Feb 10, 2012

Kenan Semasa Mengandung...Boleh Percaya ke??


kalau nak baby nampak comel selalu tengok benda² comel..so aku tepek gambar pocoyo sebab pocoyo comel...agak² leh kenan kat anak aku tak?? ngehehe  =P



Rasanya ibu-ibu dan bakal ibu kat luar sana mesti selalu dengar pasal 'kenan' kan?? kenan ni macam kepercayaan tradisi lah...dan aku adalah seorang yang tidak percaya dengan kenan-kenan ni...dari awal mengandung dulu, sampai nak meletop ni asek dengar orang sebut pasal kenan...buat itu tak boleh, ini tak boleh...semua takut kenan kat anak...rimas! kalau semua tak boleh buat orang mengandung ni kerjanya duk rumah membuta je la yeh?? hehh~  (-_-)


Tak dinafikan ibu mengandung kena jaga segala adab dari segi perbuatan DAN percakapan...sebab segala tindakan ibu akan mempengaruhi fikiran dan tingkah laku anak yang dikandung...YES! itu adalah fakta! tapi kenapa time mengandung baru nak jaga adab????? bukan ke dalam Islam memang dah suruh kita jaga adab, kelakuan, percakapan segala??? sepatutnya dari sebelum mengandung lagi dah jaga semua tu...betul tak??? tapi kalau orang cakap masa mengandung ni laa banyakkan baca quran, buat amal ibadat nanti anak muka bersih, jiwa bersih...oke yang tu aku ikut laaa...benda baik kan? segala yang baik memang Allah akan balas dengan yang baik-baik juga...begitu juga sebaliknya...kannnn??



buku pinjam dari Diana..hehe~ 


Dalam buku ni ada terangkan pasal kenan atau amalan tradisi tok nek moyang kita dulu...apakah kita patut percaya atau tidak...maaf, aku BUKAN perlekehkan mereka-mereka yang masih percaya dengan amalan tradisional, cuma aku bangkang amalan-amalan yang mendorong SYIRIK!!




Aku quote beberapa perenggan yang ada dalam topik Amalan Tradisional ni...



"Berhubung dengan ramalan-ramalan bakal berlaku kepada seseorang, khususnya para ibu yang sedang hamil atau suaminya, sehingga disuruh diadakan pantangan semasa isterinya sedang mengandung, maka telah menjelaskan dalam Al-Quran surah Al An'am ayat 59 yang bermaksud:: "....dan pada sisi-Nya (Allah) ada kunci-kunci ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya, melain hanya Dia."  Ayat ini menjelaskan bahawa hal-hal ghaib yang bakal berlaku adalah dalam ketentuan Allah.


Selanjutnya Allah berfirman lagi dalam surah Al An'an ayat 50 yang bermaksud::  "Katakanlah; 'Aku tidak mengatakan kepada kamu sekalian bahawa aku memiliki gudang-gudang kekayaan Allah dan pula aku mengetahui perkara yang ghaib.'"


Ayat pertama tadi menegaskan bahawa kepercayaan tentang hal ghaib itu tidak boleh diterima, kecuali hal itu benar-benar diajarkan oleh Allah. Jadi manusia sama sekali tidak boleh mereka-reka dengan cara apa pun untuk meramal kejadian yang akan berlaku, jika memakukan sesuatu lalu dikaitkan dengannya.


Ayat kedua pula menegaskan bahawa seorang rasul sekalipun tidak tahu sedikitpun tentang hal ghaib, kecuali apa yang diberitahu oleh Allah. Kerana itu, manusia selain rasul sudah pasti tidak tahu tentang hal-hal ghaib.


Pantang Larang Semasa Hamil

Pantang yang dikaitkan dengan wanita hamil ialah pantang (larangan) yang berkaitan dengan kepercayaan tradisi masyarakat yang diambil dari datuk nenek dahulu, iaitu pantangan bagi wanita hamil untuk tidak berbuat sesuatu didasarkan pada kepercayaan suatu masyarakt. Kepercayaan ini menyatakan bahawa kalau suatu perbuatan dilakukan oleh wanita hamil, maka kelak bayinya akan cacat atau wanita itu sendiri akan terseksa ketika melahirkan. Misalnya pantangan untuk membunuh cicak, memasak hasil buruan, menyembelih ayam, melewati pohon besar tertentu dan lain-lain yang berasal dari DONGENG atau kepercayaan nenek moyang dahulu.


