Jul 15, 2013

Resipi: Puding Milo Lapis Oreo

Assalamualaikum....

Ni desert buka puasa aku last weekend....tetibe semua orang cakap aku rajin...muahahaha~  sekali sekala....bukan hari² pun aku rajin nak memasak segala....ngee~  :p


Resipi asal aku amek kat FB...siapa tah duk forward² resipi ni...aku print screen, save dalam henpon....biasa la amatur macam ai ni asal memasak je kena follow sebijik² resipi....hewhew~  :p


Jom cekidaut bahan² yang diperlukan:


  •  10 grm serbuk agar² (tak kisah jenama apa)
  • 1 tin susu cair (400ml)
  • Satu bungkus oreo


  • Biskut oreo tadi korang patah²kan dua...nak patah kan 4 pun bolehhhh... :)


  •  750ml air


  •  150g gula  (motip letak penimbang bagai??hohoho)


  •  3/4 cawan milo - oh measurement cup ni boleh didapati di mana² bakery shop  :)



Seterusnya, kita cekidaut cara² membuatnya:


  1. Masak serbuk agar² dan air sehingga larut.


 2.  Kemudian, masukkan gula dan masak hingga larut.


 Aku guna api sederhana je....gigih aku upload gambar api bagai kan...pfftt! :p


 3.  Lepas tu, masukkan susu cair dan kacau sebati hingga mendidih.


 4.  Bila dah sebati ikatan semua bahan² tadi, pisahkan mereka menjadi 2 bahagian....macam dalam gambar atas ni....


 5.  Satu bahagian ni kita campurkan dengan milo dan kacau hingga sebati....korang kena pastikan takde ketul² milo tau!


 6.  Tapi aku punya bancuhan ni durhaka ya ampunnnn!!! stress aku dibuatnya! puas dah besarkan api, kecikkan api, kacau², idak jugak sebati dorang ni...lempang tau la....hehh~  (-_-")


Campuran milo ni juga korang kena pisahkan jadi 2 bahagian.....satu bahagian untuk lapisan bawah, satu lagi untuk lapisan atas sekali....aa paham?? tak paham tanya!


 7.  Bahagian pertama tadi boleh dituangkan ke dalam acuan....aku terpaksa guna penapis sebab bancuhan aku kan tak sebati...ada ketul² milo tu....grrrr~


8.  Tunggu sampai mengeras sikit, then tuangkan pula adunan putih tadi....yang takde campuran milo tadi tuuuu.....


 9.  Then taburkan oreo mengikut kreativiti memasing! sepatutnya oreo tu tenggelam dalam adunan putih tu...tapi sebab aku lambat, adunan tu dah mengeras baru aku letak oreo...pun bolehhhhh lahhh!  :)


10.  Then, tunggu lagi sehingga bancuhan mengeras sedikit (berapa banyak kali tunggu daaa...ngeh³), lepas tu tuangkan balik baki adunan yang ada milo tadi....


11.  Sejukkan sekejap dengan suhu bilik, kemudian masukkan dalam peti sejuk....


Benda² yang kena masuk dalam fridge ni aku suka buat malam²....so keesokan harinya boleh terus ngapppp! aku memang elakkan memasak di waktu siang sebab tak tahan godaan....kahkahkah~  :p



12.  Dan inilah hasilnya! makan sejuk²....omg! tempting bukan??? ngeee~  :p


Kebetulan last weekend makcik aku ajak buka puasa rumah dia....so aku bawak je dessert aku ni pi sana....Alhamdulillah! semua orang cakap sedappppp!! bila dak encem pun puji lagiiiiii lah ai vangga! mmuahh muuahhh sume orang! kekeke~


Selamat mencuba! (^^,)




**********************************************************************************************

IKLAN:



CANTIK > SIHAT > KURUS = EPHYRA!


jom order laju²! harga kasih sayang untuk korang! ♥ ♥ ♥





Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

30 comments:

e k i n ♥ y u s r i said...

tq yana!
leh wat
hehehe

Nurzakiah Hanum said...

senang dan mudah

MimahAjil said...

