Aug 17, 2020

Masuk Theme Park Legoland Selepas PKP!

Entry berkaitan:
SOP Baru di Hotel Legoland
Melihat Hidupan Laut di Sealife Legoland
Gelapkan Kulit di Legoland Waterpark
Legoland Hotel (Premium Adventure)
Legoland Hotel (Premium Pirate)
Legoland Malaysia Theme Park (Part 1)
Legoland Malaysia Theme Park (Part 2)
Legoland Malaysia Theme Park (Part 3) | Star Wars Miniland
Legoland Malaysia Water Park
Harga Tiket Legoland
Lego Ninjago di Legoland
Built a Boat di Water Park Legoland!
The Lego Movie 4D, New Adventure!
Program Pendidikan English Mania di Legoland Malaysia


Assalamualaikum...


Belum habis lagi entry Legoland. haha~  Aku rasa tiap kali datang sini memang tak cukup tulis 1 entry je. Banyak benda nak share. Jangan jemu ye. Setiap entry, memang lain kandungannya. InsyaAllah semua bermanfaat untuk korang.


 Ni kali terakhir aku datang. Tahun 2018. Tengah sarat pregnant adik baby 36 weeks! Memang tunggu hari je tu. Mujur lah tak beranak dalam Legoland. kahh! Takde 1 entry pun aku tulis masa tu sebab mala*

Untuk pengetahuan korang, Theme Park Legoland dah mula beroperasi semula awal Julai 2020. Of course dengan SOP yang baru. Musim pandemik ni kan, langkah berjaga² tu perlu. Tapi takde la sampai tahap menyusahkan. Korang masih boleh enjoy macam biasa dan dalam masa sama, rasa selamat bawa anak² masuk sini. Tak percaya? Kena baca entry aku sampai habis ok!


Hats off untuk semua staff Legoland yang memang patuh dengan SOP. Bukan tu je, attitude dorang, cara layanan dengan bebudak pun very friendly. Buat kita rasa lebih welcomed gitu. Sebab tu tak jemu² datang sini walaupun dah banyak kali. ❤

Nak masuk dalam ni WAJIB pakai mask ye. Kalau tak pakai memang dorang tak bagi masuk. Tapi bukan lah kena pakai mask sepanjang korang jalan dalam ni. Pandai² ejas kalau rasa lemas, duduk la mana² bukak mask bernafas elok². Tak pun rehat kat cafe/restoren, haa situ boleh bukak mask ok. Ada setengah ride dorang wajibkan pakai mask, ada yang tak perlu.

Nak rehat kat surau pun boleh. Ada 2 surau dalam ni. Satu nearby entrance, satu lagi sebelah nursing room. Tapi telekung, sejadah semua takde. Kena bawa sendiri. Mana² public surau pun macam tu kan sekarang?


The entrance. Kalau korang refer entry² Legoland aku yang lepas (refer link kat atas sekali), ada beberapa perubahan yang Legoland buat. Dulu kat entrance ni mana ada stage. Sekarang dorang ada buat show kat sini (waktu² tertentu). Meriah woo.



Bergambar dulu. Kebetulan maskot Lego ada so laju² suruh bebudak posing. Adik baby takuttttt! Sebab tu dia takde dalam gambar. haha~


Mula² kitorang masuk Boating School. Berdepan dengan Driving School. Driving school open pukul 12pm tu yang kitorang masuk sini dulu. Ni antara ride yang baby boleh naik. Baby seawal 1 tahun dah boleh naik tau. yayy!


 Kalau umur anak dah 6 tahun ke atas boleh bagi dia naik sendiri², takyah parent teman pun takpe. NEW NORM, time beratur kena jarak at least 1 meter per family ye. Dorang dah lukis kotak merah siap² atas lantai tu. Follow je ok!


