... huhuhuhuuh

black_mel said...

stuju..tp mak bapa sekarang ni bz..yg dpt peha bibik...kasih sayang bibik..masa bibik..dan semua2 bibik..huhu..

yanamib said...

:JULYA:
huu btol..terpaksa redha je..sob sob

yanamib said...

:suhaisweet:
thanks for dropping by =)

yanamib said...

:ribena.illina:
ehem ehem..no komen..hohoho~ =p

yanamib said...

:POSH76:
zmn skrg mmg pakai psiko je..hehe~

yanamib said...

:miss lolly a.k.a luvfareda:
hoho bagos² da paham =)

yanamib said...

:dotblogspotdotkom:
oh terima kasih pacek..terharu nih..huuu ^_^

yanamib said...

:black_mel:
haha tau xpe..sian anak² -_-

snowy said...

kasih ibu bapa tiada batasan. begitu juga kita akan rasai bila menjadi ibu bapa.

yanamib said...

:snowy:
yep mudah²an =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015