Dec 21, 2012

Hasad Dengki Warisan Kederhakaan Iblis!



Banyak faktor yang menyebabkan seseorang bersifat hasad, antaranya ialah kerana 'adaawah (permusuhan), takabbur (bongkak), ta'azzuz (benci jika ada orang lain dapat mengatasi reputasinya), bakhil (kedekut), khubthun nafsi (busuk hati), dan hubbul jaah (gila kuasa).

Mu'awiyah bin Abi Sufyan berkata kepada puteranya, "Wahai anak, berhati-hatilah (waspadalah) daripada hasad dengki kerana hal itu akan nyata pada dirimu sebelum bahayanya nampak nyata pada musuhmu." 

Manakala kata Imam Abu Laith As Samarqandi berkata, "Tiada sesuatu yang lebih jahat daripada hasad, kerana orang yang berlaku hasad itu akan terkena lima bencana; 
1. Hati yang tidak putus-putus merasa risau. 
2. Ditimpa bala yang tidak berpahala. 
3. Terpalit sifat dan label cela. 
4. Dimurkai Allah Taala. 
5. Tertutup padanya petunjuk Allah."

Kata Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya Hidayatus Salikin, "(Dengki) ia sebesar-besar kejahatan manusia yang dicela oleh syarak. Ketahuilah hasad itu HARAM dan makna-(dengki)nya ialah engkau suka hilang (luput)nikmat daripada orang yang engkau dengki atau engkau berkehendak agar turun bala kepada orang itu". 

Sifat hasad itu mendatangkan kemurkaan Allah. Ia boleh membinasakan diri seseorang dan himpunan amalannya. Rasulullah S.A.W bersabda bermaksud, "Takutlah kamu semua akan sifat dengki kerana sesungguhnya dengki itu memakan segala kebaikan sebagaimana api memakan kayu." - Riwayat Abi Daud daripada Abi Hurairah

baca info lanjut di Tarbawi~


**************************************************************************



- amalkan baca surah di atas supaya dijauhkan dan dilindungi dari orang² yang dengki...insyaAllah~





p/s: demam..sobsob~



Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

10 comments:

Anum said...

lari jauh2

With Julia said...

alhamdulilahhh...sharing is caring :) tq dear

Aty_Fared said...

Ai pernah berkawang ngan org yg hatinyer dengki memanjang...ape jer org buat..lelagi buat baik..mesti nak dikatenyer..blm lg kalaunorg tu eli brg baru bagai..pengsan dengar die mengata...huhu

Ratu Hatiku said...

Ya Allah...minta d jauhkan sifat itu dalam diri hambamu ini...Amin...

Cara order Ace Maxs said...

YaAllah jangan sampai ane mempunyai sifat yang kaya begitu..AMIN

Nuriesya Nadia said...

Get well soon sis , updatela pasal Zafirah !! Nak tengok dia pulakkk. :D

diana said...

post ni kat wall orang dengki tu yana..hahah

Dayana AZ said...

Peringatan yang baik ni :) .

aizamia3 said...

sokong dengan diana.. hahaha... ;)

apa-apapun moga cepat sembuh..

Mas Zull said...

assalamualaikum yana...peringatan yg baik...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015