 Sebelum naik bot, WAJIB sanitize tangan dulu. Setiap ride pun macam tu. Kalau naik 10 ride, 10 kali lah kena sanitize tangan. haa~   Tak rugi apa aihh. Dorang yang provide sanitizer tu, bukan guna kita punya pun. hihi~


Setiap kali orang turun ride, staff akan lap bot (disinfectant), especially tempat duduk dan stering bot tu. Renyah jugak la kerja staff. Public holiday mesti extra letih. Tapi demi mengurangkan risiko penyakit pandemik sekarang ni, dorang kena jugak buat kerja extra tu πŸ’ͺ


 Naik dengan baby kena berebut stering. Dia sibuk nak bawa bot sendiri. Habis berpusing² bot. Dah macam naik bumper car. Rasanya 3 kali jugak kitorang round naik bot ni. Dah la panas letinggg. Terbakar kulit πŸ€•


Zafran dah pandai control bot sendiri. Tapi sebab dia belum cukup umur so kena ada adult teman. Zafirah naik dengan abang Akiff. Dua² dah bosau haa naik la sendiri. haha~


 Next, kitorang naik train Lego. Zafri minattttt sangat dengan train. Aku memang aim nak bagi dia naik train je bila datang sini. Baby lepas habis pantang pun boleh naik tau. πŸ˜


Untuk ride ni, dorang asing kan setiap gerabak per family. If 1 family tu ada 2 orang ahli je, tetap tak boleh campur duk satu gerabak dengan family lain. Train ni akan bawa korang round kawasan Theme Park. So sesambil tu boleh la tengok nak naik ride apa lepasni. Baby teruja sampai tahap terkedu bila naik train. hahaha~ Cute!


Next, kitorang masuk City Stage. Kebetulan lepas habis naik train, show baru nak start. Rezeki! Terus ajak bebudak masuk dalam tengok show.


Alahai tok laki snap gambar. Blur dah kenapaaaa?? πŸ˜‘

Only limited pax boleh masuk dalam ni sebab seat kena jarak². Syukur lah datang time tak ramai orang. Hall pun tak penuh walaupun seat dah jarak².

Show Lego Friends ni jejoget, nyanyi² je wakk. Aku pun baru tau ada watak Lego Friends. lol~


Aku dengar suara apak² budak kuat bersorak dalam ni. Anak² melopong je tengok. Adik baby lagi best. Mengantuk terus! Menguap tanpa rasa bersalah. Siap landing kat bahu aku. Tak sempat tunggu habis show dia dah bangun tarik tangan aku ajak keluar. HAHAHAHA~  Terkejut staff yang jaga pintu tengok aku nak keluar tiba². Sorry sisturrr. Anak ai tak minat jejoget ni. πŸ˜


Next, kitorang masuk kawasan "Land of Adventure". Tema Mesir, mumia gitu. Actually sebelum sampai sini ada 2-3 rides jugak korang jumpa. Tapi baby tak lepas naik semua tu. Lepastu dia taknak tunggu duk setempat. Jenis tak boleh diam, kena bergerak jugak. urgh! So aku proceed jalan dulu dengan dia sementara tunggu abang kakak main ride lain.


Zafri lepas naik ride Lost Kingdom. yay!! Dia dah start tantrum time ni. Dah mengantuk. Memang waktu tidur dia pun sepatutnya. Jenuh pujuk. Bila tengok dia lepas naik ride ni happy lah aku. Ada la benda nak bagi dia leka.


Ride ni kena main tembak². Kena tembak Lego mummy. haha~  Dalam ni agak gelap and agak scary untuk kids sebenarnya. Anak aku tiga² penakut naik ride ni. LOL~  Zafirah tu dah besar baru tak rasa takut. Masa kekecik dulu penakut jugak. Sampai menangis la dalam tu. Mujur adik² tak nangis. Dorang peluk je aku pastu badan keras tak bergerak. HAHAHAHA!


Dalam pada takut² tu, 2x jugak lah dia naik ride ni. hahaha!


Macam biasa, staff akan lap seat and semua tempat yang kita dah pegang sebelum orang lain naik ride ni.


Next, kitorang masuk Ninjago. Sebelum Ninjago ni ada 2-3 ride lain lagi. Tapi anak² aku tak berminat pulak nak naik. Dorang terus terjah sini je. Layan je lah. haha~


Ride ni pun main tembak². Siap kena pakai 3D glasses. Awesome sangat! Lenguh tangan sebab macam main Xbox. Tembak guna tangan. Kalau tak faham kena datang sini la try main sendiri! πŸ˜œ


Then, singgah nursing room. 'Recharge' baby. Orang laki tak boleh masuk tau dalam ni. Mak² dan anak² je boleh masuk. Kawasan luas dan selesa. Ada fridge, sinki, mesin air panas dan sejuk, toilet for kids, ruang untuk breastfeeding (dalam bilik khas, siap ada langsir lagi dalam bilik tu - gambar ke-3). Lengkap lah facilities dalam ni. 


