Showing posts with label Water Park. Show all posts
Showing posts with label Water Park. Show all posts

Jan 9, 2021

Legoland Malaysia Bertukar Menjadi Candyland!!



Assalamualaikum... 


Legoland buat hal lagi gaisss! Kali ni sempena bulan Krismas yang bertemakan Candyland!!
Macam aku pernah cakap sebelum ni, tak pernah jemu datang Legoland sebab stiap kali datang ada je tarikan/aktiviti terbaru yang dorang buat untuk guests.


Sampai je hotel terus collect tiket. Tak boleh check in lagi sebab baru pukul 10am. hahaha! Gigih ye datang awal pagi sebab taknak bazir masa. Nak enjoy puas² dalam Legoland. yay!


Kids dah ready with their swim suit. Maknanya apa???


yaaa kita serbu waterpark dulu! Gelapkan kulit. bahaha~



Berani adik baby naik gelongsor. Ini kawasan Joaker Soaker. Mula² je dia takut² nak naik. Aku paksa jugak. Sekali dah dapat rentak duk ulang² naik tu je. πŸ™„


For the first time, aku merasa naik slide tinggi²!! yahuuu! Best bila ada anak dah besar, boleh naik slide extreme sama². Adik², apak dorang lah jaga.


Ni pun best! Build A Raft River. Duduk je atas pelampung tu relek² nanti arus air tu yang bawak korang keliling pool. Kadang rasa nak terlelap duk atas pelampung tu. hahaha~


Pukul 2.30pm, ada Surfer's Retro Show betul² depan Waze Pool. Dapat la rehat jap few minutes sebelum berendam lagi dalam pool.


Tengok, terbakar dah muka anak² aku! haha~  Eh maskot Lego tu pun jejoget sama ye. Habis jejoget berebut bebudak nak bergambar dengan maskot Lego.


Habis show, dalam pukul 3pm, aku ajak bebudak check in hotel. Weii dari pukul 10.30am tau kitorang berendam dalam waterpark tu. Anak² aku tu selagi tak suruh balik, memang dorang nak stay lagi dalam tu sampai tempat tu tutup. grrr~


This time, kami dapat bilik tema Adventure!


Lego and kids is unseparatable (wujud ke word ni? lulz). Masuk je bilik terus punggah Lego. Ada orang tanya, kenapa macam banyakkkk je Lego dalam bilik aku?


Sebab aku request extra Lego kat kaunter masa check in. wkwkwk~ Yaa ramai tak tahu. So aku bagitau lagi sekali, korang boleh request extra Lego masa check in ye. Tapi, kena return balik ke kaunter masa check out. Tidak kalu, cc korang kena charge nanti. huhu~


Nak main Lego kat lobi pun boleh. Upon request ye.


Next, kitorang masuk Theme Park. During Weekend, theme park tutup pukul 7pm. Weekdays, tutup pukul 5pm. Lepas aku check in hotel, tukar baju semua, baru pukul 5pm gitu. Eh banyakkk masa lagi!! Mana boleh tak masuk theme park. Dapat masuk kejap even 30 minit pun aku tak kisahhh. Sebab theme park tu luas ye. At least dapat cover ride sikit pun oke. Esok main lagi. Gituu plan aku.


Masuk je entrance terus bergambar dengan kereta salji- versi musim panas Khatulistiwa..lulz~😝


Sebelum masuk sini, all parents kena kuatkan mental ye. Coz candy's everywhereee!!!


2x anak² aku paw apak dorang candy floss. Seketul RM5!


Then ada aktiviti juga area entrance ni. Korang cari booth untuk buat LEGO cupcakes ni. Ajak anak² untuk sama² cipta Lego cupcakes - menggunakan LEGO bricks!!


Hasil nya nanti akan dipamerkan kat sini. Semua orang boleh tengok Lego cupcake korang. Best ke best sangat??


