Sep 14, 2015

Kembara Kota Paris #Part 2 | Eiffel Tower

Assalamualaikum...


Tak sah trip korang ke Paris kalau tak singgah Eiffel Tower...tu lah salah satu mercu tanda Paris! satu² nya kawasan yang bersih dan cantik dalam bandar Paris...bahahaha   serius weh! bandar Paris ni idak la menarik sangat....kecuali tempat² pelancongan macam Eiffel Tower ni....hihi~


If korang ada bajet lebih, better plan untuk bermalam kat sini...perjalanan lebih releks....takde la kelam kabut nak visit semua tempat dalam masa yang sangat terhad! mujur la aku baru peknen 4 bulan masa ni...larat lagi la nak berlari² anak, mendukung Zafirah hulu hilir...melompat je tak berani buat....kuikui~ :p




 Antara scenery sepanjang nak ke Eiffel Tower...sejuk sangat masa ni...hujan renyai² sepanjang hari....takde matahari...mendung je...Zafirah paling kesian...kitorang tak belikan dia baju sejuk...sweater semata....sweater tu takat suhu dalam panggung wayang kat Malaysia boleh la pakai...nak bawak pi negara sejuk macam ni memang tak tahan wehh...merengek je kerja dia kat sana sebab sejuk sangat.... T_T



Jambatan Pont de Bir-Hakeim...saja bergambar kat sini sebab scene ni ada dalam cerita Inception lakonan Leonardo Decaprio...bahaha~


scene ni juga ada dalam Inception...cuma posing dak encem tu lain sikit angle dia...hahaha  :p


dia yang suruh letak gambar ni...fine! :p


Zafirah tu bukan faham dia dah sampai Eiffel Tower...sok dah besar jangan mintak dah nak pi Eiffel Tower...kalau nak pi jugak sila kumpul duit sendiri, jangan lupa belanja mama papa...mihmih


Sampai je area tower kitorang makan nasi goreng...adik aku jugak yang prepare nasi goreng...aku tolong makan je! beehee~   eh surprisingly nasi goreng tak kena buang pun masa lalu kastam...amazing sangat! mungkin lah rezeki kitorang kan....memang dah plan nak bawak bekal sebab nak jimat kos perbelanjaan kat sana...1 euro = RM3.9 oke! setiap kali sebelum membeli memang kitorang convert to RM...taknak over budget....  :)


Zafirah takmo makan...dia sibuk bertantrum....angin takde la kuat sangat...tapi sejukkkk!! aku pakai baju tebal pun mengigil...ni kan dia pakai sweater je...huhu  sian anak mama  :p


papa sampai kena bukak jaket dia bagi Zafirah pakai...pastu kena pelukkkk je dia...adoyaii...letih la kan nak berdukung je....


Ramai gila orang masa ni....ramai sangat! kita boleh naik atas tower tu rupanya....aku ingatkan tengok dari bawah je...tapi nak naik kena beli tiket....beratur nak beli tiket kemain panjang hazabedah....mekaseh je lah...kami taknak buang masa...banyak lagi tempat lain nak pi...ouh harga tiket nak naik aku tak tahu...sebab kitorang tak naik kan so malas nak amek tahu...aci tak?? :p


haa ni lah rupa orang beratur semata nak beli tiket panjat Eiffel Tower...pfftt!


kat bawah kangkang Eiffel Tower ni banyak gerai² jual foods....Zafirah takmo makan nasi goreng...so kitorang try cari something else yang dia nak makan....FRENCH FRIES!! err adik aku tanya seller tu fries tu vegetarian boleh makan tak and seller tu kata yes! adik cakap kalau mentioned vegetarian means minyak yang dorang gunakan pun memang khas untuk vegetarian...which also means, no meats involved! err aku yakin je lah....darurat kekdahnya! anak nak makan... :p


hasil rembatan di Eiffel Tower...hot coklat adik aku punya, air oren aku punya, mineral dak encem punya....sepanjang duk London and Paris, tekak aku memang nak minum fresh oren je....entah kenapa aku rasa fresh oren kat sana sedapppppppp sangat! walaupun cuaca sana sejuk, tapi tekak ni sedap je telan fresh oren yang sejuk...kat rumah adik pun aku make sure ada stok fresh oren dalam fridge...tiap pagi breakfast fresh oren...pepelik tekak makyong kan? hihi~


makan french fries pepanas dalam cuaca sejuk, kat negara "french" pulak tu...nikmat oii!! hahaha~


di bawah kangkang Eiffel Tower  :p


papa and adik cuba tenteramkan Zafirah yang semakin kesejukan...hahaha~  orang suruh makan takmo...minum hot coklat pun sikit²...ate camne nak panaskan badan kalau takde benda nak dibakar dalam badan tu nak oiii?? hehh~  -.-'


Bila macam dah boring duk bawah ni kitorang jalan tempat lain untuk cari angle paling best untuk bergambar...yeyy! ^_^



tempat sejuk camni memang rasa nak berpeluk je 24 jam! rawwrrr! :p





ni pun salah satu scene dalam filem Hollywood jugak...filem Rush Hour 3 lakonan Jackie Chan dan Chris Tucker....eh aku idak la hafal sangat nama pelakon² Hollywood ni semua...ofkos la aku refer tok Google sebelum menaip....paham?? :p


Bezanya dalam filem tu scene ni diambil waktu malam...pastu ada air pancut bagai...time kitorang pi dorang tak pasang pulak air pancut....hihi~


:)


k tu je lah kisah kat Eiffel Tower...next tunggu entry lain kayyy! ^_^



************************************************************************************


IKLAN


Free gift terbaru: MAKE UP BAG!!
limited stok!
wassap segera untuk pembelian! 
harga kasih sayang untuk korang  :)


SKINBAR...RM39 sahajaaaaaa  (tak termasuk postage)




Terima kasih sudi membaca!

7 comments:

eima said...

Gile besssshhhhhj.......syok betui aku bc....

Chekgu Azrine said...

Terbaik..bilala nak sampai france ni..hehehe

Diana Rashid said...

Ramainya yang beratur tu..sanggup pulak diaorang .

Nadia Johari said...

bestnya..cek ni dalam negara pun jarang travel ni pulak nak p luar negara..hahaha

safurara said...

bila nk dtg sini, mst laki ku ckp, dekat besi buruk pon nk g.choiii~ dia x tau ke tu KOTA CINTA.hahahaha

aizamia3 said...

suka tengok semua gambar, tapi kesian pulak tengok dak Zafirah.. ni kalau kena dukung dak Nuha, mahu nangis sepanjang jalan.. huhuhu..

mrs kayrul said...

Dah macam che ta ngan zain saidin..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015