Mar 31, 2010

Menegur Secara Rasional


Nothing is perfect...





Nobody's perfect....




Practice makes perfect, but if nobody's perfect then why bother practice??





Pernah dengar statement2 kat atas tu?? Apa pendapat uols??huhuhu..





Bila statement 'nobody's perfect' dikeluarkan, pasti seseorang itu telah melakukan kesilapan atau kesalahan. Memang betul! Semua orang PASTI akan membuat silap..Bezanya besar atau kecil...setuju??




Jadi apabila seseorang telah melakukan kesilapan atau kesalahan, apakah tindakan yang harus dilakukan??menghukum individu tersebut dengan sangat kejam (tampar, sepak, terajang, bakar rumah, pancitkan tayar kereta atau motor, curik awek atau boifren orang tu...oke over sangat dah ni ) atau sekadar memberi nasihat dengan harapan individu tersebut akan berubah dan tidak akan mengulangi kesilapan atau kesalahan yang sama di masa hadapan???





Bagi aku, depends pada kesalahan seseorang itu. Kalau kesalahan tu sangat besar sampai ramai orang yang akan terlibat, contoh menipu/menggelapkan duit syarikat, menggagalkan sesuatu projek, memberi atau mengambil RASUAH...etc..etc... tindakan yang aku akan ambil ialah memberi surat amaran (sekarang ni kalau nak saman2 pun kena ada hitam putih kan..tak main dah cakap mulut ni). 





 Tapi kalau kesalahan tu terlalu kecil, contoh ayat dalam emel tidak sesuai diberi pada orang-orang atasan (takkan korang nak send emel kat bos guna ayat blogger kuttt...not allowed beb!), atau korang terlepas cakap benda-benda yang kurang sopan dengan orang-orang atasan, so tindakan yang perlu diambil takkan kena buang kerja?? ermm..macam not fair je...Mungkin dengan sedikit nasihat dan teguran, atau setengah orang lebih suka membebel atau menengking...depends..as long as orang tersebut faham dengan kesalahan yang dia buat...





Everybody deserve a SECOND chance...




Sedangkan Nabi ampunkan umat....






Tapiiiiii dan tapiiiiiii lagiiii....untuk menegur kesalahan orang pun ada caranya juga...bukan main redah je kannnnn...mentang-mentang orang tu jauh lagi muda atau pangkat tak berapa nak besar, suka hati je nak memalukan orang tu macam perli-perli ke, tengking depan orang ramai, pergi gosip, ngumpat, fitnah semua kat orang lain...ewah..ewah..not allowed oke...




So aku ada terbaca satu blog ni tentang cara-cara menegur kesalahan orang mengikut Islam, siap ada ayat dalam Quran lagi oke...Jadi tolonggggg lah baca!! Sebab kadang-kadang kita pun tak tahu yang kita dah buat silap sehinggalah orang lain menegur kesilapan kita...

Uols klik kat sini oke ---- Tegur Menegur Kesalahan


Salah satu ayat yang aku petik dari blog tu, "Janganlah kita terlalu sibuk ingin membaiki orang lain, tetapi diri sendiri dibiarkan binasa."



:: Gambar sekadar hiasan ::




Kerana mulut badan binasa!


Jadi sentiasalah jaga pertuturan kita semasa bercakap dengan orang, juga semasa memberi nasihat, jangan sampai menyinggung perasaan orang lain...



Mungkin balasannya bukan serta merta, tapi percayalah pada hukum KARMA dan kuasa Allah...errr hukum karma tu takkan jadi tanpa izin Allah ye...hehe..jangan salah faham lak..ish3...bahaya betul bila ada orang salah interprets penulisan aku nih (-_-")



Tak rugi pun berbuat baik dengan orang, ikhlas berkawan sebab perjalanan hidup kita sangat panjang. Kita tak tahu apa akan jadi pada kita di masa hadapan dan siapa yang kita akan minta tolong bila masa kita ditimpa kesusahan... Unless memang dah plan nak bunuh diri awal so up to you lah kan...MUAHAHA~  ^_^



Berkawan biar beribu, bermusuh bercinta biar satu...*oke mungkin yang musuh tu jadikan zero ye..lalala~*




Peace no war!!  \/(^_^)







Pokok Beruang di Kellie's Castle



Agak-agak, bila kali terakhir uols pergi atau anjurkan trip atau lawatan-lawatan ilmiah kat Malaysia ni?? Ada gaya cikgu tak ayat aku tu??huhuhu...

Baru-baru ni aku balik kampung, kat Parit, Perak...So otw ke Parit akan melalui Kellie's Castle...have you ever heard of it??cewah speaking lagi..hahahaha...













Oke sejarah Kellie's Castle aku tak tahu sebab zaman aku sekolah tiada dalam buku teks sejarah lagi. Tapi mak aku cakap sekarang ni dah dimasukkan ke dalam silibers sejarah sekolah (tak tahu form berapa)... 

Yang aku faham, William Kellie's ni bina castle untuk wife dia, tapi belum sempat castle ni siap, wife dia mati...ish3...


Masa mula-mula aku datang sini tempat ni memang burok ah..tapi sekarang pihak management dah touch-up tempat ni, nampak la seri sikit orang nak datang melawat...Tapi cousin aku yang kecik tu takut la pulokkk nak explore tempat ni. Semua gara-gara sign 'koridor misteri' tuh (-_-")




:: Ada nampak macam beruang tak pokok ni?? ::




Dulu takde pokok ni..entah bila dia tumbuh aku pun tak tahu..Tak pun rupa beruang tu baru kelihatan...huhuhu..yeke??



