Dec 10, 2013

Lawak Ke Der 3...Lawak ke???

Assalamualaikum...


 Weekend lepas aku berpeluang menonton teater Lawak ke Der 3 di Istana Budaya...aku dah follow Lawak ke Der dari episode 1 lagi....tapi sebelum ni tak pi Istana Budaya pun....tengok kat lappy je...mana tah dak encem download...hahaha~  


sementara menunggu show bermula....oh lupa nak cerita...aku tak bawak Zafirah pun masa ni...sebab rules Istana Budaya memang tak boleh bawak budak below 6 years old...tak percaya korang check sendiri Etika Penonton kat website IB...so Zafirah aku passed kat family mertua untuk tolong jaga...mekasehhhh!! ^_^


untuk korang yang tak pernah masuk IB...ni lah ghope dewannya....aku terbayang filem Phantom of the Opera...hikss~  :p


pandangan dari seat aku....oke je sebenarnya....tapi aku banyak tengok skrin atas tu....sebab kat skrin baru nampak jelas mimik muka dorang....huhu~


Pengacara macam biasa lah tak pernah bertukar lagi, Nabil!! 3 pelawak yang beraksi untuk Lawak Ke Der 3 ialah Jambu, Harith Iskandar dan Douglas Lim....kalau korang biasa tengok Maharaja Lawak mesti dah familiar dengan Jambu....cuma bagi aku lawak Jambu masih terlalu 'low' untuk dibawa ke Istana Budaya...maaf....aku harap Jambu perbaiki kelemahan mereka...  :)


Harith Iskandar....yes memang ku nantikan persembahan dia...dari Lawak ke Der 1 memang aku suka sangat tengok persembahan Harith...stand up komedi yang setanding pelawak barat!! (sebab aku suka tengok komedi omputih)...dan kemudian datang pula Douglas Lim....err krik krik...krik krik....sumpah aku tak kenal Douglas Lim...member aku cakap dia biasa berlakon dengan Pua Chu Kang...tapi aku tak boleh ingat muka dia....hahaha maaf...bukan salah dia...tapi masalah otak aku yang pelupa...ngeee~   


Aku cuba buka minda seluas²nya supaya senang nak hadam lawak² yang bakal Douglas buat....hahaha punya la aku tak konfiden si Douglas mampu buat orang melayu ketawa (Douglas punya ayat ma!) :p    dan bila dia mula membuka bicara....ohh wooowwww!!! dia berjaya buatkan perut aku hampir pecah!!!!! lawak gila oiiii!!! gila pun tak lawak macam dia!!!! KAHKAHKAH~   siap dapat standing ovation dari penonton okeh!!!! Harith pun tak dapat standing ovation gitu!!! pehhh kelassssss kau Douglas...first time masuk Lawak Ke Der terus bikin fenomena!! syabas!!! dan aku teruja untuk tengok next show from Douglas!!  ^__^


Dalam 2 jam lebih kitorang bergelak ketawa sampai hampir cramp perut! thank you BroFramestone bagi peluang untuk kami saksikan teater lawak terbaik Malaysia!! 


terima kasih ESCAPE kerana menjadi penaja tiket² kami...  ^_^


Apa itu ESCAPE??

ESCAPE merupakan dunia hiburan peribadi anda yang boleh anda bawa ke mana sahaja.
Nikmati pelbagai video hebat, filem, konsert, berita, acara terkini dan banyak lagi, semuanya setempat.


ni lah tiket kami....seat huruf X yang berharga 176...untuk maklumat lanjut mengenai harga tiket sila ke ticket2u.biz



Berita baik untuk pelanggan Celcom...korang semua boleh sertai peraduan Cuit-Cuit Menang Duit @ESCAPE yang menawarkan hadiah tunai RM5,000...bermula 7 hingga 27 Dis 2013


Caranya??

1) Pelanggan Celcom perlu menonton YouTube Channel – cuit-cuit @ESCAPE atau klik: https://www.youtube.com/channel/UCj_-0IGMHwc2r7tDLv2De2g setiap hari untuk menjawab satu teka-teki yang akan dikemukakan... 


2) Pelanggan Celcom dikehendaki meneka dan menghantarkan jawapan yang tepat dengan cepat ke 20888. Jawapan tak perlu panjang. Cukup dengan hanya satu perkataan.


 Nak tahu dengan lebih lanjut dan untuk menonton Lawak Ke Der Online, Layari laman web ESCAPE!!



 Terima kasih sudi membaca!

7 comments:

Ann said...

masa lawak ke der 2 pergi IB kebtln time tu doughlas yg ganti nabil..mmg lawak..mmg patut la hans amik die..

tapi macam xbest lak xde jozan kali ni x..huhuh

Anum said...

bestnya dah tgk

Nanie said...

nanie ada jumpa awk.amek gambar sama2 sekali. btw memang douglis lim memang AWESOME. lawak die memang sempoi.

http://nurulharnanikasmari.blogspot.tw/2013/12/review-lawak-ke-der-3-di-istana-budaya.html

Anonymous said...

aku mmg sgt suka douglas lim since dia berlakon sitkom Kopitiam lagi, ke ko xtau sitkom tu yg mane? hehehehehehe.

tp serious dia mmg kelakar :)

Unknown said...

Kalau stand up comedy memang douglas antara yang bagus macam harith iskander

Chekgu Azrine said...

Biasa tgok dauglas tu..mmg lawak la dia..hehe..bestnya dpt gi IB..

safurara said...

suci nya muka laki bini ni.hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015