sangat tempting hokeyh........harus jadi fenomena jugaks...hehe

nico nabiela said...

wow nmpk sedap..nk cubalah t..tq

PinKy MoMMa said...

harap harap akak tak derhaka kali ni..cheeskut ari tu terderhaka sangat hahaha..

baru nak ckap..gigihnyer lahai amik gbr periuk bagai..bagus yana..senang akak nk faham hahaha..kenyang la ujang puasa ni miahaha

Cik Eka said...

uyoo sedapp sedappp hehehehehehe..

nak cuba nanti. buat masa raya. hehehehe

Fazleyatul Aini said...

rajin ko skrg. aku memang berbundle punya pemalas hiks

cha said...

Senanggg. Bolela i buat nanti haha. Thanks yana

eima said...

aku dah pomot blog ko member aku yg nk cuba resepi mudah tanpa oven nk simpan dlm peti sejukje katenye ... resepi cheesekut ko die dah try ..katenye guna blender tak leh sbb xmo kembang tah aku pun tak paham sbb aku tak try lagi resepi ko tu

Mommy_Cha said...

yummy! mcm sedap jer ni

Ujang9897 said...

sedap gila oi.. hahhaha

Chekgu Azrine said...

teruja akak nak buat..bahaha

Cik Puan Rara said...

vahhhhh udah agar2 milo oreo pulak.rara baru je buat cheesekut neh.hahaha.sabo jelah.ai is always lambat.hahaha

! Arjunakirana ! said...

wau sedapnye.... nyum2

hazman fadzil said...

banyak dessert yang simple cenggini orang suka letak biskut oreo....

Aty_Fared said...

phewww..memang tergida..okeh...jap gi beli oreo..nak nge test gak nih...heheh

diana said...

akak pun ada buat minggu lepas..tak patah2 kan pun oreo tu..bubuh je sebiji2..memang sedap..nanti nak buat lagi..

Fariehan Ibrahim said...

sikit jer bahan dia, nk try wat lah. nmpk cam lazat giler! mihmihh

tq sys sbb gigih upload satu2 gmbr, saluteeee! :D

ir yien 9897 said...

nak tryyyyyyyyyy...

SweetLikeWhat said...

terliuqnyaa tgk..boleh try nanti ni..

~ Huda Qamar~ said...

kalau taknak milo tu ketul2, gaul dulu dgn air panas kat mangkuk kecik. mcm nak masak kari tu kan kena bancuh dulu kan serbuk tu. mcm tu la lebih kurang aplikasinya =)

aizamia3 said...

betul.. kalau nak buat.. kena buat malam.. kalau buat siang banyak nau dugaannya.. ;)

Dkna Abza said...

nak buatlaaa..tapi malas..kalau ada yang siap lagi best :P

Myra Jay said...

Mungkin sebab panas sangat kot tu yg Milo takleh nak hancur, tp seyes cheq memang dalam planning nak buat puding ni :D

aizamia3 said...

psstt: akak berjaya membuatnya.. hehehe..
http://aizamia3.blogspot.com/2013/07/puding-milo-lapis-oreo-double-layer.html

Sharz said...

thanks yana kongsi resepi nie..baru buat tadi dan sedap!!! :D

Bazlia Amoza said...

sedapnyeeee...nak cuba la..thx sharing resepi..anak2 mesti suka..
http://ailzab.blogspot.com

Kenari Putih said...

saya pon bab2 nak masak kalau saya google, saya suka yang terang dan jelas cara2 nak masak mcm entry ni sbbnya saya tak pandai masak.. hehe

Ummi Abida said...

sedapnya nampak!! senang plak tu. tp memang gigihlaa yana upload gambar steps tu, tabik spring!! saya nak upload gamba sebijik kat blog pun punya payah, kena reduce size dulu kot. hihi. neways, beli kat mana ea penimbang digital tu? cantik la!

jemput baca resepi kuih bakar senang sangat saya ye

Kenapa ESP Shaklee Menjadi Kegemaran Ramai Wanita?

Siti Hajar said...

nice,,, teringin nak mencuba
http://ohsupplements.blogspot.com/

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers



Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers