Jan 20, 2015

Legoland Malaysia Theme Park (Part 3) | Star Wars Miniland

Entry berkaitan:
Review Legoland Hotel
Legoland Malaysia Theme Park (Part 1)
Legoland Malaysia Theme Park (Part 2)
Legoland Malaysia Theme Park (Part 3) | Star Wars Miniland
Legoland Malaysia Water Park
Swimming at Legoland Hotel
Harga Tiket Legoland


Assalamualaikum...


Masih lagi dalam Theme Park...bila korang datang sini, WAJIB terjah Star Wars Miniland okeh!! kira dah alang² datang rugi woo tak terjah sini.... :)


Kalau entry Part 1 aku cerita pasal miniland bentuk bangunan kat KL, Putrajaya etc etc...yang ni Miniland khas pasal Star Wars sahaja! wohoaa! peminat Star Wars kompem teruja!


Beberapa fakta menarik mengenai Star Wars Miniland (copied dari Lan lagi...weee):

- Lebih 1.5 juta brick lego digunakan untuk membina 1,122 model dalam miniland Star Wars...Wow!!

- Objek kenderaan terbesar dalam miniland ni adalah Clone Turbo Tank yang korang boleh tengok di scene Episod III : Revenge of the Sith... ia dibina dari 10,180 brick lego dan seberat 44kg... mengambil masa selama 350 jam untuk membina objek ini sahaja!!!! Perghhhh....

- The most challenging model untuk dibina dalam miniland ni adalah Millennium Falcon yang terdapat dalam scene Episod IV: A New Hope... ia dibina oleh 15,000 brick lego yang mengambil masa 143 jam...

- Objek terbesar dalam miniland ni terdapat di scene Star Wars: The Clone Wars iaitu Crystall Building yang seberat 120kg dan dibuat dari 45,000 brick lego...

- Objek terkecik dalam miniland ni adalah Yoda yang dibuat dari 30 ketul brick lego sahaja...


That awkward posed...mesti korang pun pernah alaminya... (-_-")


Aku masuk sensorang dengan apis and family...Zafirah dah trauma tahap apa tah dia nampak ada patung² bertopeng terus ajak pi tempat lain....melalak² dia takmo masuk dalam! haihh   papa ler kena pujuk dia...aku nak masuk jugak! nak jugak tengok ada apa kat dalam tu....nak jugak merasa dunia Star Wars...giteww~  :p


Dalam ni ada banyakkkkkkkkkk bilik! bilik pertama ko akan dipertontonkan dengan short series kartun Lego Star Wars...comelsssss!!! rasa nak tampar² kartun dalam tu...hahahaha~  eh tak seram pun...ganas pun tarakkk! kelakar and cute je jalan cerita dia....rugi tau Zafirah tak join....huhu~


Habis short filem kita masuk bilik² pameran Star Wars...setiap bilik berlainan scene...total ade 7 episod yang diorang pamerkan kat situ...yang mana follow episod² Lego Star Wars mungkin akan lebih faham... kagum gila tengok hasil seni Lego dalam setiap bilik ni....serius! jom cekidaut!


Setiap bilik akan ada info board macam ni....yang mana tak faham tu boleh baca je info yang ditulis...mesti lebih seronok tengok setiap model yang dipamerkan! setiap model ada penceritaan tersendiri... :)



















oke tu je gambar yang aku boleh share dengan korang...nak lebih² sila pi sendiri Legoland dan alami sendiri! woohoaaa!! ^_^


ouh ada jugak souvenir shop kat hujung bilik pameran...semua barangan Star Wars...aku tak singgah pun souvenir's shop...dah kata masuk sensorang...Zafirah and papa duk tunggu kat luar...tu pun papa dah bising, "lamanyaaaa ada apa kat dalam??"  ehh nak tau kena la masuk sendiri...hahaha~  :p


oke pasni cerita water park pulak...insyaAllah...stay tune! (^^,)


**********************************************************************************************


IKLAN:


CANTIK > SIHAT > KURUS = EPHYRA!


jom order laju²! harga kasih sayang untuk korang! lebih murah dari harga pasaran ye! and ouh aku jual Ephyra original....bukan fake tauu...thanks korang! ♥ ♥ ♥




Terima kasih sudi membaca!

9 comments:

Anum said...

bestnya

Mommy's Diary of Life said...

ku sabo je la tgk nih. tggu anak bsr sket.

eima said...

wahhhhh fahim mesti suka gile ni .....

Fazleyatul Aini said...

dah berapa ramai ajak aku p legoland aku buat bolayan je hahaha
aku tak minat theme park. kalau bawak p pantai ke air terjun ke mak suka le mihmihmih

Lan Careno said...

Ujang x masuk... ruginya... muahahaa...

Julia Johari said...

Star wars?
Perghhh dari kecik2 ju mmg suka ngadap tv kalau ada citer star wars...gila betul sini pun ada...alaaa zafirah ngamuk ek tgk patung situ pelik2...kalau Qi pun agaknya gitu la yana...budak2 baya diorang lom tau apa lagi takut tgk patung pelik2...sampai ke sudah ujang dan zafirah tak masuk la ek tgk...alahaiiii best sgt2...

Tabung ayam...plisss la penuh hahahhaha thn depan hari jadi baru pi hahahha

Nadia Johari said...

memang menakjubkan..siap sound lagi..

Nyamuk Terbang said...

gigihnya org yang buat model2 tu guna lego...so kreatif

MissNadia said...

peminat tegar star wars mesti teruja kalau dapat masuk :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015