Jan 28, 2010

Inikah yang dinamakan 'Adventure'?


Pertama kali meng'adventure' kan diri masuk ke dalam hutan. Kunun2 nak jadi pekerja kental. Dengan kawan2 semuanya berlainan jantina....terasa sungguh hebat sekali (agak riak dan poyo di situ). Jika perasaan riak dan poyo digabungkan akan terjadi lah 'riyo'. *apakah?*



Bayangkan perjalanan selama 4 jam hanya dengan melalui jalan tanah merah (lihat gambar). Mula2 tak pakai seat belt. Bajet boleh bertahan, tapi disebabkan jisim badanku jauh lebih kecil dan lebih ringan daripada kereta, maka memang terpelanting setiap kali kereta Toyota Hilux milik syarikat aku bekerja berlanggar dengan lubang dan bukit2 (-_-")

Tengok rupa kereta pun dah tahu macam mana 'azab' nya jalan di pedalaman..adeh la~ 1st day, pinggang aku sakit..Tapi kali kedua dan seterusnya badan aku dah lali dengan jalan2 begitu...\/(^_^)




Ada juga site yang memerlukan kami menaiki bot..halangan yang kami hadapi masa tu ialah ada la pulak pokok block laluan..Jadi terpaksa minta tlg orang2 dari kampung terdekat untuk memotong pokok tersebut supaya kami dapat lalu *sigh*




Kami nampak bahagia sekali bukan?? Siap berkenalan dengan orang2 kampung (orang Murut). Memang satu perasaan yang best masa naik bot tuh, tapi kalau dah 4 jam duk dalam bot (pergi dan balik), mau tak sakit bontot aku. Dengan berpanas terik lagi..Kulit muka juga sudah berubah warna kepada tone yang lebih gelap...adeh la T____T


Daripada observation aku, orang2 tempatan di Sabah very-the-friendly, kecuali orang2 di kampung tempat kami sewa bot ni..nak tahu berapa harga bot disewa??rm800 oke!! (return). Lepas melancong ke Brunei dengan duet sebanyak tu (-_-)


Papepon aku anggap pengalaman ni satu pengalaman paling berharga dalam hidup aku. Kira macam once in a lifetime experience la..Bila lagi nak buat aktiviti gini, time2 bujang je boleh...Thanks a lot to my parents and my friends yang telah doakan saya supaya selamat di sini..Saya akan pulang ke Semenanjung pada pertengahan bulan 3..Nantikan kemunculan saya dan ole2...korang nih kalo takde ole2 memang tak mo windu kat aku kan??huh! (-_-")

Papai~




p/s: Dah lama tak tengok wayang..ada sesiapa duk di Kota Kinabalu atau mana2 tempat peranginan yang menarik di Sabah ni??aku mau melancong!! waaaaaa~




17 comments:

POSH76 said...

mgm betul2 adventure...nampak muka tak takut langsung...bagus betul hehe

y@n@ M!B said...

:POSH76:
dalam gbr mesti mau cover..huhuhu..tp mmg best =)

pokcik meo said...

mahalnya makcik... pakcik leh beli handphone sony erricson pakai 1 tahun tue.. huhuhu :p

░♥si lampu neon♥░ said...

kat mana tu wehh woo hebat la ko

y@n@ M!B said...

:pokcik meo:
huhu tau xpe pokcik meo oiiii =)

y@n@ M!B said...

:░♥si lampu neon♥░:
tu sume kt sabah..huhu..meh la dtg..nnt aku bwk ko jln2..ngee~ =)

am-rie said...

bestnya naik 4WD..baru advanture..teringin gak nak rasa naik 4WD masuk jalan merah camtu..mesti bestkan...hehe

y@n@ M!B said...

:am-rie:
mmg best nek 4WD tp kalo hari2 lalu jalan tu letih sgt2..=)

Ariey said...

yana x ajak ari pun hehe

y@n@ M!B said...

:Ariey:
haha meh lerr dtg sabah..=)

riBEna said...

bes gak keje ganaz2 gni ekkk
hehehe!

miss lolly a.k.a luvfareda said...

aishoo. menarik betul kan ?

y@n@ M!B said...

:riBEna:
haha..mmg best..menguji daya tahan mental and fizikal =)

y@n@ M!B said...

:miss lolly a.k.a luvfareda :
yup..menarik \(^_^)/

JULYA said...

waaa.gila la yana. sangat seronok bila tengok gambar2 2. saya pun xpernah rasa kerj asite smpai camtu. kena tarik dengan excavator ade la. pasal kaki tenggelam dalam lumpur. hehe.

mOoN said...

wah.. dah datang sabah ke...? Ni kat area mana ea?

if dah kenal yana masa ni,, boleh bawak g jenjalan... :)

c genk bah ne said...

genk org sabah..
wah kak yana, akak masuk area mana ne??genk yg duduk sabah ne belum lagi masuk kawasan mcm ne hohoho..akak nak melancong ea kat sabah ea??InsyaAllah genk boleh tolong sebab genk dan family mmg suka round2 sabah smbil melncong d negeri sendiri..


Genk singgah sini..
Datang dari segmen yang sama
Semoga persinggahan genk ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara blogger..

GOOD LUCK YA!!

MENARIK DI genkcorner.blogspot
JOM BACA


1 ORANG TUA BIAR TERUS BEKERJA,ORANG MUDA BIAR TERUS MENGANGGUR

2.MAAF!!SAYA TAK LAYAN BLOGGER FOLLOWER CIPUT

3.GAMBAR GIRLFRIEND AMIRUL HADI ZAINAL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015