May 31, 2010

Jawatan Kosong di UPNM

Wallaweyy lama betul aku tak update blog..jangan kata update, nak menjenguk blog pun tak sempat..busy la kununnya...hahaha~

ehem² serius oke...busy dengan kerja lagi, buat persiapan cousin aku kawen lagi...wah orang lain yang kawen tapi aku yang busy...wedding planner lah katakan...wakakaka~   sok yana kawen silalah busy juga ye en Yayie and wife, kak Di *nama wife (cousin ipar) lebih kurang nama aku..Diyana..jadi untuk elakkan kekeliruan panggil dia Kak Di aja...lalalala~ ♫ *





Ada sesiapa tengah nak cari kerja atau nak tukar tempat kerja?? UPNM (universiti pertahanan nasional malaysia) ada opening untuk jawatan² tetap..aku dapat info ni from my dak encem *wink²*  ai tak baca paper or tengok berita..ai baca belog je..hehe...dorang buka application dari last week, tarikh tutup 7 Jun...tak lama lagi so cepat² la apply... ^_^

TAPI...harus diingatkan website UPNM ni memang payah gilerrrr nak access..maybe sebab ramai sangat yang view dalam satu² masa...ramai yang nak apply kerja atau nak sambung belajar kat situ agaknya...jadi banyak² la bersabar..aku ni dari last week sampai hari ni belum settle² lagi application...ada lagi a few info yang aku belum isi...huhuhu..sabo je lerrrr~

Untuk register uols boleh klik kat sini --> KLIK ME

Untuk melihat jawatan² yang ditawarkan uols boleh klik kat sini --> KLIK ME


Good luck to all applicants!! kita sama² usaha and tawakkal kut² boleh dapat tempat kerja sama dengan kawan² blogger..boleh bukak club blog kat sana..bwahahahaha *waklu*





May 25, 2010

Sebelum Mencarut Kena Faham Makna Dahulu

Kanak-kanak di bawah umur 20 tahun tidak digalakkan baca...hehu~

Bila diteliti, kat mana² pun kita boleh dengar orang mencarut...
*wah ayat ala ala menteri gitu..awww~*
macam² perkataan ada
sampai kamus dewan pun tak boleh detect perkataan² tu...hahaha~
kalau tengok budak sekolah mencarut macam good good je kan..
ala ala gengster, otai-otai gitu... *porraahh!*
tapi hakikatnya dorang pun tak faham apa yang dicarutkan...*wanna bet??  ^_^*

Selalunya kita tengok orang mencarut sebab dia tengah marah
atau masalah mental...mungkin...bwahaha~
Tapi ada juga orang mencarut sebab melatah....erk?? (-_-")
Dak encem aii dulu memang kuat betul melatah..tah apa² disebutnya...
Tapiiiiii.....tapiiiii......

dan tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

dia mempunyai seorang kekasih *bluwek!* yang sangat sangat prihatin dengan penyakit latahnya...
setiap kali dia melatah yang bukan² aku akan suruh dia istighfar...
pesan aku, "cuba amalkan istighfar, mesti takkan melatah yang bukan²"

Lagi satu kita jangan kacau orang yang suka melatah ni...
lagi dikacau lagi kuat latahnya...bila nak hilang?? letih tau dengar latah² ni..
kita yang tengok letih, orang yang melatah tu lagiiiiiii letih...hohoho~
kesian...kesian....

"cuba jangan fikir sangat nak melatah..buat biasa² dah la...kadang² orang melatah ni sebab ikut gaya orang, last² diri sendiri jadi melatah tak tentu pasal..relek² je derr (-_-")"  bebel aku pada dia...huhuhu~

So setelah direkrut dengan penuh kejam kasih sayang
dan berdisiplin siap gado² bagai
sekarang dak encem ai disiytiharkan 'melatah free' atau 'bebas latah'
(maksudnya dah tak melatah sangat la) weeeeeee~ \(^_^)/
hebat betul makwe dia nih..hins hins


*err...korang.....tak ghase nak muntah hijau ke tengok aku memuji² diri??wakakakaka...haktuih~*







oke oke setop...kesimpulan di sini ialah, tak perlu la nak mencarut oke
setiap perkataan carut tu boleh menurunkan IQ korang...
aku ni bakal jadi pakar motivasi jadi percaya lah cakap aku...muwakakaka~

korang akan jadi lembab dan bodoh dan blur dan annoying bila IQ dah jatuh...
kalau tak paham maksud aku tu maknanya korang memang ada simptom² IQ rendah...MIAHAHAHAHAHAHA~  *mamtik aku kena balingan kasut pelbagai saiz*


Wokeh mari layan kartun di bawah yang aku dapat dari forwarding emel..
Mungkin designer asal dari link yang tertera kat belah kanan,
bawah sekali gambar tu...
mungkin......
sebab dah tersebar jauh sangat gambar ni...
search kat google je mesti ada gambar ni..huhuhu~



:: klik jika anda rabun..lalalalalala~ ::








P/S::  Sila jangan mencarut di page aku ni yeh..orang mesia ni kan terkenal dengan budi bahasa..awwww..huhuhuhu~ ^_^

May 24, 2010

Mengantuk...Masalah ke?

:: Thanks google ::


Mengantuk memang akan jadi masalah sekiranya tidak diatasi...Biasanya yang jadi masalah tu bila kita ke majlis² ilmu seperti kursus motivasi, kelas/kuliah, majlis agama dan yang seangkatan dengannya....Bayangkan korang tengah excited sangat nak dengar ceramah motivasi, penceramah tu pula bukan la seorang yang membosankan...bersungguh² dia cakap siap tersembur air liur ,siap dengan gaya tangan, kaki semua menunjukkan dia bersungguh² nak orang faham apa yang cuba disampaikan.....tapi masih ada yang nak terlelap...hehh~  (-_-")

Seperti yang aku alami semalam ketika mengikuti kursus SNP (success network programme) anjuran CNi,
aku memang dah set minda aku untuk dengar setiap apa yang penceramah cuba sampaikan...Tapi orang sebelah aku (girl), baek punyerrr tersengguk² kat kerusi dia...gaya macam nak jatuh kerusi pun ada...kejap kepala dia ke kanan, kejap ke kiri, kejap kang ke depan pehtu ke belakang...hahahaha aku yang duk sebelah dia rasa sangat annoying oke...kalau dia tidur diam² aku tak kesah...ni kejap² langgar bahu aku...grrrr~
aku cuba abaikan tapi mata aku macam asyik nak terjeling dekat budak tu...huhuhu~

"ada yang tergolek dari kerusi ni karang"  bisikku di dalam hati...

aku rasa penceramah tu cakap bukan main kuat, siap berinteraksi dengan pendengar (tanya soalan) termasuk budak ni, tapi budak tu masih terlelap..muka pun pucat, tak semenggah jek...haha kesian pun ada aku tengok muka budak tu....

aku ada kejutkan dia suruh basuh muka...sebab agak terganggu konsentrasi aku nak dengar ucapan² motivasi asyik tengok dia macam nak jatuh kerusi jek kannn..concern maybe...wakakaka~ *porraahh!*
tapi dia buat muka toye jek...ceh..sabo je lerr...last² penceramah tu macam dah perasan, dia pergi sergah budak tu...terus segar muka dia...kakakaka~ *cute*

Bagi aku, kalau nak layan sangat rasa letih, mengantuk semua baik jangan pergi majlis² macam tu..membazir masa satu, bazir kudrat lagi...tidur kat rumah lagi selesa daripada tidur atas kerusi plastik yang keras tuh...hohohoho~  Mungkin juga budak tu kena paksa pergi kursus tu...huhu..kesian kesian...

Lagi satu aku rasa apabila kita buat sesuatu, kita kena sentiasa memperbaharui niat. Contohnya kalau kita ke kuliah, niat kita jihad dan menuntut ilmu. Maka kena pastikan misi tercapai dan untuk berbuat demikian, TAK BOLEH mengantuk!!

Macam tu juga masa dalam kuliah atau kelas..kita kena serius dan bersungguh². Dakwah dan study bukan bebanan, tapi amanah!! *wah ada gaya pakar motivasi..ngee~*


Berikut ialah tips yang aku rasa agak berkesan untuk mengelakkan kita mudah rasa mengantuk:: -

1) Jaga tidur::
  - kalau kita tak cukup tidur dan tidur secara berlebihan juga akan sebabkan mengantuk. Cuba elakkan tido selepas subuh, sebenarnya waktu tu sangat banyak kita boleh buat.. pergi jogging ke, basuh kain apa² lah janji kita bukan duduk statik (tak buat apa²).err tapi aku pun suka tidur lepas subuh especially during weekend..cuti la katakan...ish³~  (-_-")

2) Jaga pemakanan::
  - kita tak perlu makan banyak, tapi makan makanan berkhasiat. Jaga gizi supaya seimbang. Makan banyak pun boleh sebabkan kita mengantuk dan pemilihan makanan yang tepat. Dah tau mengantuk, jangan la makan nasi lemak pagi², lagi tambah mengantuk.

 3) Buat persediaan awal sebelum kelas/kursus (membantu untuk lebih meminati apa yang diajar guru/penceramah dan bantu untuk faham)

4) Tanya soalan sekiranya tidak faham (belum pernah lagi aku tengok orang tertidur sambil bertanya soalan..imagine that..huhuhu~)

5) Mendengar secara aktif, bukan pasif::
   - cuba hayati apa yang cuba disampaikan dan cuba guna otak sikit untuk berfikir adakah topik yang disampaikan logik dan boleh diaplikasikan ke dalam kehidupan seharian..(jangan la mata pandang depan, otak pergi merantau tempat lain..not allowed oke..mesti F.O.K.U.S! wah tegas gitu..lalalala~)






:: aku pernah jumpa orang tidur masa meeting...tapi yang bestnya, bila dia sedar, dia tanya soklan kaw² kat kontraktor...wakakaka~ hebat aa pacek! tu baru otai namanya...mata pejam tapi otak jalan....wow!! =p ::




Korang jangan tidur baca entry aku haaa...babap tau la... \/(^_^)





May 21, 2010

Mari Bongkar Rahsia di Sebalik Persembahan 'Silat' Mata


Silat mata atau silap mata??? lalala~

Kalau silat mata mungkin adegan si jejaka ingin mengurat si gadis dengan bermain² mata..kut² boleh jatuh ke hati...ewah ewah~

silap mata pula lebih femes dengan istilah magik atau penjelasan ilmiahnya, mata kita ditipu..
eh eh logikkah??

hehehuhuhoho~





Kenal David Blaine?? *tak sangka dia ada web sendiri..huhu~*
Kalau search kat gugel memang ada menceritakan rahsia kehebatan magiknya...*hebatlah sangattt..cett~*
Memang ramai yang berkomplot ghopenye..hehh..tak baik tau diorang ni tipu penonton especially golongan kanak² yang otaknya tak cukup berkembang...ish³~


Jadi tadi, time aku duk sibuk mencari file yang hilang kat recycle bin, banyak lah pulak terjumpa video atau pluralnya videos ('s' melambangkan banyak) wakaka tiba² nak ajar orang english...=p