Pantangan semacam ini sudah tentu tidak boleh dipercayai, apa lagi ditaati. Kerana Islam sama sekali tidak mengajarkannya. Bahkan ia boleh menjerumus seseorang itu kepada perbuatan syirik. Mengikut kepada perbuatan syirik adalah haram. Mempercayai sesuatu dongeng bahawa seorang hamil yang membunuh cicak atau memasak binatang hasil buruan kelak akan celaka bayinya adalah termasuk mempercayai perkara yang dilarang seperti mana mempercayai thiyarah, seperti mana istilah disebut oleh Rasulullah SAW dalam hadis yang bermaksud::

"Membaca garis di tangan untuk menentukan nasib, melepas burung bagi melihat arah terbang burung (dalam menentukan buruk baik sesuatu) adalah perbuatan sesat" - (Riwayat Abu Daud dari Qabisah bin Al Mukhariq)




So lepas ni jangan lah taksub sangat dengan kenan ni...sampai nak bunuh tikus pun tak boleh...nak siang ikan, siang ketam pun tak boleh...tengok national geography pun tak boleh?? apahal?? tikus, ular, semut, nyamuk semua tu kan binatang perosak...kalau tak bunuh kang aku pulak yang 'terbunuh' siapa nak jawab?? tapi agak-agak la kalau bunuh dengan cara kejam memang la kau dapat balasan kejam jugak...itu dikira hukum alam derr...hukum karma..so kalau nak kaitkan dengan kenan sekalipun, kita kaji balik, kenapa boleh jadi macam tu? jangan main cakap melulu je..."aa tu lah dulu mak dia suka masak ketam tu kaki anak dia macam ketam.."  WTHell??  =.=


Apa-apa pun kita sebagai ibu bapa harus sentiasa berdoa demi kesejahteraan anak-anak kita...back to basic! pencipta kita, Allah! Dia Maha Mengetahui...segala yang terjadi tu atas ketentuan Allah! kat sidebar aku pun ada tepek doa untuk anak semasa dalam kandungan...semoga doa kita diperkenankan Allah...semoga semuanya terpelihara dan dilindungiNya...amin~ (^^,)







Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

19 comments:

Liyana Anuar said...

Macam bagus ke buku tu..hehe~

mas saari said...

akak pun tak percaya benda ni... masa mengandung dulu akak buat je macam2, anak lahir sihat walafiat je!

seperti kata yana, yg penting kita banyakkan berdoa pada Allah supaya anak yg dilahirkan sihat dan sempurna!

NanieZara said...

mmg lah org tua ckp itu tak leh ini takleh..tp kita "ya" kan jer..percaya tu mmg tak lah.pokok pangkalnya semua dtg dr allah.apa pon terima dgn seadanya...semoga baik2 jer utk yana & baby

*pocoyo pon comel apa..cukup sifat..ghehehe

eima said...

aku buat semua yg bab siang2 tu...
tp niat yg aku buat ni utk mkn dan keluarga ...

yanamib said...

klu org tua2 yg ckp kenan2 mmg kita ye kan je..sebagai tanda hormat..abeh kalu org muda mudi sebok ckp psl kenan xkan xleh nak tego..kannn?? salah tetap salah =)

Liyana said...

hehe sebut psl kenan ni, nenek asben selalu dok sebut2.. dgr kan je... sume benda lak x boleh.. hihi

hr tu nk pegi mancing udang dgn adik n asben, kena mrh ngn nenek asben, dia kate jgn pegi, harimau bau wangi je orang mengandung ni... pdhl tu kolam kot.. mmg la semak sikit.. adeyy.. lgsung x jd pegi :(

Unknown said...

sekarang dah banyak buku agama sebagai rujukan...