Kerusi tu siap boleh dibuai². Tempat letak kaki tu berbuai jugak. Dengan sejuk air cond lagi dalam ni. Alahaii mama pun lena sekali kalau duk sini.


 Next, kitorang pergi lunch. Sebelah je dengan nursery room tadi. Toilet dan surau pun deret sini je. Boleh lepak lama kat kawasan ni. Sambil main ride, sambil lelepak.


First time aku makan kat sini. Biasa kitorang lunch kat cafe dekat dengan Boating School. Situ ada menu nasi. Kat sini menu western. Lagipun dah memang ada kat kawasan ni. Jauh tau nak menapak pergi Boating School tu. Makan je lah kat sini, senang.


Ni la menu yang ada kat sini. BTW botol air tu awesome gila! Kitorang pernah beli masa datang Legoland tahun² sudah. So bila repeat datang sini bawa je botol yang ada, then boleh refill air dalam tu. RM2 SAHAJA!!! Kalau tak, harga air je dah rm5-6 gitu. So bagi aku baloi lah 'invest' beli botol tu sebenarnya. Boleh refill air dengan harga yang sangat murah next time korang datang Legoland.


Ni yang kitorang order. Overall food ok. Ada kata sedap, ada kata biasa je. Tapi semua secukup rasa lah (ikut tekak aku).


 Next, kitorang naik bendalah ni. Tak tau apa nama dia. Ala ala solero shot. Tapi kau kena tarik tali dan angkat diri kau sendiri ke atas. haa faham? Kalau tak faham boleh tengok Youtube Channel aku (yanamib channel). Semua video kat Legoland aku ada letak dalam tu. Sebab tu korang kena Subscribe channel aku. Macam² aku cerita tau. Takde spesifik genre. πŸ˜


Macam biasa lah kids 6 tahun ke atas boleh naik sendiri. Zafirah dengan Akiff pun boleh tarik tali tu. Power! Tapi sekali je lah aku mampu tarik sampai atas. Lepastu lenguh gila lengan aku. lulz!


Next, kitorang masuk sini.



SOP baru, nak masuk sini kena booking dulu. Pilih time slot yang dorang sediakan tu (refer gambar 1). Sebab dorang kena limit kan berapa orang je boleh duk dalam tu. Setiap orang diberi masa selama 25 minit sahaja, pastu kena keluar.


Staff akan assign kan kita ke satu station untuk bina race car. Tak boleh tukar² station lain. Duduk je lah situ sampai habis 25 minit. Faham?! Biarkan anak² berkreativiti, cipta kereta lumba menggunakan Lego. Makpak nak tolong pun boleh. Takde hal. Asah motor skill memasing. haha~


Kalau korang refer entry yang lepas, dulu tak macam ni tau interior dalam ni. Sekarang almost 100% bertukar! Canggih² racing track dorang! Ada yang mencabar sampai hancur kereta. hahaha~  Tapi bebudak enjoyyy! Memang best sangat main dalam ni.


Dalam kawasan yang sama, ada playground dan train kecik ni. Tapi masa aku sampai nak bawa Zafri naik, staff tu cakap nak tutup untuk cleaning session. Dia suruh tunggu 15 minit. Alahaii kitorang nak kejar masa, banyak lagi tempat belum explore. Luas ye theme park ni. Dah la sekarang dorang siap ada cleaning session bagai. Tak cukup la spend sehari je dalam ni. grrr~


Next, masuk kawasan Kingdom (tak silap). Main train pusing². Adik baby tak lepas naik. Zafran pulak kena ada adult teman. Pening juga main ride ni. Make sure korang tak makan terlalu kenyang or baru lepas minum susu. Mau terjeluak balik kang. πŸ˜œ


