Sep 7, 2015

Lego Ninjago di Legoland!!

Assalamualaikum...


Kali kedua jejakkan kaki ke Legoland...tahap keterujaan sama je macam kali pertama dulu...memang tak jemu wehh datang sini...ada je benda best nak dibuat dalam ni...especially untuk anak²...makpak mana yang tak happy tengok anak² having fun of their life? kannnn... ^_^


Baru² ini kami dari Kelab Blogger Ben Ashaari dijemput oleh pihak Legoland Malaysia untuk menjadi antara yang pertama melihat persembahan pertama Ninjago The Realm of Shadow Live!


Apa benda tu?? sila teruskan membaca  :)




Majlis dirasmikan oleh Dato' Mirza Mohammad Taiyab dan iaitu Pengurus Besar Tourism Malaysia dan Mark Germyn selaku Pengurus Besar Legoland Resort Malaysia...


Selepas perasmian, kami disajikan dengan persembahan mantap dari anak² muda negara kita...persembahan ini adalah untuk memperkenalkan watak² dalam Ninjago The Realm of Shadow Live...




Mereka BUKAN menari zapin! :p


 sila jangan cuba aksi ini di rumah!




Selesai perasmian dan persembahan, kami dibawa masuk kedalam dewan untuk menyaksikan sendiri Ninjago The Realm of Shadow Live ..!!


Oh sebelum terlupa...bila masuk dewan ini kita tidak dibenarkan mengambil video, hand-phone kita akan dimasukkan ke dalam plastik dan di seal...untuk mengelakkan pelagiat (cetak rompak)....


Ninjago yang sebenar bukan orang yang berpakaian hitam tu tau...yang berpakaian hitam macam ninja itu adalah orang yang paling berperanan penting untuk menggerakkan watak ninjago seperti hidup!


Satu patung ninjago itu dikendalikan lebih dari seorang, kerana mereka yang akan menggerakkan badan, tangan, mulut....senang cerita satu badan..


Apa yang respeknya, tempo gerakan yang mereka buat memang tepat..!! aku pasti ia memerlukan latihan yang sangat mantap dan tempoh latihan yang agak lama...syabas team Ninjago!


Lagi satu, props yang mereka gunakan dalam dewan ini sangat best..!! hanya dengan satu layar sahaja kita boleh dibawa ke satu lokasi ke lokasi yang lain seperti hidup.. senang cerita macam tengok wayang  betul la...


Skrip ditulis oleh penulis filem yang memenangi anugerah hollywood iaitu Kevin dan Dan Hageman (yang juga menulis The Movie Lego dan Siri Ninjago), rancangan ini di cipta oleh pasukan antarabangsa dari 7 negara! wow!




Apa yang paling kitorang bangga ialah semua tenaga kerja yang bekerja keras untuk menghidupkan watak ninjago ini adalah dari anak tempatan sendiri..!! korang memang best...tahniah untuk semua yang terlibat sebab berjaya buat aku tak kelip mata sepanjang tengok aksi² Ninjago! :p


watak² Ninjago  :)


Ninjago dan ninjabob...ehh! >_<  kalau pi sana jangan lepaskan peluang bergambar dengan maskot Ninjago tau! aku yakin anak² confirm teruja tengok show ni.... :)


Terima kasih daun keladi Legoland Malaysia sebab sudi jemput kitorang untuk jadi antara orang pertama saksikan show ni....korang yang tak tahu nak pi mana untuk family holiday, aku highly recommended untuk serang Legoland Malaysia dan saksikan sendiri Ninjago The Realm of Shadow Liveconfirm tak menyesal!! ^_^


Syabas juga buat pihak Legoland Malaysia sebab sentiasa menyediakan sesuatu yang terbaru dan terbaik buat para pengunjung! ♥ ♥


Maklumat lanjut mengenai promosi, harga tiket boleh layari www.legoland.com.my


*************************************************************************************

Tahukah anda!
LEGO Ninjago Live Show ni adalah seperti persembahan puppet tradisional Jepun.

Tahukah anda!
Setiap watak pupper lego Ninjago adalah berketinggian 1.2 meter...

Tahukah anda!
Untuk menyiapkan satu watak pupper lego Ninjago ni memerlukan antara 12-15 orang tukang dan disiapkan lebih dari 180 jam...

Tahukah anda!
Dragon dewasa dalam persembahan ni memerlukan tempoh masa paling lama untuk disiapkan... 

Tahukah anda!
Setiap puppet diperbuat dari EVA foam, plastik, aluminium, carbon fiber dan fabrik...

Tahukah anda!
Puppet Lego Ninjago adalah hasil cantuman 32 bahagian untuk membentuk 1 puppet...

Tahukah anda!
Setiap puppet Lego Ninjago dikawal oleh dua orang iaitu sorang kontrol bahagian badan untuk body language dan sorang lagi kontrol kepala termasuk pergerakan mulut puppet...

~copied dari Lan~  :p




Terima kasih sudi membaca!

16 comments:

mawar_berduri said...

Haishhh..bila la nak sampai ke legoland ni ..huhu

Anum said...

:)bestnyaaaaaaaaaa

cahayahidupku.blogspot.my said...

Bestnya yana..
Masuk free ke dgn Kelab Ben Ashaari ni..

Rizziela said...

kalau bawa anak2 g ni msti diaorang suka sangat

yanamib said...

ye kak masuk free guna tiket KBBA...hehe :)

Dkna Abza said...

tahukah anda... banyak soalan tu.. baru tau selepas baca antry ni hehehee

eima said...

menarik best la korg 2 kali dah masuk free kat legoland .... hehhe

Ummu Athiyah Ismail said...

bestnya dapat pegi ke sana..kami belum menjejakkan kaki lagi..insha Allah nak bawak anak2 nanti




Wahh Menarik: TIPS SUSUKAN ANAK HINGGA DUA TAHUN

Ummu Athiyah Ismail said...

bestnya dapat pegi ke sana..kami belum menjejakkan kaki lagi..insha Allah nak bawak anak2 nanti




Wahh Menarik: TIPS SUSUKAN ANAK HINGGA DUA TAHUN

Unknown said...

fuyyoo.
JOM FOLLOW SAYA

Natrah Mohamed said...

Syoknya! Bila ntah nak jejak kaki ke legoland. asyik nampak signboard je. heheh
Jemput singgah blog saya ANAKSIHAT

Natrah Mohamed said...

Syoknya! Bila ntah nak jejak kaki ke legoland. asyik nampak signboard je. heheh
Jemput singgah blog saya ANAKSIHAT

Unknown said...

Tak lama je lagi..sampai la kami ke sana..maklum la..dok utara ni bila nak jalan jauh je persiapan tu ambik masa..persiap kan umur anak pun ye..hahaha

Puan Eka said...

ika pon tgok ninjago gak. Hihihi. best kan. 4d. Masa ada rasa angin tu, ada budak2 kecik nangis. Adra plak tak berkelip mata tgok ninja.hihi.

Masa kami amsuk tu, boleh bawa hp. tp bole record cuma no flash please. hihi.

Nadia Johari said...

pergi waktu bkerja..susah ikit..huhu..kalau tak dah lama terjh

mrs kayrul said...

Bestnya...anak aku fanatik gilers ngan ninjago nie

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015