Opppsss lupa nak cakap, untuk masuk ke Kellie's Castle kena beli tiket..hehe..tak ingat la harga, tapi idak la mahal sangat...Meh..meh..bawaklah anak2 anda melawat Kellie's Castle....weeeeee~  (^_^)







p/s: Pesal aku takleh tido niiiiiiiiii....aaaaaaaaaaaa~ -_-



Mar 25, 2010

Meneruskan Tradisi Menghiburkan Hanya Dengan Berblogging


Masa mula-mula aku start blogging tahun lepas (tak ingat exact date), selalu dapat award lah, tag lah...dan baru2 ni contest lah, gift lah *cuba kira ada berapa perkataan 'lah'..huhuhu..*  Ramai juga kawan2 yang aku jumpa walaupun hanya di alam maya, tapi rasa macam dah mesra gitu sebab selalu mengikuti perkembangan mereka di blog. Apa yang ditulis, suka, duka, pahit, manis semua ada lah..ewah...tiba2 sentimental di hari Khamis....huhuhu~



"There are more to do than just blogging"


ya! aku pernah menulis tentang ni sebelum ni ^_^

 

Jadi sejak dua menjak ni, aku dapat penghargaan untuk menerima award yang agak berprestij sebab orang yang memberi merupakan orang-orang yang berprestij juga (bodek ni..ngee~). Belog mereka very-the-fantastic, bombastic, elastic..eh eh..terlebeyy sudaaa...huhuhu~





1st award from Cik Ribena atau dalam bahasa melayunya cik Anggur..hehe...mungkin dia penggemar Ribena sebab tu dia sweet  ^_^












2nd award is from Sis Posh ...belog sis ni sempoi je.. Aku selalu gak terpengaruh kalau sis posh cite pasal food ke, jalan2..ish3...bahye2 \/(^_^)






THANK YOU SO MUCH!!

Saya sangat sangat sangat sangat *oke sangat kuasa infinti* suka dengan award2 anda...chantekkk ouh! weewiitt!! (*.*)




So bagi memeriahkan lagi situasi, aku minta dan bukan berharap agar semua yang di'TAG' ambil award2 kat atas ni (pilih salah satu je oke! sebab orang tamak selalu rugi..lalala~ ), tepek lah pada blog uols pula...then tag lah sesiapa sahaja rakan2 uols yang uols rasa deserve to have these awards \(^_^)/



1. Adek
2. Iza (my beloved cousin)
3.
Mcd 
4. Su
5. PakcikDot
6.
Dayah
7.
Ribena
8. Meo188


Cukup la lapan kan...sebab no favvy aku tuh...lalalala~ ^_^



Oke adalah satu kesalahan jika meng-update blog semasa waktu bekerja (office hour), tapi jari2 aku memerlukan senaman. Diharap orang-orang berkenaan paham dengan masalah aku....huhuhu~ papai~ \/(^_^)








p/s: Bos takde hari ni, pi Sandakan ada meeting tapak dengan JKR...ramai orang opis terlibat, so opis agak sunyi, ada 3 orang je nih..siap buat slumberr party lagi kaoooo...huakakaka.. *patot la ko boleh update blog yana oiii..sengal je...report kat bos kangggg...haaaaa...takutttt!!*   MUAHAHAHA~ (-_-")


Mar 22, 2010

Masakan Mak Dapat Melupakan Masalah


Serius tajuk membodek tahap Amerika...hahaha..mak baca ke belog yana ni mak?? Susah2 je...huhuhu~


Rasa dah bosan story pasal problem. "ek eleh, macam kau sorang je ada masalah, orang kat Palestin tu lagi dahsyat tau masalah dorang, lagi tak bleh nak lari..." *oke tiba2*



Biasanya time balik kerja aku akan beli makanan di kedai je. eh eh beli??kenapa tak masak??awak tu kan anak dara?? ehem2...dan ehem2 lagi...saya ni anak dara bekerjaya jadi tak mampu nak memasak sebab letih+malas=tak reti masak sebenarnya...huahuahua...opppsssss terlebey sudaaaa... (-_-")




Oke nak dijadikan cerita, sesampai je rumah terbau haruman makanan yang tersangatlah enak..mmmmmm...mak aku memasak rupanya...hik3....masak apa??masak apa??masak apa?? *macam tak faham kenapa kena taip perkataan yang sama sampai 3 kali*  lalalalalalala~  ^_^



yeayyyyyyy mak aku masak sardin weyyyyy...hahahaha..*kecoh la lu*   Macam suspended je kannnn...kuang3~  Lama dah aku mengidam nak makan sardin nih..daripada aku duk Sabah lagi. Sardin ni kalau beli kat kedai memang tak sedap, bila masak sendiri baru la kawwwww kawwwww rasanya!! phheewwww~


Sebabnya kalau kat kedai mesti kureng pedas, kureng masin, kureng ikan (erk!)...segalanya kureng la...tapi kalau buat sendiri................pehhhhhh...P.E.R.F.E.C.T wa cakap sama lu!!!