Next, main horse riding. Sebab takde orang masa ni, bebudak ni duk ulang² main. Baby tak lepas ketinggian. Kaklong dengan bang ngah je naik. Masa dah habis 1 round tu inform je staff, cakap nak main lagi. So bebudak tak payah turun pun, terus je main sebanyak pusingan yang mampu. Sebab SOP baru dorang, kalau kids dah turun, dorang kena lap (disinfectant) seat ride tu. Sebab tu seronok datang time tak ramai orang. Boleh naik ride berkali² tanpa perlu turun dan beratur semula. πŸ˜


 Kawasan ni ada cafe juga untuk korang makan or minum². Tapi food light² je macam sausage bun, ice cream ke gitu lah. Tak ingat sangat. Sorry πŸ™


Ada show juga kat sini. Masa kitorang sampai ni show dah habis. Tak sempat tengok. sobss~


Roller coaster pun ada. Agak extreme bagi aku. Kids 6 tahun ke atas dah boleh masuk. Tapi anak aku penggayat, dia takmo naik. Apak dia pun seram nak naik so tengok je lah. hahaha~


 Ada few playground dan attraction yang ditutup. Tak pasti sebab maintenance atau tengah cuci. Star Wars Miniland pun tutup masa ni. Tapi macam aku ada tulis atas tu, tak sempat pun nak naik semua ride dalam masa sehari. Banyak tau ride dalam ni.


Seat macam ni ada disediakan sepanjang jalan.


Ni pun roller coaster juga. Tapi tak extreme. Zafran (5 tahun) boleh naik, aku bawa dia. Takde orang langsung masa ni. Kitorang berdua je dalam tu. hahaha~  1 ride, dia pusing 2 round. Sebab takde orang, aku ajak Zafran naik 2 kali. So total 4 round. Pening hoi! Recommended korang bawa anak korang naik ride ni tau! Memang best! Bagi dorang rasa keseronokan naik roller coaster. πŸ˜


Lego Miniland! Tak round sangat kawasan ni sebab dah nak balik plus panas terik masa ni. Kawasan ni memang takde pokok ke, roof apa². Aku jalan untuk ambil gambar je. Jalan laju². Tak tahan panas. hahahaha~


 Last sekali, main kat Driving School. Zafran first time main ride ni. Banyak ride yang Zafran first time main. Seronok sangat dia. Masa ni dah pukul 4.30pm gitu. Pukul 5pm nak tutup dah theme park ni. Takde orang langsung kat sini. Aku suruh je Zafran main ulang² sampai aku ajak balik. gituu~


Sini pun, staff akan lap kereta setiap kali lepas digunakan.


 Farewell show. Masa ni dah almost 5pm. Happening sangat show nya!


Kemain anak aku joget ye. Tapi step dia memang best! Boleh tiru untuk zumba jugak. lol~  Adik baby macam biasa lah terkedu tengok maskot Lego berjoget. haha~


Nak tengok show pun kena follow SOP ye. Tak boleh sesak². Kena jaga jarak sosial per family. Ikut je petak merah yang disediakan tu.


Lepas tengok show, boleh shopping dalam souvenir shop. Kitorang window shopping je. Tak larat dah tengok Lego bersepah kat rumah. Mujur lah anak² aku bukan jenis meminta². Dorang ok bila aku cakap "kita tengok je, takmo beli" πŸ˜˜


Sebelum balik, posed lagi dengan Lego car. Anak² sangattttt happy! Sebulan tak habis dorang bercerita keseronokan Legoland tau. Siap cakap nak simpan duit, nak datang lagi. Sebak pulak aku dengar. huhu~  InsyaAllah ada rezeki kita datang lagi. Tunggu adik baby besar sikit, baru seronok dia pun join main sama.


Great experience! Till we meet again Legoland! πŸ’•


Operating Hours:
10am - 5pm

Closed EVERY Wednesday for disinfectant process.


Tengok youtube channel aku jugak untuk lebih feel suasana di Theme Park. Gituuhh!




Terima kasih sudi membaca!

