Aug 22, 2014

Contest Ujibakat Seludup dah ada Pemenang oiii !!!

Assalamualaikum..



Seludup, drama bersiri tiga belas episod diperkenalkan oleh Mastermind Group Sdn Bhd dengan kerjasama Astro Malaysia. Seludup diilhamkan daripada kesedaran yang semakin meningkat di kalangan masyarakat mengenai perdagangan haram barangan seludup, tiruan dan cetak rompak yang telah menjadi isu sosio-ekonomi di negara ini dan menjejaskan pendapatan, keselamatan dan kualiti hidup masyarakat.


Ingat tak aku pernah cerita pasal contest ujibakat and pemenang bakal menerima wang tunai sebanyak RM15,000 ?? Selain dapat berlakon bersama² selebriti² terkenal tanah air macam Tiz Zaqyah, Pekin Ibrahim, Namron, Syafie Naswip dan Raja Ilya...pastu dapat pulak merasa berlakon di bawah arahan Jehan Miskin selaku Penerbit Eksekutif dan Pengarah yang turut membintangi drama bersiri Seludup...pfftt!



Pihak penganjur dah umumkan pun pemenang² ujibakat...yeyy!



Tahniah buat Mohd Andika bin Abdul Halim (25 tahun) dan Nur Afieqah binti Zulkarnain (20 tahun) yang masing-masing berasal dari Johor dan Kuala Lumpur...agak² apa dorang buat dengan RM15k tu ek?? ^_^


Menurut Jehan, “Pencarian bakat ini dimulakan sejak 25 Jun 2014 dan ia telah menerima sambutan di luar jangkaan dengan kiriman lebih 130 penyertaan melalui video yang dimuat turun di laman Facebook ‘Seludup’. Dua pemenang yang dipilih ini adalah yang terbaik di antara mereka”

“Berdasarkan karekter mereka, saya telah menulis dua watak sampingan di dalam ‘Seludup’ yang bakal dilakonkan oleh dua bakat baru ini. Tujuan kami bukan sahaja untuk mencipta kelainan dan memberikan lebih impak kepada ‘Seludup’, tetapi juga untuk memeriahkan lagi suasana industri hiburan tanahair” ulas Jehan lagi.


 Mohd Andika yang merupakan seorang pekerja restoran berkata “Saya amat berterima kasih kepada para juri yang telah memilih saya dan saya percaya saingan adalah sangat sengit. Peluang ini akan saya gunakan sepenuhnya untuk mencapai impian saya menjadikan bidang lakonan sebagai kerjaya”.


Perasaan gembiranya turut dikongsi Nur Afieqah, seorang pelajar yang menyifatkan peraduan ini sebagai usaha yang sangat unik untuk mendedahkan bakat baru dengan realiti sebenar kerjaya lakonan.


Untuk maklumat lanjut mengenai ‘Seludup' dan peraduan #masukdramaseludup termasuk terma dan syarat, sila layari laman FB Seludup di www.facebook.com/seludup ...


Mengenai Mastermind Group Sdn Bhd. 

Mastermind Group Sdn Bhd adalah pusat sehenti untuk penerbitan kandungan berkualiti tinggi bagi penonton tempatan dan antarabangsa. Portfolio perkhidmatannya merangkumi pengkonsepan kreatif ke penghasilan kandungan, produksi dan pasca-produksi untuk pelbagai klien bebas. Sejak 2009, Mastermind Group telah mencipta kandungan layar untuk barisan klien yang mengagumkan termasuklah Heinz, McDonalds, Kidzania, Canon, Tabung Haji, Berjaya Corporation, Korea Tourism Organization, 8TV, Asian Food Channel, Astro Malaysia, CNBC, AXN. Syarikat ini diketuai oleh seorang ikon serba boleh industri televisyen, Jehan Miskin


Untuk maklumat lanjut mengenai Mastermind Group, layari www.mastermindgroup.com.my


 Bagi pihak Mastermind Group Sdn Bhd – Untuk pertanyaan media, sila hubungi: 
 Nizam Khamis | Senior Consultant | Geometry Global | +6019-388 7147 | Mohd.Nizam@geometry.com 
Amy Lisa | PR Associate | Geometry Global | 6019-289 5125| amy.lisa@geometry.com





p/s: Al-fatihah buat semua mangsa MH17...sedih tengok upacara penghormatan tadi...semoga ahli keluarga mangsa will stay strong dan sabar dengan dugaan ini...but hei...kita yang masih hidup kena teruskan perjuangan kita kan?  #MH17inmemory  :'(

 Terima kasih sudi membaca!

2 comments:

eima said...

tahniah utk diorg .... dan hari yang suram ...sedih

irrayyan said...

Tahniah. Irra follow yana. irrayyan.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015