Jun 25, 2012

Macam Mana Nak Rancang Keluarga??



Bukan menghalang atau menolak rezeki tetapi perancangan yang baik akan menentukan kebahagiaan keluarga. Anak-anak yang dilahirkan juga pastinya berkualiti jika dididik dengan sempurna. Perancang keluarga adalah kaedah terbaik untuk menjarakkan kehamilan dan kelahiran bagi menjamin kesihatan ibu dan anak ke arah keluarga bahagia.

Kaedah perancang keluarga melalui beberapa cara. Antaranya ialah:

1. Penyusuan susu ibu antara 4 hingga 6 bulan pertama. Ibu yang menyusu badan sepenuhnya tidak akan datang haid selama tempoh tersebut. Ini merupakan kaedah penyusuan dan menjarakkan kelahiran secara tradisi.

2. Suntikan iaitu sejenis hormon.

3. Pil perancang.

4. Komdom lazimnya disarankan oleh pakar perbidanan dan sakit puan. Jika digunakan dengan elok, 90 hingga 95% adalah selamat.

5. Alat dalam rahim (IUCD) sesuai untuk merancang dalam tempoh tiga empat tahun. Kaedah ini tidak akan menjejaskan hubungan kelamin namun tempoh haid lebih panjang dari biasa.

6. Pembedahan yang melibatkan saluran telur khusus untuk wanita.

7. Melakukan hubungan seks di waktu selamat atau sensitif tarikh kesuburan isteri. Pastikan pusingan haid isteri adalah tetap. Telur akan keluar sekali iaitu hari ke 12 hingga hari ke 14. Lazimnya haid sekitar 5 hingga 7 hari makan pada hari ke 14, telur akan turun dan inilah tarikh wanita subur.

8. Kaedah azal atau pemancutan air mani di luar rahim namun kaedah ini mengalami peratusan kegagalan yang tinggi.



Siapakah yang patut merancang keluarga?

Tanggungjawab untuk merancang keluarga terletak pada suami dan isteri dan mestilah mendapat persetujuan bersama. Namun begitu, ibu-ibu yang disenaraikan di bawah juga perlu merancang keluarga iaitu:

  • Keguguran tiga kali berturut-turut
  • Turun darah semasa hamil
  • Tumpah darah semasa kelahiran
  • Lekat uri
  • Kelahiran secara pembedahan
  • Kurang darah semasa hamil
  • Darah tinggi
  • Diabetis
  • Penyakit jantung
  • Penyakit buah pinggang



Maklumat perancangan keluarga juga boleh didapati di Klinik Kerajaan, Klinik Swasta, Klinik Desa, Klinik Bergerak, Farmasi dan Klinik Perancang Keluarga (LPPKN).








p/s:  jum vote kitorang nak pi London! klik ini > http://on.fb.me/LfxC6P dan ini > http://on.fb.me/M5hUw6





Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

15 comments:

Anum said...

perancangan yang baik utk keluarga yang bahagia

Unknown said...

sy pun tgh pikir camna nak merancang ni..semoga anak yang br lahir sehat dah besar dahulu..

Fazleyatul Aini said...

good info.
psst! zafirah nak geng main pondok2 kot. hehe

sukasukatulis said...

keh keh kehh~ tp kan kadang² bila kita beria² plannning family tetiba lekattt... lalallaa~ cano lak tuh... ho0hoh0oh~

Aty Fared said...

ai kompem kene menrancang kuarge sebab c-zer...eerr..serik pon tak hilang lagi..huhu

eima said...

aku amalkan kaedah rancang sendiri tak guna pepe perancang pun .... alhamdulillah masih berjaya takat ni ...

mas saari said...

akak dulu rancang sendiri je.. tapi suami kenalah bagi kerjasama! berbincang elok2 dgn dia.. seeloknya yana jarakkan 3 tahunlah!

Unknown said...

Ilmu untuk masa depan nih...

Mooniqueen said...

Betul tu.. Perancang ni bagus... Macam MQ perancangan Keluarga secara manual je... Sebab anak hampir 2 tahun, still tak period lagi... Tapi risau jugak mana tau terlekat... T yg kena jaga2 jugak... Klu Ada terima jer...

izla said...

nak merancang dapat girl pulak pasni..macam mane tu?
hehe

Pha Is said...

jgn sampai membahayakan kesihatan, sudah la....

aizamia3 said...

psstt: dak Zafirah dok mintak adik dah ke.. sabar.. kan baru lepas operate.. hehehe..

Myra Jay said...

Comel Zafirah senyum macam tu :)


Nice sharing Yana ;) TQ

Unknown said...

Family planing boleh try guna maajun anggun bestari.....
Maajun yg cegah hamil,, jika diamalkan....
http://www.muslimchoices.com/?p=anggun_bistari

Unknown said...

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. tips pemakanan sihat untuk yang merancang hamil.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015