:: Don't judge a book by it's cover!! ececey speaking lak kannn..hek3..I know what ya'all think oke..ish3~ Dalam gambar memang burok ghopenye sebab aku tak guna DSLR..camera aku tu kat kedai lagi..huahuahua~ ::


mungkin jika aku selalu menyebut dan menaip 'DSLR' di setiap tutur kataku dan penulisanku, mungkin satu hari nanti Allah makbulkan doaku supaya ada orang menghadiahkan sebiji DSLR pada hari jadi ku...eh eh silap, mungkin aku patut beli sendiri je...huhuhu~



Tiba2 terlintas angan-angan untuk mencari teman hidup yang pandai masak sebab aku memang sangat suka makan...errr orang kata (bukan aku yang kata), orang laki lagi pandai masak daripada perempuan...betul ke??lalalalala~  







p/s: Korang ingat lagi tak entry aku pasal kuda garu2 tu?? klik kat SINI  , aku dah berjaya snap gambar kuda menggaru guna gigi..hohoho..mari2 ucap tahniah padaku..ucap juga tahniah pada camera DSLR kawan aku, mr driver...lalalala~




:: sangat menarik, tertarik...dan cute bukan??hehehe~ ::



Mar 21, 2010

Masalah Dalaman Sentiasa Ada di Mana-mana


Bila ada kisah-kisah yang hot and spicy yang boleh mengundang kontroversi haruslah ditaip during weekend sebab difahamkan tak ramai yang online on weekend....yeke??ish3..sangat mengharap ni (~_~)




Pada entry aku yang menceritakan kisah tragis dan sadis dan sangat kontroversi especially to my office mate lah pasal aku eksiden tu kan (sila klik di SINI)....memang ada one of my office mate yang baca. Kalau takat baca je aku tak kisah, tapi siap mintak entry tu di'PRINT' nak report kat bos gamaknya. Tapi takde orang yang sanggup print sebab macam no point...So entah apa dia pergi bawa mulut kat bos and manager aku sampai aku ni dicop "orang yang tak reti jaga maruah orang lain" *sigh*. Sangat terkezut oke bila dapat tahu. Memang nampak sangat hamba Allah sorang ni takde keje lain yang lebih menarik nak dibuat dalam hidup dia *sigh again*.




Dalam entry itu juga aku ada memarahi manager dan bos aku. Kat sini aku nak jelaskan, aku marah sebab nyawa aku terancam semasa eksiden. Kalau aku mati company nak tanggungjawab ke uruskan jenazah aku??ke nak roh aku kacau semua staff sampai 7 keturunan??!!
Even orang-orang POLITIK pun menggunakan blog atau forum untuk meluahkan perasaan tidak puas hati mereka kan...so apa bezanya aku???



Dan setahu aku tak pernah lagi aku bercerita tentang company tempat aku bekerja kat blog aku ni. Nama company pun aku tak pernah letak. So ofkos la orang takkan tahu siapa manager and bos aku kannnn...abes yang ko nak kecoh sangat tu pehallll??!! grrrrrrrrr~



Rasanya takde pula ayat aku memaki hamun orang. Aku cuma meluahkan rasa marah. Korang kalau ada anak atau adek beradek korang sendiri la kan, apa korang akan rasa bila tengok diorang tu eksiden dengan sangat dahsyat semasa menjalankan tugas?? RISAU??MARAH???SEDIH???TAKUT??? 



Mesti semua perasaan ada kannnnn....Tapi parents aku takde pula nak datang serang2 bos ke, manager ke apa sedangkan aku eksiden adalah disebabkan tayar tu dah botak. Kalau kitorang dapat duit awal, dapat tukar tayar awal mungkin takkan jadi eksiden tu..Tapi ada ke aku jaja cerita tu kat semua orang, KOSMO ke, TV3 ke??ada ke HUH??!! Tapi kenapa hamba Allah tu macam dengki sangat dengan aku maybe sebab aku jauh lebih cantik dari dia sampai kasi pressure kat aku suruh aku 'blah' cepat dari company tu.




Lagi satu aku nak minta maaf sekiranya ayat yang aku tulis agak kasar dan telah menyinggung hati yang berkenaan...bak kata orang tua2 siapa makan cili dia terasa pedasnya. So memang ada yang sudah terasa pedas...terima kasih kerana mengaku...huhuhu~





Aku telah dipanggil berbincang dengan manager aku face to face, 4 mata...walaupun dia pakai spek mata so jadi 6 mata...oke nonsense! (-_-")  hanya kerana entry aku yang hot and spicy tu! Dan daripada perbincangan itulah aku tahu memang ada duri dalam daging. Manager aku agak professional. Cara dia handle masalah dan berdepan dengan pekerja kejam macam aku ni pun sangat professional. Aku sangat menghormati cara dia menangani masalah. Terima Kasih en Z atas teguran dan nasihat anda....





Aku ni cuma budak hingusan je yang baru nak kenal dunia. Banyak benda yang perlu aku pelajari dan fahami. Jadi tolonglah beri tunjuk ajar. Sudah tentu aku akan buat silap dan mungkin kesilapan aku tu terlalu nonsense sehinggakan aku terasa seperti nak terbang pergi England je untuk menenangkan fikiran...(-_-")  Tapi tak perlu kut nak tegur dengan cara yang sangat keji macam kutuk belakang² ke, pergi gosip2 kat orang lain (macam mami jarum) sedangkan benda yang digosipkan adalah benda2 yang tidak benar sama sekali...hurmmm..macam ni agaknya perasaan artis2 yang digosip bukan2...mungkin tak lama lagi aku akan jadi artis kut...hek3...aminn (^_^)





Aku cuma tak puas hati je dengan hamba Allah yang busuk hati...kita sesama melayu seIslam weyyy..apa yang anda dapat dengan menjatuhkan saya???kalau saya berhenti kerja pun apa yang anda dapat???kepuasan hati??manusia tak pernah puas weyyyy!! hurmm...mungkin hari ni adalah hari anda menjatuhkan orang, mungkin akan datang hari anda pula akan jatuh. Ingatlah Allah tu Maha Adil, dia mendengar setiap doa hambaNya dan doa orang teraniaya itu mudah dimakbulkan..err aku ni kira golongan teraniaya ke??ehem2 (^_^)


Selingan-- Korang rasa orang yang kahwin lambat ni (especially pompuan) memang ada masalah jiwa ke?? jiwa kacau atau ringkasannya JK...huahuahuahua~ \/(^_^)





Sekarang ni aku redha dengan masalah yang menimpa. Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian. Mungkin aku akan jadi lebih kuat dan lebih matang lepas ni. Cuma perlu yakin pada yang SATU (Allah) dan yakin dengan pertolonganNya.



Selingan lagi-- sepatutnya orang yang dah pergi ke Mekah tunaikan Haji hati mereka sepatutnya lebih baik, lebih bersih kan??hmm....


Lagi dengan selingan-- tak salah kut merendah diri dan ngaku salah walaupun pangkat kita manager...kalau bodoh sombong lagiiii orang mencik! hilang respek hokay!! haktuihh~  @_@



Mar 17, 2010

Zaman Belajar Memang Terbaikkkkk!~

:: Menikmati saat2 kegemilangan..hep..hep..horraayyyyy!~ \(^_^)/ ::




:: ewah..nak jugakkkkkkkkkk~ (^_^) ::










:: (gambar besar) -With his mom ++ (gambar comel)- olololo..ayunya lah kami duduk bersimpuh macam ada lagu Tentang Kita nyanyian Peter Pan sebagai background music time ni...lalalalala~ \/(^_^) ::





:: Bersantai adalah hobi mereka..weeeee~ ::








Hari ni konvo dak encem...err encem sangatkah beliau???MIAHAHAHA~ 





TAHNIAH pada semua para graduan JKE atau dalam istilah kamus dewan versi Politeknik Shah Alam atau PSAAS disebut sebagai Jabatan Kejuruteraan Elektrik.


Ni je gambar yang aku ambil. DSLR tiada, jadi mood untuk ambil gambar kurenggg (agak poyo di situ)~ (~_~)





Sedikit nasihat pada sesiapa yang nak konvo, janganlah ada niat tidak mahu hadir ke majlis konvokesyen hanya kerana sijil anda tidak begitu tinggi (bawah dari Degree), CGPA tidak berapa baik, bergaduh dengan kawan-kawan, tidak suka dengan tempat belajar atau apa sahaja masalah yang remeh temeh. 




Sesungguhnya majlis konvokesyen ni adalah satu majlis yang tersangat istimewa bagi semua pelajar universiti. Tidak kira la anda dah banyak kali konvo (maklum ler rajin sangat belajar daripada sijil sampai PHd), tapi setiap majlis tu ada bezanya walaupun anda belajar di Universiti yang sama. Lain sijil ofkos la perasaannya berbeza dari segi memakai jubah (robe), berjumpa kawan-kawan, naik pentas untuk ambil sijil, ambil2 gambar dan banyak lagi perkara-perkara menarik semasa majlis konvokesyen.







Sekian sahaja karangan nasihat syahdu dari laman blogspot yanamib! Nite2~








p/s: Aku ada berniat untuk sambung lagi belajar memandangkan aku lebih suka lihat pada masa depan iaitu perasaan apabila sudah habis belajar dan sijil yang akan dikuasai...huhuhuhu~  Tetapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii jiwa pemalas kental ini lebih sukakan kerjayanya dan matawang yang masuk setiap bulan...hek3~ \/(^_^)


Mar 16, 2010

Lidah Panjang atau Panjang Lidah


Ada sesiapa yang confuse dengan tajuk entry tu?? Dua istilah yang berbeza oke..."Lidah Panjang" dan "Panjang Lidah"... Sebenarnya aku pun tak tahu apa beza kedua2 istilah nih...hahaha..ikut sedap jari aku je nak taip apa..lalalalala~





Just kidding oke...haish jangan la serius sangat bro..kita hidup mesti e.n.j.o.y!! (siap angkat tangan ikut gaya pelakun cerita putri tu..weeee~)




Lidah Panjang~


Ini bukanlah suatu perumpamaan atau teka teki atau peribahasa atau apa2 sahaja ayat2 kiasan tetapi ini adalah sesuatu perkara yang agak mistik...HUH! bukan mistik macam kisah misteri nusantara yang kadang-kadang seram dan kadang-kadang pelik......??! Fine kalau tak paham sila lihat gambarajah yang dicilok dari uncle gugel...taraaaa~




:: Geli oke tengok lidah awek ni, boleh pulak dia jelir panjang2 gitu..ish..ewwww~  kalau ada yang semistik ni boleh la masuk rancangan 'America's got talent'..sebab kat Malaysia tiada rancangan tu jadi ambillah peluang melancong ni sebaik2 nya *apakah?* ::





Panjang Lidah~



Oke istilah ni selalu di'label' pada kaum wanita atau dalam bahasa saintifiknya chikaro~  Apa yang aku faham mengenai istilah ni ialah, orang yang panjang lidah ni selalunya banyak sangat bercerita. Setiap waktu (tak kira hari atau jam atau saat) asalkan ada topik yang menarik terlintas di kepala otak orang berkenaan maka bermulalah telenovela di dalam versi kata-kata...huhuhu...uols pernah mengalami situasi ni??atau uols sendiri penglipur laranya??lalalalalalalalalala~ (^_^)




Kategori orang yang panjang lidah terbahagi kepada dua. Negatif atau positif.

Oke kita mulakan dengan yang negatif dulu..Kita kasi panasssss montot mata dulu...weeee~ 



Ada sesetangah orang kategori panjang lidah ni telah menyalahgunakan bakat yang ada dengan menjadi mami jarum...Uols sume mesti pernah tengok kan cerita mami jarum tu? Jangan buat2 inesen la tak tahu...cetttt~ topeng je tu! *emo tiba2*




Oh jangan la jadi seperti mami jarum. Tak dapat apa melainkan DOSA...wallahualam~ Tapi kalau nak tengok cerita mami jarum sampai boleh hafal skrip memang takde masalah. Cerita tu pun memang best. Aku suka dengar cara depa cakap. Merapu...tapi sebab loghat penang tambah dengan lakonan yang mantap...tu jadi syiokkkk!



Oke dah lari topik..tiba2 ter-promote lebih2 cerita mami jarum...errr ada orang nak kasi komisen ke....hek3~ Kita ikutlah ciri2 positif iaitu bercerita tentang kehidupan ke, life sendiri ke, kawan2 ke.....lalalalala~






Aku ni bukan lah seorang yang peramah, tapi kalau dengan orang yang rapat mesti la nak berborak panjang kan. Uols kalau lepak dengan kawan2 takkan senyap je....gile bosan! hahahahahaha...paling koman pun bercerita kisah kerja atau belajar. Itu pun dah makan masa 1-2 jam....Ada ke time jumpa kawan2 korang rumuskan atau pendam semua cerita-cerita menarik hidup korang yang dah terperap dalam kepala selama beberapa waktu tu?? ish3~  tak mungkin kan...mesti nak luahkan, curahkan semua cerita sampai rasa tak cukup air liur dalam mulut! (-_-")





Biasanya kalau orang laki lepak dengan sekumpulan wanita memang confirm dia jadi bisu, mati kutu, blurrr...hahaha...sebabnya mereka memang tak boleh nak campur atau link atau lawan dengan apa yang dibualkan oleh wanita-wanita tersebut...Perempuan kalau dah lepak beramai2 memang happening wa cakap sama luuuu~....gilo ah!! Gurlzz Rulezzzz!~  \(^_^)/











Oh gf-gf ku, bila kita nak pergi dating beramai2 sambil bergosip pasal bf-bf kita, kawan-kawan lelaki kat opis atau tempat belajar kita, jejaka-jejaka HOT yang ada di mall-mall sekitar Kuala Lumpur?? *oke rasa macam rendah je IQ bila buat statement macam tu*  (-_-")


Aku ni duk Sabah dua bulan tiada kawan perempuan tau..tolong lah simpati padaku..miss you guys sooooo damn much!!  T__T




Mar 15, 2010

Perempuan Selalu diLabel LAMBAT Bersiap

Korang mesti selalu dengar statement macam ni kan...Biasanya statement ni dikeluarkan oleh kaum lelaki. errr kalau orang perempuan yang keluarkan statement ni selalunya untuk me-label diri sendiri...kalau untuk orang lain mesti perkataan "perempuan" ditukar kepada nama orang yang berkenaan. Maknanya lebih spesifik gitu...mengata kawan sendiri la senang cakap kannnn..hahaha..eh silap, bukan mengata, tapi menegur secara berhemah...*boleh tak camtu?* \/(^_^)





Lambat bersiap yang aku maksudkan ialah masa nak bersiap untuk ke tempat kerja, ada date ke, bersiap untuk keluar berjumpa kawan2, keluar dengan keluarga ke...senang cakap waktu bersiap sebelum keluar rumah la. Tak kira la pagi ke, petang ke, malam ke...Janji waktu bersiap...pahe dok??hik3...macam syok je aku guna loghat klate tuh...ngee~ 





Dengan rasa bangga rendah dirinya aku mengaku kadang-kadang aku juga tergolong dalam kategori yang lambat siap ni. oke sila highlight kan perkataan kadang-kadang tadi tu ye...maknanya bukan selalu, bukan hari2, tapi cuma kadang-kadang. Contoh seminggu sekali ke, sebulan sekali ke...Tapi ingat!!orang laki pun ada juga tergolong dalam kategori ni...cuma minoriti saja....lalalalala~





Sebenarnya tak kisah la kalau kita ni jenis yang lambat bersiap. Maklum lerrr perempuan ni cerewet. Kena make sure baju yang nak dipakai digosok dengan kemas, tiada kedut2, nak tepek toner lagi, sunblock lagi, lipstik lagi (atau lipgloss), perfume lagi dan bagi yang bermekap, nak tepek eye shadow lagi, eye liner lagi, blusher lagi, foundation...mak aihhhh banyak gak adek beradek mekap ni rupanya...wahahahaha..sumpah aku tak reti pakai mekap2 ni...tapi masih juga lambat bersiap...adeh la~ (~_~)





Oke dipendekkan cerita (walaupun da 4 perenggan aku taip), kalau dah tahu kita ni jenis yang lambat bersiap, so kena la pandai time management. Contoh kalau dah janji dengan kawan nak keluar jam 8.30am, so kita bajet la masa untuk kita bersiap supaya kawan kita tidak akan menunggu kita macam bodyguard kat depan rumah kita tu nanti...ish3~  Kejam betul sampai kawan tu kena jadi bodyguard..sampai hati u! (-_-")


:: Kalau kawan2 kita berfikiran begini pada yang siap lambat tu takpe juga. Tapi jangan la ambil kesempatan dengan kelembutan hati kawan kita tu...hehe~ \/(^_^) ::





Lagi satu make sure hand phone kita berfungsi dengan sangat baik pada saat2 kita memang menanti kedatangan kawan2 kita atau sesiapa saja lah...At least bila mereka dah sampai mereka boleh contact kita and kita pun boleh beritahu mereka kita dah siap atau minta mereka tunggu lagi beberapa minit untuk kita berikan touch-up terakhir...*wink2*  ^_^





Memang susah bila kawan2 dah tiba depan rumah, tapi kita tak tahu sebab hand phone kita bermasalah time tu..wallaweeyyyy...kalau aku dah sakit jiwa pun..Hanya kawan2 yang berhati mulia, berjiwa kental je mampu bersabar...tabik springggggg laaaa!!