Macam biasa, akan ada show kat pentas - area main entrance juga. Baru duk entrance dah macam² aktiviti pihak Legoland sediakan. haha! Untuk timetable show, korang boleh request pada staff yang jaga kat pintu masuk, atau ambil je pamphlet yang disediakan area entrance tu. Jangan lepaskan peluang untuk tengok semua show yang ada tau! Rugi kalau terlepas sebab show semua besttttt!!


Bab SOP aku pernah cerita kat entry sebelum ni (KLIK). Legoland memang amalkan SOP yang agak ketat ye. Jadi tak perlu risau untuk having fun dengan anak² and untuk tengok show!


Next, ajak anak² untuk join Gingerbread Hunt! Permainan dia ialah, korang kena cari 10 huruf tersembunyi dalam kawasan Miniland! Lepastu gabungkan 10 huruf tadi jadikan 1 perkataan. Upload gambar di Instagram dan tunjuk pada kaunter (entrance) and korang akan dapat hadiah misteri! yayy! Dengar macam banyak je 10 huruf tu kan? Aku amek masa tak sampai 30 minit pun cari semua huruf² tu *tiupkuku*


During weekdays, kawasan theme park mula beroperasi dari pukul 10am - 5pm. So lepas theme park dah tutup, aku ajak anak² aku masuk Sealife pulak. Nak tengok FISH!!


ye tau korang tak sabar. Bagi mama snap gambar dulu k πŸ˜


Leka betul bebudak tengok fish. Mungkin aku kekecik dulu pun minat tengok haiwan sampai leka macam tu sekali. haha~


Pastu anak² aku pulak bertukar jadi fish!! Korang buat apa dalam akuarium tu hah!!!


"MAMA!! SHARK!!"  - dorang ngata aku ke, dorang memang nampak shark? hurmm


Cukup la sejam spend masa dalam Sealife. Sebab Sealife memang tutup pukul 6pm. haha~


Waktu malam pula, anak² aku berpeluang join event story telling show di lobi hotel. Memang tak sempat rehat tau duk sini. Ada je aktiviti menarik nak dibuat. Tak join kang rasa rugi pulak. haha


Full house uolss! Happening sangat show nya siap ada jejoget. Dalam theme park pun jejoget tengok show. Aku rasa sepanjang hari tu anak² banyak jejoget je. Tapi dorang tak penat pun!! πŸ™„


The actors and actress. Well done gaiss! Great performance!


Habis show dalam pukul 9pm, baru pergi dinner kat Bricks Restaurant. Dinner start from 6pm - 10pm. Kalau pukul 9pm baru dinner, memang kitorang duk je lah kat restoren tu sampai tutup! hahaha~

Makin lawa ye alas meja dia. Colorful. Now dah ada buffet, but staff yang tolong cedokkan the food. So kita just request je nak makan apa.


Banyak jugak lah memasing makan walaupun dah tengah malam. Lapar ye lepas jejoget? hahaha~


Ok tu je kisah kitorang ke Legoland baru² ni. 


Sekarang tengah banyak promo tau. Kita pun kena tolong support local tourism kan? Jom reward anak² pergi Legoland! 

Check out their website https://www.legoland.com.my/ 





Terima kasih sudi membaca! 

Aug 11, 2020

Tengok Hidupan Laut di Sealife Legoland Malaysia

Entry berkaitan:
SOP Baru di Hotel Legoland
Gelapkan Kulit di Legoland Waterpark
Legoland Hotel (Premium Adventure)
Legoland Hotel (Premium Pirate)
Legoland Malaysia Theme Park (Part 1)
Legoland Malaysia Theme Park (Part 2)
Legoland Malaysia Theme Park (Part 3) | Star Wars Miniland
Legoland Malaysia Water Park
Harga Tiket Legoland
Lego Ninjago di Legoland
Built a Boat di Water Park Legoland!
The Lego Movie 4D, New Adventure!
Program Pendidikan English Mania di Legoland Malaysia


Assalamualaikum...