BINGO!!


bukan bingo yang main game pilih² nombor tu tapi bingo as in sudah berjaya!! atau cakap jawa disebut mission accomplish!! hakhakhaktuih~
aku terjumpa video yang menarik! *ecece 'ter' lah sangat, padahal mata tu memang tengok dengan teliti isi video² yang ada...hohohoho~* 

Selalu tengok kat Astro channel apa tah pasal rancangan yang reveals magician's secrets...
Aku tak sure yang ni pernah disiarkan ke belum..tapi diorang memang buat show depan orang ramai, atas pentas gitu....huhuhu~

Pada sesiapa yang teringin nak membuat persembahan magik kepada kanak² sekolah atau memeriahkan event bersama menteri atau mana² VVIP (sebab event VIP selalu boring) boleh lah meniru aksi² berikut...miahahahaha~



video



Mudah bukan??
dah cuba nanti roger aku...buleh tengok sejauh mana keberhasilan magik korang...hohoho~

Gud Luck!! ^_^





P/S:   Adek aku pun semangat search pasal card tricks kat youtube..tapi aku malas nak layan dia practice..hahaha~  aku suruh dia entertain cousin² aku yang kecik² je sebab budak kecik memang suka la melayan magik² ni...aku minat tengok drift jek...lalalalala~

May 20, 2010

Ketam Ketip Kuku Kaki

Rasa mengantuk la hari ni...dengan hujan lebat....dah tentu sejuk...
pehhh berselubung dalam comforter memang mabelesssss!


Atau mungkin semalam tidur agak lewat...ada business discussion...
ada sesiapa nak join business dengan aku??modal rm50 je....*wink²*


oke oke kembali ke pangkal tajuk...
Korang pernah tengok ketam ketip kuku??
kalau tak pernah, memang kesian sangat kat korang...rugi je hidup..miahahaha

aku pun.........


tak pernah.....hahahaha~

Hari ni 1st time aku terbaca dan cuba kongsikan dengan orang...weeee~



Alkisahnya...........................................

++tulisan berwarna biru ialah Kodok++
++tulisan berwarna purple ialah Ketam++



Kawan karib Ketam, Kodok, kata kepada Ketam,"Kenapa kau ketip kuku kaki kau,Ketam…kenapa?"

Ketam kata, "Kuketip kuku kakiku kerana kuku kakiku kelurut… kakakku kata, kalau kukuku kelurut, kita kena ketiplah!"

Kodok kentut kekeliruan...Kodok kata kekalutan, "Kadang-kadang kalau kukuku kelurut, ku ketip kenapa keluar kudis?"

Ketam ketawa, "kah..kah..kah..kah..kih..kih..kih..kih..Kuh...kuh..kuh..kuh!!"

"Kodok..Kodok.. kenapa kadar kebodohan kau ketara keterlaluan?" 

Kodok kata kepada Ketam, "Ketam. Kenapa kau ketawakan ku?"

Ketam kilas,"Kelakar."

"Kelakar ke kurang-ajar?!" kata Kodok.

Kerana kemarahan Kodok keterlaluan, Kodok keperok kepala ketam kuat kadar kilat..*kelekuk!*,
kepala Ketam kehancuran kerana kena keperok Kodok.

Ketam kata,"Kodok.. Kodok.. kenapa kau keperok kepalaku? Kan kesakitan."

Kesian Ketam. Kerana kurang-ajar, kepala kena keperok.





MUAHAHAHAHAHAHAHAHAHAhaktuih~


tah apa maksud, kelurut, keperok tah...main sesedap bahasa je janji perkataan dapat dimulakan dengan huruf 'K'...pacek gugel pun tak faham perkataan tu...huhuhuhu~   hebat orang yang mencipta perkataan nih..hohoho~


Aku terjumpa artikel ni kat gugel...maseh la pacek gugel..susah² je sediakan maklumat untuk orang mengantuk macam saya nih...jasamu tetap kukenang sampai bila²....

peace peace!! \/(^_^)




May 19, 2010

Aku Suka Lelaki yang Tahu Marshall Art

Hullaweeyy, dah petang² baru boleh update belog...nak kena rushing siapkan projeck alpha...huhuhu~
Dalam minggu ni jugak nak kena submit, tapi dikala menghilangkan letih di mata haruslah exercise belog...lalalalala~ ♫

uols pernah belajar marshall art??
kung fu ke, taekwando ke, judo ke, silat ke etc etc....
kalau pernah uols memang hebat aa..tabik spring!!

Aku suka sangat sangat sangat tengok orang buat aksi² marshall art...
macam dalam cite IP Man, Merantau Warrior atau lakonan Jackie Chan atau Jet Li atau yang sewaktu dengannyalah...
nampak awesome, cool gilerrrrr dorang lawan² tu.....hiarghh dush dush dush  (@_@)

err aku ni belajar marshall dance je...MIAHAHAHAHA~

Meh aku nak share dengan uols video dak encem ai sedekah silat untuk pengantin...
bukan la dia pergi berlawan silat dengan pengantin kang terbantut lak malam pertama dorang sapa nak jawab??!! muakakaka~
tak menahan statement 18SX...lalalalala~  \/(^_^)










Disebabkan aku ni tahu marshall dance je makanya aku tak pasti la betul atau tak gerak geri, bunga² silat dak encem tuh...sumbang ke, tepat ke....aku tengok oke je...macam ala ala menari yang macho..hohoho~

Bukan senang dak encem ai nak sedekah silat untuk pengantin..
ikut mood kepahlawanan dia datang baru dia rajin nak tayang bunga² silat dia..ecece~
*aku pun tak paham kenapa gerak geri silat dipanggil bunga...mungkin zaman dulu² sesiapa yang nak belajar silat kena mandi bunga..huhuhu~ *


Nanti aku kawen ada siapa² yang nak buat persembahan silat untuk aku?? *wink²*
*beranganjelahkauyanaoiiiii*








May 18, 2010

Mari Belajar Drift

Weekend lepas adalah hari Belia dan Jom Heboh kat Putrajaya..
korang pergi ke??huhuhuhu~ *agak poyo soklan tu*

Aku tak tahu pun pasal tu sampai lah dak encem ai ajak pergi tengok futsal...
erk! tak pernah lak aku teman dia tengok futsal...
bukan dia main pun, tapi kawan² se-taman perumahan dia masuk pertandingan...
so kitorang pun pergi la kunun² kasi support kannnn...ngee~



:: Sesi menurunkan autograph...weeee~ *hehh jangan mara aa tepek gambar korang kat sini..huhu..guna camera aku so tak kesah la kan...miahahahaha~* ::




:: eh eh nama ai pun ada la...miahahahaha~  kat atas tu sign dak encem a.k.a ujang... S-7 tu adalah nama team futsal yang kami sokong..ecece ^_^ ::




:: gambatteee S-7!! ::



Lepas habis satu game kami chow...nak pergi lepak rumah along,
on the way tu lalu Jom Heboh kat Presint 2 kut...
ada pulak aksi² drift...
ffuuhhh teruja!!!











Don't try this at home!! unless korang memang pernah bekerja sebagai pelakon aksi kat Hollywood tak kesah la kan...tapi make sure buat aksi² ni dengan cara yang sah..bukan di jalanraya yang sesak dengan kereta tuh...lalalalalalala~
Bayangkan kalau driver tu takleh control kereta,
memang terpelanting aa keluar..
dah la ramai penonton keliling² tu...suspended!


Malam tu pulak aku dilanda demam..wuwuwuwuwu~ T__T
Makanya aku tidur je la sepanjang hari sampai semalam...bayangkannnnn~ ^_^





May 14, 2010

Tips Hilangkan Mengantuk Di Pejabat

Dah dua malam aku tido lambat...
sebab??
pergi kenduri tahlil atok muis
Sudahnya pagi² liat gilerrr nak bangun...
masuk opis asek terbayang katil, bantal, selimut...mmmm~ (@_@)

Salah satu cara nak hilangkan ngantuk ni haruslah update blog dan berfacebooking...lalalalala~ ♫
Disamping itu ecece rajinkan diri search kat gugel tips² hilangkan mengantuk...
memang mujarablah tips² yang aku jumpa...
marilah amalkan bersama...


• Makan gula-gula getah. Kunyahlah ia tanpa henti.

• Sepak bucu-bubu meja dengan kaki (Anda di nasihatkan buka kasut terlebih dahulu)

• Ambil sekeping kertas A4 tegakkan dan tarikkan ia di antara dua jari telunjuk dan tengah.

• Hina kawan sebelah anda secukup-cukupnya

• Sentiasa berlari pecut untuk kemana-mana sahaja di dalam pejabat itu (Pergi tandas, pergi ke meja kawan dsb)

• Cabut sehelai bulu hidung anda dengan lajunya.

• Jangan makan atau minum sepanjang hari (Makan pada waktu malam sahaja). Sebabnya orang selalu mengantuk selepas makan.

• Pesan pada penyambut tetamu pejabat anda supaya meng'interkom' anda setiap 5 min.

• Buat secawan kopi panas dan tumpahkan ia atas baju dan seluar anda. (Tumpahkan pada kawan pun boleh juga - lebih afdal)

• Ambil stapler dan staplekan cuping telinga anda atau telinga sesiapa sahaja yang berdekatan.

Jika semua ini masih belum dapat menghilangkan mengantuk anda itu, silalah pergi ke surau/bilik sembahyang dan tidurlah seketika (satu jam dah memadai) -> sumber


MIAHAHAHAHAHAHAHAHA~

kompem aku bakal dapat balingan selipar dan kasut yang pelbagai saiz...muehehe~ =p



*****************************************


oke² setop ketawa sekarang!!
masa untuk melangsaikan hutang tag from niesz


Ape yang bermain di fikiran anda sekarang?

makan, tido....

tido...

tido lagi...muahaha~


Apakah nama samaran korang

yana, na, siti (non-malay je panggil nama ni), yanamib (internet version..lalala~ )



Berikan 3 orang yang anda sayang
 
ayah
my bff
dak encem (weeee~)


Panggilan untuk si dia

dak encem (blog version),
azfar (nama sebenar)
yang (ecece~)


Hadiah yang korang impikan dari seseorang yang istimewa

seseorang istimewa tu means pakwe eh??kuang³~

ofkos la ai nak yang mahal² je...ai ni materialistik..lalala~ ♪















ehem² paham² sendirik lah kannnn..tak perlu kut nak elaborate lebey² *wink²*

 

Blog mana yang korang suke visit n yang leh aku follow gak
 
sume yang kat sidebar aku tuh...rajen²lah kelik kelik ye...huhu~



Tag kan kepada 15 orang rakan blogger anda

kalau takmo tag buley??ngee~
oke lah..silalah buat to all my followers and visitors...
terharu ai kalau uols jawab tag ni tau...hehu~ ^_^






Dah² pi wat kojo...papai~





May 13, 2010

Atok Muis.....Dalam Kenangan.................

Dalam jam 1.15pm (waktu Malaysia) pada hari Selasa, 13 May 2010 (semalam), aku pula telah dikejutkan dengan kematian atok saudaraku, en. Abdul Muis, 70 tahun akibat organ failure...erm sakit tua lah senang cakap kan....

Atok meninggal di UMSC, PJ, dimandikan di hospital, disembahyangkan di masjid Saujana Impian, Kajang dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam berdekatan dengan masjid (tak ingat apa nama tempat tu). Berdekatan juga dengan kubur arwah anaknya, Ain yang meninggal beberapa tahun lepas...Alhamdulillah segala urusan pengkebumian berjalan dengan sangat lancar. Atok selesai dikebumikan sebelum maghrib semalam...Sangat puas hati dan kagum dengan pengurusan dari pihak hospital...syabas!

Satu kehilangan yang besar sebab aku memang selalu menganggap atok Muis sebagai atok kandung aku sendiri...dia seorang yang sangat kelakar dan berterus terang..kalau orang yang lembab atau selalu blur mesti dorang takkan paham jokes yang atok aku cuba sampaikan...sangat ilmiah yet funny...huhu~

Beliau seorang yang sangat tabah, anaknya ada 4 orang tapi 3 orang telah meninggal akibat pelbagai penyakit...aku tak rasa aku mampu untuk menjadi setabah beliau dan keluarga...baginya setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya...

Yana sayang atok sangat². Atok banyak berkorban tatkala keluarga aku ditimpa musibah...tapi ternyata Allah lebih sayangkan atok..Allah sahaja yang dapat membalas segala kebaikan atok...

Rasa sangat rugi dan terkilan sebab tidak meluangkan masa dengan banyak ketika atok masih hidup...terlalu sibuk dengan urusan kerjaya, kawan² etc.. Padahal rumah kami dekat je..Saudara² aku semua tinggal di area KL dan Selangor, tak tahu kenapa jarang nak jumpa, gathering...tapi bak kata pepatah, menyesal kemudian tiada gunanya... T__T  Lepas ni mungkin aku akan lebih menghargai saudara² aku....

Atok Muis dah lama sangat sakit, mungkin ini yang terbaik buatnya...Semoga roh atok ditempatkan dikalangan orang² yang beriman....Al-Fatihah~




:: atok (berbaju oren) bersama isteri kesayangan yang amat tinggi tahap kesabarannya dikala menjaga atok yang sedang sakit... ::



:: Terima kasih banyak² sudi datang majlis konvo yana tahun lepas... ::



You will be missed but never be forgotten!! I Love U atok!!  *sad mode*








P/S::   mood aku kurang baik...hari ni mc sebab bateri kereta kong padahal tak sampai setahun pun tukar bateri..grrrr~

May 11, 2010

Kenapa Mesti Menggunakan Syaitan untuk Menjatuhkan Orang Lain??!!

Marah??
geram??
takut??
sedih??
Siapa la yang tak marah dengan segelintir manusia yang sanggup berkomplot dengan jin dan syaitan semata² ingin memuaskan nafsu dengki dan busuk hati mereka..lagi² mereka ni orang Islam sendiri...grrrrrrrrr~ *B.O.D.O.H!!*







Baru² ni kawan aku digemparkan dengan berita kematian bapa saudaranya akibat terkena 'buatan orang' (sihir)...
Aku bertanya pada kawan aku adakah pakcik dia ni orang² bisnes sebab biasanya orang² yang buat bisnes sendiri yang banyak nau orang dengki...
Entah la kan manusia yang hatinya dah hitam legam lebih dari arang tu memang tak boleh tengok orang lain senang atau lebih berjaya dari dia...
Tapi pakcik kawan aku ni kerja dengan JKR je..mungkin pangkat dia agak tinggi...hehh~


Masa arwah masih hidup aku bertanya pada adik aku (since dia ex DQ-darul quran and dia banyak tahu ilmu agama) mengenai surah apa yang patut dibaca untuk orang² yang terkena sihir ni...
then adik aku cakap baca surah al-Jin, ayat kursi banyak² dan Manzil --klik
Tapi mungkin Allah lebih sayangkan arwah, mungkin dah lama arwah terseksa dengan pelbagai penyakit yang selama ni dia tak pernah alami, belum sempat membe aku sampai mak dia sms bagitau uncle dia dah meninggal (rumah dia kat Kuantan)...Innalillah~


Walaupun arwah dah tiada, 'benda' tu masih berlegar² di kawasan rumah membe aku (sedara mara membe aku memang duk jiran² je..hehe~)
entah² si pendengki tu tak reti atau tak boleh nak control dah kawan setan dia tuh...
yang gatalllll sangat nak sihir orang pesal kan...tengok sekarang dah menyusahkan seluruh keluarga arwah jugak....!!


Hoiiii kawan² syaitan!! Daripada kau serang umat sejenis kau baiklah kau pergi sihir presiden Amerika tu ke, orang² Yahudi yang duk sebok nak berperang dengan Palestin tu ke, perogol² ke, penyamun, mat rempit yang dah rosak jiwanya ke....lagi banyak pekdah kau dapat...siap boleh berbakti dengan masyarakat lagi... *waklu*
Kau ingat kau sihir umat sejenis kau sampai dia meninggal sekalipun, kau dapat apa??!! bahagia ke kau??!! di dunia mungkin...abes akhirat??!! kau tak pikir ke wahai kawan² syaitan sekaliannnn!! hehh~ *pehh emosi sangat tak stabil*


Since kita memang selalu nampak benda² macam ni, maka haruslah untuk kita yang belum pernah kena sihir lagi ni mengambil langkah berjaga²...ini juga pesan aku buat membe aku dan seluruh keluarganya...


Amalkan lah zikir mathurat setiap hari, 2 kali sehari....
kalau tak tahu zikir mathurat tu apa uols boleh klik kat SINI
Kalau takde buku mathurat kat rumah, boleh cari kat mana² kedai yang jual buku² agama...
tak pun print je la dari link yang aku bagi tu...*kelik jangan tak kelik*
 Even orang yang dah pernah kena sihir, rasuk, histeria etc, uols pun digalakkan amalkan mathurat + surah al-Jin...
InsyaAllah hilang lah 'benda' tu dari badan uols...


Caranya mudah, cuma amalkan ayat² yang bertanda star (*) dah memadai...
INGAT!! sehari baca 2 kali ayat² tu (Subuh dan Asar)
bagi perempuan yang datang haid juga boleh baca zikir mathurat sebab ia merupakan zikir...
untuk penjelasan lebih lanjut korang tanya lah ustaz² yang berkaliber..
jangan berguru dengan buku semata..mesti ada guru (manusia) yang menolong...oke?? ^_^


Lagi satu ni pesan mak aku, amalkan 3 Qul hari² before keluar rumah...
uols boleh tengok makna bagi ayat² 3 qul...
memang ada nyatakan tentang alam ghaib dan kejahatan manusia...
jadi, rajin²lah amalkan...


Walau sekuat mana pun ilmu sihir orang tu, TAK mungkin dapat lawan ayat² Allah..
kita hanya perlu yakin dengan kuasaNya...







P/S::  Tak perlu la nak dengki² dengan orang sampai nak bagi 'santau sampai mati'...
neraka jahanam weh!

peace! \/(^_^)

May 10, 2010

Elakkan Bongkok Sebelum Masanya!!

Adakah uols tahu bahawasanya jika terlalu lama duduk di depan pc boleh menyebabkan posture badan menjadi tidak betul dan kemungkinan besar boleh menjadikan uols bongkok...?!! MENAKUTKANNNNNN~


Selalunya orang yang bekerja akan alami masalah ni...macam aku la nih...hehh~
Sehari 8 jam duk ngadap pc..kalau aku tido maka pc pulak yang ngadap aku..tapi pc tak boleh bongkok...ngee~ *apakah?*


Kerusi kat opis ni dah cukup bagos, cuma kadang² terasa jugak la macam badan membongkok..
Entah la...letih sebenarnya duduk lama² ni..
Kadang² ada juga bangun berdiri tepi tingkap macam nak buat video klip lagu cinta ala ala winter sonata...hahahahaha~
Layan weh tambah² time hujan petang² tu kannn..pehh serius jiwang...kuang³~


oke jadi serius balik..ehem²...
Mari kita kaji posture² yang betul bagi mengelakkan kita bongkok sebelum tua...*macam presiden PBSM dah ni...hohoho~*




Posture Duduk

:: Kerusi kat opis memang ada tempat untuk bersandar, jadi bersandarlah dengan tenang..aku suka duk bersila atas kerusi. Rasa santai gitu...hohoho~  Tapi sebenarnya duk bersila bukan lah posture duduk yang betul unless memang kompem belakang kita tegak then oke la kut..huhu~ ::







:: Time berdiri tu jangan la kedepan kan bahu macam orang femalas je..berdiri dengan yakin! ala ala mendabik dada gitu..tapi jangan lah jadi poyo..betulkan posture aja oke...\/(^_^) ::






Posture Berjalan


:: Sila lah klik gambarajah jika anda rabun..ops ops...untuk penjelasan imej ^_^ ::






Ada beberapa perkara yang menyebabkan posture badan tidak betul ::-
  • Poor habits (slouching etc)
  • Obese (kegemukan)
  • Otot yang lemak (tidak dapat menakung your weight)
  • Mengandung
  • Kasut timut tinggi (watch out ladies)
  • Otot tegang (lack of flexbility)
  • Banyak duduk depan PC




Jadi apakah yang diperlukan untuk kembalikan posture badan yang betul??
  • Kekuatan asas otot
  • Flexiblity in your muscles
  • Core balance (not just strong abs but strong lower back also)
  • Kesedaran..supaya anda ada kesedaran untuk berubah, jika perlu



Bagaimana cara untuk mendapatkan posture badan yang betul??

Sudah tentu jawapannya ialah exercise!!
Kekuatan otot “core” adalah bahagian depan (iaitu abs) dan bahagian bawah belakang (your lower back). Jadi rajin²lah amalkan aktiviti² seperti berikut::
  • Latihan abs
  • Latihan untuk bahagian bawah belakang seperti (hyperextensions)
  • Overall back exercise seperti latihan pulldown to promote an erect upper body  

(SUMBER)



Aktiviti lain seperti tidur dan mengangkat barang juga kena betul untuk mengelakkan sakit belakang..boleh rujuk di SINI...


Selain itu amalan memakan produk² kesihatan juga perlu bagi menjamin kekuatan tulang dan semua organ² dalaman anda...Suppliment is better than drugs! tak percaya boleh tanya doktor la...*wink²*


Selamat menjaga kesihatan badan anda oke!! Info ni untuk aku jugak..takmo la nanti belum ada anak dah sibuk sakit belakang la, tulang reput la..ish³~
*wah dah macam menteri kesihatan..MIAHAHAHA~*








P/S::  Sekali sekala sharing info knowledge..asek gosip² je tak elok jugak..nanti posture bahu belah kiri tak normal camno...lalalalalala~




May 7, 2010

Antara Pemandu Kereta dan Penunggang Motosikal

Majoriti rakyat Malaysia tahu membawa kereta..
Mengikut statistik aku sendiri pemandu kereta lagi banyak dari penunggang motosikal...
hahahaha...aku ni pernah kerja kat jabatan perangkaan so statistik yang aku kemukakan tu kira boleh digunapakai la...lalalala~