Pesanan khidmat masyarakat--> hargailah sahabat2 anda jika mereka mempunyai hati yang mulia....





Jadi pada sesiapa yang terasa pernah menjadi 'bodyguard' suatu ketika dahulu (dan mungkin juga masa kini..erk!), diharap maafkanlah rakan atau orang yang ditunggu itu kerana mungkin mereka tidak sedar yang mereka telah menyusahkan kalian sehinggalah mereka sendiri berada di tempat kalian...oke sangat sentimental ayat tu. Terasa nak menitiskan air mata mutiara ketika menaip T__T





Seriously korang, kalau rasa2 dah buat kawan2 kita atau sesiapa sahaja menunggu kita bersiap terlalu lama sampai boleh cram montot mereka, cepat2 lah meminta maaf. Tak pun belanja lah seafood ke (sebab seafood best!). Tapi kalau mereka menolak maknanya mereka telah memaafkan anda dan memberi anda peluang kedua supaya tidak akan mengulangi kesilapan yang sama...hak3~ mandai je aku tafsirkan sifat orang..ngee~ 


Yang pasti!! - 'biar kita menunggu orang, jangan orang yang menunggu kita....'  errr betul ke statement aku nih??lalalalalala~





aku memang tak suka tunggu orang, tapi aku suka buat orang tunggu aku...eh..eh..tak baik oke cik yanamib..silalah ubah sikap anda...elok2 ada orang sudi ambil anda kat rumah kang tak pasal2 kena belajar naik public transport, tak pun jalan kaki ke...tettttttttttttttttttt~


Sesungguhnya saya sayang semua kawan2 saya...mmuuaaaxx! (*.*)








p/s: Hari ni aku cuti lagi...weeee~ ek eleh takkan seminggu tak cukup kut?? hek3...jangan jeles pelissss..hihi..cuti sebab nak settlekan claim kat SOCSO and settle pasal ptptn..kwn2 aku ramai dah dapat surat amaran aku ni tak nampak bayang2 surat pun..isk..risau2..erk!


Mar 13, 2010

Menara Tinjau..weewwiitt~


Happy weekend to all!! Walaupun minggu ni memang 'weekend' bagi aku, tapi bukan bagi orang lain kan yang kena bekerja, bangun pagi2 buta, redah jem dan orang ramai...hahaha..senang sungguh hati aku minggu ni sebab dapat merehatkan minda dan fizikal di rumah, tengok muka mak aku, makan masakan mak aku..hek3...jeles ke??huhuhuhu~



Bagi melengkapkan minggu yang indah ni, malam tadi Along dengan baik hatinya telah menjadikan impian aku untuk dinner kat Menara Tinjau, Ampang sebagai realiti. *memang gilo boleh berimpian nak dinner kat mana...hohoho~*



Aku tak tahu la macam mana nak cakap tempat ni kat mana. Yang aku tahu jalannya menghala ke Bukit Belacan..HUH?! errr apa kata korang tanya je kawan2 yang tahu...hehehe...Tempat ni agak femes, so mesti ramai yang tahu kannnnnn...ngee~


Kat atas bukit tu pula ada banyak restaurant, so uols main ini-mini-maini-mo untuk pilih restaurant mana nak pergi (aku tak tahu la betul ke idak ejaan nya..tapi uols faham kan menatang tuh??haks!). As for us, weols pilih Haven Restaurant.Yang paling penting, semua restoren menghadap pemandangan yang sangat cantekkk..Time2 ni la nak tengok view KL malam2..weeee~



:: Tengok menu je pun dah setengah jam. Rambang mata woo..memang terasa aaa nafsu Jin merasuki jiwa...ish3~ Nafsu ni hanya sesuai untuk orang2 yang berbadan straw sahaja..toing..toing..toing.. (~_~) ::



:: Spaghetti meatballs for moi~ yummieee..banyak gilerrr portion..ish..naseb ada orang tolong abeskan..hehu~ ::


:: Chicken Chop for dak encem..mmmm~ ::


:: Alemak aku lupa aa nama menu ni...isk..sowie la ye..ni meal for Along..hehe~ ::


:: Lasagna atau dalam bahasa saintifiknya Mousakka for Kak Effa..heh3~ Sangat lemak berkrim ouh..slluurrrpp!~ ::



As for drinks uols better order yang namanya feliks2 sebab rasanya memang sedap! Aku suggest order air Lychee Milk Ice (Laici susu) and ada jenis2 air yang ada perkataan Fizz kat belakang tu..uols order yang tu taw \/(^_^)  pehhhh...leleh beb air liurrrrrr aku wat entry ni...hiks...shelekeh sungguh anak dara ni..lalalala~



Kesimpulannya, food kat sini memang sangat lah mabelessssssss!! Tengok gambar je pun lidah aku dah boleh rasa dan bayangkan kelazatan meals tu...haaaaa...macam boleh jadi promoter cemerlang je aku ni....takpe, mungkin satu hari nanti........*apakah?* Paling best kalau uols nak celebrate birthday someone, tak kisah la kawan2 atau someone special sebab restaurant ni boleh pasangkan lagu Happy Birthday siap dengan lampu disko lagi kaoooo..fffuhhh..terasa macam akan ada yang celebrate birthday dua kali tahun ni..lalalalala~ ^_^



eh..eh..takde gambar orang tengah makan eh??hehe..takyah la upload..I malu!awww...ahahaha..geli maksssss! *tiba2* (-_-") Bukan apa, takmo la nanti hilang feel uols menikmati kelazatan gambar2 makanan tuh...hohoho..kejam sungguh, bagi nikmat gambar je...haha..oke untuk lebih kejam aku dedicate entry ni khas buat rakan2 di Sabah...waaaaaaa...kompem aku kena bom dengan puntianak2 dari Pengaraan pasni...wek2! tak takutt..ngee~ \/(^_^)





p/s: Hari ni aktiviti full..nak gi kenduri kawen la, petang pula nak ke Kuantan..hopefully ada la tiket bas..Nak pergi ambil kereta Bumblebee aku yang adek aku pinjam...huhuhu~