Aug 11, 2020

Tengok Hidupan Laut di Sealife Legoland Malaysia

Entry berkaitan:
SOP Baru di Hotel Legoland
Gelapkan Kulit di Legoland Waterpark
Legoland Hotel (Premium Adventure)
Legoland Hotel (Premium Pirate)
Legoland Malaysia Theme Park (Part 1)
Legoland Malaysia Theme Park (Part 2)
Legoland Malaysia Theme Park (Part 3) | Star Wars Miniland
Legoland Malaysia Water Park
Harga Tiket Legoland
Lego Ninjago di Legoland
Built a Boat di Water Park Legoland!
The Lego Movie 4D, New Adventure!
Program Pendidikan English Mania di Legoland Malaysia


Assalamualaikum...

Tiap kali aku datang Legoland, ada je benda baru / attraction yang baru buka. Yelah aku bukan nya pergi sini tetiap tahun. Laki aku tak rajin nak drive jauh² ye. 2 tahun sekali baru datang. Itu pun ikut mood dia jugak. Kalau korang nak kata attraction kat sini biasa je pun terpulang lah. Pengalaman masing². Aku cerita pengalaman aku. ok?

So attraction terbaru yang aku masuk kali ni adalah SEALIFE! Kali terakhir aku datang Legoland tahun 2018 (bulan Mac), dorang tengah buat lagi tempat ni. Rasanya akhir 2018 atau awal 2019 Sealife ni siap. Tak pasti pulak.


Sealife ni betul² depan theme park dan sebelah hotel Legoland. Kalau datang dari Medini Mall pun boleh nampak building Sealife ni. Ada entrance dari belakang juga (aku pun tak pasti lah mana depan mana belakang. Janji korang tau lokasi pintu masuk sudah πŸ˜)


Sebelum masuk, staff bertugas akan explain the Do's and Don'ts sepanjang korang duk dalam tu. Dorang akan highlights SOP yang perlu dipatuhi.

Jom tengok apa ada dalam SEALIFE.


Kena disinfectant kasut dulu sebelum masuk.


Tengok banner belah kiri tu, basically itu lah yang akan korang pelajari bila masuk dalam Sealife. Banner belah kanan adalah show time yang dibuat dalam ni. Kitorang masuk sini dah lebih pukul 5pm. Memang takde show lah petang² tu. Orang dah ready nak tutup. huhu~


 Macam biasa lah kat sini pun ada SOP yang diamalkan (NEW NORM). Kena jarakkan 1 meter antara family kita dengan orang lain. Bukan setiap orang jarak 1 meter ye. Kat sini dorang group kan ikut family. Yelah kalau 1 family ada 5 orang, nak jarak sampai 5 meter, jenuh jugak nak tunggu habis round 1 tempat ni. Sebab tu dorang group kan ikut family. Begitulah.

Boleh ambil gambar dan rekod video dalam ni. NO FLASH ALLOWED! Jangan sentuh² kaca akuarium tu. Pesan kat anak-anak ok!


Lampu dalam ni malap je. Gambar aku semua diambil menggunakan Iphone XR, then edit lighting guna Photoscape (komputer) atau Snapseed (apps phone). Tak, bukan nak show off pun. Biasanya akan ramai orang tanya, "sis guna fon/kamera apa, gambar terang lahh..."

So aku inform je lah siap². Kalau tanya lagi tu memang nak kena piat telinga! πŸ˜

Wajib pakai mask sepanjang berada dalam Sealife. Excuse adik baby. Mask dia duk pegang kat tangan. Kalau anak korang macam anak aku, pastikan jaga jarak sosial dengan orang lain. Sebab tu aku datang sini weekdays, time tak ramai orang. Bukan senang nak suruh baby pakai mask.


Sanitizer juga disediakan. Ada few stations sanitizer dorang letak  sepanjang jalan. Korang digalakkan untuk selalu sanitize tangan sepanjang berada dalam ni. Kiranya tiap kali nampak mesin sanitizer ni, terus sanitize tangan korang especially anak² ok!


Siap ada tempat untuk kids main game. Game ni kita kena control turtle daripada terkena sampah sarap dalam laut. Kalau turtle tu terlanggar sampah, mati. Gitu lah yang aku faham pasal game ni.


Ada few tempat juga yang bebudak boleh hands on. Ada macam puzzle, coloring, learning tab. Sebab tu lah dorang sediakan sanitizer merata² ye. Berapa ramai pulak duk sentuh² skrin ni untuk main game. Lepastu anak² mesti nak pegang merata. Bukan boleh duk diam tangan bebudak kan?


