Sep 8, 2014

Ribbit Pada Pandangan Kami.....

Assalamualaikum...


 Ribbit...filem animasi terbitan KRU Studio...


Jumaat lepas bawak Zafirah tengok wayang...dak kecik tu kemain sekarang dah pandai request nak tengok oyang! nak tengok cite 'tatak' (katak)...hehh~  macam biasa port tengok wayang ialah Alamanda....


Aku seronok je bawak Zafirah tengok wayang...sebab masa layan Ninja Turtle dia tak buat perangai...behave je...so konfiden la kali ni pun dia akan behave...dah dia sendiri yang mintak nak tengok cite 'tatak'!  :p


Lagipun aku tengok watak² dalam movie ni cute sangat! aku tak pernah tengok lagi trailer...tak tanya pun orang lain yang dah tengok macam mana movie ni....best ke?? konfiden je beli tiket ...sebenarnya saja seronok bawak Zafirah jalan²....tu yang tak terfikir nak tengok trailer dulu ke hape....huhu~


Sebelum masuk wayang snap² gambar dulu...pastu main kejar² dengan Zafirah...grrr~  perangai baru Zafirah....suka main kejar² dalam mall or mana² kawasan lapang...hehh~   dah la suruh kejar dia, pastu dia main nyorok² lagi....bukan nyorok belakang tiang ke hape, dia pi nyorok kat celah² orang ramai yang tengah beratur nak beli tiket...pastu dengan bangganya jerit, "MAMA TAK DAPAT!!" *ko ghase??*  (-_-")


Dalam 10 minit menunggu baru boleh masuk dalam panggung...macam biasa pesan siap² kat Zafirah behaveeeee!! jangan main²...duk diam²! dia respon angguk² kepala tanda faham....hurmm~


mama pun eksaited nak tengok Ribbit....kahkah~  ouh sebelum start movie kena nyanyi lagu Negaraku...first time Zafirah tengok orang berdiri tegak nyanyi Negaraku...pelik dia tengok semua orang dalam panggung berdiri untuk nyanyi Negaraku...hihi~


Habis Negaraku movie pun start...berkobar² memasing tengok....


---------------------------------------------------------------------------------------------------------
20 minit berlalu (kurang lebih)....
---------------------------------------------------------------------------------------------------------



Kitorang balik...ye balik!! tak sampai separuh jalan kitorang dah keluar!!! grrr~


Dalam 10-15 minit pertama je Zafirah behave, duk diam²...lepas tu dia macam bosan...kejap kang cakap nak makan lah, nak itu lah, nak ini....lepas tu dia takmo duduk atas seat....nasib baik papa beli seat tepi tangga...mula lah aksi dia main turun naik tangga pulak!!! hehh~   bukan takat tu je....dia pi kacau orang bagai!! grrrrr~


Bukan kacau jerit², ketuk kepala orang...tapi dia berdiri tepi kerusi orang, pastu tenung orang tu lama²....dah kenapa pulak kan??!!! pastu aku nampak orang tu hulur popcorn....ingat Zafirah teringin nak makan agaknya...hangin betul aku tengok! yelaaa malu la kang orang ingat aku kedekut sangat tak bagi anak makan!! grr grrr grrr! tapi Zafirah tak amek pun popcorn tu...bila orang tu hulur makanan, dia pandang papa sengih²...pastu joget²...bila orang tu dah tak pandang dia, dia pi tenung balik orang tu lama²...adoyainyepun!! (-_-")


Dah boring tenung orang, dia main turun naik tangga lagi....time ni papa dah tak sedap bontot nak duduk...bila tarik dia suruh duduk dengan kitorang dia takmo!! merengek², meronta² mintak lepas...! last sekali dia pi kacau orang depan....tergedik² kat kerusi orang depan....haa time ni papa takleh sabar dah....last² papa cakap, "jom balik laaa!"


Aku terus dukung Zafirah bawak keluar...hehh~  kat luar nangis² nak tengok oyang...geram aku! tapi malas dah nak masuk dalam balik...muka dia nampak macam nak tidur...baik la aku balik tidurkan dia...huhu~


erm tapi jujur aku cakap, Ribbit boring...papa cakap mungkin kita dah biasa tengok cerita kartun omputih, skrip omputih, bila tengok kartun cakap melayu, siap slang utara bagai jadi macam krikk krik...krik krikk~  10 minit pertama okay lagi aku layan...pastu mata aku dah mula pedih...nak TIDUR!! hurmm


No wonder la Zafirah pun takmo duk diam....dia boring rupanya....aku perasan Zafirah minat cerita² action....macam Ninja Turtle tuuuu....jalan cerita Ribbit terlalu ringan....tak sesuai tengok waktu malam....sangat mengantuk....maaf la...ni pandangan aku....mungkin cerita ni tak kena dengan jiwa kitorang anak beranak....kitorang prefer cerita yang banyak aksi...bukan banyak membebel atau banyak dialog...


Kang jangan la ada yang cakap aku tak sokong produk keluaran Malaysia...Upin Ipin aku suka je tengok! yang movie punya...tak bosan pun! tengok drama ulang² pun tak bosan....bagi aku kekuatan dia adalah pada skrip! langsung tak bosan! enjoy je setiap kali tengok....


Aku harap KRU Studio boleh perbaiki lagi ye....gambar dah cantik...watak² pun dah menarik...tapi skrip tu....alahaii....pandai komplen je aku ni kan? ce buat skrip sendiri tengok best ke tak?? kahkah  ayat cliche...aku tak reti tulis skrip...tapi aku reti komplen....ada masalah?? lol~  :p


Terpulang kalau korang tak setuju dengan pandangan aku....kalau korang rasa cerita ni best gilerrrr...setanding Spongebob Square Pants the Movie *eh?!*...silakan! aku tak kisah pun....aku cuma suarakan pandangan aku jee....


Peace! v(^__^)




 Terima kasih sudi membaca!

6 comments:

Anum said...

syoknya

ctaminah88 said...

Cite tu akan best bukan sbb animation menarik je...tp bila jalan cite n skrip tu menarik. cite2 katun omputih skrip dia la yg membuatkan cite tu best. ketawa smp terburai. cite ribbit ni jalan cite ok da..menarik. better than seefood. skrip je la kena improve. boleh cuba lagi kru! =D

Suzie Ahmad said...

nice blog..
baru nak bawak anak2 g tengok,
last bawak tgk cerita Frozen dulu..
tu pun halfway budak2 dah terlelap. hihi...

sudi2 bertandang ke blog saya
http://suzieahmad.blogspot.com

MissNadia said...

kebanyakan budak-budak mmg cepat bosan. jadi cerita kena bnyak action than skrip panjang jela..

eima said...

klu budak pun bosan itu bermakna mmg bosan la tu ... cite tak besh sbb budak pun tak suka kan ... kartun ngan budak mana leh pisah ...diorg judge terbaik ...

aizamia3 said...

Belum pernah cuba bawak dak Nuha pergi tengok movie.. tapi jangan bawak dak Adik.. tengok cerita apa pun dia cepat bosan.. huhuhu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015