Mar 12, 2010

Meneruskan Hobi yang Terbengkalai


Since aku berada di Sabah selama 2 bulan, baru sekali je aku pergi tengok wayang...believe it or not?? You better believe laaaaa....huhuhu~


Masa kat Sabah, wayang yang aku tengok cerita Adnan Sempit je. Tu pun kena pergi KK baru dapat tengok wayang. Kat tempat kerja aku, Kota Keningau memang nan ado GSC ke TGV ke atau mana2 syarikat perwayangan lain. Nak buat wayang maybe boleh la kut...eh..eh..silap2...hiburan yang ada cuma pool/billiard dan karaoke sahaja...\/(^_^)

Before pergi Sabah, aku ni jenis kaki wayang. Bukan la kaki aku je yang tengok wayang tapi tu perumpamaan oke..ish..pehal aku kena translate kat uols pula ni (-_-")

Walaupun badan masih sakit2 akibat impact daripada eksiden yang amat dahsyat sehingga naik lebam2 yang pelbagai warna, biru, hijau, purple, kegigihan untuk kembali seperti dahulu kala amatlah tinggi makanya bila kaki menjejaki lantai panggung wayang, terus tak ingat dah sakit2 kat badan ni (macam tak boleh lagi gempaq je ayat tu).

Cerita pertama yang aku rasmikan sejak ketibaan di Semenanjung ialah Solomon Kane. Cerita nya simple tapi BEST! Thanks a lot to my dearest office mates, Padi, Shitah and Elly coz sudi datang jauh2 from Shah Alam tu angkut aku pergi tengok wayang kat Alamanda. Selama 6 bulan aku kerja kat company tu, ni lah pertama kali aku tengok wayang dengan dorang...hehe..windu ouh dengan uols! mmuaaxx! (*.*)


:: hensem oke hero ni..cerita ni ganas sehingga membuatkan kami menutup mata dan menjerit dalam wayang. Cuma tiada adegan peluk memeluk aja..kuang3~ ::


2nd movie yang aku tengok since came back from Sabah is From Paris with Love. Action movie. Jalan cerita yang hebat and sempoi. I loike..Cerita ni ada selitkan pasal love story, couple2, romance, so ofkos la tengok dengan dak encemku..ouh rasa macam dah lama tak menaip nama dak encem dalam blog ni...lalalalalala~

:: Hero dia boleh tahan laaaa...haha..tapi otai yang sebelah dia tu memang superb ah!ada gak adegan2 yang funny..weeeeee~ ::


Lepas ni aku nak tengok movie Alice in Wonderland pula. Ada siapa2 nak lanje??eh eh..ada siapa2 nak joinnnnnn??hohohoho~ Mari2 meriahkan panggung bersama2 dengan saya...weeeeee~ \(^_^)/



p/s: Wahai kawan2 di Sabah..amacam kerja kat sana??Dah puas makan seafood kat Gayang??haks! Saya tak sampai hati nak cerita keseronokan bila balik Semenanjung ni..hohoho~  ^_^



Mar 10, 2010

Normal Brain..Thank God!!

:: Ada sapa2 reti baca film ni?tabik spring aa..huhu~  ::


:: Normal brain..thank GOD! ::
Walaupun eksiden dah seminggu berlalu, tapi kepala aku ni masih sakit berdenyut2...So my parents took me to Hospital Tawakal kat KL tu, wat CT Scan..


:: Ni la rupa machine CT Scan tu..macam gempaq je kan..1st time aku masuk scanner ni..haha..macam takde perkataan lain je nak guna selain 'scanner' \/(^_^) ::


Alhamdulillah after scan doc kata otak aku oke. NO internal injury or bleeding. Scull pun oke...Dia kata advantage aku ni muda sebab senang recover. Otak and tengkorak pun still kuat walaupun terhentak sampai pengsan. erk! Hopefully no long term effect. Aku taknak la kang dah tua sok baru terasa sengsara sakit akibat eksiden ni..adeh la (-_-")

And yang paling best aku dapat MC seminggu!!Dari Isnin hari tu sampai la Jumaat ni...yippieee! \(^_^)/
Tapi cuti2 pun kena duk rmh je..isk..mak aku tak caya aku drive sebab tangan aku tak berapa nak kuat sangat macam super lady...dia suruh aku wat push up and angkat berat sampai ada muscle2 yang HOT....hahahaha~


Otak aku juga makin weng sekarang, pehtu asek lupa je..waaaa..tak suka!! Cepatlah sembuh otak oiiii..Susah tau nak ngorat orang cemni. I kena tunjuk kat jejaka2 hot kat luar tu yang I ni wanita yang super duper cool and smart and independent...ish..oke niat yang tak baik selalunya memang takkan termakbul doa2nya Y__Y


