May 4, 2012

Posisi Terbaik Supaya Baby Tidur Lena


Biasanya kalau baby Zafirah tak lena tidur, asyik terkejut je, aku akan bagi dia tidur secara meniarap...tidur secara meniarap ni bagus sebenarnya...1st, baby akan tidur dengan sangatttttttt lena...2nd, cara ni dapat kuatkan leher baby...yelah dah dia duk angkat-angkat kepala dia tu kan...lama-lama jadi kuat lah leher dia..kan??  ^___^


Cuma posisi ni bagi aku agak bahaya..maksud aku perlukan pengawasan parents lah...tak boleh biar je baby tidur macam tu tanpa pengawasan...so biasanya aku akan letak Zafirah dalam posisi meniarap waktu siang..maksudnya BUKAN waktu aku tidur lah...so senang aku nak pantau dia...kut-kut nak terlemas ke, air liur meleleh dengan banyak, termuntah ke, tersedak ke...anak aku ni selalu jugak tersedak...telan air liur pun boleh tersedak...huhu~


Kadang-kadang rasa mengantuk jugak tengok anak lena tidur gitu...hoho  takpe lah...esok cuti...boleh bangun lambat...yeehaa! v(^^,)










p/s::  aku sendiri belum berani nak tidur meniarap...still rs ngilu lagi kat bahagian czer tuh...adeyy~  =.=





Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

12 comments:

Syafie Abdullah said...

Sebenarnya posisi meniarap agak berbahaya boleh menyebabkan bayi lemas ketika tidur.Terutama sekali kalau tilam yg dipakai terlalu empuk.Berdasarkan pada kajian,banyak bayi di dunia lemas ketika tidur meniarap.Dari sudut kesihatan pula,tidur meniarap akan memberikan tekanan yg berlebihan pada tulang belakang.Bila tidur meniarap,kedudukan tulang belakang akan sedikit melengkung kerana perut manusia lembut dan mudah terpenyek,jadi ianya tidak mampu menyokong beban badan sepenuhnya.Posisi tidur yg terbaik adalah mengirng ke sebelah kanan,tapi bayi tak pandai mengiring lagi jadi memadai terlentang.Tempoh penghadaman makanan ketika mengiring ke kanan adalah lebih pantas berbanding mengiring ke kiri.Sebab tu lah Nabi Muhammad SAW mengesyorkan kita tidur mengiring ke kanan.

Artikel Hari ini

http://orderbookonline.blogspot.com/2012/05/365-tip-sihat-gaya-rasulullah.html

PUAN SUE said...

su dah meniarap minggu lepas sbb kn urut tang belakang,..

Katak Hijau said...

lahaii.. risau lak nengok.. takot baby lemas.. hehe

Rozuan Ismail said...

risau plak nengok zafirah tidor mcm tuh

Hanim Salleh said...

hakeem prefer meniarap setiap masa.... tp mmg kena pantau.... pantang dengar dia berbunyi eh eh bila dia nak tukarkan position dia...

hazman fadzil said...

Hurmmm.... macam anak buah aku selalu tidur mengiring jee... memang tangkap lena...

aizamia3 said...

asalkan dia lena ok je.. tapi make sure ibunya kenalah ada sebelah dia.. ;)
ai tak buat lagi sebab dak Nuha masih kecik lagi.. ;)

diana said...

anak akak si maisara ni pulak dia tak suka tidur meniarap.kalau tidur mesti terlentang macam pengsan tu..
masa kecik dulu pernah la dia nak tertidur masa meniarap tapi opahnya tak bagi..bahaya katanya..bahaya la sebab opah dia tau ibu dia cuai..heheheh

Myra Jay said...

Anak menakan myra masa tengah pantang memang tidur meniarap, kalau perut diorang tak selesa meniarap the best way..
Bila baby lenguh dia merengek kita tukar posisi plak ;)

Hane Hassan said...

baby Hane memang tidur meniarap, dari umur 2 minggu. memang dia terror alihkan muka dia dan jaga pernafasan. mungkin sebab tengkuk dia memang dah kuat dari lahir. hasil tidur meniarap, kepala dia bulat mcm bola, xde cukur bantal. tapi masalahnya sekarang (dah 5 bulan) tidur dalam stroller pun nak meniarap..haha, pelik orang lain tengok.

Huda said...

kalau ikut paed yang akak pernah jumpa, tido meniarap suatu waktu dulu memang disyorkan tapi sekarang dah tak disyorkan lagi disebabkan pernah berlaku kes lemas. Macam yana cakap tu betullah, nak tido cam gitu boleh tapi dengan syarat ada pengawasan..yang elok memang tido mengiring, tapi kalau dah baby syiok tido cam gini kan, nak buat camana, tapi kena awasi la, tak boleh leka, ok...

adwafarahin said...

sye ade bce satu hadis yang melarang tidur meniarap

Dari Abu Dzar ra., beliau mengatakan,

“Suatu hari Nabi saw. sedang berjalan melewatiku ketika itu aku tidur secara meniarap atau tengkurap. Maka baginda membangunkanku menggunakan kakinya dan berkata, “Hai Junaidib (panggilan Abu Dzar), sesungguhnya cara berbaring seperti ini adalah cara berbaring penghuni neraka.” (HR. Ibnu Majah)

Dari Abu Hurairah ra., beliau berkata; Rasulullah saw. pernah melihat ada seseorang yang berbaring di atas perutnya (meniarap/tengkurap), maka baginda berkata, “Sesungguhnya cara berbaring seperti ini dibenci oleh Allah.” (HR. Tirmidzi)

Wallahu a'lam