Jul 13, 2012

Susu Ibu Hak Siapa?? Anak atau Suami??



Saja post isu ni kot dapat feedback dari pembaca yang berilmu tentang hukum hakam agama...semalam TERbaca satu post seorang mommy yang mengadu tersentap dengan statement kawan dia berbunyi:

"Kalau suami tak izin ko nyusu, so mmg tak lehla.. Sebab susu hak suami bukan anak"


dan ini komen yang aku rasa paling konkrit dari ElzaBaby Shop...tak sure dia amek dari mana...gugel kot..ngee~


Menyusukan anak adalah perintah dari Allah.. malah Para fuqaha’ berpendapat bahawa penyusuan wajib ke atas ibu.Walau bagaimanapun ibu-ibu hanya wajib menyusui anak-anaknya jika mereka tidak memiliki apa-apa keuzuran yang menghalangnya daripada menunaikan tugas tersebut seperti kekeringan air susu atau berpenyakit yang boleh mendatangkan mudarat dan berbahaya kepada bayi..

Tetapi apabila seseorang ibu itu telah bercerai dan tamat iddahnya, pihak berkuasa iaitu kadi atau hakim tidak boleh memaksa ibu supaya menyusui anaknya. Ini kerana penyusuan anak termasuk dalam tanggungan nafkah sedangkan nafkah anak menjadi tanggungjawab bapa.

Merujuk kepaa firman Allah S.WT dalam ayat-Nya: (al-Baqarah 2: 233)

Maksudnya:
Kalau kedua-duanya (suami isteri) hendak menceraikan penyusuan sebelum dua tahun dengan persetujuan dan perundingan antara kedua-duanya, tidaklah mengapa. Dan kalau kamu hendak menyusukan anakmu kepada perempuan lain, tidaklah mengapa jika kamu berikan pembayaran mengikut sepatutnya.


Merujuk pada firman Allah tersebut saya berpendapat suami tidak berhak menghalang isteri menyusukan anak-anak mereka sekiranya isteri tadi sanggup untuk menyusukan anaknya sehingga 2 tahun.. ianya merujuk kepada persetujuan bersama dan susu ibu bukan hak suami semata-mata...namun sebagai isteri sekiranya ada masalah berbangkit dll, sama-samalah berbincang dengan suami agar redha & kasih sayang suami sentiasa bersama² kita selamanya.. Amin :-)

***************************************************************

* Boleh baca dengan lebih lanjut tentang hukum penyusuan oleh JAKIM di SINI~


* Juga entry mengenai 'Bolehkah Suami Minum Susu Isteri?' di SINI~


***************************************************************


p/s::  ada ke suami kat Malaysia ni yang halang isteri susukan anak???  (-__-")

p/s::  aku rasa orang yang keluarkan statement gitu ada rasa dengki kot tengok orang lain dapat susukan anak dorang...hurmm~

p/s::  rezeki masing²...tak perlu pertikaikan rezeki orang lain...

p/s::  aku pun hari² doa, setiap kali lepas solat semoga Allah murahkan rezeki susu yang Dia ciptakan untuk anak aku dan semoga aku dapat menyusukan Zafirah hingga umurnya 2 tahun...insyaAllah...

p/s:  siapa ada facebook jom tolong like gambar ni >> http://on.fb.me/LfxC6P << akhir bulan ni tamat weiii!! grrr~






Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

15 comments:

Unknown said...

kelakar pulak bila dia kata susu hak suami tu..heheheh...
apasal pulak hak suami??suami nak buat apa dengan susu dia?/nak jual pun tak boleh.jadi tak de sebab kenapa susu itu atas hak suami..heheheheh

Mooniqueen said...

Alahai apelah bongok sgt si suami? Takkan la ko nak isap susu bini ko kot... Agak2 la wehhh...

Aty Fared said...

aku suker p/s ko yang ke-2 tu...may be ar kot..heheh..
neway...laki tu memang malang ar kalau tak kasi binik nyer susukan anak nyer sendiri...

Ibu Muda 30series said...

yana...ko jgn x tau dik...ada laki yg x bg isteri dia susukan anak sbb takut tetek jatuh...yg akak peliknya dia ni jenis bini ramai...

kesimpulannya kalo dh nama laki gatal tuu...hukum hakam tolak tepi, dan tak guna nak taat pada suami bongok camni.

yanamib said...

haaa ada jugak laki gitu??haiyoo mtk dijauhkn dari famili saya =.=

Ujang9897 said...

nk susu..,
hahahahaha

Unknown said...

susu ibu yang paling best . tgk diriku sihat kan ??? haha

pena rozie said...

ujang berebut susu gan anak ke??? hahahaha....

Unknown said...

NI mesti baby berebut ngan Ujang nih.. Hahahahaha

PearlKaz said...

byk nye dia punye p/s.. hahaha..
org skrg suka complicatedkan keadaan/hukum... huhuhu.. ~.~"

Puan Ira said...

semoga akak diperbanyakkan susu.dan sy nnti dimurahkan susu dan dipermudahkan utk menyusu anak..sy suka tgk anak yg meyusu ibu

:-) said...

comelnye Zafirah....hehehe...seyes..muke die memang cam nak mintak hak susu....

Mr feckry said...

memang susu hak suami..tapi bila tak bagi..nanti jawab le dengan Allah

qasehraihan said...

dah namanya pun SUSU IBU,utk ankla..
bukan SUSU ISTERI,klu gtu pggilnnya utk suami.hakhak..

aizamia3 said...

kalau hak suami, apa yang suami nak buat dengan susu tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015