Oke aku tak suka duk rumah sebenarnya..I masih muda, jiwa muda ni sukakan adventure, pengalaman..haha..oke baik saya stop menulis sebelum lebih banyak perkara2 riak dan poyossss dan menjengkelkan keluar dalam blog ni..huhuhu..dah2 pi keje la weyyy...ish3..uols MC gak ke??ngee~ \/(^_^)


p/s: Tetibe rasa windu dengan Sabah...Life kat sana, kerja kat sana, subcon2 yang sporting abessss dan tak lupa juga SO JKR yang sempoi...hehu..bila la dapat karok lagi dengan korang ni kannnn...penat I praktis nyanyi sorang2 kat rumah ni....lalalalalala~




Mar 6, 2010

Rumahku Syurgaku


Kalau uols perasan entry pasal aku eksiden before ni macam kena delete kejap, tapi aku publish balik atas sebab2 tertentu *macam2 lah ko yana oiiii*



Malam tadi jam 2am aku sampai rumah..pehhhh windu bangat dengan rumah..Tapi ofkos la paling windu with my parents kannnnn...hehe..lama tak peluk2 mak and ayah...weeeee...xoxoxo (*.*)

Dah lama juga tak dapat tido lena atas tilam yang empuk (spring bed), berlapikkan bantal yang gebu, selimut yang tebal dan haruman yang sangat segar yang telah semadi di dalam otakku selama 23 tahun (lebih sikit). Lena beb!! Walaupun aku batuk2 tapi sikit pun tak mengganggu mimpiku yang sangat2 indah...

Oh sudah tentu aku merindui Sabah, Kota Keningau, site2 di kawasan pedalaman tu serta kawan2 di sana...You guys memang superb ah! Thanks 4 being such a good friends. Teach me bout life and cara2 berdikari dan enjoy dengan life sebab kita cuma hidup sekali dan cuma akan merasa zaman muda dan bujang hanya sekali..

Oyeahh!! pada semua wanita2 di luar sana yang masih belum berkahwin, enjoy la hidup anda sepuas2nya sebab bila dah kawen memang banyak aktiviti akan terhalang. Lagi satu, laki memang suka wanita yang lasak dan pandai menjaga diri walaupun keseorangan di tempat orang...ermmm aku rasa ayat tu macam menyerlahkan lagi sifat poyoku...huakakakaka.. \/(^_^)

Yang pasti aku tak menyesal pilih kerjaya ni, tapi bak kata orang tua2, ukurlah kain di badan sendiri. Maksunya kalau dah rasa2 tak mampu nak handle kerja2 yang amat2 berat tu baik lah tarik diri dan berilah peluang pada yang betul2 berbakat dan minat dengan kerja2 kuli yang bagai tiada sifat perikemanusiaan itu.





Pertama kali entry tiada gambar..Sebab aku malas nak upload..hahahaha..sila jangan benci aku..newayssss...terima kasih sudi mengunjung belog saya yang tak semenggah ni. Lepas ni akan aku dapatkan balik traffic yang mantop macam before ni..errr maksud aku nak improve traffic lerrr...huhuhu..




p/s: Tadi pergi kenduri kawen kazen aku..ramai gak kazen2 aku dah kawen..tinggal aku dgn Iza je..bila turn kita lak Iza??mcm ramai dah langkah bendul je nih..haish..(-_-")



Kemalangan Yang Hampir Meragut Nyawaku~






Kalau dilihat pada rupa fizikal kereta Toyota Hilux tu, mesti uols akan fikir penumpang² dan driver kereta tu cedera dengan sangat dahsyat sampai masuk ICU...atau mungkin juga telah menemui ajal!! =_=


Tapi.....Alhamdulillah, dengan adanya air bag yang berfungsi dengan sangat baik pada masa kejadian, maka penumpang² dan driver tercedera ringan sahaja (ringan2 pun lebam jugak la satu badan..adeh la~ )


Aku merupakan salah seorang penumpang. Duduk di seat depan (sebelah driver aka co-pilot). Tapi lepas accident aku tak ingat apa-apa..tak tahu la kenapa..maybe kepala terhantuk kuat..yang aku tahu, aku dah ada di rumah, tengah tido sambil prot merasa sangat lapar sebab tak makan dari pagi...erk!! dahsyat..dahsyat...(-_-")


Kawan² aku cakap aku pengsan, maybe terhantuk dengan cermin atau air bag tu kuat sangat..erm.. aku tak ingat apa-apa walaupun ada yang cakap aku macam sedar sikit-sikit...maybe memory aku lost sekejap kut akibat trauma di kepala atau sebab aku terkejut daripada kejadian yang mengerikan itu *sigh*


:: Kalau ada darah² tu bukan darah aku tau, tapi darah An (driver). Baik kwn aku ni make sure kete tu berlanggar ke arah driver. Kalau tak memang patah dah tulang temulang aku nih..hehh~  =.= ::




:: Cian An..sabo ye dik nonnn oiiii... ::



Jadi pengajarannya, silalah beli kereta yang memang supply AIR BAG di kedua2 belah seat (driver dan penumpang), memang safe oke!


Mungkin lepas ni aku nak cuba test body kereta BMW pula untuk pastikan penumpang2 selamat atau tidak bila eksiden..Ada sesiapa nak sponsor kereta??lalalala~











p/s: Mak, kalau baca blog yana ni jangan panik ye..kalau yana tak oke takde la nak update blog ni...huhuhu..Sok malam yana balik rumah ye..takut nak call, takut mak riso..huhu..relek2 aja...\/(^_^)

p/s: Perkara dah lepas tak perlu diungkit2 lagi...Hati lebih tenang jika memaafkan kesalahan orang sebab semua orang tak lepas dari melakukan kesilapan....walaupun hakikatnya aku membenci kalian yang menjadi punca!! >_<



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015