Tiap kali aku datang Legoland, ada je benda baru / attraction yang baru buka. Yelah aku bukan nya pergi sini tetiap tahun. Laki aku tak rajin nak drive jauh² ye. 2 tahun sekali baru datang. Itu pun ikut mood dia jugak. Kalau korang nak kata attraction kat sini biasa je pun terpulang lah. Pengalaman masing². Aku cerita pengalaman aku. ok?

So attraction terbaru yang aku masuk kali ni adalah SEALIFE! Kali terakhir aku datang Legoland tahun 2018 (bulan Mac), dorang tengah buat lagi tempat ni. Rasanya akhir 2018 atau awal 2019 Sealife ni siap. Tak pasti pulak.


Sealife ni betul² depan theme park dan sebelah hotel Legoland. Kalau datang dari Medini Mall pun boleh nampak building Sealife ni. Ada entrance dari belakang juga (aku pun tak pasti lah mana depan mana belakang. Janji korang tau lokasi pintu masuk sudah πŸ˜)


Sebelum masuk, staff bertugas akan explain the Do's and Don'ts sepanjang korang duk dalam tu. Dorang akan highlights SOP yang perlu dipatuhi.

Jom tengok apa ada dalam SEALIFE.


Kena disinfectant kasut dulu sebelum masuk.


Tengok banner belah kiri tu, basically itu lah yang akan korang pelajari bila masuk dalam Sealife. Banner belah kanan adalah show time yang dibuat dalam ni. Kitorang masuk sini dah lebih pukul 5pm. Memang takde show lah petang² tu. Orang dah ready nak tutup. huhu~


 Macam biasa lah kat sini pun ada SOP yang diamalkan (NEW NORM). Kena jarakkan 1 meter antara family kita dengan orang lain. Bukan setiap orang jarak 1 meter ye. Kat sini dorang group kan ikut family. Yelah kalau 1 family ada 5 orang, nak jarak sampai 5 meter, jenuh jugak nak tunggu habis round 1 tempat ni. Sebab tu dorang group kan ikut family. Begitulah.

Boleh ambil gambar dan rekod video dalam ni. NO FLASH ALLOWED! Jangan sentuh² kaca akuarium tu. Pesan kat anak-anak ok!


Lampu dalam ni malap je. Gambar aku semua diambil menggunakan Iphone XR, then edit lighting guna Photoscape (komputer) atau Snapseed (apps phone). Tak, bukan nak show off pun. Biasanya akan ramai orang tanya, "sis guna fon/kamera apa, gambar terang lahh..."

So aku inform je lah siap². Kalau tanya lagi tu memang nak kena piat telinga! πŸ˜

Wajib pakai mask sepanjang berada dalam Sealife. Excuse adik baby. Mask dia duk pegang kat tangan. Kalau anak korang macam anak aku, pastikan jaga jarak sosial dengan orang lain. Sebab tu aku datang sini weekdays, time tak ramai orang. Bukan senang nak suruh baby pakai mask.


Sanitizer juga disediakan. Ada few stations sanitizer dorang letak  sepanjang jalan. Korang digalakkan untuk selalu sanitize tangan sepanjang berada dalam ni. Kiranya tiap kali nampak mesin sanitizer ni, terus sanitize tangan korang especially anak² ok!


Siap ada tempat untuk kids main game. Game ni kita kena control turtle daripada terkena sampah sarap dalam laut. Kalau turtle tu terlanggar sampah, mati. Gitu lah yang aku faham pasal game ni.


Ada few tempat juga yang bebudak boleh hands on. Ada macam puzzle, coloring, learning tab. Sebab tu lah dorang sediakan sanitizer merata² ye. Berapa ramai pulak duk sentuh² skrin ni untuk main game. Lepastu anak² mesti nak pegang merata. Bukan boleh duk diam tangan bebudak kan?


 Banyak juga ikan aneh² dipamerkan dalam ni. Bukan anak² je teruja, makpak pun teruja tengok ikan² tu! Ikan² dari pelbagai negara ada kat sini. Bukan ikan dari Laut China Selatan je. haa  Bersiap sedia lah nak menjawab soalan² kbat anak². gulp!


Paling aku suka interior dalam akuarium. Bukan kaleng kaleng interior dia. Ada ala ala shipwreck, ada patung Lego tengah swim. Awesome gilaaaa!!!


 Aku cuba bercerita kat Zafri jenis-jenis ikan yang ada dalam akuarium tu. Entah dia faham ke idak apa aku cakap. LOL~


Bahagian ni ada tapak sulaiman atau star fish. Mungkin ramai pernah tengok star fish kan? Tapi korang pernah SENTUH tak star fish tu?? With your barehand!! haaa kat sini korang diberi peluang untuk sentuh permukaan starfish. wohoaa!!


Sebelum sentuh, korang kena cuci tangan dengan sabun dahulu (sinki disediakan di jalan masuk dan jalan keluar). Risau ada bakteria kat tangan korang tu yang akan merosakkan starfish. Merosakkan ke istilah dia? But u get my point right?



Did you know?? Starfish TIDAK mempunyai:
❌ Otak
❌ Mata
❌ Darah

Aku pun baru tau hari tu. hihi~  Kalau korang ada apa² soalan, tanya je staff yang bertugas kat situ. Macam² dorang boleh explain. Bukan anak je bertambah ilmu, makpak pun dapat ilmu baru juga πŸ˜

Aku geli gilaaaa nak pegang!! Tapi bila tengok staff tu relek je sentuh siap tunjuk mana mulut, mana kaki, mana badan semua. Tiba² datang keberanian, "kalau dia boleh pegang, kenapa aku tak boleh??". Gituu ye ayat saiko diri sendiri. hahaha~


Muka bangga berjaya sentuh starfish! Mata tu mata senyum tau. hahahaha

Macam mana rasa badan starfish tu?? Kalau nak tau, kena lah datang sini, cuba pegang sendiri. kahkah! You'll thank me later πŸ˜


 Bahagian ni pun ada sediakan aktiviti for kids. Anak-anak boleh mewarna guna tab yang disediakan kat meja tu. Pat pat siku lipat, siapa cepat dia dapat! Gitu konsep dia. Kalau lambat sila beratur. hahaha~   Tab memang ada banyak, tapi SOP baru, kena jarak 1 meter, so ada few tabs je yang dorang bagi guna.


Lepas warna ikan dalam tab, klik "SUBMIT' nanti hasil ikan yang anak korang warna tu akan keluar kat skrin besar depan tu. Macam ada spesis ikan baru masuk dalam akuarium. haa canggih oi! Kena bawa anak² datang sini ok!


Terowong akuarium. Ramai dm aku cakap ala ala aquaria KL**. Aku tak pernah masuk aquaria so tak tau nak compare. πŸ™


Baby shark! Ada 2 jenis jerung yang dipamerkan dalam Sealife. Black Tip Reef Shark dengan Sebra Shark. Tapi aku tak jumpa mana Zebra Shark. haha~  Kalau korang datang, jangan lupa tanya staff yang bertugas kat situ mana ikan jerung tau. πŸ˜


End of our tour.


Macam biasa lah, bila habis tour akan jumpa souvenir shop. Cecantik barang dalam kedai ni. Geram je tengok. Kitorang print gambar yang dorang ambil masa mula² masuk tu je. RM38 /pc. Kat kedai tak beli apa².

Kitorang spend masa kurang 1 jam, sebab datang dah lewat petang. Tak puas tengok ikan, tak puas bergambar. Bebudak ni suka tengok ikan lama², lepastu tanya soalan macam². Belum berhenti untuk bergambar lagi. huhu~  So kalau datang sini, aku suggest spend dalam 1 jam / sejam setengah baru ngam!

Opening hours: 10am-6pm

Macam biasa lah, ada video aku upload kat Youtube, Yanamib Channel.
Cekidaut!






Terima kasih sudi membaca!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015