double pumping guna spectra 3 (letrik) memang terbaik! jimat masa...hihi~
Apa itu Power Pumping?
Merupakan teknik mengepam yang boleh membantu meningkatkan penghasilan susu.
Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yang biasa tapi dalam cara yang lebih unik.
Ideanya adalah untuk meniru bayi menyusu secara tak langsung meningkatkan bekalan susu ibu.
Siapa yang perlukan Power Pumping?
1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat
– teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu
2. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
3. Ibu yang kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakkan semula susu
– akibat daripada perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.
Macam mana nak buat Power Pumping?
Untuk Single pump
– pam kanan dulu 10 minit, kemudian pam kiri pulak 10 minit...tukar plak ke kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar2 setiap 10 minit berterusan selama sejam.
Untuk Double Pump
– Pam kedua² belah serentak selama 10 minit, rehat/stop pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.
Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok²nya waktu malam ke subuh, sebab hormon susu sangat tinggi waktu ni.
Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?
Mommies!! Jangan ingat sekali buat terus susu jadi banyak yer. Power pumping perlukan masa sekurang²nya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata², teruskan misi sehingga dapat hasil yang dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyaAllah dipermudahkan olehNYA…amin.
Good luck to all BF mommies!! semoga kita dapat fully bf anak-anak kita sehingga umur mereka 2 tahun! ^__^
Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!
10 comments:
sesuai untuk ibu berkerjaya.. sekurang-kurangnya kita mencuba tak gitu.. ;)
wow wow hebat nih...sama2lah kita menyusukan anak2 dgn susu ibu...
wow wow hebat nih...sama2lah kita menyusukan anak2 dgn susu ibu...
selamat hari ibu kak yana!
memang terbaik hasilnya kan dik ;)
nak mengepam susu ni memang kene gigih..[baru tau sejak jadi ibu ni ]
gigih.. :)
terknologi memudahkan urusan.. :)
baru beli spectra 3 ni hari tu..testing pakai..excited! x sbr nk guna, hihi
akak,fai mohon share di blog ye. nak share dgn pic tu sekali. fai creditkan ke sini. nak educate ibu2 yg ade masalah susu drop ni. bila dh ajar cara power pumping ni masing2 nak tak nak jer buat. memang la xde hasilnye... moga dgn pic ni ibu2 bertambah semangat utk KONSISTEN buat power pumping ^__^
As salam...... salam kenal..... bagus info nie, insyaAllah akan guna pakai utk 2nd baby nie......
Post a Comment