Company aku booked hotel Baan Laimai...
terletak betul² tepi laut Patong! terbaek wooo!
entry semalam aku cuma tunjuk kawasan LOBI sahaja tau! haha
besar kawasan hotel ni... :)
total yang join company trip kali ni dalam 33 orang...
termasuk spouse and kids...
kalau staff sahaja (Malaysia-Singapore) dalam 14 orang...
so setiap staff dapat 1 bilik Deluxe!!
includes breakfast every mornig! weeeee! ^_^
masuk je bilik laju² snap gambar (pemandangan dari pintu masuk)...
kalau tunggu esok, lusa kang bilik dah bersepah...
tak cantik! ngeh² :p
aku tengok website hotel ni,
harga untuk bilik Deluxe macam ni around RM300++...phewww~
mekasehhhh bos belanja bilik memahal untuk kitorang! ^_^
ekceli kalau nak lebih exclusive, korang boleh sewa bilik tingkat bawah...
betul² mengadap pool....
kiranya, korang keluar je balkoni terus terjun pool...
kalau korang jenis sleep-walking agak bahaya la duk bilik gitu...
tak pepasal tengah tidur terjun kolam...bahahaha~
Bilik aku tingkat 2...
mengadap swimming pool sikit, cafe sikit....
err tak cantik sangat la view...
setiap bilik Deluxe memang ada balkoni...
aku tak snap pun gambar balkoni...
bukan ada apa pun...
just ada 2 sofa and seketol coffee table...
tak menarik sangat pun...
tempat orang menyidai² kain baju basah lepas mandi pool and laut je...ngeee~
untuk bilik Deluxe, katil ialah KING size!! woohoaaa!
tak perlu risau Zafirah tido gaya kuak lentang ke, kuak rama² ke hape...
masih muat tidur bertiga atas katil dengan selesanya! yeyyy!! ^__^
hei ko jangan tak tau Zafirah sekarang kalau mentido kemain buat senaman pelbagai gaya...
papa la selalu mengalah tido atas lantai...
mama kena maintain tido sebelah anak sebab nyusu badan kannnn....mihmihmih
ni pemandangan dari bilik air....
luas oii bilik ni...
nak sumbat lagi 2 orang pun bolehhhhh...
tapi kalau sumbat extra 2 orang,
yang extra tu tak dapat la breakfast free kat hotel...hikss
pemandangan dari tepi katil....
atas meja solek disediakan kettle, 2 gelas untuk minum air sejuk, 2 cawan untuk minum air panas,
nescafe 3 in 1 berserta sugar and creamer and sekotak tisu....
TV flat screen...dengan siaran yang pelbagai...
semuanya dalam bahasa Thai... >_<
aku tak tengok langsung tv sepanjang duk Phuket...
takde keinginan langsung nak check siaran apa yang ada, tengok movie ke...hihi~
oh mini fridge juga disediakan with 2 botol mineral water...
hari² aku mintak dorang make-up room so dorang boleh refill mineral water... ^_^
nak beli air kat kedai luar pun boleh...
banyak family mart nearby hotel....
harga lebih murah dari Malaysia! ^_^
selipar jepun juga disediakan...
khas untuk korang pakai untuk mandi pool dan laut...
tapi aku tak guna sangat pun...
sebab memang dah pakai selipar siap² dari KL...
kat Phuket ni elok berpakaian santai je...
dah kata duk tepi laut...
rata² pelancong yang datang sini semua pakai t-shirt and short pants je...
and selipar buruk....
jarang la aku jumpa orang berkasut sport segala...hihi~
ni ruang dalam almari....betul² tepi pintu masuk...
disediakan hanger yang banyakkkkk, 2 batang payung (besar gila), seketol beg....
payung tu ko boleh guna in case cuaca too panas or hujan...
beg tu pulak aku guna sekali je...
masa nak pi swimming pool hari last kat sana...hihi
isi towel and segala barang berharga macam henpon and kamera...
jarak pool dengan bilik bukan jauh nau...