Biasanya orang yang tak pernah menunggang motosikal,
bila ketika mereka memandu kenderaan di highway,
mereka kurang peka dengan keselamatan penunggang² motosikal...
ecece skema sungguh ayat itu..macam permidato yang manTOP! ngee


oke sebagai contoh kalau ada traffic jem,
korang perasan tak hanya motosikal yang memandu dengan agak laju?? *ofkos la sebab dorang kecik je*
kereta² yang duk beratur time traffic jem tu pulak suka nau nak bertukar² lane..
kejap lane tepi, kejap tengah, pehtu tepi balik..hehh...
macam tak tetap pendirian jek...huhuhuhu~
kadang² dorang ni tukar lane main redah je takde signal, takde warning tiba² main pusing je stering belok tukar lane...
HOHH! bahaye oke..jangan kata kereta kat belakang tu sakit jantung tiba² kena break emergency,
tapi pikir la motor² yang duk mencelah tu...
motor kalau eksiden terpelanting woooo...
kalau kereta berlanggar orang kat dalam still duduk pada posisi yang sama..
*ni kita cite eksiden yang ringan² oke, bukan eksiden yang sangat dahsyat memang kompem la terpelanting keluar tingkap kutt.....huhuhuhu~ *


Macam yang aku dah lalui pagi tadi, masa on the way ke ofis,
macam biasa lah jalan kat LDP Puchong tu sentiasa jem (office hour)...
kalau lalu situ memang aku tak suka nak tukar² lane sangat sebab motor² yang lalu kat situ memang laju...
So nak dijadikan cerita ada sorang amoi ni nak tukar dari lane kanan ke lane tengah...
Aku tak perasan lak dia ada bagi signal ke idak,
yang aku nampak setengah daripada kereta dia memang dah masuk lane tengah...
since jalan tengah jem jadi amoi tu tak boleh nak tukar lane dengan cepat..
tengah dia stuck tu tiba² ada motor datang dengan agak laju *break rosak maybe tak pun bajet lepas dia nak elak*
pi langgar bumper depan kereta amoi tu..
lepas tu penunggang dia macam terpelanting terlanggar kereta depan pulak..
udah dia bangun nampak macam biol² sikit...
kepala dia terhantuk kuat kat kereta depan mungkin...hehe...
oke oke tak kelakar...tapi ada kelakar sikit time tengok muka mamat tu biol² pening..muakakaka~ =p


Agak suspen gak la time tu sebab kejadian depan mata..hehh..
naseb tak menghalang lalulintas aku...kalau idak lambat laaa aku sampai opis..huhuhu~


Aku tak pernah bawak motor,
bukan takat tak pernah, memang tak reti langsung nak bawak motor weyyy~
ai naik kereta je, yang ada b.u.m.b.u.n.g....MUAHAHAHA~ *silalah lempang aku...ish skrip dicetak rompak dari filem adnan sempit...maseyyy!*
tapi kawan² aku ramai rempitss..opsssss...hehehe~
dak encem ai pun dulu rempits maa..sekarang mat kereta...ewah gitu kannn...kuang³~  \/(^_^)


Dorang la yang meluahkan perasaan mereka tatkala melihat pemandu² kereta agak selfish!
bajet dorang je betol...especially pompuan...yang tak pernah bawak motor (cam aku lerrr)...
tak pernah nak ngaku salah...wah sensitip ni! (-_-")
that's why sekarang bila driving je aku mesti akan make sure takkan terlepas pandang dengan penunggang² motosikal...barulah harmoni gitu *tiba2*


Selalu mentaliti masyarakat, bawak motor je dikira rempit..
hehh orang² yang pergi kerja pagi² tu bukan rempit oke..
dorang bawak motor sebab nak jimat kos petrol+parking+tol...
janganlah kerana nila setitik rosak susu sebelanga...ecece berperibahasa pulak kannn..huk³~


Berhemah ketika memandu dan sayangi juga nyawa orang lain...
dorang pun ada famili yang sayang dorang jugak...okiess??

nite nite people! Happy Weekend!

Assalamualaikum~








P/S:   Dah malam baru dapat update blog...Tiba² pulak hari ni internet kat opis tu server down lah..hehh..gedikssss!

May 6, 2010

Jin Air Cond

Selama hampir seminggu aku bekerja di syarikat yang membuat 'fire simulation',
aku merasakan hati aku sentiasa berdebar...
Tapak tangan dan kaki ku selalu dibasahi peluh...hehh..
"petanda apa yang melanda aku ni??" bisikku di dalam hati...
Cuaca di luar memang sangat panas terutamanya waktu tengah hari...
Di sebelah petang pula turunnya hujan..
kalau tak lebat pun rintik² je...


Erm..mungkin perubahan cuaca yang mendadak menjadikan jiwa aku kurang tenang..
nak demam barangkali...
hehh maken tak senang duduk aku pikirkan masalah tubuh badan aku nih..
kadang² ada juga sakit kepala..
tapi tu akibat terlalu lama mengadap pc..
rasa semakin rabun pun ada ni...ish3~  parah²....
sampai terpaksa search kat google gambar pokok² yang menghijau
sebab mata dah terlalu letih melihat cahaya pc dan cahaya lampu opis yang terlalu terang...ouch!! *_*


Macam susah je nak duduk diam² kat kerusi aku nih...waaaaaaa~
maka aku pun bertanya pada officemate aku...


aku:  weh, pesal panas je ni??berpeluh tangan and kaki aku...


membe:  aaa tu la...air cond ni rosak...


cisssssskekkk...hampagass sungguh!
air cond tu punyer la atas kepala aku jek,
tapi hangin pun tak rasa...grrrrr~



aku:  lorr dah lama ke jadi camni?


