Sep 13, 2018

Bercuti di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya

Assalamualaikum...


 Orang Cyber, Putra dan yang berdekatan mesti familiar dengan resort ni kan? Tapi, pernah tak stay sini??


Weekend baru ni aku menginap kat resort ni selama 3 hari 2 malam. Follow asben teambuilding dan family day geng gojes. Tu nanti lah aku cerita kat entry lain. Entry kali ni nak cerita betapa BEST nyaaaa resort nii! Kalau belum pernah datang tu boleh la try menginap kat sini semalam dua. CONFIRM tak menyesal! Anak² aku sampai taknak balik tau hari tu. Aku pun belum move on lagi dengan facilities yang disediakan kat resort ni. haha


Lobby area. Dah nama pun Resort & SPA, masuk kawasan lobi je dah bau spa. Nyamannn


Resort ni ada 3 jenis bilik:-
1) Superior Chalet
2) Deluxe Chalet
3) Executive Deluxe Chalet


Harga daripada RM315 - RM430 per night (thru booking.com). Superior tu paling murah, Exec Deluxe tu paling mahal.


Ni map hotel, memudahkan korang pilih bilik mana yang korang kenan. Belah kanan tu bilik² Deluxe (dekat dengan swimming pool), belah kiri bilik² Superior (jauh dari pool tapi dekat dengan spa). 


Oke jom cekidaut apa beza ketiga-tiga bilik tu ๐Ÿ˜๐Ÿ‘‡




Superior Chalet

1 katil King, 1 katil Single

Toilet. Toiletries disediakan. Korang datang bawak baju je. haha 

Balcony besar namateyyy! Tapi ada bilik yang takde balcony, ada bilik balcony kecik je dalam 3 kaki gitu je lebar. So nasib² lah korang dapat bilik jenis macam mana. Atau boleh request kat reception korang nak bilik mana. Kalau ada kosong memang dorang bagi je request.





Deluxe Chalet

2 katil Queen.

Kalau anak lebih dari 3 pun boleh sumbat lagi dalam bilik Deluxe ni. Bukak je lah sofa bed tu. Saiz sofa bed sama dengan saiz katil Queen. wohoaa!

Kitchenette.

Bilik Deluxe SEMUA ada balcony. Beza: ada yang boleh direct turun ke swimming pool, ada yang tak.

Dalam toilet ๐Ÿ˜

Toiletries disediakan. Korang datang bawak baju je. haha 




Executive Deluxe Chalet

1 katil King + Sofa bed

Susunan beza sikit

Dalam toilet ada bath tub. Tapi tak secantik bath tub bilik Superior lahh. Bath tub old school. kahh!

Exec Deluxe pun ada kitchenette tapi takde pulak kawan aku snap gambar. Sama je kot rupa dengan bilik Deluxe. Aku hari tu dapat merasa duk bilik Superior dengan Deluxe je.




Swimming Pool

Kalau dah nama hotel 5 star takkannnn lahh takde swimming pool ye dakk? Besarrrrr sangat pool kat sini. Masa aku pi tu long weekend. FULL HOUSE! Tapi kawasan pool tak sesak langsung! Anak² aku still boleh mandi dengan aman. Aku pun tenang je melepak tepi² pool tu tengok anak² aku mandi.


Dari lobi dah boleh nampak view ni. Kawasan ni paling anak² aku suka. Sebab lantai dia landai ala ala pantai gitu. Kedalaman paras lutut orang dewasa je kot. hahaha

Geng mak mak membawang. Ehh! tak tak kami pantau anak lah! Sementara tunggu apak apak balik teambuilding ๐Ÿ™„  Aku tak masuk pun swimming pool, paling hebat pun celup kaki je. Baby tengah tak sihat malas lah nak berendam² sgt.

Kawasan pool ni dekat sangat dengan bilik Deluxe.




Sembunyi Spa

Mintak halal aku tepek gambar korang sini ye. haha~  Sembunyi Spa berdekatan dengan Tennis court, gym dan kids playground. Kanak-kanak TIDAK DIBENARKAN masuk dalam spa!

SETIAP guests yang menginap di sini layak menggunakan segala kemudahan dalam kawasan Spa (kecuali treatment). Untuk masuk spa, SUGGESTED bawak towel sendiri! Sebab dalam tu tak disediakan towel. Kang dah basah² dalam tu takde towel nak lap.


Facilities apa yang ada dalam Sembunyi Spa? ๐Ÿ‘‡


Ada swimming pool lagiiii dalam kawasan spa. Guests boleh guna FOC je ye pool dalam ni.

Jakuzi! wohoaa!! Sebelah jakuzi ada kolam air sejuk/ais. Sejuk gila air dia. Tingkap tu orang luar tak boleh nampak dalam tau, so terjaga lah aurat. Tapi kawan² aku masuk sini lengkap pakai baju swimming + tudung sekali. hahaha

Kot lepas berendam haus, boleh la amek je air tepi tu

Sauna




Kemudahan Lain

Kolam ikan tu dekat dengan Spa and laluan masuk. Boleh memancing. RM10 kot kalau nak sewa joran and umpan. Request je kat lobi. Tak pun bawak je joran and umpan sendiri. Ikan yang dah ditangkap tu tak pasti pulak boleh bawak balik ke idak. Korang tanya lah nanti ๐Ÿ˜

Indoor kids playground. Betul² depan Sembunyi Spa. Sementara korang berendam dalam jakuzi, anak² boleh tinggal kat sini. Tapi jangan la tinggal gitu je. Kena jugak ada adult supervision ye. Resort ni tak sediakan babysitter ๐Ÿ˜

Sebelah kids playground ada Gym. Untuk masuk gym korang kena touch kad bilik. Tennis court pun area sini jugak.


More, ada service buggy. Kawasan resort ni luas! Dari bilik nak ke kawasan spa ni memang jauh kalau nak jalan kaki. So dari bilik korang dail je receptionist and request for buggy. Dari kawasan spa nak balik bilik pulak korang boleh call buggy dari spa atau kids playground. Ada phone disediakan kat situ. Mudah kan?


Hurm apa lagi eh yang aku belum review? Breakfast kot kan. Tu entry lain la eh. Dah panjang berjelaaaa. kahkah~


Service tip top resort ni. Memang HIGHLY RECOMMENDED! Aku pun rasa nak repeat datang sini lagi. Jom menabung! ๐Ÿ˜





Terima kasih sudi membaca!

3 comments:

Ibu Dilah said...

best sgt resort ni kan yana.. bilik best dan besar, facilities pun banyak.. makanan breakfast pun best..

nurul ashikin said...

Allahu speechless melihat resort ni walaupun hanya melalui tingkap blog yanamib.kalau akak kaya macam ALTIMET, nyanyi skit----KALAU AKU KAYA HARI2 HARI RAYA... memang compom akak bawak seisi keluarga menginap malam ni jugak.... santek yangamat. takpa2 boleh pergi dalam mimpi dlu... pasang angan2 nak ke sana insyaaaALLAH. Wahai bitcoin cepatla beranak---- (-_-) --pissss

tebumanis78.blogspot.com
ummuhurairah78.blogspot.com

careno said...

Lengkap review ko wehh... Tp serius aku nak repeat lg... Spa ritu aku masuk sorang, xde geng. Mcm org gila dok berendam sorang. Hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015