so tak perlu la bawak wallet bagai...
henpon and kamera wajib bawak untuk posing mosing yaw!!
blogger tegar kata ko kann! muahaha~
oke now kita tengok rupa bilik air pulaksss.. :)
mini towels ada 4 helai....
aku pun tak tahu nak guna untuk apa mini towels tu selain untuk lap muka....
kadang² aku guna untuk lap air tumpah....
kadang² untuk lap hingus anak aku...kahkahkahhhh~
hari² aku mintak tukar...
so tak kisah sangat la nak lap hingus bagai.... :p
sabun buku 2 bijik (yang bulat tu), sanitary disposal bag, sikat, sewing kit, shower cap and cotton bud pun disediakan....
shower yang tak best! susah betul nak mandikan anak aku dengan shower tinggi macam ni...
hari² bergaduh time mandi....
pastu aku kena join mandi/basah sekali dengan dia...hehh~
shower gel, shampoo and conditioner juga disediakan...
segala mak nenek sabun, shampoo, shower cap segala bagai tu cleaner takkan ganti hari²....
means dari hari pertama sampai hari ko check-out memang banyak tu je la stok sabun yang ko ada....
kedekut sangat! dah la harga bilik mahal....
patutnya bagi je la sabun baru hari²....hermm~
lepas dah lap kaki takde ghope towel dah aku nengok...kehkeh! :p
aku letak towel ni luar pintu toilet... :)
towels ada 4 helai....
tu aku cakap nak bawak masuk extra 2 orang pun boleh dalam bilik ni....
kitorang belasah guna empat² towel sehari....
mandi pagi guna 2 helai (aku 1, dak encem 1),
mandi petang guna lagi 2 helai...
pastu esok pagi suruh cleaner tukar towel baru....ngaaaaa!! heaven!! :p
untuk Zafirah memang aku bawak towel lain dari rumah....
sabun mandi, shampoo dia pun aku bawak asing...
sabun mandi, shampoo dia pun aku bawak asing...
aku tak berani campur towel, sabun, syampu orang besar untuk Zafirah...
rosak kulit dia kang...haaa overprotective tak iols??? :p
untuk ruang restoren, pool and kawasan lain dalam hotel,
aku story lain entry la yeh....
macam panjang dah entry ni...hahaha
tata! ^_^
untuk ruang restoren, pool and kawasan lain dalam hotel,
aku story lain entry la yeh....
macam panjang dah entry ni...hahaha
tata! ^_^
Terima kasih sudi membaca!
15 comments:
cantekkk. kita nak tggu next entry. Nak tgok pantai.. hehehe
bestnye weyyy... jeles mak ni haa...
bestnyeeee lajhaiiii.. phuket oh phuket.
tunggu kedatangan ku.
bila?? tak tahu..
Cantik ar suasana hotel Baan Lamai....dasat tgk lantai dia...terkedu jap tgk...serius untung sgt2 yana dpt pi phuket....nk kumpul uit lh cm nih....
pemurahnye bos T___T...biase kalau dok hotel..towel kecik tu wat lap kaki...
towel lap kaki mmg dah ada yg khas.. :)
kan dah kata.. dak Ujang memang tepek sikit je gambar kat blog dia buat sesi pengenalan.. pehtu kena datang kat sini.. wakakaka..
whoaaa best gila.besar nyaaa.huntonggg lah kak! best best!
bestnya. bukan senang nak dpt hotel mcm ni. free pulak tu huhu
Haritu pergi Phuket juga. Company trip. Ktorg tido Banthai hotel.
p.s : bawak zafirah g bangla road ke ? :P
waalaikummussalam...
wah beh nyer dia p bercuti no...
selamat berkenalan... saya follower ke 3595...
untonglaaaa tempat best cantik gini free
tengok entry ko p company trip ni, tak sabau nak tunggu company trip ktrg bulan 12 ni. hoho
hebat ... lagi lagi
besarnya bilik..main galah panjang pun lepas nie..hehehehe
Post a Comment