 Banyak juga ikan aneh² dipamerkan dalam ni. Bukan anak² je teruja, makpak pun teruja tengok ikan² tu! Ikan² dari pelbagai negara ada kat sini. Bukan ikan dari Laut China Selatan je. haa  Bersiap sedia lah nak menjawab soalan² kbat anak². gulp!


Paling aku suka interior dalam akuarium. Bukan kaleng kaleng interior dia. Ada ala ala shipwreck, ada patung Lego tengah swim. Awesome gilaaaa!!!


 Aku cuba bercerita kat Zafri jenis-jenis ikan yang ada dalam akuarium tu. Entah dia faham ke idak apa aku cakap. LOL~


Bahagian ni ada tapak sulaiman atau star fish. Mungkin ramai pernah tengok star fish kan? Tapi korang pernah SENTUH tak star fish tu?? With your barehand!! haaa kat sini korang diberi peluang untuk sentuh permukaan starfish. wohoaa!!


Sebelum sentuh, korang kena cuci tangan dengan sabun dahulu (sinki disediakan di jalan masuk dan jalan keluar). Risau ada bakteria kat tangan korang tu yang akan merosakkan starfish. Merosakkan ke istilah dia? But u get my point right?



Did you know?? Starfish TIDAK mempunyai:
❌ Otak
❌ Mata
❌ Darah

Aku pun baru tau hari tu. hihi~  Kalau korang ada apa² soalan, tanya je staff yang bertugas kat situ. Macam² dorang boleh explain. Bukan anak je bertambah ilmu, makpak pun dapat ilmu baru juga πŸ˜

Aku geli gilaaaa nak pegang!! Tapi bila tengok staff tu relek je sentuh siap tunjuk mana mulut, mana kaki, mana badan semua. Tiba² datang keberanian, "kalau dia boleh pegang, kenapa aku tak boleh??". Gituu ye ayat saiko diri sendiri. hahaha~


Muka bangga berjaya sentuh starfish! Mata tu mata senyum tau. hahahaha

Macam mana rasa badan starfish tu?? Kalau nak tau, kena lah datang sini, cuba pegang sendiri. kahkah! You'll thank me later πŸ˜


 Bahagian ni pun ada sediakan aktiviti for kids. Anak-anak boleh mewarna guna tab yang disediakan kat meja tu. Pat pat siku lipat, siapa cepat dia dapat! Gitu konsep dia. Kalau lambat sila beratur. hahaha~   Tab memang ada banyak, tapi SOP baru, kena jarak 1 meter, so ada few tabs je yang dorang bagi guna.


Lepas warna ikan dalam tab, klik "SUBMIT' nanti hasil ikan yang anak korang warna tu akan keluar kat skrin besar depan tu. Macam ada spesis ikan baru masuk dalam akuarium. haa canggih oi! Kena bawa anak² datang sini ok!


Terowong akuarium. Ramai dm aku cakap ala ala aquaria KL**. Aku tak pernah masuk aquaria so tak tau nak compare. πŸ™


Baby shark! Ada 2 jenis jerung yang dipamerkan dalam Sealife. Black Tip Reef Shark dengan Sebra Shark. Tapi aku tak jumpa mana Zebra Shark. haha~  Kalau korang datang, jangan lupa tanya staff yang bertugas kat situ mana ikan jerung tau. πŸ˜


End of our tour.


Macam biasa lah, bila habis tour akan jumpa souvenir shop. Cecantik barang dalam kedai ni. Geram je tengok. Kitorang print gambar yang dorang ambil masa mula² masuk tu je. RM38 /pc. Kat kedai tak beli apa².

Kitorang spend masa kurang 1 jam, sebab datang dah lewat petang. Tak puas tengok ikan, tak puas bergambar. Bebudak ni suka tengok ikan lama², lepastu tanya soalan macam². Belum berhenti untuk bergambar lagi. huhu~  So kalau datang sini, aku suggest spend dalam 1 jam / sejam setengah baru ngam!

Opening hours: 10am-6pm

Macam biasa lah, ada video aku upload kat Youtube, Yanamib Channel.
Cekidaut!






Terima kasih sudi membaca!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015