Anonymous said...

if betul la sal kenan tu, nak tengok kdrama siang malam.. mana tau anak nanti ada rupa lee min ho.. ahaks!!

actually,, memang moon pun x caya gak benda2 cam ni.. =.=

SUHAIDA said...

setuju ngan yana..su pun dgr je klu ada org tua lrg pe2 ms pregnnt ni..

Ujang9897 said...

"harimau bau wangi je orang mengandung ni... pdhl tu kolam kot.."


wahahahah,=)

lawak komen ni

Fariehan Ibrahim said...

btol3..slalu gak dgr psl kenan ibu mengndung nie..

pffttt..siyes pocoyo comel giler! >,<

nabilah_2908 said...

kalau yg logik....ikut...kalau yg tak bape tu...

masuk telinga kiri..keluar telinga kanan... :)

eyjalukman said...

tulah slalu jugak dgr org kata ibu mengandung ni kena jaga adab sume , ckp takleh lepas . mintak lah dijauhkan perkara buruk.

ILA HonEyBuNNy said...

sis..

nanti lau ila da tawin n ngadung..nak baca blog sis la..wat rujukan ckit2..ehhehe

Unknown said...

Maaf sis..hukum karma pon bersalahan dengan Islam. Ia berbeza dengan takdir dan balasan di akhirat nanti.

Apapun, bagus entry ini kerana membangkitkan isu kenan. Ia mmg tiada asas agama.

Doakan saya mndpt anak soleh/ah.

keyboard tasya said...

Hukum karma tu kepefcayaan agama hindu..dlm Islam tiada karma..dlm Islam ada taubat klo bt slh..Wallahualam

aymanayyash said...

entry ni mmg vogue.. sy ni kene mrh siap tgk gmbr binatang pn tk blh.. siap ckp nanti kenan la itu lah.. sy ni bekerja berhadapan dengan masyarakat setiap hari..klien sy kdg2 org oku.. dan mcm2 lg.. adakah dorg pun nak sekat penglihatan sy dr melihat? sebab percaya kenan.. semua Allah yang tentukan..cuma jaga sikap kita.. bkn stakat mengandung.. tk mgandung pn kene sentiasa buat baik.. kannnn.. huhu.. apepun entry ni mberi sy semangat balik ble down mlut2 org tertentu ni suke sgt ckp pasal kenan..

Unknown said...

Petua/pantang larang selepas bersalin:
1) Tali pusat anak yang telah lahir perlu disimpan dengan baik, dan jika anak kedua lahir, tali pusat anak pertama dan kedua perlu disimpan bersama supaya hubungan adik beradik sentiasa rapat.
2) Uri bayi perlu ditanam di kawasan yang cerah yang terkena cahaya matahari kerana dipercayai anak yang lahir tersebut akan menjadi bijak.
3) Ibu yang dalam tempoh berpantang tidak boleh menambah nasi ketika makan (tak tahu apa sebabnya).
4) Dalam tempoh berpantang juga ibu tidak boleh keluar rumah pada waktu maghrib takut diganggu jin atau syaitan, dan untuk elak diganggu perlu memakai paku di sanggul rambut.
5) Anak yang lahir apabila dibawa ke rumah saudara, perlu disapu bedak bertujuan supaya anak itu akan ingat bahawa dia pernah singgah datang ke rumah saudara tersebut.

Ni antara petua dan pantang larang yang aku dapat sejak isteri aku bersalin. Korang pernah dapat tak cmni?

Linabidin said...

Ada dpt "ni time mcm ni jaga, jgn kelahi dgn kucing, jgn tendang, ckp tu jaga"

Tapi masalahnya geram dgn kucing ni. Kita makan, toleh ke seblah kejap je, toleh ke makanan balik tgk tgk dia dah makan sekali. Bagi mkanan dia makanan kita jugak dia bedal. Mana tak kelahi dgn kucing. Kalau geram tu jentik kan jugak telinga dia.

Tapi tu la kadang² tu terpercaya jugak kenan yg org tua tua pesan ni sbb gaduh dgn kucing. Eeee serabut kepala

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015