Apr 27, 2012

Doa dan Zikir Untuk Menambah Susu Ibu


puteriku yang semakin bam bam~


1. Doa

"Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan. 

Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini , penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku"

Sambil membaca doa ini letakkan tangan pada payudara dan doa semoga Allah murahkan rezeki untuk menyempurnakan penyusuan susu ibu hingga 2 tahun.



 2. Zikir 

Zikir Ya Matin (70x) setiap malam & subuh...hembuskan pada air & dibuat minuman.



3. Surah Al-Hujurat & Al-Kauthar 

Surah ini menjadi amalan ibu sepanjang mengandung dan boleh diteruskan dengan niat semoga Allah memurahkan rezeki anak.



 4. Ayat dari Surah Al-Baqarah, ayat ke 60

Maksud ayat::  "Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: “Pukullah batu itu dengan tongkatmu”, (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): “Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi."



5. Solat sunat Dhuha 

Cuba untuk melakukan solat sunat Dhuha dan amalkan doa ini sebanyak 3 kali semasa sujud akhir

"Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikan itu adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh." 

Jika tidak berkesempatan untuk solat sunat, cukuplah sekadar berdoa dengan doa dhuha ini. Semoga para ibu berjaya menyusukan anak anugerah Allah dan semoga keluarga memahami dan memberi sokongan kepada usaha ibu kini.

Renungkan ayat 233, Surah Al - Baqarah ini::


“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara ma’ruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan karena anaknya dan seorang ayah karena anaknya, dan warispun berkewajiban demikian. Apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kamu kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan” (2:233)



Wallahu'alam...selamat mengamalkan doa dan zikir ni ye!  (^^,)


 



Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

8 comments:

mamapp said...

comelnye budak kecik ni.. thanks ye for tips

cha said...

susu ibu jugak yg terbaik kan u :)

Lea Isnawi said...

comelnya baby dia

eima said...

insyaallah berjaya my dear .. aku dah tewas ... dah campur aku doakan ko berjaya utk 2 tahun ....selain dari berdoa jiwa ko jugak kena cekal dan jgn lupa utk kosong kan breast setiap 2-3 jam ok....

Liyana said...

ya Allah dobot nye budak ni....geramm.. hihi

tq yna tips ni..blh cube... lg sebulan lebih, omg! :D

Salina Mat Isa said...

thanks for sharing..sedang berusaha jugak untuk full breastfeeding,cuma sedih sikit berat baby tak berapa naik..

Lydia Miza said...

insya Allah..kita usaha sebaik mungin agar susu tetap byk utk anak tersayang kan yana

Unknown said...

terima kasih di atas perkongsian. Bagus ada blog-blog macam ni kerana ianya sgt membantu ibu-ibu yang barku menimang cahaya mata yang pertama. Apa pun konsep demand and supply mesti dipatuhi. Seterusnya kita doa dan tawakal pada Allah wst. Tips yg puan kongsikan ini sungguh bermakna.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015