membe:  err agak lama la...dah panggil mekanik soh repair air cond...tapi tiap kali orang tu datang, elok lak sejuk air cond ni...bila orang tu blah je air cond ni wat hal balik..entah la..aku pun tak paham...


aku:  pulak dahhhh...boleh pulak dia main² macam tu..hehh~  ko tak cakap ke kat orang tu masalah air cond ni??


membe:  dah cakap tapi dia pun tak tahu apa yang rosak...



perghh! kalau mekanik air cond pun tak tahu apa yang rosak camno tu??
adeh...dah la air cond² kat sini ada satu main switch...
maknanya bila satu air cond problem, effect kat semua air cond yang ada dalam opis nih...
Aku tak tahu la apa istilahnya..
air cond ni bukan lah centralized air cond macam kat bangunan kerajaan kat putrajaya tu...
air cond biasa yang guna remote tu...cuma main switch dia loopkan dengan aircond² lain
pahe dok??
aku pun tak paham apa aku cakap....huhuhu~


Oke aku nak meneruskan misi menenangkan diri,
mana tahu tiba² aku rasa sejuk...hahaha~


papai~





May 5, 2010

Mari Bermain Dengan Keyboard

Office hour adalah 8 jam sehari...
Tapi tak mampu kut otak dan mata concentrate dengan keje straight 8 jam!
Mesti nak rehat sikit2... *sikit lah sangatttt*
Rehat di sini bukan lah tidur atau minum kopi sambil membaca surat khabar..
very the-old-ages uolss...lalalalala~


Tiba² tangan sangat gatal bermain dengan keyboard..
Membuat simbol² hanya menggunakan keyboard..



Aku ni bukan lah orang yang celik keyboard *apakah?*
so bila dapat tau function² keyboard selain untuk menaip blog,
haruslah peghak terlebeyyyy..*wink²*


Mari kita menekan keyboard bersama²....weeeee~



Alt + 1 = ☺


Alt + 2 = ☻


Alt + 3 = ♥


Alt + 4 = ♦


Alt + 5 = ♣


Alt + 6 = ♠


Alt + 7 = •


Alt + 8 = ◘


Alt + 9 = ○


Alt + 13 = ♪


Alt + 14 = ♫


Alt + 15 = ☼



Banyak lagi simbol boleh buat,
tekan je Alt + nombor²...
suka tak??hahahaha~ \/(^_^)

Kesian kan aku baru tau function2 ni...huhu~
Lantak lerrr labu..wek2!









P/S::  Tiba2 selsema menyerang...resdung...allergic mungkin..aku makan roti dengan krisantimum tea je for breakfast..takkan dengan roti pun allergic??hehh~  T__T

May 4, 2010

Ice Cream di Ice Room

Lokasi::  Ice Room, Nilai
Menu::  Fruits Ice Cream + Mee
Service::  Average




:: Pilihan ice cream yang merambangkan mata..nyummmm~ ::




:: Western food, cake dan pelbagai jenis savory ada disediakan selain ice cream..woohhooaa~ \(^_^)/::




:: Mix fruit ice cream, RM 9.90....mabelesssss!!! aku boleh habiskan sorang kut mende ni sebab sangat sedap..tak terlalu manis..just nice! tengok gambar terus ngidam ice cream...wahaha~ ^_^ ::




:: Mee apa tah nama dia..boleh tahan la rasa..maybe sebab aku makan dengan ice cream so rasa tak berapa nak ummphh...huhuhu~ ::





Tempat ni pernah masuk rancangan JJCM (jalan cari makan), tapi aku pergi bukan sebab tengok rancangan tu, tapi sebab tengok status facebook kawan aku, Mcd...hohoho~  Kalau bab makan ni aku memang sangat mudah terpengaruh (-_-")


Satu lagi outlet yang aku tau ada kat Shamelin, Cheras..aku saja nak pergi Nilai sebab Cheras tu confirm aa jem..hehh~ Sanggup tu lepas balik keje semalam terus paksa ajak dak encem angkut aku pergi Nilai...Thanks a lot dak encem oiii..mmuaxx! Lain kali kita pergi lagi yeh..ajak ramai² pulak...lalalalala~ (*.*)








P/S::  2nd day kat tempat kerja baru..biasa la kan baru masuk memang takde kerja nak buat..maka haruslah exercise jari dan mata...kuang3~

May 1, 2010

Mari Makan Cone Pizza

Lokasi::  IOI Boulevard, Puchong.
Restaurant::  Italian Cone Pizza




:: Sangat unik kan pizza ni? ::







:: Aku and kawan aku, mcd, kitorang makan bakes pasta and mushroom soup..mabelessssss!~  pehtu dapat free small cone pizza..nyum nyummmm~ ::








Aku rasa setiap kali datang sini dorang akan bagi satu kupon free untuk any meal contoh kupon for free soup ke, diskaun 20% ke...janji kupon la...tapi ada expired date gitu...so kena selalu gi makan kat sini untuk sentiasa menggunakan kupon...lalalalala~

Services?? GOOD..I bagi thumbs up!! weeee~


Selamat menjamu selera dan selamat malam sume!! \/(^_^)











P/S:   2-3 hari ni aku agak busy tolong settlekan kenduri kawen for my cousin...Congratz to you mr Ahmad Syakri bin Azizan sebab berjaya menjadi suami hanya dengan satu lafaz..weewiitt~  (saja la kan type full name senang dia baca blog aku bila search kat google...lalalalalalala~)   Semoga hubungan kalian kekal hingga akhir hayat, 'till death do you apart' *ewah!* ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015