Entry hari ni sekadar perkongsian....no lushah²...eww~ cubit kang!
Soalan :
Apakah sah puasa orang yang berjimak pada malam bulan puasa? Apakah sah puasa bagi orang yang berjimak pada malam hari pada bulan puasa, tetapi hanya melakukan mandi wajib setelah terbit fajar tetapi sebelum terbit matahari?
Jawapan :
Yang membatalkan puasa ialah jimak pada siang hari. Sedangkan pada malam harinya dibolehkan, sekalipun mandi wajib setelah terbit fajar. Orang yang berhadas besar sah berpuasa, kerana suci daripada hadas besar dan kecil bukan syarat sah puasa.
Syarat-syarat sah puasa :
1. Islam ketika berpuasa
2. Mumaiyiz (dapat membeza)
3. Suci daripada haidh, nifas dan wiladah (melahirkan anak)
4. Berpuasa pada waktunya.
Al-Khatib al-Syarbini menjelaskan:
"Dan jika suci perempuan yang haidh pada malam hari dan berniat puasa, seterusnya berpuasa atau berpuasa orang yang berjunub tidak mandi terlebih dahulu, maka sah puasanya..." (Lihat Mughnil Muhtaj, vol. 1, hal. 436)
Katanya lagi: "Ada hadis sahihain (al-Bukhari & Muslim) yang mengatakan Nabi s.a.w. berpagi-pagi (subuh) dalam keadaan junub daripada jima', bukan kerana mimpi, kemudian baginda mandi dan berpuasa." (ibid.)
Rujukan :
Abdul Rahmana al-Jaziri, Al-Feqh Alal Mazahibil Arba'ah, vol 1
Al-Khatib al-Syarbini, Mughnil Muhtaj, vol 1
Maaf aku tak ingat mana aku amek artikel ni...rasanya dari abang ipar aku....huhu~ lama dah entry ni duk dalam draft...dari tahun lepas rasanya....memang tunggu bulan Ramadhan baru nak publish...kuikui~
Semoga bermanfaat...
(^^,)
Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!
11 comments:
tq sharing the info...
mmeang ramai yg comfius kan
Lama yer simpan entry ni yana hahhahahha...mmg tau dah part cm ni ada ustaz opis kasi tau hikhikhik...perkongsian bagus yana...keep it up
sharing is caring.. nak share jugak yer..
amboi tajuk entry... menarik perhatian sangat untuk di klik. hahaha :D
aku ada dengar ceramah uai kat you tube pasal ni
dlu xtau.. bile dh kawin bru tau.. tu pun asben bgtau..
heeee... tq share... lme btol peram entry ni.. ni mesti blmbak2 entry kt draft tu... :)
Teringat masa tanya mak hal ni. Punya tahan nafsu sebab takut tak leh puasa. Hahaha.
Assalammualaikum...
perkongsian yang menarik untuk diketahui dan dibaca oleh suami dan isteri..nice.
mselim3
jgn batalkan puasa ngan berjimak di bulan ramadhan hukum die kena ganti puasa 60hari berturut2 bg lelaki ...
nice info sbb ramai yg konpius ...aku dulu pun sama memula kawin bila byk membaca br paham
giler ko tak boleh...!!! sebulan tu hooii... hahaha... islam tu mudah.. yang penting kene ikut syarat nya.. :)
Post a Comment